Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':
24 Jun 2012
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya
- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16
- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera
- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin
- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah
Peluru meriam zionis bakar ladang gandum
19 Mei 2012
![]() |
| Kedudukan daerah Abasan(kotak merah) yang berdekatan garisan sempadan. |
Tempur: Penjajah tangkap 6 penduduk BaitulMaqdis
15 Mei 2012
Tentera penjajah tangkap 12 Palestin di Tebing Barat
07 Mac 2012
Jam 08:05 pagi, waktu Mesir
TEBING BARAT - Sewaktu operasi serbuan yang meliputi beberapa wilayah di Tebing Barat awal pagi ini(Rabu, 07/03/2012), tentera penjajah telah menangkap seramai 12 orang penduduk Palestin.
Sumber dari siaran radio Israel versi hebrew dan web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) berkata, penduduk-penduduk Palestin yang ditangkap meliputi wilayah Ramallah, Khalil, Betlehem, Nablus, dan Qalqiliah. Kesemuanya telah dibawa ke badan keselamatan penjajah untuk soal siasat.
Dakwa lagi, penduduk Palestin yang ditangkap itu dikatakan terjebak dalam operasi menyerang kepentingan-kepentingan Israel.
Tangkap 13 penduduk Palestin
Tambahan dari berita semalam, seramai 13 penduduk Palestin telah ditangkap oleh tentera penjajah dalam situasi yang sama sepertimana operasi serbuan awal pagi ini. Beberapa buah rumah Palestin turut digeledah.
Menurut Muhammad Iyad Audh, jurucakap rasmi Jawatankuasa Rakyat Menentang Penempatan, tentera penjajah yang menyerbu ke daerah Bayt Umar awal pagi semalam telah menangkap 3 remaja Palestin bawah umur, salah seorang darinya berusia 15 tahun. Sumber 07/03/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps
Penjajah tangkap dua remaja Palestin
17 Disember 2011
Jam 08:29 pagi, waktu Mesir
BAITULMAQDIS - Tentera penjajah(Israel Defense Forces) telah menangkap dua remaja yang merupakan penduduk asal BaitulMaqdis dari Hayyu Silwan yang terletak di dalam daerah Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa. Kejadian ini berlaku pada malam Jumaat, 16/12/2011.
Saksi kejadian menyatakan bahawa kedua-dua remaja, Muhammad Adnan Al-Kirki, 17 dan Zaid Ayub Fatihah, 17 ditangkap tentera penjajah setelahmana sekumpulan warga Yahudi memukul Al-Kirki dan Fatihah sewaktu mandi di dalam sebuah kolam di Ain Silwan.
Jelas saksi kepadap pemberita SAFA, selepas kejadian, sepasukan tentera penjajah yang disokong pihak polis tiba di tempat kejadian serta menangkap Al-kirki dan Fatihah selepas warga Yahudi membuat aduan melalui telefon.
Sebelum Al-Kirki dan Fatihah ditangkap dan dibawa ke arah yang tidak diketahui, tentera penjajah pula memukul kedua-duanya dan beberapa ahli keluarga Al-Kirki dengan melampau. Sumber 17/12/2011, web berita Safa.ps dan Paltimes.net
Penjajah tangkap 2 kanak-kanak dan 17 lagi penduduk
22 November 2011
Jam 07:27 malam, waktu Mesir
BAITULMAQDIS - Tentera penjajah(rejim zionis/Israel) telah menangkap dua orang kanak-kanak Palestin dari daerah Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa hari ini.
Pusat Pengumpulan Maklumat Wadi Helwah dalam kenyataan rasmi berkata, dua kanak-kanak Palestin dari perumahan tengah telah ditangkap sepasukan tentera penjajah dan kedua-duanya telah dibawa ke Balai Polis Penjajah yang terletak di Jalan Salahuddin di bandar BaitulMaqdis. Menurut Pusat tersebut, penangkapan ke atas Omar Amir Abu Madhi, 11 dan 'Ala Salah Abu Madhi, 11 tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Sementara itu, pada awal pagi Selasa(pagi tadi), tentera penjajah menangkap 17 anggota BARISAN PERTAHANAN RAKYAT di Jenin dan Ramallah.
Sumber dari BARISAN berkenaan menyebut, penangkapan ke atas anggotanya dilakukan dengan cara rumah-rumah mereka digeledah masuk malah peralatan rumah turut dirosakkan oleh tentera penjajah. Sumber 22/11/2011, web berita Safa.ps dan web berita Wafa.ps
Penjajah tangkap 6 Palestin termasuk bawah umur
14 Ogos 2011
Jam 10:30 pagi, waktu Mesir
TEBING BARAT - Sebentar tadi, unit gempur yang disokong tentera rejim penjajah telah menculik dua penduduk Palestin bawah umur dan seorang pemuda dari Hayyu El-Bustan di daerah Silwan, BaitulMaqdis.
Gambar(arkib Safa): Unit gempur penjajah dalam operasi lalu menculik kanak-kanak Palestin.
Jelas dari sumber tempatan bahawa mangsa yang ditangkap, dua Palestin bawah umur, Muslim Musa Audah, 11 dan seorang lagi, Muhammad Audah, 13 serta seorang pemuda yang tidak diketahui identitinya.
Tentera rejim penjajah merempuh masuk ke kawasan perumahan terbabit awal pagi tadi bertujuan mencari dua penduduk Palestin yang dikehendaki, kemudian menyerahkan surat arahan lapor diri kepada seorang pemuda di perumahan yang sama.
Sementara itu, 3 pemuda Palestin telah ditangkap oleh tentera penjajah di bandar Nablus, utara Tebing Barat.
Berhubung kejadian, seorang anggota Yayasan Perpaduan Antarabangsa, Ahmad Al-Bitawi menyatakan bahawa tentera rejim penjajah telah merempuh masuk ke kampung Belata Al-Balad di timur Nablus. Berikutan itu, tentera penjajah menangkap pemuda Palestin, Jabbar Fayez Jian, 24, Sabeer Khalil Salman, 23 dan Saer Naim Mas'ud, 23 pada waktu sahur selepas rumah-rumah mereka digeledah masuk.
Menurut Al-Bitawi, sebaik sahaja ketiga-tiga pemuda ditangkap, mereka telah dibawa ke pusat tahanan Huwwara, kemudian mereka dipindahkan pula ke pusat siasatan Bitah Takfa setelah beberapa jam ditahan.
Gambar(arkib Safa): Operasi tentera penjajah menangkap pemuda-pemuda Palestin.
Berbalik kepada pemuda Palestin yang ditangkap, dua daripadanya telah ditahan selama beberapa bulan pada dua tahun yang lalu. Sumber 14/08/2011, web berita Safa.ps
Penjajah tangkap 11 Palestin bawah umur
13 Julai 2011
Jam 02:45 petang, Mesir
BAITULMAQDIS - Polis penjajah menangkap 11 remaja Palestin bawah umur di Silwan, BaitulMaqdis atas dakwaan melontar batu dan botol kaca berisi minyak petrol ke bangunan tapak penempatan haram zionis 'Bet Yuntan'.Peta, google map: Kedudukan daerah Silwan di selatan Masjid Al-Aqsa. Biarpun Silwan berada dalam kawasan BaitulMaqdis Timur(Palestin), namun penjajah bebas keluar masuk dan menggerakkan operasi ketenteraannya.
Sepasukan polis dari unit khas menyerbu masuk ke rumah-rumah remaja Palestin yang masih bawah umur dalam lingkungan dari 14 hingga 17 tahun.
Jurucakap polis penjajah berkata, beberapa hari lagi surat dakwaan akan dikemukakan kepada remaja bawah umur ini untuk hukuman.Gambar(arkib Safa): Tidak mengenal usia, penjajah turut menangkap Palestin bawah umur.
Safa melaporkan, golongan kanak-kanak dan remaja Palestin bawah umur sentiasa dan selalu menjadi sasaran pihak berkuasa penjajah. Sumber 13/07/2011, web berita Safa.ps
















