الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Gaza menanti talian hayat (Sabtu)

29 Mei 2010

01.13 petang, Mesir/Palestin : Menurut Pertubuhan Eropah bagi membebaskan sekatan Gaza, bahawa sebahagian kapal-kapal 'armada pembebasan' menghadapi gangguan komunikasi dari pihak Israel.

Gambar: Seorang bayi yang turut mengikuti pelayaran armada pembebasan.

Sementara itu, salah seorang anggota pertubuhan tersebut, Amin Abu Rashid yang menaiki kapal '8000' berkata, Pihak Berkuasa Cyprus tidak membenarkan sejumlah besar dari ahli parlimen Eropah mengikuti armada pembebasan ke Gaza. Sumber safa.ps

Terkini(5.00 petang, Mesir/Palestin). Menurut wartawan Al-Jazeerah, semua kapal telah bertemu di tempat pertemuan. (Laporan secara langsung dari kapal)

Sekarang, pelayaran armada pembebasan menuju ke perairan laut Gaza hanya menanti keputusan(perbincangan) dari Pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dalam konvoi itu mengenai masa dan waktu untuk berlepas menuju ke Gaza.

08.33 malam, Mesir/Palestin : Ahli-ahli parlimen Eropah dan aktivis dari Eropah berjaya keluar dari kepulauan Cyprus bagi mengikuti armada pembebasan yang bakal berlayar ke Gaza setelah kapal '8000' dihalang oleh Pihak Berkuasa Cyprus tiba di pelabuhan untuk mengambil mereka.

Gambar : Salah sebuah dari bot yang mengikuti pelayaran armada pembebasan.

Namun, sebuah bot khas telah digunakan untuk membawa ahli-ahli parlimen dan aktivis Eropah tiba di tempat pertemuan armada pembebasan di perairan laut antarabangsa Cyprus.

Mereka tiba di kapal armada pembebasan pada waktu asar petang tadi. Sumber safa.ps.

09.36 malam, Mesir/Palestin : Armada pembebasan akan mula berlayar ke perairan Gaza pada pagi esok, Ahad. Sebagaimana dinyatakan, armada akan tiba di perairan Gaza pada pagi Isnin. Sumber wartawan Al-Jazeerah dan berita Al-Jazeerah.


Read more...

Karikatur : Dialog Timur Tengah

Adegan yang selalu masuk berita. Sumber karikatur, 29/05/2010 web berita Al-Jazeerah


Suara : Hei Israel, kenapa kau tetak orang Palestin tu? Tak puas-puas lagi, dah ramai kau bunuh mereka.

Zionis : Orang sedang pertahan dirila.., Palestin ni suka sangat langgar undang-undang.

> ????

Pendamai : Palestin diminta 'tenangkan diri', Israel pula bergaullah baik dengan mereka..kami tahu, kamu sedang pertahankan diri. Kami akan jaga keamanan Israel.

> Siapa yang kena 'belasah' sebenarnya?

Pendamai : Palestin..tolong jangan timbulkan lagi huru-hara..ok? Kita akan setelkan dengan baik(persamaan isu).

> Pencuri belasah tuan tanah tapi tuan tanah yang kena tolak-ansur.

Palestin : Kami akan menentang zionis, kami takkan tunduk..zionis rampas hak kami.

> Confirm..pengganas.

Palestin : Penentangan secara aman dapat memakmurkan lagi Palestin.

> Tak perlu komen.

Palestin : Serangan roket adalah 'sia-sia', cepatla tandatangan inisiatif Mesir.

> Aduuhh, dah la kau tangkap abis pejuang-pejuang..kau hina pula lagi.

Arab : Inisiatif perdamaian adalah jalan terbaik.

> Siapa yang mengganas?

Read more...

Armada menimbulkan bahaya kepada keamanan kami - Penjajah

AN-NASIRAH, - Timbalan Menteri Luar Israel, Danny Ayalon(gambar) berkata hari ini, bahawa 'armada pembebasan' yang menggabungkan kapal-kapal yang melaungkan pemecah sekatan ke atas Gaza adalah 'memprovokasi keadaan malah melanggar undang-undang secara bahaya'.

Memetik dari siaran televisyen Israel, rangkaian dua dari Ayalon, katanya "kami tidak akan memberikan ruang kepada armada ini untuk mendekati perairan Gaza. Sekiranya, perkara itu berlaku, maka ia telah menimbulkan ancaman kepada keamanan Israel sambil itu tentera Israel telah bersiap sedia bagi menghadang konvoi pemecah sekatan".

Timbalan Menteri Luar Israel itu mendakwa tidak ada langsung krisis kemanusiaan yang menimpa Gaza.

"Berita-berita yang menyiarkan tentang sedemikian hanyalah dari pihak Pertubuhan-pertubuhan Islam dan yang cenderung ke arah HAMAS sahaja", ujar Danny Ayalon.

Sebagaimana dinyatakan, Kerajaan penjajah telah memutuskan untuk menghalang kapal-kapal pemecah sekatan yang membawa lebih 600 aktivis, malah sebilangan besar dari ahli-ahli parlimen Eropah, Turki dan Algeria.

Memetik web berita Al-Jazeerah, Israel telah mengumumkan perairan laut Gaza adalah zon tentera dan pihaknya berazam memindahkan para aktivis ke pelabuhan Ushdud sebagai permulaan untuk mengusir mereka ke Negara asal. Malah, Israel mengungkapkan para aktivis adalah seperti pendatang haram serta mereka yang membantah akan ditangkap, bahkan mesti menurunkan tandangan sebagai janji tidak kembali lagi ke sini. (29/05/2010, Al-Jazeerah)

Tentera Israel telah bersedia untuk menghalang kapal-kapal armada sebelum memasuki laut Gaza. Dengan itu, tentera Israel telah mendirikan tiga buah khemah bagi memberkas para aktivis sebelum berpindah ke operasi dilepas pulang aktivisi-aktivis ke Negara masing-masing. Sumber 29/05/2010[13.57 Palestin], web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Berita lain:


Pautan lain:

Read more...

Sembilan peluru berpandu menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza

Kronologi serangan:

01.12 pagi, Mesir/Palestin : Pesawat tempur Israel berlegar-legar di ruang udara bandar Gaza.

01.27 pagi, Mesir/Palestin : Pesawat Israel mengubah laluannya ke timur Rafah.

01.53 pagi, Mesir/Palestin : F-16 Israel mengebom Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza dengan sembilan peluru berpandu.

Peta(google map). Bulat merah adalah kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza.

RAFAH - Sumber melaporkan, pesawat tempur telah mengebom Lapangan Antarabangsa Gaza awal pagi ini. Lapangan Terbang itu yang tidak lagi beroperasi terletak di timur Rafah, Selatan Gaza dengan 9 peluru berpandu.

Menurut sumber keamanan Palestin, bahawa pesawat tempur Israel jenis F-16 melancarkan empat serangan secara berturut-turut di timur Rafah dengan melepaskan sembilan peluru berpandu ke atas bangunan kosong yang berada di
dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan mahupun luka parah.

Gambar(flickr.com): Bangunan LapanganTerbang Antarabangsa Gaza yang telah musnah teruk.

Kerap-kali dilaporkan bahawa Lapangan Terbang ini berulang kali menjadi sasaran serangan dari pesawat tempur Israel sejak intifadhah Al-Aqsa meletus pada tahun 2000. Malah, ketika Israel serang Gaza dalam perang tahun lalu mengakibatkan bangunan dan keseluruhan infrastruktur Lapangan Terbang ini musnah teruk. Sumber 29/05/2010[02.35 pagi], web berita safa.ps

Read more...

Tentera Israel dera kanak-kanak Palestin

Satu laporan yang diterbitkan oleh akhbar Haaretz 'Israel' mengatakan tentera Israel mendera kanak-kanak Palestin yang ditangkap, malah sehingga tahap ada yang diugut dengan gangguan seksual. Begitu juga kanak-kanak Palestin yang ditangkap polis Israel.

Gambar: Dasar politik Israel yang tidak mengenal sesiapa.

Laporan tersebut bersandarkan kepada pengakuan kanak-kanak Palestin kepada sebuah gerakan antarabangsa(cawangan Palestin) bagi mempertahankan kanak-kanak itu agar segera dibebaskan.

Keadaan dan realiti yang diceritakan dari kanak-kanak Palestin, bahawa mereka telah disiksa dengan berbagai-bagai cara oleh tentera Israel semasa siasatan mahupun sebelum disiasat.

Laporan itu turut menyatakan, bahawa 69% kanak-kanak Palestin yang ditangkap telah dipukul, manakala 97% kanak-kanak yang diberkas, tangan mereka diikat dalam tempoh masa yang lama, 96% pula yang diberkas dalam keadaan mata yang ditutup. Selain itu, juga terdapat kanak-kanak yang dilarang dari minum dan menerima makian.

Penasihat Undang-undang kepada gerakan antarabangsa bagi mempertahankan kanak-kanak, Khaled Quzmar berkata, penindasan seperti ini hanyalah dari polisi yang digunakan oleh Israel.

Gambar: Kanak-kanak Palestin bagi tentera Israel adalah orang dewasa.

Jelas beliau, gerakan tersebut kerap-kali mendesak UN agar campur tangan dan mengadakan siasatan berhubung penindasan yang berlaku ke atas kanak-kanak, tetapi mekanisme tindakan UN 'mengecewakan' kerana politik serta lemah untuk bertindak.

Perangkaan Palestin menunjukkan dalam lingkungan 350 kanak-kanak Palestin berada dalam penjara Israel di Telmond, Majidu, Naqab(Negev) dan ofer. Setiap tahun, Israel menangkap 700 kanak-kanak Palestin.

Gambar: Kanak-kanak Palestin juga berhak membuat bantahan.

Sebagaimana dinyatakan, dari jumlah 65% kanak-kanak yang ditangkap pada tahun 2009 dikaitkan dengan tuduhan melontar batu kepada tentera Israel dan ke arah tembok pemisah. Sumber 29/05/2010, web berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS