الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(17)

12 Januari 2011

12 Januari 2009
HARI KE-17 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-9 Serangan dan pencerobohan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(16)

_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mereka yang syahid: 917 orang
Cedera, kritikal: 4260 orang


Rundingan, diplomasi

- Perbincangan antara delegasi HAMAS dengan wakil Mesir di Kaherah masih dijalankan. Menurut sumber, Usamah Hamdan(HAMAS) menyatakan pihaknya tidak menolak inisiatif Mesir secara keseluruhan. Dinyatakan, sebahagian inisiatif Mesir tidak seperti apa yang Palestin kemukakan.

- Tambah Usamah, contoh yang tidak dapat diterima oleh HAMAS daripada inisiatif Mesir adalah pasukan tentera antarabangsa yang akan berkawal di sempadan Gaza-Israel.

Israel menyerang lagi

- Serangan Israel di Gaza awal pagi tadi tertumpu di timur laut bandar Gaza. Dinyatakan, serangan tersebut adalah bagi membuka laluan kepada pasukan tentera darat Israel menceroboh bandar Gaza.

- Di tenggara Semenanjung Gaza juga diserang Israel. Lapor sumber, Israel membedil beberapa tempat dengan artileri malah juga menggunakan bom fosforus putih(white phosporus). Kelihatan kepulan-kepulan asap tebal di setiap kawasan yang diserang.

Gambar: Israel menyerang penduduk Palestin Gaza dengan bom white phosporus.

- 10 buah rumah terbakar akibat terkena ledakkan bom fosforus putih(white phosporus).

- Kawasan yang menerima serangan Israel tanpa henti, iaitu timur Jabaliya.

- Kelihatan kepulan asap tebal menguasai kawasan dan ruang udara. Selain itu tembakan meriam Israel juga sengit. Israel juga berusaha untuk menawan Jabal Ris(bukit) yang merupakan tempat strategi.

- Israel melepaskan serangan misil ke sebuah kawasan terbuka di tengah bandar Gaza. Menurut sumber, kawasan tersebut adalah kali pertama diserang, mengakibatkan 2 penduduk syahid dan beberapa lagi cedera.

- Di Jabaliya, pertempuran masih berterusan. Beberapa penduduk cedera. Sementara itu, jentolak Israel juga dilihat menyamaratakan kawasan yang dibom, Jabal Ris.

- Di Hayyu Zaitun, penceroboh Israel telah memasuki pertengahan kawasan tersebut. Menurut sumber, tentera Israel juga menembak secara membabi-buta ke arah penduduk. Beberapa penduduk dilaporkan parah.

- Di Rafah juga, pesawat tempur Israel mengebom beberapa kawasan. Bagaimanapun, dilihat tidak ada sebarang perubahan dari sudut pergerakan tentera Israel.

- Israel mengebom Hayyu Tufah dengan bom fosforus putih(white phosporus).

Tindakan pejuang Palestin

Fakta dari KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) semenjak Israel mula menyerang Gaza.

- Setakat ini, pejuang Palestin telah melancarkan 330 serangan roket ke Israel.


- Jumlah tentera Israel termasuk pegawai tentera yang dibunuh pejuang Palestin sebanyak 32, manakala 315 tentera Israel cedera akibat tentangan daripada pejuang.

- 5 buah helikopter apache mengalami kerosakan akibat ditembak dengan penangkis kapal terbang.

- Sebuah pesawat pengintip tanpa juruterbang milik Israel juga berjaya dijatuhkan oleh AL-QASSAM.


Pejuang menyerang balas

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengebom bandar kecil Israel, kriat Ziad, selatan Israel dengan serangan roket jenis 'grad'. M

enurut sumber, di kawasan lain pejuang AL-QASSAM meledakkan letupan ke atas sepasukan tentera Israel(pasukan khas).


- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) pula mengebom dua penempatan Israel, Nir Auz dan Nir Ishaq dengan beberapa serangan roket jenis 'Quds'.

- KATAIB SYAHID JIHAD JIBRIL: 3 pejuang Palestin syahid dalam pertempuran di salah satu penjuru yang menjadi laluan masuk tentera Israel ke Gaza. Sementara itu, pejuang tersebut telah menyerang sebuah kereta pengangkut tentera Israel yang mengakibatkan hancur.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) melancarkan 8 serangan roket ke Netzarim, Israel.


- Di kawasan yang lain, SARAYA AL-QUDS mengebom sebuah jentera perang Israel.


- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan, pihaknya telah menawan seorang tentera Israel. Bagaimanapun tentera itu terbunuh dalam satu pengeboman yang dilakukan Israel.

Menurut AL-QASSAM lagi, tentera yang terbunuh bersama sekumpulan lagi tentera Israel yang ditawan pejuang Palestin.

- Menurut pejuang Palestin, setakat ini mereka telah melancarkan 11 serangan roket ke Israel.

- KATAIB MUQAWAMAH WATANIAH: Pertempuran sengit meletus antara pejuang Palestin dengan tentera Israel di barat Hayyu Zaitun. Pertempuran tersebut mengakibatkan beberapa tentera Israel parah.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) melancarkan 3 serangan roket ke Sderot, Israel.

- Di Jabaliya, AL-QASSAM mengebom sebuah jentera perang Israel. Manakala di Buraij, AL-QASSAM mengebom artileri Israel.


- ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN dan KATAIB SYAHID JIHAD JIBRIL mengebom sebuah jentera perang Israel dengan pelancar mortar hawn.


- Pejuang Palestin telah melancarkan 20 serangan roket ke Israel hari ini.


Reaksi penduduk dunia

- Beratus-ratus aktivis dan petugas UNRWA mengadakan tunjuk perasaan di Ramallah dan badan Al-Quds hari ini. Menurut sumber, tujuan tunjuk perasaan itu adalah protes terhadap perang di Gaza.

Para penunjuk perasaan juga menyampaikan risalah kepada Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB berhubung perang di Gaza yang boleh disabitkan jenayah perang ke atas Israel.

- Selain itu, para penunjuk perasaan menyatakan Israel melanggar hak UNRWA di Gaza.

Bantuan kemanusiaan

- Kapal 'Al-karamah' bertolak dari pelabuhan Cyprus hari ini. Menurut sumber, Al-Karamah menuju ke Gaza bagi misi membebaskan Gaza dari sekatan Israel. Al-Karamah membawa muatan bantuan ubat-ubatan yang diperlukan hospital di Gaza.

- Sumber tentera Israel menyatakan, pihaknya memberi amaran tidak membenarkan kapal ke Gaza. Katanya, perairan laut Gaza adalah zon tertutup yang dikawal tentera laut Israel.

- 61 doktor-doktor Arab telah mendapat kebenaran daripada Kerajaan Mesir untuk memasuki Gaza.

- Salam Fayadh, Perdana Menteri Kerajaan Pentadbiran Palestin Ramallah berharap HAMAS menerima inisiatif Mesir supaya tidak ada lagi penduduk Gaza yang menjadi mangsa serangan Israel.

- Pejuang Palestin telah melancarkan 20 serangan roket ke Israel hari ini.

- Marwan Baghoutti, Pengerusi Lajnah Inisiatif Palestin mengulas keadaan di Gaza, katanya Kerajaan Palestin sama ada di Ramallah atau di Gaza..kesemuanya di bawah taklukan Israel. Masalah utama yang perlu diketahui adalah rentetan persepakatan Oslo.

- Beliau menyatakan amat bersetuju dengan saranan daripada Receip Tayyib Erdogan, Perdana Menteri Turki kerana ia merupakan asas bagi menghentikan perang di Gaza.

Read more...

Kontraktor perang perolehi kontrak keselamatan di Tebing Barat

GAZA - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) menyatakan kewujudan agensi swasta Amerika(US) yang mengendalikan perkhidmatan keselamatan di Tebing Barat mengundang bahaya besar kepada penduduk Palestin dan kedaulatannya.

Gambar(AlJazeerah): Fauzi Barhoum, jurucakap gerakan HAMAS.

Berikutan paparan dari web berita Al-Jazeerah hari ini, dan semalam dari web 'Haaretz' versi hebrew, dan beberapa hari sebelum ini web berita Al-Quds Arabi dan Shehab.ps menerbitkan laporan mengenai bidaan kontrak perkhidmatan keselamatan diperolehi syarikat Xe yang sebelum ini dikenali Blackwater.
_____________________________________________

Susulan dari kenyataan jurucakap Jabatan Negara US [link]:

Sekutu Blackwater perolehi bida kontrak US
Editor: Jeff Stein

Sebuah syarikat(agensi) keselamatan yang dahulunya dikenali Blackwater telah memperolehi kontrak baru dari Jabatan Negara US yang bernilai USD84 juta untuk tempoh 5 tahun.

Bida kontrak tersebut dimenangi
International Developments Solutions merupakan gabungan kerjasama dengan US Training Centre yang dimiliki agensi perkhidmatan Xe. Perkhidmatan Xe berasal dari nama Blackwater telah ditukar ekoran berhadapan dengan masalah undang-undang yang berlanjutan selama beberapa tahun.

Konsortium yang memperolehi kontrak ini bertanggungjawab memberi perlindungan keselamatan di tanah jajahan Israel, Tebing Barat(West Bank, Palestin) yang menempatkan ramai warga Israel.

"Kedutaan US di BaitulMaqdis adalah pengkalan agensi perkhidmatan ini," jelas Mark Tone(gambar) selaku jurucakap Jabatan Negara US.

Kontrak pertama ini ditandatangani pada 3 Januari untuk perkhidmatan satu tahun, di susuli empat tahun berikutnya kontrak akan diperbaharui setiap tahun dengan nilai kontrak secara kasar berjumlah USD84.3 juta, menurut Toner lagi.
(laporan sepenuhnya)
_____________________________________________

Menukil laporan
Haaretz Israel yang memetik kenyataan konsul Amerika di tanah jajahan, Jack Wallace bahawa agensi keselamatan US akan melaksanakan misi merekrut pasukan keselamatan Palestin di Tebing Barat dan membekalkan senjata, logistik ketenteraan serta modus-modus operandi latihan.

Gambar: Anggota Blackwater ketika operasi tentera di Iraq.

Jurucakap gerakan HAMAS, Fauzi Barhoum dalam kenyataannya hari ini, berkata, kewujudan agensi keselamatan US mengesahkan adanya kerjasama keamanan antara US dengan rejim zionis, sebagaimana yang telah berlaku di Tebing Barat, kerapkali berlakunya perlanggaran terhadap hak-hak asasi manusia.

Gambar kanan: 2 dari anggota kontraktor Blackwater.

Berhubung agensi keselamatan US yang asalnya adalah Blackwater telah terjebak dalam kes-kes pembunuhan penduduk awam Iraq dan Afghanistan, sehinggakan lesen perkhidmatannya pernah digantung oleh Kerajaan Iraq.

Gambar: Erik Prince, Pengasas Blackwater USA, bekas tentera laut US.

Barhoum menilai kontrak yang diberikan oleh Kementerian Luar US kepada syarikat yang ada hubungkait rapat dengan agensi keselamatan 'Blackwater' untuk lesen menjalankan operasi di Tebing Barat seumpama menempa durjana baru. Lebih-lebih lagi, sikap Pemerintah Palestin Ramallah yang bersekongkol
(kerjasama keselamatan dengan rejim zionis) mengekang pejuang-pejuang Palestin di tebing Barat.

_____________________________________________
Pautan dan bacaan lain:

1. Xe Service
2. Blackwater worldwide(wikipedia)

3. Consent Agreements

4. State Department details Blackwater violations of U.S. laws
5. Blogger - Blackwater (or Xe) in the West Bank

6. Blogger - Blackwater coming to Israel(tanah Palestin)
7. Blackwater Worldwide(berita)
8. RALEIGH, N.C. (AP) — Blackwater Worldwide is abandoning the brand name that has been tarnished by its work in Iraq, settling on Xe (pronounced zee) as the new name for its family of two dozen businesses. >> Topic: Blackwater Changes Its Name to Xe
9. Blackwater and DynCorp, the two leading mercenary firms servicing the US wars in Iraq and Afghanistan have both undertaken steps toward significant structural changes over the past month. In the case of DynCorp, the ownership of the whole business seems to be changing hands, while Blackwater is dumping its private air force.[link]

10. Blackwater's Private Spies

11. Blackwater Still Armed in Iraq

12. U.S Training Centre
13. Genetic Engineering News | USTC Holdings, LLC, an investor consortium led by private equity firms Fort Capital Advisors (Fort) and Manhattan Partners (Manhattan), announced today that it has acquired Xe Services, LLC (Xe or the Company) and its core operat...[link]
14. Manhattan Partners
15. Onetime Blackwater affiliate scores U.S. contract

Beliau berharap Pemerintah Palestin di Ramallah
(Mahmoud Abbas, FATAH) bertindak selaras dengan kepentingan penduduk Palestin, mempertahankan tanahair dan menentang dasar penjajahan. Lantas, beliau turut mendesak supaya memulakan strategi baru yang bergantung sepenuhnya kepada agenda tanahair, dan bukannya bergantung kepada agenda-agenda zionis Amerika.

Blackwater bertindak luar kawalan

Blackwater telah dikenakan denda sebanyak USD42 juta ekoran melanggar ratusan polisi undang-undang eksport-mengeksport yang beroperasi di US, malah penyeludupan senjata secara haram ke Afghanistan serta menawarkan khidmat melatih tentera-tentera di selatan Sudan tanpa keizinan dan memberi latihan menembak tepat kepada pegawai-pegawai polis Taiwan. Malah lebih jelas, anggota-anggota Blackwater bertindak luar kawalan apabila membunuh penduduk awam di Iraq dalam satu insiden.

Walaupun Blackwater kehilangan kontrak khidmat keselamatan melindungi diplomat kedutaan US di Iraq, namun agensi ini masih memiliki kontrak bagi memberikan perlindungan keselamatan kepada Kementerian Luar US dan agen CIA di Afghanistan.

Gambar: Presiden Blackwater, Gary Jackson. Gambar di atas, anggota Blackwater ketika memberi perlindungan keselamatan kepada seorang diplomat di Iraq.

Strategi elak kaitkan Xe dengan Blackwater

Seperti dinyatakan pada bulan disember yang lalu, syarikat perkhidmatan keselamatan Xe dimiliki hasil perkongsian bersama dua pelabur, Manhattan-Partners
(Manhattan) dan Fort Capital Advisors(Fort), bagaimanapun syarat-syarat perjanjian itu tidak didedahkan. Sumber 12/01/2010, web berita Al-Jazeerah, 11/01/2011, web berita safa.ps. Rujuk lagi, 10/01/2011, web berita Al-Quds Arabi dan Shehab.ps. Laporan asal, 07/01/2011, washingtonpost

Read more...

Lokasi AL-QASSAM dan AL-QUDS dibom

GAZA - Kejadian serangan berasingan waktu ini di Gaza, dua lokasi sayap tentera pejuang Palestin dan balai polis menjadi sasaran pengeboman zionis.
___________________________________________
Catatan laporan serangan:

12.04 tengah malam, Palestin/Mesir. Pesawat tempur zionis mengebo lokasi tentera AL-QASSAM.
12.12 pagi, Palestin/Mesir. Lokasi AL-QASSAM diserang lagi.
12.28 pagi, Palestin/Mesir. Sebuah lokasi tentera SARAYA AL-QUDS pula dibom pesawat zionis.
12.53 pagi, Palestin/Mesir. Lagi 2 serangan terbaru zionis di lokasi 'Al-Bahriah' barat Nuseirat.

___________________________________________

Menurut pemberita 'Safa' serangan pertama zionis tertumpu di lokasi Abu Grad, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) yang terletak di selatan bandar Gaza. Berikutan serangan F-16 zionis mengakibatkan kerosakan besar di lokasi berkenaan. Namun, pesawat tempur zionis kembali semula ke lokasi berkenaan dan melepaskan satu lagi serangan misil. Akibatnya, letupan kuat dari serangan berkenaan dapat didengari dari jarak yang jauh.

Sasaran seterusnya dari arah barat Khan Yunus. Pesawat zionis menyerang lokasi tentera, pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) berhampiran dengan pejabat pentadbiran Universiti Al-Aqsa.

Selepas itu, pesawat tempur zionis melepaskan lagi 2 serangan misil ke atas sebuah balai polis Al-Bahriah di bahagian barat Mukhayyam Nuseirat, pertengahan Semenanjung Gaza.

Serangan udara zionis yang mensasarkan beberapa lokasi keamanan di Gaza pagi ini tidak mengakibatkan sebarang luka parah.

Sebelum itu, catatan masa pada jam 10.24-10.45 malam, Palestin(11/01/2011). Bot-bot laju tentera laut zionis membedil di deretan sepanjang persisiran pantai Gaza hingga ke persisiran laut Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Ehud Barak, Menteri Perang(pertahanan) rejim zionis ketika melawat pejabat pasukan tentera yang berkawal di sempadan tanah jajahan-Semenanjung Gaza petang selasa(11/01/2011), berkata, sebarang tindakan yang menimbulkan ketegangan di sempadan dari mana-mana pihak Palestin, Israel akan balas dengan penuh kekerasan jika terus menggoncangkan keadaan. Sumber 12/01/2011, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS