الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Sebuah rumah dibom peluru meriam

10 September 2011

Laporan jam 07:44 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 06:44 malam, waktu Mesir
Jam 12:44 pagi(11/09/2011), waktu Malaysia

GAZA - Jentera perang rejim zionis mengebom sebuah rumah tanpa penghuni di Abbasan Saghir, timur Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.

Gambar(arkib Safa): Artileri zionis seringkali mengebom kawasan sempadan di sebelah timur Gaza.

Menurut saksi kejadian yang memberitahu kepada agensi berita Safa bahawa dua peluru artileri(meriam) zionis gugur ke atas sebuah rumah. Jelas saksi lagi, pengeboman itu berlaku ketikamana kereta-kereta awam melewati di kawasan Abu Ta'iemah di Abbasan, lantas memaksa penumpang-penumpang kereta keluar dan meninggalkan kereta di lokasi berkenaan. Sedemikian itu, krew ambulan bergegas ke lokasi kejadian.

Berhubung pengeboman zionis, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Sebagaimana dinyatakan, hampir setiap hari kawasan di garisan sempadan sebelah timur Gaza menjadi tempat pendaratan peluru-peluru meriam dan pesawat zionis yang dikaitkan dengan alasan keselamatan. Sumber 10/09/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Catatan: Demontrasi dan rempuhan kedutaan Israel di Kaherah

09 September 2011


11:30 malam, waktu Mesir: Para demonstran merempuh bangunan yang menempatkan kedutaan Israel di Kaherah. Kelihatan surat-surat dan dokumen berterbangan jatuh dari tingkat 17 bangunan terbabit yang menjadi tempat simpanan arkib dokumen kedutaan Israel, manakala tingkat 18 dan 19 adalah apartmen yang digunakan sebagai pejabat kedutaan Israel. Menurut pemberita Al-Jazeerah, para demonstran marah akibat tindakan Israel yang membunuh 4 tentera Mesir sewaktu operasi Eilat berlaku. Jelas lagi, para demonstran turut merempuh dan memecahkan sebahagian tembok simen di hadapan bangunan kedutaan Israel.

Gambar: Atas, 3 tingkat dari bangunan ini menempatkan pejabat kedutaan Israel yang bermula dari tingkat ke-17. Bawah(kecil), tembok simen yang dipecahkan oleh para penunjuk perasaan di hadapan bangunan kedutaan Israel di Kaherah petang semalam.

10 September 2011

12:50 pagi, waktu Mesir: Pihak Polis Persekutuan berusaha menyuraikan para penunjuk perasaan yang merempuh bangunan kedutaan Israel di Giza, Kaherah.

Polis menggunakan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan. Sehingga kini dijangkakan 448 orang cedera(termasuk polis) akibat pertempuran yang meletus antara pihak berkuasa dengan penunjuk perasaan di hadapan bangunan kedutaan Israel dan Jabatan Keselamatan Giza.

Jelas lagi, lebih 25 buah kereta perisai dikerahkan ke lokasi kejadian.

01:10 pagi, waktu Mesir: Selepas kejadian rempuhan bangunan kedutaan Israel, Obama(Presiden US) menghubungi Benjamin Netanyahu(PM Israel).

Menurut White House, Obama melahirkan rasa terlalu bimbang disebabkan kejadian yang berlaku di hadapan bangunan kedutaan Israel.

Jelas Al-Jazeerah, Obama meminta Mesir agar melindungi kedutaan Israel.

01:30 pagi, waktu Mesir: Duta Israel tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah menanti pesawat khas untuk pulang ke Tel-Aviv. Seperti yang dilaporkan, Menteri Luar Israel yang memanggil Duta Israel pulang. Turut bersama Duta Israel, ahli keluarganya, para diplomat Israel yang lain, pekerja-pekerja kedutaan dan puluhan dari warga Israel.

02:30 pagi, waktu Mesir: Menurut Al-Jazeerah, Menteri Dalam Negeri Mesir mengumumkan keadaan 'berjaga-jaga' serta membatalkan cuti kepada seluruh anggota polis.

03:05 pagi, waktu Mesir: Sumber keselamatan dalam Kementerian Dalam Negeri berkata, wujudnya tangan-tangan luar menjadi dalang di sebalik kejadian rempuhan di hadapan bangunan kedutaan Israel di Kaherah dan Jabatan Keselamatan Giza.

03:20 pagi, waktu Mesir: Duta Israel telah beredar dari terminal VIP menuju ke pesawat khas yang datang untuk membawanya.

03:25 pagi, waktu Mesir: Sehingga kini, pihak polis masih bertempur dengan para penunjuk perasaan di lokasi kejadian.

Berhubung kejadian ini, Gerakan 6 April(Mohammad Adil, anggota Biro Politik 6 April) menuduh pengikut-pengikut Mubarak mencetuskan huru-hara bertujuan menghancurkan misi revolusi 25 Januari dan menjerumuskan Mesir kepada keadaan huru-hara.


Berubah menjadi rusuhan

04:15 pagi, waktu Mesir: Seramai 17 orang telah ditangkap berhubung kejadian rempuhan kedutaan Israel.

04:15 pagi, waktu Mesir: Duta Israel bersama puluhan lagi warga Israel telah meninggalkan Kaherah menuju ke Tel-Aviv.

Sumber: Berita Al-Jazeerah
Siaran berita langsung Al-Jazeerah Mubasheer

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS