الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kereta kebal zionis menyasarkan Hayyu An-Nahdhah

25 Mei 2012


Laporan jam 12:29 pagi(26/05/2012), waktu BaitulMaqdis
Jam 11:29 malam, waktu Mesir

RAFAH - Kejadian tembakan zionis masih berterusan. Sebentar tadi, SAFA melaporkan bahawa kereta kebal zionis menyasarkan rumah-rumah penduduk Palestin di Hayyu Nahdhah dengan tembakan mesingan.

Kaitan berita:

Berhubung kejadian di Hayyu An-Nahdhah, timur bandar Rafah yang terletak sebelah selatan Semenanjung Gaza, penyampai berita SAFA berkata, tiada sebarang kecederaan dari kalangan penduduk Palestin selepas tembakan dari zionis. Sumber 25/05/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Zionis hala tembakan di timur Gaza


Laporan jam 08:06 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 07:06 malam, waktu Mesir

KHAN YOUNIS - Jentera-jentera perang rejim zionis telah menghalakan tembakan mesingan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin di timur daerah Al-Qararah, tenggara bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Berhubung kejadian yang berlaku pada malam ini, penyampai berita SAFA menyebut bahawa salah sebuah jentera perang zionis mara ke timur Al-Qararah dan melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah dan menyasarkan penduduk Palestin yang menetap di kawasan terbabit.

Jelas lagi, beberapa buah jip tentera zionis yang berkumpul di sekitar pintu gerbang 'شراب العسل' di Hayyu Al-Fukhara, bandar Khan Younis turut menghalakan tembakan secara rambang ke arah kawasan-kawasan di perumahan tersebut.

Penyampai berita SAFA memaklumkan bahawa tembakan-tembakan dari rejim zionis tidak mengakibatkan berlaku sebarang kecederaan di kalangan penduduk Palestin. Sumber 25/05/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Keselamatan Palestin tangkap 4 HAMAS


Laporan jam 02:22 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 01:22 petang, waktu Mesir

Gerakan HAMAS mendakwa pihak keselamatan Palestin di Tebing Barat menangkap empat orang anggotanya di bandar Nablus dan Khalil, Tebing Barat.

Kenyataan HAMAS pada hari ini menyatakan bahawa pihak keselamatan(الأمن الوقائي) telah menangkap seorang bekas tahanan, Jamal Al-Zubaidi dari bandar Nablus dan mangsa telah beberapa kali meringkuk dalam penjara keselamatan Palestin. Beliau juga saudara kepada salah seorang penduduk Palestin yang telah syahid, 'Imad Al-Zubaidi.

Pihak keselamatan Palestin yang sama, menurut kenyataan HAMAS, telah menangkap lagi seorang bekas tahanan, Yusof Talib Silwadi selepas menyerbu masuk rumahnya di kampung Tal, selatan bandar Nablus, kemudian tidak lama selepas ditangkap, Yusof dibebaskan pada petang semalam.

Berhubung kes yang yang sama, keterangan HAMAS menyebutkan bahawa mahkamah majistret telah memanjangkan lagi tempoh tahanan selama 15 hari ke atas bekas tahanan, Mu'az Yusof Raihan dari daerah Tal dan mangsa masih meringuk dalam penjara keselamatan Palestin.

Sementara itu di Khalil, selepas menjelang pertengahan malam Jumaat(25/05/2012), sepasukan pihak keselamatan Palestin melakukan rempuhan ke daerah Surif serta melancarkan operasi serbuan dan tangkapan ke atas anggota-anggota HAMAS. 

Muhammad Abu Saleh dan Basem Ghanimat telah ditangkap pihak keselamatan Palestin.

Menurut kenyataan HAMAS, pihak keselamatan Palestin menyebut lagi beberapa buah rumah milik Ahmad Al-Qhadhi dan Shadi Ibrahim Ghanimat. Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dilakukan, pihak keselamatan gagal menangkap kedua-duanya. Sumber 25/05/2012, web berita Safa.ps 

Read more...

Gambar Morsy hingga ke Masjid Al-Aqsa


Web berita PALESTINE 1948(PLS48) dalam laporannya semalam, 24/05/2012 bertajuk 'gambar yang paling bernilai sewaktu kempen Morsy dari pertengahan Al-Aqsa' melaporkan Syeikh 'Usom Hassan, imam Masjid Abu Bakar As-Siddiq di Tar'an melalui rangkaian sosial facebook telah menyebarkan beberapa keping gambar penduduk Palestin dalam Masjid Al-Aqsa memegang gambar Dr. Mohamad Morsy, calon Ikhwan Muslimin dalam pilihanraya Presiden Mesir 2012.


Sarikata dari sekeping gambar menyebutkan 'dari pelusuk jantung Al-Aqsa, kami menyeru sokongan kepada Dr. Morsy'. Sumber 24/05/2012, web berita Pls48

Read more...

Duwaik tolak tawaran Israel bebas dibuang keluar


Laporan jam 01:46 pagi, waktu Mekah
Jam 12:46 pagi, waktu Mesir

Speaker Majlis Legislatif Palestin(Palestinian Legislative Council), Dr. Aziz Duwaik telah menolak satu tawaran Israel(penjajah/rejim zionis) yang mensyaratkan pembebasan dari penjara dengan dibuang keluar selama dua tahun.

Pengerusi Pusat Penyelidikan Tahanan 'AHRAR' dan hak asasi manusia di Ramallah, Fuad Al-Khafash telah berkata, tawaran yang dikemukakan oleh perisikan Israel kepada seorang tahanan(banduan), iaitu Dr. Aziz Duwaik yang dikenakan tahanan tanpa bicara telah dibuat melalui peguamnya petang semalam. Bagaimanapun, Duwaik telah menolak keras tawaran tersebut. Kata beliau, "sama ada bebas ke Tebing Barat atau kekal dalam kurungan."

Al-Khafash menyifatkan apa yang dikemukan oleh Israel kepada ketua utama perundangan Palestin yang ditahan dalam penjara Ofer, 'adalah tawar menawar yang murah dari pihak penjajah, dan rampasan hak ternyata tidak boleh diterima dari sudut moral, undang-undang mahupun di peringkat antarabangsa', sambil menunjukkan sejak akhir-akhir ini, tawaran yang sama telah dikemukakan kepada beberapa orang individu kepimpinan dan ahli politik yang berada dalam penjara-penjara Israel.

Dr. Aziz Duwaik ditangkap pihak berkuasa penjajah pada 24 Januari yang lalu di sekatan tentera Jaba' menghala sebelah tenggara bandar Al-Quds ketikamana dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Khalil, Tebing Barat. Selepas ditangkap, beliau dipindahkan ke tahanan tanpa bicara selama enam bulan tanpa sebarang tuduhan(dakwaan).

Al-Khafash menjelaskan kepada AL-JAZEERAH bahawa seramai 27 ahli parlimen Palestin berada dalam tahanan penjara-penjara Israel, di antaranya, setiausaha sulit Majlis Legislatif Palestin, Mahmoud Ar-Ramhi dan tiga orang bekas menteri.

Berhubung isu yang berkaitan, aktivis Palestin berkenaan menyatakan baru-baru ini, pihak berkuasa penjajah telah melanjutkan tahanan tanpa bicara ke atas sekurang-kurangnya 20 orang tahanan Palestin.

Dr. Aziz Duwaik
Beliau menyebutkan bahawa tawaran-tawaran pembebasan yang dikemukakan kepada para tahanan Palestin Tebing Barat sebagai usaha mengosongkan lanskap politik Palestin dari kesemua individu yang bergiat aktif, dan ahli politik dengan mengumpulkan mereka di Gaza atau di luar tanah Palestin. Maka, inilah yang dibantah para tahanan dan pemimpin-pemimpin gerakan tahanan Palestin yang berada dalam penjara-penjara Israel.

Al-Khafash meminta badan-badan antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia, dan pemerintah Palestin Ramallah agar perlunya bertindak segera bagi membebaskan kesemua ahli parlimen, tahanan Palestin yang ditangkap dalam isu tahanan tanpa bicara dan ketua perundangan Palestin, Dr. Aziz Duwaik.

Dari sudut lain, menukil dari web berita SAFA dalam laporannya menyebut, pejabat Aziz Duwaik, Majlis Legislatif Palestin menafikan bahawa penjajah telah mengemukakan tawaran pembebasan keluar dari tanah Palestin kepada Dr. Aziz Duwaik. Berikutan apa yang berlaku, peguam kepada Dr. Aziz Duwaik telah mengemukakan desakan kepada pendakwa tentera Israel bagi membebaskan Dr. Aziz Duwaik dan peguamnya masih menanti jawab balas. Sumber 25/05/2012, berita Al-Jazeerah dan 24/05/2012, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS