Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':
24 Jun 2012
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya
- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16
- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera
- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin
- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah
Lulus bina 1500 unit perumahan baru di BaitulMaqdis
BAITULMAQDIS - Jawatankuasa Perancang dan Pembangunan di BaitulMaqdis telah meluluskan malam ini satu rancangan pembinaan 1500 unit perumahan Israel yang baru di penempatan Pisgat Ze'ev dan Har Homa, selepas Obama berucap dan sehari sebelum Perdana Menteri rejim zionis bertemu dengan Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat.
Baca lagi:
Rancangan bina 1500 unit perumahan di BaitulMaqdis
________________________________________________________
Gambar(AFP): Penempatan Pisgat Ze'ev.
Hebah radio Israel, keputusan bagi meluluskan rancangan ini setelah mendengar bantahan-bantahan awam.
Sumber menyatakan lagi sebelum ini, jawatankuasa berkenaan telah berkali-kali menangguhkan perbincangan berhubung rancangan ini sebagai menyahut permintaan dari Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu.
Gambar(ynet): Penempatan Har Homa.
Sumber menambah dari jawatankuasa itu bahawa Netanyahu tidak lagi meminta tangguh sebelum diperbincangkan pada hari ini. Sedemikian itu, Jabatan Perdana Menteri rejim zionis enggan mengulas berhubung rancangan ini.
Seorang ahli jawatankuasa rancangan tersebut, Yair Gabai berkata kepada media ynet, "Kerajaan Israel telah membuat keputusan hari ini secara terbuka dan jelas kepada seluruh dunia bahawa tidak ada rundingan mengenai BaitulMaqdis, dan ia akan bersatu(sebelah barat dengan timur yang dibahagikan kepada Palestin)."
"Rancangan pembinaan ini adalah hadiah terbaik yang kami terima sempena hari BaitulMaqdis yang akan datang," Kata Gabai lagi.
Gabai mendesak Kerajaan Israel untuk memajukan lagi rancangan pembinaan ribuan unit rumah yang lain. Hal tersebut bagi menjawab respon kepada pasangan-pasangan muda yang ingin tinggal di BaitulMaqdis, menurut Gabai.
Israel merosakkan usaha damai
Dari pihak Palestin, jurucakap Pemerintah Palestin, Nabil Abu Radinah pada malam ini mengungkapkan kelulusan pembinaan beratus-ratus buah unit perumahan baru Israel di BaitulMaqdis adalah tindakan segera ekoran dari ucapan dasar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama terhadap Timur Tengah.
Kata Abu Radinah, "tindakan ini patut dikecam, pentadbiran Amerika semestinya perlu menuduh Israel bertanggungjawab merosakkan usaha damai."
Tambah beliau lagi, "kami menghargai usaha Presiden Obama untuk menghidupkan semula usaha perdamaian," sambil mengulangi, akan ada jawab balas rasmi Palestin ke atas ucapan Obama selepas pertemuan pemimpin Palestin dan perbincangan dengan tetangga Arab. Sumber 19/05/2011, web berita safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita ynetnews.com
Klip Al-Jazeerah
Sumber 19/05/2011, youtube.com
HAMAS: Ucapan dasar Obama gagal, kami tidak akan iktiraf Israel
Jam 07.51 malam, Mesir
GAZA - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) menyifatkan ucapan dasar Obama, Presiden Amerika Syarikat terhadap Timur Tengah gagal. Nyata lagi, masyarakat timur tengah tidak perlu kepada tunjuk ajar Obama berhubung demokrasi, bahkan beliau yang lebih utama diberi tunjuk ajar berikutan sokongan mutlak beliau terhadap jenayah-jenayah yang dilakukan rejim zionis. Kenyataan-kenyataan Obama yang membantah jenayah zionis pula hanyalah semata-mata kecaman.
Menjawab ucapan Obama, jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri berkata, "hanya semata-mata slogan-slogan yang berulang, tidak mengandungi apa-apa dan ia tidak ada makna," tambah beliau, hal ini akan mempercepatkan lagi proses persetujuan baik pulih dalaman Palestin dan pembentukan Kerajaan.
Beliau turut mengesahkan bahawa HAMAS membantah kecaman Obama terhadap baik pulih hubungan dalaman Palestin, katanya lagi, "sedemikian itu, kami menganggap kecaman Obama terhadap baik pulih hubungan Palestin seolah-olah mahu campur tangan dalam hal dalaman Palestin."
Abu Zuhri turut menegaskan bahawa HAMAS, 'sekalipun apa jua keadaan, kami tidak akan mengiktiraf penjajahan rejim zionis.'
Sementara itu, Presiden Palestin di Ramallah(Tebing Barat), Mahmoud Abbas memanggil barisan pemimpin Palestin di Ramallah untuk perjumpaan tergempar bagi meneliti ucapan dasar Obama.
Pada waktu yang sama, pegawai perunding selaku anggota Jawatankuasa Pusat gerakan FATAH, Saeb Areqat menyatakan Pemerintah Palestin Ramallah patuh kepada perjanjian damai 'road-map' dan inisiatif perdamaian Arab. Beliau berharap Israel juga bertindak sedemikian.
Ucapan dasar Obama turut menyentuh mengenai revolusi-revolusi Arab dan pembunuhan Osama Ben Laden. Lebih menarik berhubung permasalahan Palestin yang disebut pada akhir ucapan, Obama menekankan untuk memastikan keamanan 'Israel' terjaga serta mengisyaratkan kebimbangan Amerika Syarikat terhadap persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin, antara gerakan HAMAS dan FATAH. Sumber 19/05/2011, web berita safa.ps
6 dipindahkan ke bahagian siasatan
TEBING BARAT - Radio penjajah menghebahkan bahawa tentera rejim penjajah telah menangkap 6 penduduk Palestin yang di'kehendaki' semalam. Jelas lagi, kesemua yang ditangkap dipindahkan ke bahagian keselamatan berkenaan untuk siasatan.
Gambar(arkib Safa): Penangkapan ke atas penentang penjajahan berterusan.
Rejim penjajah yang melancarkan misi tangkapan dan memburu penduduk Palestin di beberapa buah bandar di Tebing Barat atas dakwaan yang berlainan, antaranya mereka di'kehendaki' oleh tentera rejim kerana menentang penjajahan. Sumber 19/05/2011, web berita safa.ps