الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Seorang kanak-kanak penduduk asal Baitul-Maqdis diusir keluar

17 Julai 2010

AL-QUDS, - Sumber melaporkan, mahkamah Israel semalam di Al-Quds mengeluarkan satu ketetapan dengan mengusir(menjauhkan/pembuangan) seorang kanak-kanak, Ahmad Ghais, 12 yang merupakan penduduk asal Baitul-Maqdis dari perumahan Silwan. Penjajah turut tidak membenarkan Ahmad memasuki kawasan 'Ain di bandar tersebut selama dua bulan malah keluarganya dikenakan denda sebanyak 4 ribu Shekel(matawang Israel).

Polis menangkap Ahmad pada malam semalam dan membawanya ke Balai Polis Salahuddin di Al-Quds kerana didakwa melontar batu ke arah penduduk Israel di kawasan 'Ain di Silwan. Keluarga Ahmad menafikan dakwaan itu. Sumber 17/07/2010, web berita ma'an

Read more...

Karikatur: Kenapa memilih begini?



Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Lagi delegasi Indonesia tiba di Gaza, Sudan beredar

GAZA - Sumber melaporkan, delegasi perubatan Indonesia tiba di Gaza pada waktu petang Sabtu. Dalam masa yang sama, delegasi perubatan Sudan yang terdiri dari dua orang pakar perubatan dan juruteknik beredar meninggalkan Gaza.

Delegasi Indonesia terdiri dari 5 orang anggota yang datang dari Mesir telah memasuki Gaza setelah mendapat kebenaran dari Pihak Berkuasa Mesir.

Sebagaimana dimaklumkan, delegasi Sudan yang beredar dari Gaza hari ini terlibat secara langsung dalam beberapa aktiviti latihan dan pemilihan kelayakan malah turut menjalankan beberapa siri pembedahan di hospital-hospital Gaza yang mencukupi tempoh sebulan. Sumber 17/07/2010, web berita safa.ps

Read more...

Hotel pelancongan freedom flotilla di Israel

Berita semalam:

Datuk Bandar Haifa, Yona Yahav(gambar) meminta kepada Menteri Pertahanan(perang) Israel, Ehud Barak agar mengubah kapal Mavi Marmara Turki, salah sebuah kapal armada pembebasan menjadi hotel pelancongan di persisiran pantai Haifa.

Yona Yahav dari parti Buruh Israel yang diketuai oleh Ehud Barak, Menteri Pertahanan(perang) Israel.

Permintaan tersebut dari surat yang dikemukakan oleh Yahav kepada Ehud Barak mendesak supaya bersetuju dengan ideanya.

"Apabila Kerajaan Israel membuat keputusan merampas kapal yang berlabuh di pelabuhan Ashdod(Ushdud) masa ini, maka yang utamanya adalah mengubah kapal itu kepada sebuah hotel terapung di hadapan pantai Haifa", ujar Yahav.

Tambah Yahav lagi, 'Haifa adalah satu contoh ikutan kehidupan yang dapat dikongsi bersama agama-agama yang berbeza, dan tempat yang paling sesuai bagi kapal Mavi Marmara yang kami mengubahnya menjadi simbol 'toleransi' dan 'sebuah harapan' di peringkat antarabangsa.'

Sebagaimana yang disebutkan, serangan berdarah ke atas armada pembebasan di akhir bulan Mei yang lalu telah mengorbankan 9 sukarelawan Turki. Israel masih menahan lapan buah kapal bantuan armada pembebasan yang di bawah tajaan Pertubuhan Antarabangsa pemecah sekatan, termasuklah Mavi Marmara dan beberapa buah kapal kargo.

Kemanusiaan yang bodoh

Permintaan Yahav melalui suratnya kepada Ehud Barak dikecam Hanin Zoabi(gambar bawah), ahli parlimen Arab di parlimen Knesset Israel berikutan Zoabi mengiktibarkan situasi itu adalah medan tempur yang telah membunuh orang awam biasa tidak mungkin boleh menjadi simbol kehidupan yang bersifat toleransi dan menjadi harapan melainkan ia bersifat kemanusiaan yang bodoh dan biadap kerana tidak sesuai pada tempatnya.

Hanin berkata kepada agensi berita Al-Jazeerah bahawa kapal Marmara telah membentuk simbol pemecah sekatan yang dikenakan ke atas Gaza malah turut memecahkan kongkongan akal ke atas orang-orang Israel.

Jelas beliau, 'setelah Marmara dikuasai maka ia telah berubah - berdasarkan serangan berdarah - menjadi simbol perjuangan menentang penjajahan, kongkongan dan perbezaan ras bangsa di seluruh dunia.'

Zoabi menyatakan bahawa beliau tidak boleh membisu dengan inisiatif yang berbentuk jenayah khususnya setelah beliau sendiri menetap sementara waktu di atas Marmara dan menyaksikan sendiri operasi jenayah(lanun) yang dilakukan tentera Israel.

Di akhir katanya, Zoabi menggunakan sindiran bahawa Arab dan Yahudi yang menjalani 'kehidupan bersama' di Haifa tidak akan berkurang atau bertambah dengan inisiatif sebegini kerana orang Arab dan Yahudi tidak akan menyertai pakej pelancongan yang telah dibina atas darah-darah orang awam.

Pada Rabu lalu, Knesset Israel telah meluluskan satu usul yang mendapat pungutan majoriti suara melucutkan tiga keistimewaan status ahli parlimen Hanin Zoabi kerana menyertai konvoi armada pembebasan. Knesset telah memutuskan visa diplomasi beliau dilucutkan, malah perjalanan Zoabi keluar-masuk Israel turut dihadkan(pembatasan) dan dihalang mendapat kekebalan undang-undang(mengikut kefahaman map).

Berhubung kenyataan Zoabi, Yahav berkata, "aku tahu Knesset telah lucutkan keistimewaan status ahli parlimen awak akibat mengikuti armada pendendam ke Gaza dan penyertaan awak telah membuat provokasi jenayah yang membunuh manusia. Dengan kejadian itu, aku dengan rela hati membuat tindakan yang waras meminta mengubah Marmara dari simbol 'pengganas', 'pelampau', 'yang mencetuskan provokasi' kepada simbol 'toleransi'."

Hukum Israel

Dari pihak lain, Lubna Musarawah, Penyelaras Armada Pembebasan dalam Palestin merangkap anggota Pertubuhan Antarabangsa Membebas Sekatan Gaza turut mengungkapkan bahawa cadangan mengubah Mavi Marmara kepada tempat pelancongan untuk hiburan serupa orang yang bodoh dan biadap. Tambah Lubna, cadangan Israel itu sebagai usaha untuk memperbaiki gambaran Israel di hadapan masyarakat antarabangsa.
Lubna mendedahkan kedudukan terkini, iaitu Pertubuhan Antarabangsa tersebut telah memutuskan dalam pertemuannya yang telah diadakan di Turki untuk menghukum Kerajaan Israel berhubung melakukan serangan berdarah dan merempuh naik ke atas kapal bantuan.

Musarawah berkata kepada agensi berita, 'kami dalam peringkat permulaan untuk mengemukakan pendakwaan ke atas Israel, dan kami masih meneliti dan mengkaji prosedur perundangan untuk membuat dakwaan di Mahkamah Antarabangsa atau Israel sendiri'.

Tambah beliau, "Kami telah mengajukan kepada pihak Israel bagi meminta bebaskan lapan buah kapal yang ditahannya di pelabuhan Ashdod, tetapi kami tidak mendapat apa-apa jawab balas, oleh itu, kami sedang berusaha mencari mekanisme dari prosedur antarabangsa bagi memaksa Israel menyerahkan semuala kapal-kapal kepada kami."

Beliau turut menjelaskan bahawa Pertubuhan Antarabangsa berkenaan sedang melakukan persiapan demi tercapainya pelayaran 'Armada Pembebasan 2'. Lubna turut memaklumkan bahawa 'Armada Pembebasan 2' akan belayar menuju ke Gaza pada Oktober akan datang. Pelayaran ini turut disertai wakil-wakil dari berbagai-bagai Negara dan beberapa delegasi parlimen dari Negara-negara Eropah. Sumber 16/07/2010, web berita Al-Jazeerah

Pautan lain:

> Haneen Zoabi(wikipedia)
> Yona Yahav(wikipedia)

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS