Puluhan sesak nafas di Dayr Qaddis tempur dengan penjajah
15 Jun 2011
Jam 02:35 petang, Mesir
RAMALLAH - Pertempuran yang meletus sebentar tadi antara penduduk kampung Dayr Qaddis(barat Ramallah, Tebing Barat) dengan tentera rejim penjajah mengakibatkan puluhan dari penduduk Palestin sesak nafas berikutan tembakan gas pemedih mata yang ditembak ke arah mereka.
Selepas solat fardhu zohor, beratus-ratus penduduk kampung Dayr Qaddis, diikuti penduduk kampung yang berjiran serta para aktivis dan anggota jawatankuasa penentang tembok pemisah keluar mengadakan tunjuk perasaan menuju ke kawasan tanah yang dimiliki penduduk kampung berkenaan. Tindakan tersebut setelahmana tentera penjajah memulakan kerja-kerja meratakan tanah yang dirampas bertujuan untuk menyambung jalan ke penempatan-penempatan zionis yang baru dibangunkan.
Penunjuk peta di atas:
Warna hijau(kampung-kampung Palestin)
No.33 - Dayr Qaddis
No.47 - Kharbata
No.55 - Ni'lin
Warna biru(penempatan zionis)
No.22 - Modi'im Illit
No.23 - Na'ale
No.25 - Nili
No.29 - Qiryat Sefer
Lebuhraya no.446 di sebelah kanan no.55
Lebuhraya no.455 di sebelah kiri dan kanan no.47
Lebuhraya no.463 di sebelah kiri dan kanan no.23
________________________________
Sedemikian itu, para penunjuk perasaan telah berjaya menghentikan kerja-kerja meratakan tanah di atas keluasan 500 hektar yang menempatkan tanaman zaitun dan gandum, selebihnya dipenuhi rumput-rumpai untuk haiwan-haiwan ternakan meragut.
Ketika tunjuk perasaan, penduduk-penduduk kampung dikekang dengan tembakan-tembakan bom gas pemedih mata, lantas mengakibatkan puluhan dari mereka sesak nafas malah beberapa keluasan tanah yang dipenuhi pokok-pokok zaitun terbakar. Sumber 15/06/2011, web berita Safa.ps