الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Pejuang terselamat dari serangan pesawat zionis

21 Ogos 2011

Laporan jam 10:41 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 09:41 malam, waktu Mesir

GAZA - Pesawat tempur zionis malam ini di Gaza menumpukan dua serangan ke atas sasaran yang berbeza di lain tempat, sebelah barat laut bandar Gaza. Berhubung serangan, tiada laporan mengenai luka parah.

Pemberita agensi berita Safa berkata, serangan pertama pesawat zionis menyasarkan dua pejuang Palestin yang sedang bersiap melancarkan roket, sekaligus mengakibatkan tempat pelancar musnah dan pejuang terselamat dari serangan.

Tambahan lagi, serangan kedua menyasarkan sebuah kereta penumpang yang berhenti berdekatan Masjid Al-Akhdhar sebelah Universiti Amerika di utara Gaza. Serangan ke atas kereta berkenaan sejurus selepas beberapa pejuang Palestin turun dari kereta. Bagaimanapun tiada laporan mengenai luka tetapi kereta berkenaan hancur musnah. Sumber 21/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

7 cedera, 3 serangan zionis di Gaza

Laporan jam 02:47 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 01:47 petang, waktu Mesir

GAZA - Pesawat tempur zionis mengebom sebuah lokasi tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM di Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza pada waktu tengahari tadi.

Kata saksi kejadian, serangan dari pesawat tempur jenis F-16 mengakibatkan lokasi berkenaan hancur musnah.

Jelas sumber, lokasi berkenaan milik polis Palestin atau dikenali pusat keamanan 'As-syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi' dan ia telah dibom berkali-kali sebelum ini.

Berhubung kecederaan, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, serangan zionis mengakibatkan 7 cedera, di antaranya kanak-kanak, sambil menyifatkan luka mangsa pertengahan dan ringan.

Kemudian, pesawat tempur zionis menyerang pula sebuah pusat latihan gerakan Al-Ahrar di barat Khan Yunis.

Selepas itu, pesawat zionis menyerang lagi sebuah rumah tanpa penghuni milik keluarga Abu Salim di barat Mukhayyam Nuseirat, Gaza Tengah. Serangan di dua buah lokasi ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan. Sumber 21/08/2011, web berita Safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Ynet: Tentera tunggu arahan serbu Gaza

Laporan jam 12:32 petang, Waktu Palestin/Mekah
Jam 11:32 pagi, waktu Mesir

UMMUL-FAHM, - Sumber tertinggi tentera zionis hari ini berkata, tentera masih menanti keputusan dari Majlis Kabinet Keselamatan(KABINET) berhubung peningkatan serang balas Israel ke atas pejuang-pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.

Memetik dari web berita 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew dari sumber berkenaan, katanya, kami tahu benar memang tidak boleh elak dari serangan roket grad yang datang mencurah seperti hujan di daerah-daerah selatan.

Sumber tersebut menyatakan, pihak tentera dan KABINET telah mengadakan beberapa perjumpaan semalam dan pagi tadi bagi membincangkan tentangan dan serang balas.

Jelas lagi sumber, "tiada serangan keras ke atas pejuang selama dua hari yang lalu tidak bermakna lemah, akan tetapi adanya beberapa langkah dan perancangan yang diteliti bagi melaksanakannya secara masuk akal, sudah pasti kesan itu kami akan tentukan apa yang kami mahu."

Pihak tentera tidak berhasrat langsung merempuh serangan darat ke Gaza, sambil menyatakan 'setiap apa yang kami lakukan memadai sedemikian, iaitu menghentam saki-baki penentang dengan beberapa bentuk tindakan secara baik.'

Jelas Ynet, kehendak dari pegawai-pegawai tertinggi tentera Israel sangat tinggi untuk menjatuhkan gerakan HAMAS dan menghancurkan kekuasaannya di Gaza demi dapat mengembalikan gentaran kekuatan dan martabatnya seperti sebelum ini.

Berikutan sedemikian, Menteri Pembangunan Penempatan Israel yang berhaluan kanan, Silvan Shalom menyatakan bahawa kerajaannya tidak mengesampingkan kemungkinan melancarkan serangan darat menggempur Gaza.

Menurut radio penjajah, kata Shalom, operasi cast lead adalah bentuk serangan habis-habisan dan kami perlukan lagi untuk menyerang balas, malah kami tidak boleh mengelak cara bagi melancarkan serangan darat. Sumber 21/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Kanak-kanak cedera terkena serpihan peluru zionis

Laporan jam 11:20 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 10:20 pagi, waktu Mesir

GAZA - Menjelang tengahari, seorang kanak-kanak mengalami kecederaan serius ekoran terkena serpihan peluru pesawat tempur zionis yang menyasarkan sekumpulan penduduk di daerah Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah, kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan kritikal akibat terkena serpihan letupan peluru di seluruh tubuhnya.

Sementara itu, sejak dari pagi tadi, sayap-sayap tentera Palestin menyasarkan serangan ke atas lokasi-lokasi tentera zionis yang berada di sekitar sempadan Gaza. Sumber 21/08/2011, web berita Safa.ps

Baca lagi:

7 grad, 10 hawn gugur di daerah-daerah jajahan

Read more...

7 grad, 10 hawn gugur di daerah-daerah jajahan

Laporan jam 08:37 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 06:37 pagi, waktu Mesir
(Kemaskini jam 10:00 pagi, waktu Mesir)

BAITULMAQDIS - Radio penjajah menghebahkan bahawa sebanyak 7 serangan roket jenis 'grad' gugur pagi ini di bandar Beer Sheba(بئر السبع), salah satunya menjejaskan bangunan sebuah kelab sukan.

Sumber berkenaan menuduh pejuang Palestin di Gaza melancarkan serangan roket. Salah satu dari serangan roket terbabit mengakibatkan warga zionis tercedera.

Gambar(Ynet): Bumbung bangunan sebuah kelab sukan di Beer Sheba terkena serangan roket.

Sementara itu, kumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengumumkan pihaknya melancarkan 3 serangan roket 'grad' ke Beer Sheba dan 4 roket 'grad' ke Ofakim serta 10 peluru mortar 'hawn' ke pos-pos tentera zionis di sebelah selatan Semenanjung Gaza.

Begitu juga dengan pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI telah melancarkan 6 serangan roket jenis '107' ke lokasi-lokasi tentera zionis di sebelah utara dan selatan Gaza.

Zionis menggiatkan serangan menggila di Semenanjung Gaza pada 3 hari yang lalu sehingga mengakibatkan 15 penduduk Palestin syahid, manakala yang tercedera melebihi 45 orang, di antaranya adalah kanak-kanak dan wanita. Sedemikian itu, pejuang-pejuang Palestin bingkas menyerang balas.

Sehingga kini, sayap-sayap tentera utama di Gaza, antaranya KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM telah mula menyerang zionis semalam, SARAYA AL-QUDS, diikuti sayap-sayap senjata yang lain, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, KATAIB NASEER SALAHUDDIN, KATAIB ABU ALI MUSTAFA, UNIT AIMAN JUDAH dan KATAIB MUJAHIDEEN yang kerap kali melancarkan serangan ke pelusuk-pelusuk bandar serta daerah-daerah jajahan. Di samping itu, pos-pos dan lokasi tentera zionis turut menjadi sasaran.

Laporan lain, sumber dari Safa berkata, pada pagi tadi bot-bot laju tentera zionis melepaskan tembakan di persisiran pantai Gaza. Berikutan itu, pejuang Palestin melepaskan serangan roket ke arah bot-bot laju zionis.

100 roket sejak Khamis

Berhubung serangan roket, jurucakap tentera zionis, Brig.-Gen. Yoav Mordechai berkata, sungguhpun HAMAS tidak terlibat secara langsung melancarkan roket ke tanah jajahan, namun hal ini tidak boleh menafikan tanggungjawabnya.

Mordechai menegaskan kepada siaran radio pagi ini bahawa tentera zionis tidak teragak-agak meluaskan lagi tentangan dan membalas serangan dengan keras bila mana terdesak demi mempertahankan daerah-daerah Israel.

Sebagaimana yang dinyatakan, sejak hari Khamis yang lalu, sebanyak 100 serangan roket dan peluru mortar telah dilepaskan ke arah tanah jajahan 1948.

Keadaan sedemikian turut diakui tentera zionis dan puluhan ribu warga zionis terpaksa berlindung dalam pusat perlindungan kerana bimbang serangan roket. Sumber 21/08/2011, web berita Safa.ps dan web berita Ynetnews.com

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS