الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label roket grad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label roket grad. Papar semua catatan

Empat Grad gugur di selatan tanah jajahan 1948

28 Oktober 2012

Iron Dome gagal menangkis roket grad

GAZA - Siaran radio Israel menghebahkan bahawa 4 roket jenis grad telah gugur pagi ini di bandar Biʾr as-Sabʿ (Beersheba/ بئر السبع), selatan tanah jajahan 1948 tanpa membabitkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda.

Berikutan serangan roket, Majlis Perbandaran Biʾr as-Sabʿ memutuskan bagi menangguhkan sesi pengajian di sekolah-sekolah bandar ini.

Radio Israel menyatakan pada malam semalam, dua serangan roket gugur di Majlis Penempatan Eshkol. 

ALWIYAH lancar 'grad'

Berhubung serangan ke penempatan zionis (Israel/penjajah), pejuang dari kumpulan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN (sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH AS-SAHA'BIAH/Popular Resistance Committees:PRC) mengakui melancarkan serangan roket jenis grad ke bandar Biʾr as-Sabʿ pada jam 05:20 pagi hari ini.

Memetik laporan dari web rasmi PRC, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN melancarkan lagi roket grad ke bandar Biʾr as-Sabʿ pada jam 07:40 pagi.

Jelasnya, zionis mengakui roket grad gugur di bandar Biʾr as-Sabʿ dan turut mengakui sistem penangkis roket (Iron Dome) gagal menghadang kemaraan roket grad.

Kenyataan media ALWIYAH menyatakan, 'selepas operasi melancar roket, pejuang-pejuangnya kembali ke pengkalan dengan selamat, sambil menegaskan bahawa roket yang dilancarkan ini adalah balasan serangan zionis yang tidak henti terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Lebih-lebih lagi serangan terkini zionis membunuh seorang pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM di Khan Younis dan serangan sebelum ini menyebabkan kecederaan di kalangan orang awam.'

As-syahid Sulaiman Kamil
Pautan berita:

ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengakhiri kenyataan media, pejuangnya tetap berpegang kuat dengan jihad sebagai satu-satunya untuk membebaskan keseluruhan tanah-tanah Palestin yang dirompak. Sumber 28/10/2012, web berita Safa, web berita Paltimes dan web rasmi PRC

Read more...

Dua serangan di Semenanjung Gaza

15 Mac 2012

GAZA - Pesawat tempur rejim zionis telah melancarkan dua serangan udara di Semenanjung Gaza semalam dan awal pagi tadi, 15/03/2012.

Dua serangan itu menyasarkan dua sasaran di bandar Gaza dan Khan Yunis di sebelah selatan Semenanjung Gaza.

Menurut pemberita SAFA, serangan pertama yang dilancarkan oleh pesawat tempur jenis F-16 tertumpu ke atas kebun pertanian berdekatan lokasi tempat jualan kereta antarabangsa(سوق السيارات الدولى) di sebelah selatan bandar Gaza. Berikutan itu, serangan ini menyebabkan dentuman letupan yang terlalu kuat serta meninggalkan kesan bentuk kawah yang dalam di atas tanah kebun pertanian.

Serangan kedua menyusul tidak lama selepas yang pertama, pesawat tempur zionis mengebom sebuah tempat tadahan untuk pertanian yang terletak di antara daerah Khuza'ah dan Abbasan di Khan Yunis. Bagaimanapun, peluru yang dilepaskan tidak meletup.

Tiada laporan mengenai kecederaan akibat dua serangan ini.

Jurucakap rasmi angkatan tentera zionis menyatakan dua sasaran yang dibom pesawat-pesawat tempur Israel milik kumpulan pengganas, dakwa jurucakap itu.

Tangkis serangan roket

Menukil dari laporan berita SAFA semalam yang diterbitkan pada jam 04:54 petang, tentera rejim zionis mengumumkan bahawa roket 'grad' gugur di Beer Sheeba(بئر السبع/tanah jajahan 1948) pada waktu petang Rabu, 14/03/2012. Sementara itu, dua serangan roket yang lain telah ditangkis sistem penangkis roket(iron dome system/القبة الحديدية atau media lain menyebut Kubah Besi).

Media massa Israel berkata, sebanyak tiga roket jenis 'grad' yang telah dilancarkan dari Gaza menuju ke arah Beer Sheeba, salah satu darinya gugur di pinggir bandar Beer Sheeba menyebabkan sebilangan warga zionis mengalami fobia.

Web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew menyebut sebelum roket grad menyerang, telah ada peluru roket yang gugur di sekitar penempatan She'er Hanegev, sebelah barat Naqab(النقب الغربى/tanah jajahan 1948).

Menurut YNET lagi, serangan roket itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda.

Pada malam yang lepas, serangan-serangan udara zionis yang dilancarkan ke atas Gaza telah mengakibatkan sebuah kilang di Gaza hancur musnah. Sumber 15/03/2012, web berita Safa.ps dan 14/03/2012, web berita Safa.ps

Sila lawati, halaman facebook minipavilion
dan fan page minipavilion

Read more...

Serangan kedua roket grad ALWIYAH ke Urim

23 Februari 2012

Laporan jam 11:39 malam, waktu Palestin
Jam 11:39 malam, waktu Mesir


GAZA - Sayap tentera kepada LIJAN MUQAWAMAH, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengumumkan pejuangnya mengebom kali kedua lokasi Urim yang terletak dalam jajahan 1948 dengan satu serangan roket.

Lokasi sasaran roket grad, Urim dalam bulatan merah.

Berhubung misinya, 'لبيك يا أقصى', menukil laporan ketenteraan ALWIYAH, alhamdulillah..sebuah unit serangan roket pejuang ALWIYAH berupaya mengebom kali kedua lokasi Urim dalam jajahan 1948 dengan satu serangan roket grad pada jam 11:10 malam, 23/02/2012.


Sebelum itu, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengumumkan pejuangnya mengebom buat kali pertama lokasi Urim dengan roket grad pada jam 10:30 malam, Khamis, 23/02/2012.

ALWIYAH menyebut pejuangnya berupaya melaksanakan misi tersebut meskipun pesawat-pesawat tempur zionis kerap meninjau di ruang udara. Pejuang-pejuang terbabit dapat kembali dengan selamat sambil diawasi Ar-Rahman ke pengkalan operasi.

Jelas ALWIYAH, operasi serangan roket ini adalah serangan balas berikutan jenayah yang dilakukan zionis ke atas Masjid Al-Aqsa malah kerap kali warga-warga haram merempuh masuk ke sana. Serangan ini juga sebagai mesej kepada zionis bahawa pejuang-pejuang tidak berpeluk tubuh ekoran jenayah-jenayah zionis terhadap kesucian Islam, terutamanya Masjid Al-Aqsa.

Kata ALWIYAH, pejuang-pejuang ini sentiasa berada di barisan hadapan bagi melindungi tanah-tanah suci serta menghadang dan membalas sebarang ancaman mahupun tentangan zionis. Maka, ingin kami mengesahkan keimanan kami berpegang kuat dengan jalan jihad dan penentangan, inilah satu-satunya cara(jalan) bagi membebaskan keseluruhan tanah kami Palestin yang dirompak.

Radio zionis akui serangan roket

Memetik laporan SAMANEWS, radio rasmi Israel versi hebrew berkata, satu serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza telah gugur di kawasan Majlis Penempatan She'er Hanegev, barat Naqab malam ini(Khamis).

Berhubung serangan roket, sumber dari WALANEWS Israel menyebut serangan terbabit tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan di kawasan berkenaan. Sumber 23/02/2012, web berita Qaweim.com dan Samanews.com

Read more...

Lancar roket grad ke Beersheba dan Ofakim

08 Disember 2011

Laporan jam 08:38 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 08:38 malam, waktu Mesir
Jam 02:38 pagi(09/12/2011), waktu Malaysia

BAITULMAQDIS - "Dengan izin Allah yang berkuasa ke atas sekalian alam, kami akan balas serangan ini ke dalam pelusuk tanah jajahan Israel mengikut sejauhmana jenayah yang dilakukan, lebih-lebih lagi serangan ini tanpa ada sebarang peningkatan serangan ke Israel dari Gaza," kata Abu Saif.
_________________________________________
Baca lagi:

2 pejuang syahid, 2 penduduk cedera
Zionis mengebom timur zaitun, Al-Aqsa balas ke Naqab


Serangan balas pejuang:

08:21 - Siren kecemasan rejim zionis yang menandakan roket menghujani kawasan jajahannya telah berbunyi. Rejim zionis mengakui roket-roket grad gugur berhampiran Beer Sheeba dan serangan lain gugur di Sdot Negev.

20:17 - Pejuang-pejuang Palestin melepaskan lagi beberapa serangan roket dan peluru mortar ke selatan tanah jajahan.

06:40 - Rejim zionis meminta warga-warga zionis di kawasan penempatan yang berada di kedudukan setentang dengan sempadan Gaza agar berada dekat dengan tempat perlindungan. Hal sedemikian sebagai berjaga-jaga serang balas dari pejuang Palestin.

_________________________________________

Demikian itu, setelah serangan udara zionis pada waktu tengahari tadi yang mengakibatkan dua pejuang Palestin syahid, Abu Saif, jurucakap KATAIB SYUHADA' AL-AQSA berkata, pihaknya akan membalas serangan ini.

Selepas serangan roket model 'Aqsa' ke sebelah barat Naqab, selatan tanah jajahan. Rejim zionis mengakui lagi bahawa roket jenis 'grad' gugur di bandar Beersheba(بئر السبع‎/Sebelum ini map menggunakan ejaan Beer Sheeba), selatan tanah jajahan.

Web berita Israel 'HAARETZ' versi hebrew menyebut satu serangan roket jenis grad yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza gugur di kawasan bandar Beersheba. Laporan HAARETZ mendakwa serangan roket grad tidak mengakibatkan kecederaan atau kerosakan harta benda.

Serangan roket grad yang kedua pula gugur di Ofakim, menurut radio Israel versi hebrew, serangan ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Sumber dari media Israel yang lain 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) menyatakan bahawa ada lagi satu serangan roket buatan tempatan telah gugur di kawasan penempatan Sdot Negev, barat Naqab. Serangan ini juga tidak mengakibatkan kecederaan. Sumber 08/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

7 grad, 10 hawn gugur di daerah-daerah jajahan

21 Ogos 2011

Laporan jam 08:37 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 06:37 pagi, waktu Mesir
(Kemaskini jam 10:00 pagi, waktu Mesir)

BAITULMAQDIS - Radio penjajah menghebahkan bahawa sebanyak 7 serangan roket jenis 'grad' gugur pagi ini di bandar Beer Sheba(بئر السبع), salah satunya menjejaskan bangunan sebuah kelab sukan.

Sumber berkenaan menuduh pejuang Palestin di Gaza melancarkan serangan roket. Salah satu dari serangan roket terbabit mengakibatkan warga zionis tercedera.

Gambar(Ynet): Bumbung bangunan sebuah kelab sukan di Beer Sheba terkena serangan roket.

Sementara itu, kumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengumumkan pihaknya melancarkan 3 serangan roket 'grad' ke Beer Sheba dan 4 roket 'grad' ke Ofakim serta 10 peluru mortar 'hawn' ke pos-pos tentera zionis di sebelah selatan Semenanjung Gaza.

Begitu juga dengan pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI telah melancarkan 6 serangan roket jenis '107' ke lokasi-lokasi tentera zionis di sebelah utara dan selatan Gaza.

Zionis menggiatkan serangan menggila di Semenanjung Gaza pada 3 hari yang lalu sehingga mengakibatkan 15 penduduk Palestin syahid, manakala yang tercedera melebihi 45 orang, di antaranya adalah kanak-kanak dan wanita. Sedemikian itu, pejuang-pejuang Palestin bingkas menyerang balas.

Sehingga kini, sayap-sayap tentera utama di Gaza, antaranya KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM telah mula menyerang zionis semalam, SARAYA AL-QUDS, diikuti sayap-sayap senjata yang lain, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, KATAIB NASEER SALAHUDDIN, KATAIB ABU ALI MUSTAFA, UNIT AIMAN JUDAH dan KATAIB MUJAHIDEEN yang kerap kali melancarkan serangan ke pelusuk-pelusuk bandar serta daerah-daerah jajahan. Di samping itu, pos-pos dan lokasi tentera zionis turut menjadi sasaran.

Laporan lain, sumber dari Safa berkata, pada pagi tadi bot-bot laju tentera zionis melepaskan tembakan di persisiran pantai Gaza. Berikutan itu, pejuang Palestin melepaskan serangan roket ke arah bot-bot laju zionis.

100 roket sejak Khamis

Berhubung serangan roket, jurucakap tentera zionis, Brig.-Gen. Yoav Mordechai berkata, sungguhpun HAMAS tidak terlibat secara langsung melancarkan roket ke tanah jajahan, namun hal ini tidak boleh menafikan tanggungjawabnya.

Mordechai menegaskan kepada siaran radio pagi ini bahawa tentera zionis tidak teragak-agak meluaskan lagi tentangan dan membalas serangan dengan keras bila mana terdesak demi mempertahankan daerah-daerah Israel.

Sebagaimana yang dinyatakan, sejak hari Khamis yang lalu, sebanyak 100 serangan roket dan peluru mortar telah dilepaskan ke arah tanah jajahan 1948.

Keadaan sedemikian turut diakui tentera zionis dan puluhan ribu warga zionis terpaksa berlindung dalam pusat perlindungan kerana bimbang serangan roket. Sumber 21/08/2011, web berita Safa.ps dan web berita Ynetnews.com

Read more...

Warga zionis cedera terkena roket AL-QASSAM

20 Ogos 2011

Laporan jam 07:25 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 06:25 malam, waktu Mesir
(Kemaskini jam 09:00 malam, waktu Mesir)

GAZA - Buat kali pertama sejak tentangan sengit rejim zionis di Gaza Khamis lalu, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM mula menyerang sasarannya.

Sedemikian itu, AL-QASSAM dalam kenyataan ketenteraannya pada petang tadi menyatakan, pejuang AL-QASSAM telah berupaya mengebom penempatan zionis 'Ofakim' dengan 4 roket jenis 'grad'.

Jelas AL-QASSAM lagi, serangan ini adalah tindak balas ke atas jenayah zionis yang dilakukan berulang-kali sehingga mengakibatkan 15 penduduk Palestin syahid dan puluhan lagi cedera selama dua hari menggiatkan serangan bodoh.

AL-QASSAM menegaskan bahawa pejuang-pejuangnya sentiasa bersedia membalas tentangan dari zionis serta menghadang sebarang tindakan bodoh dari rejim zionis. Nyata AL-QASSAM, insyaAllah kami akan menghadang tentangan zionis dengan apa yang kami miliki.

Selepas itu, pejuang dari ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN menyasarkan serangan roket jenis 'grad' ke Ofakim dan Beer Sheba.

Berikutan serangan roket dari AL-QASSAM dan sayap senjata yang lain, media Israel 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew mengakui roket gugur di kawasan penempatannya. Tambahan lagi, wujud kecederaan dikalangan warga zionis dan maut.

2 warga zionis maut, 10 cedera

Menurut sumber dari Safa, 2 warga zionis maut dan 10 lagi cedera berikutan serangan roket yang gugur di penempatan Ofakim dan bandar Beer Sheba. Sebuah rumah zionis di Beer Sheba terjejas teruk akibat menjadi sasaran serangan roket, manakala 4 penghuninya cedera parah.

Jelas Yedioth Ahronoth, kesemua warga zionis yang terkena serangan telah dipindahkan ke hospital Suruka di Beer Sheba untuk rawatan. Sementara itu, keadaan cemas telah diumumkan di bandar Beer Sheba dan kedengaran beberapa bunyi siren kecemasan, lantas ribuan warga zionis di kawasan berkenaan segera berlindung ke pusat perlindungan.

Salah satu dari 4 serangan roket grad yang gugur di Ofakim telah mengakibatkan sebuah kilang terjejas teruk dan lagi serangan mengakibatkan sebuah kereta dan rumah juga rosak.

Selain roket grad, pada waktu yang sama 5 peluru mortar 'hawn' gugur di kawasan barat Naqab. Bagaimanapun, tiada kecederaan mahupun kerosakan harta benda. Sumber 20/08/2011, web berita Safa.ps dan web penerangan AL-QASSAM

Read more...

10 zionis cedera, pejuang balas serangan

19 Ogos 2011

Laporan jam 05:55 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 04:55 pagi, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Sumber dari media Israel 'Yedioth Ahronoth' mengesahkan bahawa 10 warga zionis cedera terkena serpihan serangan roket 'grad' yang gugur di Akademi Agama Yahudi di bandar Ashdod pagi ini.

Hebah radio Israel, 2 dari jumlah yang cedera mengalami luka parah yang kritikal dan seorang lagi stabil, manakala selebihnya cedera ringan.

Menurut sumber dari radio, polis Israel menggesa warga zionis di kawasan jajahan selatan sentiasa berada di tempat perlindungan ekoran dijangka serangan roket yang berterusan dari Gaza.

Kumpulan-kumpulan pejuang Palestin melancarkan serangan roket jauh ke pelusuk bandar-bandar jajahan bagi membalas serangan zionis yang mengakibatkan 5 dari pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN syahid di Rafah, selatan Semenanjung Gaza petang semalam.
___________________________________________________
Baca lagi:

5 pejuang Palestin dan kanak-kanak syahid, HAMAS kecam serangan zionis
___________________________________________________

Awal pagi ini, sumber Israel versi hebrew mengumumkan dua roket jenis 'grad' gugur awal pagi Jumaat di bandar Beer Sheeba(بئر السبع) yang menghala ke Ashdod, selatan tanah jajahan 1948.

Tambahan lagi dari sumber, dua roket tersebut gugur selepas waktu tengah malam di kawasan Majlis Penempatan Sdot Negev dan Sha'ar Henegev, barat Naqab.

Sumber menyatakan, 4 serangan roket jenis 'grad' telah dilepaskan semalam dari Gaza menuju ke Ashkelon, sambil mendakwa sistem penangkis roket(iron dome) telah menangkis kesemua serangan roket berkenaan. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS