الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

2 pejuang syahid, 2 penduduk cedera

08 Disember 2011

Laporan jam 03:02 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 03:02 petang, waktu Mesir
Jam 09:02 malam, waktu Malaysia

SEMENANJUNG GAZA - Serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat tempur rejim zionis ke atas sebuah kereta awam mengakibatkan dua penduduk syahid(SAFA bersendirian melaporkan enam yang cedera), manakakala dua lagi ditimpa kecederaan. Kejadian itu berlaku waktu tengahari tadi yang menyasarkan sebuah kereta berdekatan tempat rekreasi negeri di jalan Umar Al-Mukhtar bandar Gaza.

Menurut sumber berita Palestin, pesawat tempur zionis menyasarkan satu serangan misil ke atas sebuah kereta jenis peugeot yang sedang meluncur di kawasan berkenaan, lantas terbakar serta ditenggelami api malah dua penduduk syahid serta dua lagi cedera.
__________________________________________
Kesan serangan udara di Gaza

Sumber 08/12/2011, klip berita AL-JAZEERAH
__________________________________________

Saksi kejadian berkata, letupan kuat mengakibatkan salah satu jasad yang syahid ditemui dalam kawasan rekreasi dan satu lagi jasad berada di luar kawasan taman rekreasi. Di lokasi sasaran turut berada tiga buah bas yang membawa pelajar-pelajar sekolah rendah ke taman rekreasi. Letupan berkenaan telah menyebabkan pelajar-pelajar sekolah ditimpa kepanikan dan ketakuan. Tiga buah sekolah turut terjejas setelah terkena serpihan letupan.

Serangan yang berlaku seiring tindak-tanduk pesawat pengintip tanpa pemandu atau dikenali 'si dengung' dilihat kerap berlegar-legar di ruang udara Semenanjung Gaza.

Jelas sumber perubatan, Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza mengesahkan dua penduduk yang syahid tiba ke hospital dalam keadaan tubuh berkecai. Mangsa yang cedera pula disifatkan cedera ringan dan pertengahan.

Tambahan lagi, dua penduduk yang syahid adalah Usam Sobhi Al-Battash dan anak saudaranya, Sobhi 'Ala Al-Battash.

Pejuang AL-QASSAM dan AIMAN JUDAH

Berhubung mangsa pengeboman yang syahid, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) mengumumkan Sobhi 'Ala Al-Battash adalah salah seorang dari anggotanya.

Sumber lain menyebut, Usam Sobhi Al-Battash pula anggota pejuang dari kumpulan AIMAN JUDAH, sebuah unit dari KATAIB SYUHADA' AL-AQSA(sayap tentera gerakan FATAH).

Keterangan ketenteraan dari KATAIB AL-QASSAM yang bertarikh 08/12/2011 mengucapkan takziah ke atas pejuangnya yang syahid, Sobhi 'Ala Al-Battash berusia 21 tahun dari Masjid Al-Haramin, Hayyu Tufah, Gaza. AL-QASSAM menyebut pejuangnya syahid di sisi bapa saudaranya, Usam Al-Battash pada waktu tengahari ekoran pengeboman dari pesawat zionis .

Zionis mengaku

Berikutan serangan udara, tentera rejim zionis mengakui melancarkan serangan terbabit. Dakwa zionis, pihaknya menyasarkan sekumpulan pejuang yang berada dalam sebuah kereta di Gaza.

Sumber dari tentera zionis berkata, operasi pengeboman ini hasil kerjasama tentera dan badan keselamatan zionis yang berjaya membunuh salah seorang pemimpin besar KATAIB SYUHADA' AL-AQSA. Demikian itu, serangan dari pesawat ke atas sebuah kereta berdasarkan maklumat keselamatan yang memaklumkan kewujudan Usam Sobhi Al-Battash, 43 dalam kereta berkenaan.

Tambahan dari sumber, operasi berkenaan ditujukan khas kepada Al-Battash yang dituduh oleh zionis, mangsa adalah dalang di sebalik beberapa operasi ketenteraan. Begitu juga, operasi tembakan roket dan menanam peledak di garisan sempadan tanah jajahan. Israel juga menuduh Al-Battash menghantar seorang pengebom berani mati pada tahun 2007 di bandar Ilat yang membunuh 3 warga zionis.

Palestin kecam serangan zionis

Berhubung kejadian, Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza mengecam keras pengeboman ke atas kereta awam di pertengahan bandar Gaza.

Jurucakap Kerajaan, Tahir An-Nunu mengingatkan bahaya dari peningkatan serangan zionis bahkan zionis menghentam Semenanjung Gaza dengan ugutan-ugutan diikuti serangan yang berlaku pada hari ini.

An-Nunu menggesa supaya tentangan dan jenayah terhadap penduduk Palestin dihentikan. Beliau berharap Mesir serta PBB(UN) segera campur tangan bagi menghentikan kekejaman zionis ke atas masyarakat Palestin.

Al-Aqsa ancam balas

Demikian itu, jurucakap KATAIB SYUHADA' AL-AQSA, Abu Saif (gambar kanan)berkata serangan balas akan ditujukan kepada zionis.

"Dengan izin Allah yang berkuasa ke atas sekalian alam, kami akan balas serangan ini ke dalam pelusuk tanah jajahan Israel mengikut sejauhmana jenayah yang dilakukan, lebih-lebih lagi serangan ini tanpa ada sebarang peningkatan serangan ke Israel dari Gaza," kata Abu Saif.

Serang balas wajib - ALWIYAH

Abu Ataya, jurucakap kumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH)berkata, rejim zionis mesti bertanggungjawab atas setiap titisan darah yang menitis di Palestin, jelas beliau, serangan bunuh pada hari ini telah mendedahkan niat jahat zionis.

Dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita Palestin, Abu Ataya menekankan bahawa serang balas di atas kesyahidan(korban) dua orang mujahid, Sobhi Al-Battash dan Usam 'Ala Al-Battash adalah wajib ke atas setiap orang Islam, jika berlengah-lengah membalas pasti pejuang akan dibebani lagi pembunuhan yang baru, maka pejuang digesa mengekang tindakan musuh dengan setiap apa yang dimiliki.

Jelas beliau, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN bersama-sama dengan kesemua sayap tentera Palestin sentiasa menjaga penjuru-penjuru Palestin dari dicerobohi dan bersedia mempertahankan masyarakat yang merupakan kerja wajib tidak boleh dilengah-lengahkan.
__________________________________________
Baca lagi:

Syahid, 5 cedera dalam dua serangan zionis

__________________________________________
Serangan zionis di Gaza hari ini selang sehari dari serangan yang mengakibatkan pejuang SARAYA AL-QUDS syahid dan 5 lagi cedera. Sayap-sayap tentera Palestin menilai serangan yang dilakukan zionis hari ini dan pagi lalu ketikamana berada dalam tempoh gencatan senjata yang tercapai pada 30 Oktober 2011. Sumber 08/12/2011, web berita Safa.ps, web berita maannews.net, web rasmi KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM dan berita AL-JAZEERAH

Rakaman-rakaman gambar dari web-web berita Palestin
berhubung serangan udara zionis di Gaza tengahari tadi.








0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS