Meshaal beredar dari Kaherah, Haniyeh tiba hari ini
25 Disember 2011
Jam 05:48 pagi, waktu Mesir
(kemaskini jam 09:05 pagi, waktu Mesir)
(kemaskini jam 02:00 petang, waktu Mesir)
KAHERAH - Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal telah beredar meninggalkan Kaherah semalam selepas bertemu dengan Ketua Badan Perisikan Mesir, Murad Muwafi. Pertemuan ini sebagai penutup kepada kunjungan beliau selama beberapa hari di Kaherah. Beberapa hari yang lalu, Meshaal turut berjumpa dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden FATAH) dan kedua-dua pihak ini juga turut serta dalam perjumpaan dengan kesemua pemegang amanah kumpulan pembebasan Palestin.
____________________________________________
Sebagaimana yang dimaklumkan kepada pemberita AL-JAZEERAH, pertemuan antara Meshaal dengan Mawafi berlangsung selama beberapa jam yang membincangkan penjagaan agenda-agenda penting yang telah tercapai dalam persetujuan Kaherah dan persetujuan nasional(usaha baik pulih dalaman Palestin). Tambahan pula, perkara-perkara tersebut perlu segera dilaksanakan secara praktikal dan bersungguh-sungguh sama ada di Tebing Barat mahupun di Semenanjung Gaza.
Pengerusi Pusat Kajian Strategik Palestin di Kaherah, Ibrahim Ad-Darawi berkata kepada AL-JAZEERAH, pertemuan Meshaal dan Mawafi juga membincangkan jalan untuk menangani persetujuan baik pulih Palestin(perdamaian Palestin) yang diperolehi baru-baru ini dengan masyarakat antarabangsa, Eropah(EU) serta setiap agensi dan badan antarabangsa khususnya bagi mendapatkan sokongan kepada permasalahan Palestin.
Beliau menyatakan, pada hari Jumaat baru-baru ini, Ketua Biro Politik HAMAS telah bertemu dengan Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil El-Araby di Kaherah. Kedua-dua pihak berbincang mengenai perkembangan yang tercapai dalam rundingan baik pulih dalaman Palestin dan sokongan Arab terhadap permasalahan Palestin di peringkat antarabangsa.
Tambah Ad-Darawi, Meshaal mengucapkan terima kasih kepada Mesir dan Badan Perisikannya yang memainkan peranan besar menyelia usaha baik pulih dalaman Palestin secara khusus, dan umumnya terus memberi sokongan kepada permasalahan-permasalahan(isu-isu) Palestin.
Haniyeh tiba di Kaherah hari ini
Dari sudut lain, Ad-Darawi mendedahkan kunjungan luar Ketua Kerajaan Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh yang diumumkan pada beberapa hari yang lepas. Jelas Ad-Darawi, kunjungan berkenaan akan bermula hari ini ke Kaherah, kemudian meliputi beberapa buah negara Arab dan Islam, antaranya Qatar, Turki, Arab Saudi dan beberapa negara yang lain.
Menukil dari web berita SAFA, lawatan luar Ismail Haniyeh ke negara luar yang bermula hari ini adalah yang pertama sejak memegang Ketua Kerajaan Palestin di Gaza, tahun 2007.
Capaian lagi:
Rezqah: Lawatan Haniyeh ke negara luar bincang pembinaan dan pembangunan Gaza
____________________________________________
Kata Yusuf Rezqah, Penasihat Politik Ketua Kerajaan Palestin Gaza, kunjungan Ismail Haniyeh ke luar diiringi sebuah delegasi yang disertai beberapa menteri dan anggota pejabat Perdana Menteri. Lawatan itu seperti yang dinyatakan oleh Yusuf akan menumpukan isu pembinaan semula Semenanjung Gaza, pembangunan dan isu pengangguran.
Turut menjadi perhatian dalam lawatan luar, Haniyeh akan membangkitkan strategi memberi perlindungan kepada BaitulMaqdis(Al-Quds), menguatkan penduduk-penduduk asalnya ketikamana proses peyahudian yang bertali-arus, di samping meneliti logistik sokongan penduduk Palestin yang dikenakan sekatan serta serangan yang tidak henti-henti dari rejim zionis.
Tambahan dari sumber PALTIMES, lawatan Haniyeh ke negara luar turut meliputi Sudan. Jelas lagi, Presiden Sudan, Omar Al-Bashir akan menghantar sebuah pesawat khas Presiden ke Lapangan Terbang Kaherah untuk membawa Haniyeh dan delegasinya ke ibu negara Sudan, Khartoum. Sebagaimana yang dijelaskan, kunjungan Haniyeh juga ke Qatar, namun belum pasti.
Berhubung pertemuan Perdana Menteri Palestin dengan wakil Mesir ketika singgah di Kaherah, sumber berkata, 'tidak ada dalam susunan jadual berhubung pertemuan dengan wakil Mesir pada saat-saat akhir ini, bagaimanapun hanya dijangkakan mana-mana susunan jadual khusus pertemuan dengan wakil Mesir pada penutup lawatan, sebaik sahaja pulang semula ke Gaza'.
Berhubung dengan rasa bimbang zionis yang diungkapkan dengan kunjungan luar Ismail Haniyeh, jurucakap Kerajaan Palestin di Gaza, Taher Al-Nunu berkata, kebimbangan yang disebut-sebut oleh rejim zionis tidak memberi apa-apa makna kepada kami, jelasnya memang rejim zionis mahu mencekik Kerajaan Palestin di Gaza dan menjatuhkan kerajaan sejak hari pertama ia mula bertugas. Sumber 25/12/2011, web berita Al-Jazeerah, web berita Safa.ps, web berita Al-Quds dan web berita paltimes.net