الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kawan-kawan Arrigoni tiba di Gaza

12 Mei 2011

Laporan jam 07.11 malam, Palestin/Mekah
Jam 06.11 petang, Mesir

GAZA - Sekumpulan relawan Itali tiba di Gaza petang tadi melalui sempadan Rafah Gaza-Mesir.

Menurut pemberita Safa, kumpulan relawan yang diberi julukan 'victorio' terdiri dari kawan-kawan Vittorio Arrigoni yang kesemuanya berjumlah 80 orang.

Sumber menjelaskan relawan 'victorio' akan bertemu dengan Ketua Kerajaan Palestin Gaza, Ismail Haniyeh dan beberapa lagi menteri Kerajaan Palestin Gaza.

Sepanjang lima hari di Gaza, kumpulan relawan tersebut akan mengadakan liputan ke kawasan-kawasan sempadan serta lokasi yang dikunjungi Arrigoni sebelum ini.

Arrigoni merupakan seorang relawan Itali telah dibunuh pada pertengahan bulan April setelah beberapa jam diculik kumpulan yang menyimpang dari sudut ideologi. Sumber 12/05/2011, web berita safa.ps

Baca lagi:

1. Sidang cemas Kerajaan Palestin Gaza bincang pembunuhan aktivis
2. Klip berita - buru pembunuh Arrigoni

Read more...

Penjajah tangkap 9 Palestin

Laporan jam 08.54 pagi, Palestin/Mekah
Jam 07.54 pagi, Mesir

TEBING BARAT - Seramai 9 penduduk Palestin di Tebing Barat telah ditangkap tentera rejim penjajah awal pagi ini. Tiga dari jumlah itu ditangkap dari kampung 'Azun, wilayah Qalqiliah setelah penjajah merempuh masuk ke rumah mereka.

Gambar(arkib Safa): Hampir setiap hari penduduk Palestin ditangkap penjajah.

Radio penjajah mendakwa kesemua penduduk Palestin yang ditangkap atas alasan di'kehendaki' oleh pihak tentera penjajah. Jelas sumber, tentera rejim membawa kesemua yang ditangkap ke bahagian siasatan.

Berhubung penangkapan ini juga, sumber tempatan berkata, tentera rejim penjajah merempuh ke beberapa buah wilayah di Tebing Barat. Penduduk Palestin yang ditangkap dalam operasi terbabit, Muhammad Ali Udwan, 17, Saad Ahmad Mashal, 20, serta Ihab dan Safi Husin, 22. Bagaimanapun, baki lagi dari jumlah tersebut tidak diketahui.

Safa mengatakan operasi penangkapan dan rempuhan yang dilancarkan tentera rejim boleh dikatakan berlaku hampir setiap di seluruh wilayah-wilayah Tebing Barat, malah kehidupan penduduk Palestin terus terkongkong berikutan sekatan-sekatan jalan yang diadakan tentera rejim, sama ada secara tetap mahupun bergerak. Sumber 12/05/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS