Sidang cemas Kerajaan Palestin Gaza bincang pembunuhan aktivis
15 April 2011
GAZA - Kerajaan Palestin di Gaza mengadakan persidangan cemas selepas waktu zohor di bangunan Menteri Kabinet berhubung pembunuhan ke atas Vittorio Arrigoni, 36, seorang aktivis Itali di Gaza.
Jenayah bunuh ini dilakukan sebuah kumpulan yang menyimpang menamakan dirinya 'Kataib Muhammad Bin Muslamah'.
Kerajaan Palestin Gaza mengecam keras pembunuhan ke atas aktivis Itali, sambil menyifatkan, "perbuatan keji ini tidak mencerminkan nilai-nilai agama kita, adat setempat dan ikutan."
Tunjuk perasaan kecam pembunuhan
Serentak dengan sidang cemas, gerakan HAMAS(حركة المقاومة الاسلامية) mengadakan tunjuk perasaan bagi mengecam pembunuhan ke atas aktivis Itali.
Gambar(safa): Vittorio, kanan bersebelahan dengan Kapal Free Gaza.
Beberapa pemimpin HAMAS, penggerak dan pemimpin-pemimpin masyarakat turut serta dalam tunjuk perasaan.
Seorang pemimpin tertinggi HAMAS, Mahmud Az-Zahar, berkata, "semua penduduk Palestin tidak kira mana berada mengecam jenayah ini yang tidak diajar agama kita, malah akhlak kita sebagai orang Islam juga tidak menghendaki tindakan sedemikian juga perjalanan sejarah Palestin tidak minta begitu."
Beliau menegaskan, "jenayah ini tidak akan dibiar, siapa yang terlibat akan dijejaki menurut undang-undang," tambah beliau, "kami tidak akan biar hal ini berulang lagi dan perlindungan keselamatan kepada tetamu hormat kami akan dijaga dengan baik."
Sementara itu, Sami Abu Zuhri, jurucakap gerakan HAMAS, berkata, "jenayah ini telah memberi gambaran buruk kepada Palestin serta menyakitkan semua penduduk Palestin, sekarang penduduk Gaza keluar bagi menunjukkan kemarahannya dan mengutuk jenayah ini."
Situasi pembunuhan
Kenyataan Keselamatan Dalam Negeri menjelaskan, sejak menerima isyarat yang aktivis Itali ini diculik, pihak keselamatan telah mengambil persediaan berjaga-jaga dan menyiasat bukti-bukti dari beberapa orang kumpulan yang berkenaan.
Tambah lagi, individu yang ditangkap memberitahu beberapa lagi kalangan anggota kumpulan dan lokasi aktivis Itali ditahan setelah menculik Vittorio. Seberapa segera pihak keselamatan bertindak dengan hikmah ke tempat kurungan di sebuah rumah sewa yang terletak di kawasan projek perumahan Ameer, barat laut bandar Gaza. Lalu, ditemui aktivis itu telah mati dibunuh dengan kejam, menurut laporan perubatan forensik.
Laporan berita Safa pada jam 03.36 pagi, waktu Palestin, pihak keselamatan telah menemui mayat Vittorio di lokasi tersebut.
Gambar(arkib safa): Vittorio mengikuti perarakan aman di Gaza.
Keselamatan Dalam Negeri menyatakan, maklumat awal menunjukkan niat penculik adalah bunuh setelah pembunuhan dilakukan dalam tempoh masa penculikan.
Sebuah kumpulan yang menyimpang telah mengumumkan petang Khamis bahawa mereka telah menculik seorang relawan Itali bagi menuntut pembebasan seorang ketua kumpulan yang dikenali هشام السعيدني atau gelarannya Abul Walid Al-Maqdisi.
Sebelum pembunuhan, kumpulan itu mengugut Kerajaan Palestin di Gaza supaya bebaskan Abul Walid dengan memberi tempoh selama 30 jam, bermula dari jam 11 pagi hari Khamis. Jika tuntutan tidak dpenuhi, Vittorio akan dibunuh. Ugutan itu dinyatakan melalui sebuah klip video yang menampilkan relawan Itali diikat tangannya sambil mata tertutup dan kelihatan darah menitis dari wajahnya.
Berhubung jenayah ini, Kementeri Dalam Negeri Gaza turut meminta kepada media massa agar penyebaran berita bergantung kepada maklumat rasmi KDN Gaza. Sambil itu, KDN turut berharap media massa berwaspada sebarang propaganda atau berita yang tidak tepat.
Vittorio relawan awal tiba di Gaza
Vittorio Arrigoni merupakan relawan awal yang tiba di Gaza. Beliau datang dengan beberapa lagi relawan dengan sebuah kapal yang diberi julukan pematah sekatan 'Free Gaza' pada tahun 2008. Setelah itu, beliau menetap di Gaza. Terdapat beberapa buah tulisannya yang menyokong perjuangan masyarakat Palestin. Beliau juga membuat dokumentasi perlanggaran rejim zionis dari sudut hak asasi manusia di Gaza.
Sepanjang berada di Gaza, beliau mengikuti aktiviti para nelayan bagi melindungi mereka dari tentangan bot laju tentera laut zionis(gambar arkib safa). Begitu juga, beliau pernah bersama para petani ketika perarakan aman menentang zon keselamatan di timur dan utara Semenanjung Gaza. Simpati beliau turut mendorong berhadapan dengan tentera penjajah yang melepaskan tembakan ke arah tanah-tanah pertanian.
Petang semalam, beliau dilaporkan telah diculik sebuah kumpulan salafi yang mengumumkan hal itu melalui klip video di internet(gambar sebelah).
Gerakan-gerakan kemanusiaan antarabangsa merayu sebelum pembunuhan agar tidak menyentuh Vittorio dan meraikan sikap keprihatinan yang merupakan salah seorang teman akrab kepada masyarakat Palestin, tambahan pula, keberadaan Vittorio di Gaza adalah untuk bergabung dengan masyarakat Palestin menentang penjajahan zionis. Vittorio merupakan wartawan dan anggota gerakan kemanusiaan antarabangsa.
Pembunuhan ke atas Vittorio dikecam keras oleh penduduk Palestin.
Waktu ini, Kerajaan rejim zionis sedang giat menghalang pelayaran Freedom Flotilla 2 ke Gaza Mei ini. Sumber 15/04/2011, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan