الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label relawan Itali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label relawan Itali. Papar semua catatan

Kawan-kawan Arrigoni tiba di Gaza

12 Mei 2011

Laporan jam 07.11 malam, Palestin/Mekah
Jam 06.11 petang, Mesir

GAZA - Sekumpulan relawan Itali tiba di Gaza petang tadi melalui sempadan Rafah Gaza-Mesir.

Menurut pemberita Safa, kumpulan relawan yang diberi julukan 'victorio' terdiri dari kawan-kawan Vittorio Arrigoni yang kesemuanya berjumlah 80 orang.

Sumber menjelaskan relawan 'victorio' akan bertemu dengan Ketua Kerajaan Palestin Gaza, Ismail Haniyeh dan beberapa lagi menteri Kerajaan Palestin Gaza.

Sepanjang lima hari di Gaza, kumpulan relawan tersebut akan mengadakan liputan ke kawasan-kawasan sempadan serta lokasi yang dikunjungi Arrigoni sebelum ini.

Arrigoni merupakan seorang relawan Itali telah dibunuh pada pertengahan bulan April setelah beberapa jam diculik kumpulan yang menyimpang dari sudut ideologi. Sumber 12/05/2011, web berita safa.ps

Baca lagi:

1. Sidang cemas Kerajaan Palestin Gaza bincang pembunuhan aktivis
2. Klip berita - buru pembunuh Arrigoni

Read more...

Operasi Nuseirat selesai, suspek pembunuhan maut

19 April 2011

Laporan awal jam 03.38 petang, Palestin/Mekah
(kemaskini akhir jam 07.36 malam, Palestin)

GAZA - Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza memaklumkan bahawa operasi serbuan ke atas suspek yang dikehendaki telah selesai. Berhubung operasi, salah seorang suspek yang dikehendaki, Abdul Rahman Al-Bureizat warganegara Jordan melontar bom kepada temannya, Bilal Al-Umari dan Mahmud Al-Salafiayati mengakibatkan kedua-duanya cedera parah. Kemudian, Al-Bureizat menembak dirinya sendiri.

Sumber perubatan berkata, suspek, Al-Bureizat dan Al-Umari maut, manakala suspek ketiga mengalami cedera parah. Sementara itu, tiga dari anggota keselamatan turut tercedera yang disifatkan pertengahan.

Berhubung situasi operasi, sumber melaporkan bahawa pihak keselamatan dan polis Palestin Gaza mengepung sekumpulan individu yang bersenjata pada tengahari tadi yang berlindung dalam sebuah rumah di Mukhayyam Nuseirat, Gaza Tengah(Pertengahan Gaza). Berhubung operasi itu, KDN Gaza mengumumkan lokasi operasi itu di bawah kawalan keselamatan berikutan suspek yang dikehendaki berada di situ.

Ketiga-tiga individu yang bersenjata dituduh membunuh relawan Itali, Vittorio Arrigoni yang ditemui mati beberapa jam selepas pembunuhan berlaku pada hari Jumaat lalu. Sebelum itu, penculik mengugut untuk membunuh relawan Itali sekiranya Kerajaan Palestin Gaza tidak membebaskan ketua kumpulan Jihad Salafi.
_________________________________________
Baca lagi:
Sidang cemas Kerajaan Palestin Gaza bincang pembunuhan aktivis

_________________________________________

Menurut saksi kejadian, pihak keselamatan telah berunding dengan individu-individu yang berlindung dalam rumah berkenaan dengan perantaraan pihak ketiga, sebentar selepas itu, kedengaran bunyi letupan dan tembakan. Sumber 19/04/2011, web berita safa

Read more...

Sidang cemas Kerajaan Palestin Gaza bincang pembunuhan aktivis

15 April 2011

Laporan asal jam 02.02 petang, Palestin/Mekah
Jam 01.02 petang, Mesir

GAZA - Kerajaan Palestin di Gaza mengadakan persidangan cemas selepas waktu zohor di bangunan Menteri Kabinet berhubung pembunuhan ke atas Vittorio Arrigoni, 36, seorang aktivis Itali di Gaza.

Jenayah bunuh ini dilakukan sebuah kumpulan yang menyimpang menamakan dirinya 'Kataib Muhammad Bin Muslamah'.

Kerajaan Palestin Gaza mengecam keras pembunuhan ke atas aktivis Itali, sambil menyifatkan, "perbuatan keji ini tidak mencerminkan nilai-nilai agama kita, adat setempat dan ikutan."

Tunjuk perasaan kecam pembunuhan

Serentak dengan sidang cemas, gerakan HAMAS(حركة المقاومة الاسلامية) mengadakan tunjuk perasaan bagi mengecam pembunuhan ke atas aktivis Itali.

Gambar(safa): Vittorio, kanan bersebelahan dengan Kapal Free Gaza.

Beberapa pemimpin HAMAS, penggerak dan pemimpin-pemimpin masyarakat turut serta dalam tunjuk perasaan.

Seorang pemimpin tertinggi HAMAS, Mahmud Az-Zahar, berkata, "semua penduduk Palestin tidak kira mana berada mengecam jenayah ini yang tidak diajar agama kita, malah akhlak kita sebagai orang Islam juga tidak menghendaki tindakan sedemikian juga perjalanan sejarah Palestin tidak minta begitu."

Beliau menegaskan, "jenayah ini tidak akan dibiar, siapa yang terlibat akan dijejaki menurut undang-undang," tambah beliau, "kami tidak akan biar hal ini berulang lagi dan perlindungan keselamatan kepada tetamu hormat kami akan dijaga dengan baik."

Sementara itu, Sami Abu Zuhri, jurucakap gerakan HAMAS, berkata, "jenayah ini telah memberi gambaran buruk kepada Palestin serta menyakitkan semua penduduk Palestin, sekarang penduduk Gaza keluar bagi menunjukkan kemarahannya dan mengutuk jenayah ini."

Situasi pembunuhan

Kenyataan Keselamatan Dalam Negeri menjelaskan, sejak menerima isyarat yang aktivis Itali ini diculik, pihak keselamatan telah mengambil persediaan berjaga-jaga dan menyiasat bukti-bukti dari beberapa orang kumpulan yang berkenaan.

Tambah lagi, individu yang ditangkap memberitahu beberapa lagi kalangan anggota kumpulan dan lokasi aktivis Itali ditahan setelah menculik Vittorio. Seberapa segera pihak keselamatan bertindak dengan hikmah ke tempat kurungan di sebuah rumah sewa yang terletak di kawasan projek perumahan Ameer, barat laut bandar Gaza. Lalu, ditemui aktivis itu telah mati dibunuh dengan kejam, menurut laporan perubatan forensik.

Laporan berita Safa pada jam 03.36 pagi, waktu Palestin, pihak keselamatan telah menemui mayat Vittorio di lokasi tersebut.

Gambar(arkib safa): Vittorio mengikuti perarakan aman di Gaza.

Keselamatan Dalam Negeri menyatakan, maklumat awal menunjukkan niat penculik adalah bunuh setelah pembunuhan dilakukan dalam tempoh masa penculikan.

Sebuah kumpulan yang menyimpang telah mengumumkan petang Khamis bahawa mereka telah menculik seorang relawan Itali bagi menuntut pembebasan seorang ketua kumpulan yang dikenali هشام السعيدني atau gelarannya Abul Walid Al-Maqdisi.

Sebelum pembunuhan, kumpulan itu mengugut Kerajaan Palestin di Gaza supaya bebaskan Abul Walid dengan memberi tempoh selama 30 jam, bermula dari jam 11 pagi hari Khamis. Jika tuntutan tidak dpenuhi, Vittorio akan dibunuh. Ugutan itu dinyatakan melalui sebuah klip video yang menampilkan relawan Itali diikat tangannya sambil mata tertutup dan kelihatan darah menitis dari wajahnya.

Berhubung jenayah ini, Kementeri Dalam Negeri Gaza turut meminta kepada media massa agar penyebaran berita bergantung kepada maklumat rasmi KDN Gaza. Sambil itu, KDN turut berharap media massa berwaspada sebarang propaganda atau berita yang tidak tepat.

Vittorio relawan awal tiba di Gaza


Vittorio Arrigoni merupakan relawan awal yang tiba di Gaza. Beliau datang dengan beberapa lagi relawan dengan sebuah kapal yang diberi julukan pematah sekatan 'Free Gaza' pada tahun 2008. Setelah itu, beliau menetap di Gaza. Terdapat beberapa buah tulisannya yang menyokong perjuangan masyarakat Palestin. Beliau juga membuat dokumentasi perlanggaran rejim zionis dari sudut hak asasi manusia di Gaza.

Sepanjang berada di Gaza, beliau mengikuti aktiviti para nelayan bagi melindungi mereka dari tentangan bot laju tentera laut zionis(gambar arkib safa). Begitu juga, beliau pernah bersama para petani ketika perarakan aman menentang zon keselamatan di timur dan utara Semenanjung Gaza. Simpati beliau turut mendorong berhadapan dengan tentera penjajah yang melepaskan tembakan ke arah tanah-tanah pertanian.

Petang semalam, beliau dilaporkan telah diculik sebuah kumpulan salafi yang mengumumkan hal itu melalui klip video di internet(gambar sebelah).

Gerakan-gerakan kemanusiaan antarabangsa merayu sebelum pembunuhan agar tidak menyentuh Vittorio dan meraikan sikap keprihatinan yang merupakan salah seorang teman akrab kepada masyarakat Palestin, tambahan pula, keberadaan Vittorio di Gaza adalah untuk bergabung dengan masyarakat Palestin menentang penjajahan zionis. Vittorio merupakan wartawan dan anggota gerakan kemanusiaan antarabangsa.

Pembunuhan ke atas Vittorio dikecam keras oleh penduduk Palestin.

Waktu ini, Kerajaan rejim zionis sedang giat menghalang pelayaran Freedom Flotilla 2 ke Gaza Mei ini. Sumber 15/04/2011, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS