الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label gaza under siege. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gaza under siege. Papar semua catatan

Bot Ireland sukar diperbaiki

30 Jun 2011

Laporan jam 08:09 malam, Palestin/Mekah
Jam 07:09 malam, Mesir

BRUSSEL - Penyelaras media *flotila 2, Rami Abdouh berkata relawan-relawan yang menaiki bot Ireland akan dibahagi-bahagikan kepada kapal-kapal flotila yang lain. Hal sedemikian disebabkan bot tersebut mengalami kerosakan ekoran perbuatan sabotaj yang disyaki mempunyai hubung kait dengan ejen perisikan mossad Israel.
____________________________________________
*flotila 2 berasal dari istilah freedom flotilla @ Gaza flotilla raid(english: arab أسطول الحرية) atau armada pembebasan yang menggabungkan kapal-kapal dan bot-bot kepada sebuah konvoi laut, dan seterusnya membentuk sebuah armada. Kini, flotila 2 mengikuti laluan yang digagaskan armada pembebasan pada pertengahan tahun 2010.
____________________________________________

Tambah beliau dalam kenyataan media yang disampaikan kepada agensi berita Safa, kesukaran yang dihadapi jurutera memakan masa selama beberapa hari untuk memperbaiki kerosakan. Berikutan itu, relawan-relawan diagihkan ke bot dan kapal-kapal laut yang lain. Enam daripadanya digabungkan bersama relawan bot Itali-Holland dan selebihnya dibahagikan sama rata ke lapan buah lagi bot.

Gambar: Sinn Fein Councillor Gerry MacLochlainn bersama Dr. Fintan Lane(kanan).

Jelas Abdouh selaku anggota pertubuhan The European Campaign To End The Siege On Gaza(ECSEG), 'tindakan sedemikian menjadi bukti para relawan betul-betul nekad untuk mencapai tujuan mereka belayar ke Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza, Tebing Gaza) bagi menjayakan misi kemanusiaan dengan menghantar bantuan-bantuan diperlukan penduduk Palestin Gaza yang dikenakan sekatan'.

Lapor sumber, perbuatan merosakkan bot MV Saoirse Ireland berlaku malam kelmarin di Pelabuhan Kojik, Turki.

Semalam, Rami memaklumkan bahawa dua penyelam tidak dikenali yang diyakini mereka adalah ejen perisikan mossad Israel telah mensabotaj kapal flotila 2 dalam percubaan kali ketiga.

Israel suspek utama

Menurut Dr. Fıntan Lane, Pengarah Komiti Ireland pemilik bot MV Saoirse telah menyebut hari ini bahawa Israel adalah suspek utama yang disyaki dalam kejadian ini.

Beliau menerangkan, Israel satu-satunya yang mampu melakukan operasi ini. Oleh itu, beliau menegaskan, kerajaan dan pihak berkuasa Ireland wajar membawa dalang yang melakukan kerja ganas ini ke muka pengadilan.

Gambar: Relawan dari Ireland dan Ireland Utara, Charlie McMenamin, John Mallon, Phil McCullough dan Clr Gerry MacLochlainn.

Komiti Ireland menyebut MV Saoirse mengalami kerosakan dibahagian penggerak pengemudi, selanjutnya menjejaskan keseimbangan bot yang boleh membawa kepada risiko karam. Anggota komiti ini berpendapat kerosakan yang hampir sama ini juga berlaku ke atas kapal Juliano, salah sebuah lagi kapal flotila 2 di pelabuhan Greece.

Sebagaimana yang dijadualkan, para relawan akan bertemu di perairan laut Pulau Crete(selatan Greece) pada hari Khamis atau Jumaat untuk menghantar bantuan ke Gaza, menurut aktivis pertubuhan berkenaan di Athens pada hari Isnin yang lalu.



Fintan memperjelaskan mengenai MV Saoirse yang disabotaj



Kerosakan MV Saoirse

Kempen besar-besaran

Rejim zionis melancarkan kempen besar-besaran dari berbagai-bagai sudut, peringkat diplomatik dan media bagi menghalang pelayaran armada flotila 2 yang nekad tiba di Gaza.

Gambar: MV Saoirse, bot flotila 2 mengalami kerosakan akibat disabotaj.

Seiring kempen ini, perbuatan mensabotaj kapal terus menjadi-jadi di beberapa buah bandar yang menjadi pusat berlepas pelayaran kapal dan bot-bot flotila 2. Sumber 30/06/2011, web berita Safa.ps dan web berita france24.com serta merujuk web derryfriendsofpalestine

Read more...

Sidang cemas Kerajaan Palestin Gaza bincang pembunuhan aktivis

15 April 2011

Laporan asal jam 02.02 petang, Palestin/Mekah
Jam 01.02 petang, Mesir

GAZA - Kerajaan Palestin di Gaza mengadakan persidangan cemas selepas waktu zohor di bangunan Menteri Kabinet berhubung pembunuhan ke atas Vittorio Arrigoni, 36, seorang aktivis Itali di Gaza.

Jenayah bunuh ini dilakukan sebuah kumpulan yang menyimpang menamakan dirinya 'Kataib Muhammad Bin Muslamah'.

Kerajaan Palestin Gaza mengecam keras pembunuhan ke atas aktivis Itali, sambil menyifatkan, "perbuatan keji ini tidak mencerminkan nilai-nilai agama kita, adat setempat dan ikutan."

Tunjuk perasaan kecam pembunuhan

Serentak dengan sidang cemas, gerakan HAMAS(حركة المقاومة الاسلامية) mengadakan tunjuk perasaan bagi mengecam pembunuhan ke atas aktivis Itali.

Gambar(safa): Vittorio, kanan bersebelahan dengan Kapal Free Gaza.

Beberapa pemimpin HAMAS, penggerak dan pemimpin-pemimpin masyarakat turut serta dalam tunjuk perasaan.

Seorang pemimpin tertinggi HAMAS, Mahmud Az-Zahar, berkata, "semua penduduk Palestin tidak kira mana berada mengecam jenayah ini yang tidak diajar agama kita, malah akhlak kita sebagai orang Islam juga tidak menghendaki tindakan sedemikian juga perjalanan sejarah Palestin tidak minta begitu."

Beliau menegaskan, "jenayah ini tidak akan dibiar, siapa yang terlibat akan dijejaki menurut undang-undang," tambah beliau, "kami tidak akan biar hal ini berulang lagi dan perlindungan keselamatan kepada tetamu hormat kami akan dijaga dengan baik."

Sementara itu, Sami Abu Zuhri, jurucakap gerakan HAMAS, berkata, "jenayah ini telah memberi gambaran buruk kepada Palestin serta menyakitkan semua penduduk Palestin, sekarang penduduk Gaza keluar bagi menunjukkan kemarahannya dan mengutuk jenayah ini."

Situasi pembunuhan

Kenyataan Keselamatan Dalam Negeri menjelaskan, sejak menerima isyarat yang aktivis Itali ini diculik, pihak keselamatan telah mengambil persediaan berjaga-jaga dan menyiasat bukti-bukti dari beberapa orang kumpulan yang berkenaan.

Tambah lagi, individu yang ditangkap memberitahu beberapa lagi kalangan anggota kumpulan dan lokasi aktivis Itali ditahan setelah menculik Vittorio. Seberapa segera pihak keselamatan bertindak dengan hikmah ke tempat kurungan di sebuah rumah sewa yang terletak di kawasan projek perumahan Ameer, barat laut bandar Gaza. Lalu, ditemui aktivis itu telah mati dibunuh dengan kejam, menurut laporan perubatan forensik.

Laporan berita Safa pada jam 03.36 pagi, waktu Palestin, pihak keselamatan telah menemui mayat Vittorio di lokasi tersebut.

Gambar(arkib safa): Vittorio mengikuti perarakan aman di Gaza.

Keselamatan Dalam Negeri menyatakan, maklumat awal menunjukkan niat penculik adalah bunuh setelah pembunuhan dilakukan dalam tempoh masa penculikan.

Sebuah kumpulan yang menyimpang telah mengumumkan petang Khamis bahawa mereka telah menculik seorang relawan Itali bagi menuntut pembebasan seorang ketua kumpulan yang dikenali هشام السعيدني atau gelarannya Abul Walid Al-Maqdisi.

Sebelum pembunuhan, kumpulan itu mengugut Kerajaan Palestin di Gaza supaya bebaskan Abul Walid dengan memberi tempoh selama 30 jam, bermula dari jam 11 pagi hari Khamis. Jika tuntutan tidak dpenuhi, Vittorio akan dibunuh. Ugutan itu dinyatakan melalui sebuah klip video yang menampilkan relawan Itali diikat tangannya sambil mata tertutup dan kelihatan darah menitis dari wajahnya.

Berhubung jenayah ini, Kementeri Dalam Negeri Gaza turut meminta kepada media massa agar penyebaran berita bergantung kepada maklumat rasmi KDN Gaza. Sambil itu, KDN turut berharap media massa berwaspada sebarang propaganda atau berita yang tidak tepat.

Vittorio relawan awal tiba di Gaza


Vittorio Arrigoni merupakan relawan awal yang tiba di Gaza. Beliau datang dengan beberapa lagi relawan dengan sebuah kapal yang diberi julukan pematah sekatan 'Free Gaza' pada tahun 2008. Setelah itu, beliau menetap di Gaza. Terdapat beberapa buah tulisannya yang menyokong perjuangan masyarakat Palestin. Beliau juga membuat dokumentasi perlanggaran rejim zionis dari sudut hak asasi manusia di Gaza.

Sepanjang berada di Gaza, beliau mengikuti aktiviti para nelayan bagi melindungi mereka dari tentangan bot laju tentera laut zionis(gambar arkib safa). Begitu juga, beliau pernah bersama para petani ketika perarakan aman menentang zon keselamatan di timur dan utara Semenanjung Gaza. Simpati beliau turut mendorong berhadapan dengan tentera penjajah yang melepaskan tembakan ke arah tanah-tanah pertanian.

Petang semalam, beliau dilaporkan telah diculik sebuah kumpulan salafi yang mengumumkan hal itu melalui klip video di internet(gambar sebelah).

Gerakan-gerakan kemanusiaan antarabangsa merayu sebelum pembunuhan agar tidak menyentuh Vittorio dan meraikan sikap keprihatinan yang merupakan salah seorang teman akrab kepada masyarakat Palestin, tambahan pula, keberadaan Vittorio di Gaza adalah untuk bergabung dengan masyarakat Palestin menentang penjajahan zionis. Vittorio merupakan wartawan dan anggota gerakan kemanusiaan antarabangsa.

Pembunuhan ke atas Vittorio dikecam keras oleh penduduk Palestin.

Waktu ini, Kerajaan rejim zionis sedang giat menghalang pelayaran Freedom Flotilla 2 ke Gaza Mei ini. Sumber 15/04/2011, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Terminal Karem Abu Salem terus ditutup

11 April 2011

Laporan jam 06.37 pagi, Palestin/Mekah
Jam 05.37 pagi, Mesir

GAZA - Hari ini telah memasuki hari ke enam, pihak berkuasa rejim zionis menutup terminal Karem Abu Salem yang terletak di tenggara Semenanjung Gaza.

Gambar dan peta: Terminal Kerem Shalom(Karem Abu Salem).

Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Kemasukan barang ke Gaza, Raed Futuh menyatakan, pihak berkuasa rejiim zionis memutuskan terus menutup perlintasan atas sebab keselamatan.

Jelas beliau, penutupan tersebut telah menghalang kemasukan barang dagangan dan bantuan-bantuan ke Gaza.

Kini, terminal Karem Abu Salem yang masih ditutup merupakan satu-satunya terminal dikhususkan barang dagangan dan bantuan ke Gaza setelahmana rejim zionis membuat keputusan akhir menutup terus terminal Al-Mintar di timur Semenanjung Gaza.

Sejak pertengahan 2007 lagi, rejim zionis mengenakan sekatan ketat ke atas Semenanjung Gaza sejak. Dalam tempoh itu, sebahagian dari keperluan asasi ada yang tidak dibenarkan masuk ke Gaza. Lebih-lebih lagi, zionis mengenakan kawalan setiap barang-barang dan keperluan Gaza yang akan dibawa masuk melaluinya. Sumber 11/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Penutupan 'Abu Salem' bertujuan cekik penduduk Gaza

07 April 2011

Laporan asal jam 12.08 tengahari, Palestin/Mekah
Jam 11.08 pagi, Mesir

GAZA - Kementerian Ekonomi Tanahair di Gaza menyatakan bahawa penutupan perlintasan(pintu sempadan) Karem Abu Salem hari Khamis(hari ini) hanyalah kesinambungan usaha dari pihak penjajah untuk mencekik penduduk Palestin di Semenanjung Gaza(ada media menyebut Genting Gaza, Jalur Gaza).

Peta: Kedudukan perlintasan Karem Abu Salem(Kerem Shalom) di selatan Gaza. Menurut perjanjian sempadan 2005, sempadan Rafah Gaza hanyalah dikhususkan untuk laluan keluar masuk penduduk Gaza, sama ada pelajar, pesakit, dan seumpamanya. Jika dibuka untuk kemasukan ubat hanyalah bergantung kepada satu-satu kes. Adapun pintu sempadan yang menghubung Gaza dengan Israel(tanah jajahan 1948) dikhususkan untuk perdagangan, kemasukan bahan-bahan mentah dan bahan binaan.

Keterangan rasmi Kementerian yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, tidak ada keperluan asasi yang sangat diperlukan penduduk dibawa masuk melalui pintu sempadan tersebut, apa yang didakwa penjajah dari dahulu hingga sekarang hanyalah pembohongan yang sengaja menyempitkan lagi krisis ekonomi.

Kementerian tersebut mendesak seberapa segera jawab balas dari Arab khususnya Mesir berhubung permintaan agar dibuka sempadan Rafah(Rafah Mesir-Rafah Gaza). Hal itu, pembukaan adalah kepada sektor perdagangan, import-eksport bagi memenuhi keperluan penduduk Gaza serta ransangan pertumbuhan ekonomi Palestin tanpa bergantung kepada penjajah.

Gambar bawah (arkib safa): Trak pengangkut barang di sempadan
pintu sempadan Karem Abu Salem.


Kenyataan itu turut menyatakan, melihat beberapa kesesuaian, saudara di Mesir telah menyatakan pentingnya membebaskan Gaza dari sekatan. Dan ianya bagi menghidupkan semula harapan masa hadapan ekonomi malah menyelamatkan ahli-ahli perniagaan Palestin dari telunjuk penjajah serta melenyapkan perasaan penduduk yang selama ini dieksploitasi. Sumber 07/04/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS