Zionis mengebom terowong dan lokasi AL-QASSAM
02 Ogos 2011
Jam 01:08 pagi, waktu Mesir
GAZA - Pesawat perang rejim zionis mengebom salah sebuah terowong bawah tanah yang bertebaran di sepanjang garisan sempadan antara Rafah Mesir dan Rafah Gaza di sebelah selatan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Tebing Gaza, Jalur Gaza, Genting Gaza) awal pagi ini.
Kedudukan Mukhayyam Brazil mengikut sumber peta google.
Sebelum serangan, tentera rejim zionis melepaskan tembakan bom cahaya di ruang udara timur Rafah.
Menurut saksi, pesawat perang zionis telah menyasarkan sekurang-kurangnya satu serangan peluru misil ke atas sebuah terowong bawah tanah di kawasan 'Brazil'.
Beberapa ketika selepas itu, lapor Safa pada jam 03:08 pagi(waktu Mesir), pesawat perang zionis melancarkan pula serangan ke atas sebuah pengkalan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS yang terletak di daerah Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza.
Berikutan kejadian serangan awal pagi di Gaza, tidak dinyatakan sebarang kecederaan.
Sementara itu, penyampai berita Safa melaporkan lagi bahawa bot-bot laju zionis melepaskan tembakan ke arah persisiran pantai bandar Gaza.
Kedudukan Bet Lahiya mengikut sumber peta google.
Serangan roket
Serangan zionis di Gaza ekoran serangan roket buatan tempatan yang dilancarkan dari Gaza gugur di bandar Ashkelon semalam. Serangan roket itu mengakibatkan seorang wanita Israel berusia 50 tahun cedera ringan, manakala yang lain dirundung rasa panik, lapor media berita Haaretz Israel versi hebrew.
Jelas sumber berita Maan, siren kecemasan yang berbunyi di lokasi berkenaan menandakan serangan roket yang gugur adalah serangan pertama sejak dari 3 minggu yang lalu.
Pada waktu asar petang semalam, radio rejim penjajah menghebah bahawa satu roket gugur berhampiran penempatan haram zionis 'Sderot' di selatan tanah jajahan tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda. Berikutan serangan roket, kata Ketua Majlis Tempatan Pesisir Pantai Ashkelon, Yeir Virgin kepada pihak tentera agar menghujum HAMAS sebagai pihak yang bertanggungjawab di Gaza. Tambah Yeir, perkara ini tidak boleh dimain-mainkan ekoran mana mungkin kumpulan-kumpulan kecil sayap bersenjata di Gaza yang melepaskan serangan roket.
Sehingga berita ini disiarkan, tidak ada mana-mana kumpulan pejuang Palestin mengakui melancarkan serangan roket.
Berita semalam di Tebing Barat:
Tangkap dan serbu lagi rumah Palestin
Penjajah serbu rumah Palestin di Al-Quds dan Nablus
2 syahid awal Ramadhan di Qalandya
____________________________________________