الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Pertempuran sengit selepas tentera penjajah pukul kanak-kanak

11 Disember 2011

Laporan jam 01:28 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 01:28 petang, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Tercetus satu pertempuran yang sengit antara puluhan pemuda Palestin dengan tentera penjajah di kawasan Bab Al-Amoud dan sekatan Mukhayyam Shu'fat di BaitulMaqdis(Al-Quds). Kejadian itu berlaku selepas tentera penjajah memukul seorang kanak-kanak Palestin, penduduk asal BaitulMaqdis yang berumur 8 tahun. Jelas sumber, pertempuran berlaku selepas waktu tengahari.

Situasi kejadian, menurut pemberita Palestin(SAFA dan WAFA), tindakan tentera penjajah yang memukul seorang kanak-kanak telah menimbulkan kemarahan penduduk Palestin di situ, lantas mereka membaling batu ke arah tentera penjajah sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya dua tentera penjajah cedera dan meledak menjadi pertempuran sengit.

Sewaktu pertempuran, tentera penjajah melepaskan gas pemedih mata mengakibatkan pemuda-pemuda Palestin mengalami sesak nafas dan turut dipukul.

Berikutan itu, WAFA melaporkan, sepasukan unit bantuan dari tentera khas tiba di tempat kejadian serta mengenakan sekatan tentera di sekitar kawasan Bab Al-Amoud dan Kota Lama, pada masa yang sama sepasukan tentera khas dan unit gempur tentera penjajah mengusir pemuda-pemuda Palestin dari kawasan berkenaan. Menurut berita Palestin, salah seorang pemuda Palestin ditangkap oleh tentera penjajah. Sumber 11/12/2011, web berita Safa.ps dan web berita Wafa.ps

Read more...

Mesir nafi kewujudan tempat pemprosesan roket HAMAS di Sinai

Laporan jam 11:02 pagi, waktu Mesir

Sumber dari web berita GATEAHRAM(بوابة الأهرام) menukilkan dakwaan dari sebuah web berita Israel 'JERUSALEM POST'(JPOST) hari ini bahawa gerakan HAMAS telah membina sebuah jaringan pemprosesan roket di pinggiran Semenanjung Sinai bertujuan melindungi dari serangan-serangan udara Israel.

Laporan asal JPOST:

>> Hamas sets up rocket production line in Sinai

Radio Israel turut menghebahkan dakwaan JPOST, katanya Israel meminta Mesir memperhebatkan kembali sistem pengawalan di Sinai serta musnahkan jaringan pembuatan roket. Bagaimanapun, menurut dakwaan media Israel, Pihak Berkuasa Mesir tidak bergegas melaksanakan apa-apa tindakan.
______________________________________________
Laporan berita JPOST hari ini berhubung
dakwaan HAMAS bina jaringan pemprosesan roket di Sinai

______________________________________________

JPOST berkata, HAMAS berkeyakinan penuh bahawa Israel tidak akan mampu menyerang jaringan pemprosesan roket yang berada dalam tanah Mesir, iaitu di Sinai yang mana, kemungkinan serangan boleh memberi kesan ke atas hubungan antara dua Negara ini.

Dedah lagi dari JPOST bahawa tentera Israel meningkatkan kewujudan tenteranya di garisan sempadan. Baru-baru ini, batalion baru telah dibentuk di kawasan berkenaan dan ia bertanggungjawab mempertahankan Ilat dan kawasan-kawasan berhampiran.

Berhubung dakwaan JPOST, sumber Mesir di Sinai menafikan apa yang dilampirkan dalam web berita Israel 'JERUSALEM POST' berhubung HAMAS membina jaringan tempat pemprosesan dan pembuatan roket dalam tanah Sinai bagi melindungi dari serangan-serangan udara Israel.

Sumber berkenaan berkata, "tidak boleh mana-mana pihak meletakkan atau menubuhkan tempat pembuatan roket di Sinai, kerana tindakan ini dinilai sebagai melanggar kedaulatan rasmi Mesir, dan Mesir tidak akan membiarkan sama sekali kedaulatannya digugat, apa yang dilampirkan dalam web berita(akhbar) Israel hanyalah rekaan dan berita itu tidak benar, ia bohong."

Jelas lagi dari sumber, "Keseluruhan Sinai terkawal sepenuhnya dan Mesir mengawal sepenuhnya ke atas setiap inci tanah-tanahnya, lebih-lebih lagi perjanjian damai antara Mesir dengan Israel telah dimeterai, juga ada pasukan keselamatan antarabangsa PBB di pengkalan tentera Al-Jurah di sebelah utara Sinai, misi mereka adalah untuk mengawasi kawasan-kawasan Sinai-Israel, malahan pasukan ini akan mengadakan rondaan di Sinai dan juga di dalam Israel, jadi, bagaimanapula pasukan ini boleh mencuaikan perkara-perkara seumpama ini?." Sumber 11/12/2011, GATEAHRAM

Read more...

Menteri Israel ancam luaskan serangan di Gaza

Laporan jam 10:20 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 10:20 pagi, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Seorang Menteri Israel(rejim zionis), Moshe Yaalon(gambar) yang menjawat Menteri Strategik Hubungan Luar, telah memberi ancaman bahawa Israel terpaksa menggunakan lebih lagi bentuk serangan bagi menghadkan serangan roket Palestin yang menyasarkan penempatan-penempatan warga zionis di selatan tanah jajahan 1948.

Yaalon bekas pegawai tertinggi tentera Israel(former Chief of Staff) berkata dalam wawancara radio pagi Ahad, "tak ada satu negarapun yang boleh menerima keadaan ini(isyarat kepada serangan roket), gerakan HAMASlah yang bertanggungjawab terhadap serangan roket meskipun dia(HAMAS) di medan tempur tidak melancarkan serangan roket."

Berhubung sudut lain, Moshe Yaalon berkata, bajet kewangan yang diperuntukkan kepada tentera Israel telah memberikan jawapan yang munasabah ekoran ancaman-ancaman kepada Israel. Sedemikian itu, bajet seumpama ini bertujuan memberikan kesesuaian kepada masyarakat Israel dari keperluan sosialnya(harian).

Berbalik kepada isu sebenar, serangan-serangan terkini(07-11/12/2011) zionis ke atas Semenanjung Gaza meskipun dalam tempoh tenang(gencatan senjata) telah mengakibatkan lima penduduk Palestin syahid, tiga darinya adalah pejuang dan mangsa serangan yang cedera melebihi dua puluh orang.

Sumber berita Palestin, SAFA melaporkan lagi kejadian serangan dari tentera rejim zionis pagi ini, jip-jip peronda tentera zionis serta menara-menara kawalannya telah melepaskan tembakan mesingan ke arah para petani Palestin dan pengembala kambing berhampiran garisan sempadan Rafah di sebelah timur, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut pemberita SAFA, jip-jip peronda zionis dan menara-menara kawalan di lokasi berhampiran telah melepaskan bertubi-tubi tembakan ke arah kawasan di mana petani dan pengembala kambing berada.

Keadaan dan situasi cemas yang diharungi para petani dan pengembala kambing membuatkan mereka terpaksa bergegas meninggalkan kawasan berkenaan ekoran bimbang dengan nyawa mereka.

Berhubung kejadian, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Sumber 11/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Semalam AL-AQSA lancar dua roket ke Sderot

Laporan jam 09:14 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 09:14 pagi, waktu Mesir
Jam 03:14 petang, waktu Malaysia

GAZA - Pejuang Palestin dari Unit Mejar As-syahid Nidhal Al-Amudi, KATAIB SYUHADA' AL-AQSA telah mengumumkan pihaknya telah melancarkan dua serangan roket jenis 'Aqsa 103' malam semalam(Sabtu) ke penempatan zionis, Sderot.

Keterangan rasmi dari AL-AQSA yang disampaikan kepada agensi berita SAFA berkata, dua serangan roket ini adalah termasuk dalam siri serangan balas ke atas jenayah yang dilakukan zionis secara terus-menerus terhadap penduduk-penduduk Palestin.

Sayap pejuang Palestin ini menegaskan pihaknya telah mengumumkan situasi waspada ekoran serangan zionis terbaru dan akan menyerang zionis di mana mereka berada, sambil mengajak kesemua sayap-sayap tentera Palestin(sayap Palestin bersenjata/pejuang Palestin) kembali kepada jalan penentangan serta bertempur dengan rejim zionis.

Tegas lagi, sayap pejuang ini akan berterusan menggunakan penentangan bersenjata walau dalam apa jua bentuk keadaan serta menafikan gencatan(tenang) dengan rejim zionis pada masa ini.
___________________________________________________
Zionis mula giatkan serangan di Gaza dan menjadi sebab pejuang-pejuang Palestin membalas serangan:

Syahid, 5 cedera dalam dua serangan zionis
2 pejuang syahid, 2 penduduk cedera

___________________________________________________

Baru-baru ini, rejim zionis kerap menggiatkan serangannya ke atas Semenanjung Gaza meskipun keadaan dan situasi dalam tempoh tenang(gencatan senjata). Lantaran itu, mendorong sayap-sayap tentera Palestin yang disifatkan kumpulan senjata kecil-kecilan oleh rejim zionis, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN dan Unit AIMAN JUDAH(serpihan dari KATAIB SYUHADA' AL-AQSA, sayap tentera gerakan FATAH) menyerang balas ke tanah jajahan 1948. Sumber 11/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Seorang kanak-kanak perempuan dan bapanya cedera di timur Gaza

Laporan jam 08:13 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 08:13 pagi, waktu Mesir
Kemaskini jam 10:15 pagi, waktu Mesir
Kemaskini jam 11:15 pagi, waktu Mesir

GAZA - Rejim zionis menyerang di sebelah timur Gaza awal pagi tadi. Sumber dari agensi berita SAFA melaporkan bahawa seorang kanak-kanak perempuan dan bapanya mengalami kecederaan dalam pengeboman yang dilancarkan oleh helikopter zionis ke atas sebuah rumah di Hayyu Al-Zaitun, tenggara bandar Gaza, sebelah timur Semenanjung Gaza.

Saksi kejadian berkata, sebuah helikopter tentera zionis melepaskan satu tembakan misil yang mengenai sebuah rumah penduduk Palestin, milik Abu Muaz Aql Al-Kanin. Lokasi terbabit berhampiran Masjid Ali Bin Abi Talib di Hayyu Zaitun. Pengeboman itu menyebabkan rumah Abu Muaz terjejas teruk dan terbakar. Tambahan lagi, beberapa buah rumah jiran Abu Muaz turut terjejas. Menukil dari berita AL-JAZEERAH, tentera zionis mendakwa, serangan ini menyasarkan sebuah kilang pembuatan senjata.

Pada waktu kejadian, pesawat-pesawat pengintip zionis tanpa pemandu kelihatan kerap berterbangan di beberapa sudut yang berlainan di ruang udara Semenanjung Gaza. Sumber 11/12/2011, web berita Safa.ps dan berita AL-JAZEERAH

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS