الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label tempur dengan tentera zionis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempur dengan tentera zionis. Papar semua catatan

Lebih 10 cedera disembur gas pemedih mata

20 April 2012

Laporan jam 10:33 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 09:33 pagi, waktu Mesir
Sebelah selatan Jenin
JENIN - Tentera rejim penjajah telah merempuh dan menceroboh masuk ke beberapa buah daerah di selatan dan barat Jenin, utara Tebing Barat pada awal pagi Jumaat, 20/04/2012.

Selatan Jenin

Kata sumber tempatan kepada agensi berita SAFA, pertempuran sengit telah meletus di daerah Jaba'(جبع) pada awal pagi Jumaat diikuti dengan tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera penjajah. Pertempuran yang berlanjutan selama beberapa jam telah mengakibatkan lebih sepuluh orang penduduk Palestin cedera ekoran disembur gas pemedih mata.

Selain kejadian ini, tentera penjajah berpengkalan sementara di pertengahan dua buah daerah yang berhampiran dengan Jaba', iaitu Silah Al-Dahr(سيلة الظهر) dan Fandaqumiya(الفندقومية). Kemudian, penjajah menjalankan operasi 'mengesan' serta merempuh masuk ke halaman sekolah menengah Silah Al-Dahr.
Sebelah barat Jenin, Zibda dan Ya'bad

Barat Jenin

Begitu juga di sebelah barat Jenin, tentera penjajah yang menceroboh ke kampung Zibda bertebaran di sepanjang kawasan terbuka, lalu mendirikan beberapa sekatan(checkpoint) meliputi sehingga ke daerah Ya'bad. Sumber 20/04/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Tempur penjajah di Jenin

11 Februari 2012

Laporan jam 09:37 pagi, waktu Palestin
Jam 09:37 pagi, waktu Mesir

JENIN - Satu pertempuran telah meletus antara penduduk kampung Deir Abu Dha'if di sebelah timur wilayah Jenin, Tebing Barat dengan tentera penjajah. Sedemikian itu, selepas tentera penjajah mengadakan operasi rempuhan di kampung berkenaan.

Sumber tempatan berkata kepada agensi berita SAFA, tentera penjajah telah merempuh masuk ke kampung Deir Abu Dha'if sambil melepaskan tembakan dan bom bunyi(sound-bomb). Berikutan itu, pertempuran terjadi sebaik sahaja penduduk kampung menghadang tentera penjajah. Lantas, tentera penjajah membalas lagi dengan tembakan bom bunyi ke arah rumah-rumah penduduk Palestin.

Laporan yang diterbitkan ini tidak dimaklumkan mengenai sebarang kecederaan atau penangkapan. Sumber 11/02/2012, web berita Safa.ps

Read more...

13 cedera, 3 ditangkap dalam pertempuran di BaitulMaqdis

21 Disember 2011

Laporan jam 08:47 malam, waktu Palestin(BaitulMaqdis)
Jam 07:47 malam, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Pertempuran sengit yang berlaku malam ini di Kota Lama, BaitulMaqdis(Al-Quds) mengakibatkan 13 penduduk Palestin cedera, manakala 3 lagi telah ditangkap.

Menurut saksi kepada PALTIMES, pertempuran ini tercetus selepas warga-warga zionis(warga haram) mengacau perarakan kahwin penduduk Palestin di jalan El-Wad, BaitulMaqdis, kemudian tentera penjajah bertindak memukul pengantin lelaki, Muaz Al-Ajlouni.

Sementara itu, sumber perubatan berkata, seorang remaja Palestin bawah umur, 'Ala' Az-Zaghir, 16 telah dibawa ke hospital Hadasa Ain Karem untuk merawat tulang hidungnya yang patah sewaktu pertempuran meletus di jalan El-Wad. Tambahan lagi, berbelas lagi penduduk Palestin mengalami sesak nafas akibat gas pemedih mata yang ditembak tentera penjajah. Pada waktu ini, sepasukan besar tentera penjajah dan unit khas memasuki kawasan Tembok Buraq dari arah Bab Al-Magharibah. Kawasan berkenaan masih diselubungi suasana tegang.

Ketika dihubungi, pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera penjajah meledak di jalan masuk ke Silwan dari sebelah utara berhampiran motel Baidhun. Tembakan-tembakan peluru getah dan bom pemedih mata serta bom bunyi(sound bomb) dilepaskan oleh tentera penjajah dalam pertempuran, lantas mengakibatkan berlaku kecederaan dan sesak nafas. SAFA melaporkan, beberapa telah ditangkap ekoran kejadian tempur yang berlaku. Sumber 21/12/2011, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Read more...

Pertempuran sengit selepas tentera penjajah pukul kanak-kanak

11 Disember 2011

Laporan jam 01:28 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 01:28 petang, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Tercetus satu pertempuran yang sengit antara puluhan pemuda Palestin dengan tentera penjajah di kawasan Bab Al-Amoud dan sekatan Mukhayyam Shu'fat di BaitulMaqdis(Al-Quds). Kejadian itu berlaku selepas tentera penjajah memukul seorang kanak-kanak Palestin, penduduk asal BaitulMaqdis yang berumur 8 tahun. Jelas sumber, pertempuran berlaku selepas waktu tengahari.

Situasi kejadian, menurut pemberita Palestin(SAFA dan WAFA), tindakan tentera penjajah yang memukul seorang kanak-kanak telah menimbulkan kemarahan penduduk Palestin di situ, lantas mereka membaling batu ke arah tentera penjajah sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya dua tentera penjajah cedera dan meledak menjadi pertempuran sengit.

Sewaktu pertempuran, tentera penjajah melepaskan gas pemedih mata mengakibatkan pemuda-pemuda Palestin mengalami sesak nafas dan turut dipukul.

Berikutan itu, WAFA melaporkan, sepasukan unit bantuan dari tentera khas tiba di tempat kejadian serta mengenakan sekatan tentera di sekitar kawasan Bab Al-Amoud dan Kota Lama, pada masa yang sama sepasukan tentera khas dan unit gempur tentera penjajah mengusir pemuda-pemuda Palestin dari kawasan berkenaan. Menurut berita Palestin, salah seorang pemuda Palestin ditangkap oleh tentera penjajah. Sumber 11/12/2011, web berita Safa.ps dan web berita Wafa.ps

Read more...

Pertempuran berasingan dengan tentera penjajah di Bayt Awwa

25 September 2011

Laporan jam 04:45 petang, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 03:45 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 03:45 petang, waktu Mesir

KHALIL - Dua pertempuran berasingan telah tercetus antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera rejim penjajah(Israel) di persimpangan Bayt Awwa yang terletak di barat daya Khalil, selatan Tebing Barat.

Menurut saksi dari lokasi kejadian berkata, tentera penjajah melepaskan tembakan bom gas dan sound-bomb ke arah pemuda-pemuda Palestin. Sedemikian itu, pemuda-pemuda Palestin membalas dengan lontaran batu.

Kejadian lain yang berlaku di tenggara bandar Dura, tentera penjajah menyasarkan beberapa buah rumah penduduk Palestin dengan bom gas. Malahan, tentera penjajah turut bertindak menutup pintu masuk di jalan utama ke kampung Ar-Reif.

Sebagaimana dinyatakan, lokasi pertempuran dengan tentera penjajah hampir dengan kawasan penempatan zionis 'Negohot' dan lubuk penempatan 'Gif'at Bustan'. Berhubung kejadian, didapati tentera penjajah meningkatkan kerahan pasukan tentera di sekeliling kawasan penempatan dengan alasan memberi perlindungan kepada warga Yahudi. Sumber 25/09/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Cedera kena peluru getah

10 Mei 2011

Laporan jam 08.50 malam, Palestin/Mekah
Jam 07.50 malam, Mesir

BAITULMAQDIS - Pertempuran yang meletus di Hayyu El-Bustan, pertengahan daerah Silwan mengakibatkan 9 pemuda Palestin cedera akibat terkena tembakan peluru getah tentera penjajah. Pertempuran di selatan Masjid Al-Aqsa itu turut mengakibatkan berbelas-belas lagi penduduk asal BaitulMaqdis sesak nafas berikutan gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah mereka.

Pemberita Safa melaporkan, selepas jip-jip tentera penjajah meluncur di jalan utama Hayyu El-Bustan, Bi'ru Ayub, sekumpulan pemuda Palestin menyalakan beberapa unggun api besar di sepanjang jalan tersebut.

Tambah Safa, pertempuran terus meledak ke dua buah kawasan, Jalan Syahid Sameer Sarhan dan Hayyu Batn Al-Hawa. Berhubung mangsa yang cedera, kereta ambulan tidak dapat tiba setelah dihalang tentera rejim penjajah. Sumber 10/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

Rempuhan cetus pertempuran di Silwan

20 April 2011

Laporan jam 06.20 petang, Palestin/Mekah
Jam 05.20 petang, Mesir

BAITUL MAQDIS - Sebuah pertempuran sengit meletus pada waktu asar di selatan Masjid Al-Aqsa.

Lapor sumber, pertempuran yang tercetus antara penduduk Palestin dengan tentera rejim penjajah di daerah Silwan ekoran rempuhan unit khas yang disokong tentera rejim ke Hayyu Al-Bustan yang turut bertindak menutup jalan-jalan masuk ke daerah tersebut.

Setelah tentera rejim penjajah mengepung sekumpulan pemuda Palestin yang menyalakan api di beberapa batang jalan kawasan terbabit, lantas tembakan gas pemedih mata dan bom bunyi(sound bomb) dilepaskan secara rambang.

Sehingga laporan ini diterbitkan, pertempuran masih berlarutan. Sumber 20/04/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS