Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':
24 Jun 2012
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya
- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16
- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera
- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin
- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah
Lebih 10 cedera disembur gas pemedih mata
20 April 2012
Jam 09:33 pagi, waktu Mesir
![]() |
| Sebelah selatan Jenin |
Selatan Jenin
Kata sumber tempatan kepada agensi berita SAFA, pertempuran sengit telah meletus di daerah Jaba'(جبع) pada awal pagi Jumaat diikuti dengan tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera penjajah. Pertempuran yang berlanjutan selama beberapa jam telah mengakibatkan lebih sepuluh orang penduduk Palestin cedera ekoran disembur gas pemedih mata.
Selain kejadian ini, tentera penjajah berpengkalan sementara di pertengahan dua buah daerah yang berhampiran dengan Jaba', iaitu Silah Al-Dahr(سيلة الظهر) dan Fandaqumiya(الفندقومية). Kemudian, penjajah menjalankan operasi 'mengesan' serta merempuh masuk ke halaman sekolah menengah Silah Al-Dahr.
![]() |
| Sebelah barat Jenin, Zibda dan Ya'bad |
Barat Jenin
Begitu juga di sebelah barat Jenin, tentera penjajah yang menceroboh ke kampung Zibda bertebaran di sepanjang kawasan terbuka, lalu mendirikan beberapa sekatan(checkpoint) meliputi sehingga ke daerah Ya'bad. Sumber 20/04/2012, web berita Safa.ps
Tempur penjajah di Jenin
11 Februari 2012
Jam 09:37 pagi, waktu Mesir
JENIN - Satu pertempuran telah meletus antara penduduk kampung Deir Abu Dha'if di sebelah timur wilayah Jenin, Tebing Barat dengan tentera penjajah. Sedemikian itu, selepas tentera penjajah mengadakan operasi rempuhan di kampung berkenaan.
Sumber tempatan berkata kepada agensi berita SAFA, tentera penjajah telah merempuh masuk ke kampung Deir Abu Dha'if sambil melepaskan tembakan dan bom bunyi(sound-bomb). Berikutan itu, pertempuran terjadi sebaik sahaja penduduk kampung menghadang tentera penjajah. Lantas, tentera penjajah membalas lagi dengan tembakan bom bunyi ke arah rumah-rumah penduduk Palestin.
Laporan yang diterbitkan ini tidak dimaklumkan mengenai sebarang kecederaan atau penangkapan. Sumber 11/02/2012, web berita Safa.ps
Operasi penjajah geledah dan tangkap di Jenin
29 Ogos 2011
Jam 08:58 pagi, waktu Mesir
Jam 02:58 petang, waktu Malaysia
JENIN - Tentera rejim penjajah(Israel Defense Forces) melancarkan operasi penggeledahan dan penangkapan awal pagi tadi di beberapa kawasan perumahan bandar Jenin, utara Tebing Barat.
Menurut saksi kejadian, tentera rejim menangkap dua pemuda, 'Ala addin Fathi Jaser, 34 dan Mu'an Nadir Abu 'Abid, 24 setelahmana tentera rejim menyerbu rumah mereka di Hayyu As-Sharqi dan Hayyu Al-Musawarah di Kota Lama.
Safa melaporkan, penduduk-penduduk Palestin menyatakan tentera rejim menyerbu masuk ke rumah-rumah Palestin secara menggila babi dan lagak histeria, di samping melepaskan tembakan dan bom gas ke dalam rumah-rumah Palestin. Berikutan kejadian, tuan-tuan rumah yang berkenaan mengalami sesak nafas.
Kejadian yang sama, tentera rejim merempuh masuk ke Pasar Besar Al-Khaddhar 'Al-Hasbah' di pertengahan bandar Jenin pada awal pagi tadi. Jelas lagi, tentera rejim turut membelasah dan memukul penduduk-penduduk Palestin dan juga melepaskan tembakan bom gas pemedih mata, lantas mengakibatkan 8 orang Palestin sesak nafas. Sumber 29/08/2011, web berita Safa.ps
Serbu Nablus dan Jenin, tangkap 5 Palestin di Khalil
10 Ogos 2011
Jam 09:27 pagi, waktu Mesir
TEBING BARAT - Tentera rejim penjajah menyerbu masuk ke beberapa buah wilayah Palestin di Tebing Barat awal pagi tadi.
Rempuhan rejim di Nablus tertumpu di perumahan sebelah timur bandar Nablus.
Saksi kejadian berkata, tentera rejim merempuh masuk ke perumahan-perumahan As-Sha'biah dan Rujib di timur Nablus. Berikutan itu, beberapa buah rumah digeledah atas alasan mencari individu yang dikehendaki.
Tambahan dari saksi, tentera rejim beredar ketika menjelang masuk waktu subuh. Bagaimanapun tiada penangkapan berlaku.
Di sudut lain, tentera rejim memasang sekatan tentera di jalan masuk daerah 'Asirah Utara yang terletak di utara Nablus serta memeriksa mana-mana kenderaan yang lalu-lalang dari dua arah.
Rempuhan di Jenin
Pada waktu yang sama, tentera rejim merempuh masuk ke dua buah daerah di selatan Jenin, 'Arabba dan 'Anza.
Sumber tempatan berkata kepada agensi berita Safa, sebanyak 5 buah jip tentera yang menceroboh masuk ke daerah 'Arabba telah membuat sekatan jalan secara mengejut di pintu masuk kampung dan meronda-ronda mengelilingi di sekitar kawasan berhampiran.
Nyata sumber, sebuah lagi pasukan tentera rejim yang lain menceroboh ke kampung 'Anza yang berjiran dengan 'Arabba. Kemudian, tentera rejim mendirikan sekatan tentera di jalan masuk utama kampung serta memeriksa kenderaan yang keluar masuk.
Penduduk-penduduk kampung memberitahu bahawa sebuah unit tentera pejalan kaki(infantri) dilihat meronda-ronda di ladang pertanian As-Sahliah yang terletak di pertengahan antara dua buah kampung, 'Anzah dah 'Ajjah.
Tangkap 5 Palestin
Safa melaporkan, kejadian awal pagi tadi, tentera rejim penjajah telah menangkap 5 penduduk Palestin setelah menggeledah rumah mereka di wilayah Khalil, selatan Tebing Barat.
Sumber keselamatan memberitahu kepada agensi berita Safa, tentera rejim telah menangkap dua pemuda dari Mukhayyam Al-'Aroub di utara bandar Khalil, iaitu Ahmad Husin At-Taiti dan Barik 'Aid Al-Jawabirah.
Tambahan lagi, tentera rejim menangkap pemuda seorang penduduk, Ghalib Farajallah dari daerah Izna yang terletak di sebelah barat Khalil, dan seorang lagi penduduk yang ditangkap berasal dari bandar Khalil, Yahya Badar.
Menurut laporan Safa, seorang lagi penduduk Palestin yang ditangkap rejim iaitu Sulaiman Arif Shalalah dari daerah Sa'er, timur Khalil. Mangsa ditangkap ketika melalui sekatan tentera di utara Khalil.
Kejadian lain yang dilaporkan awal pagi tadi bahawa pasukan peronda rejim juga menyerbu masuk ke beberapa buah daerah, Izna, Yataa, dan Sa'er, diikuti jalan Shalalah di bandar Khalil. Tambahan pula, tentera rejim mengadakan sekatan-sekatan di jalan masuk daerah Izna serta persimpangan jalan masuk ke Mukhayyam Al-Fawwar di selatan Khalil. Sumber 10/08/2011, web berita Safa.ps

















