الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label sekatan jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekatan jalan. Papar semua catatan

Penjajah tangkap remaja cedera di Khalil

11 November 2011

Laporan jam 10:26 malam, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 09:26 malam, waktu Mesir

KHALIL - Tentera penjajah menangkap seorang remaja Palestin yang cedera selepas mangsa terkena tembakan peluru getah sewaktu kekecohan meletus malam ini berhampiran jalan masuk ke daerah Bayt Umar, utara Khalil, Tebing Barat.

Sumber tempatan menjelaskan, sepasukan tentera penjajah menangkap Rabie' Sabaranah, 18 yang cedera di bahagian kaki ketika pertempuran kecil antara penduduk Palestin dengan tentera penjajah di kawasan perumahan daerah berkenaan. Kekecohan itu berlaku sebaik sahaja tentera penjajah menyerang sekumpulan penduduk Palestin yang membawa jenazah di tanah perkuburan utama di daerah Bayt Umar, menurut SAFA.

Menurut laporan MAAN menukil dari kenyataan jurucakap Jawatankuasa Rakyat di daerah berkenaan, 'Iyad Audh menyebut tentera rejim menghalang pengiringan jenazah tiba di tanah perkuburan yang terletak di jalan utama antara bandar Khalil dan BaitulMaqdis. Kemudian, para pengiring jenazah terpaksa melalui jalan lain ke tanah perkuburan, namun, sebaik sahaja tiba di tanah perkuburan, tentera rejim melepaskan tembakan gas pemedih mata yang mengakibatkan beberapa orang penduduk Palestin sesak nafas.

Berikutan kekecohan, tentera penjajah menutup sebilangan jalan masuk ke Bayt Umar dengan sekatan simen dan pagar besi malahan beberapa buah rumah penduduk Palestin digeledah.

Menurut saksi kejadian, tentera rejim menutup jalan-jalan masuk dengan jentolak serta beberapa buah rumah ditembak dengan gas pemedih mata. Tambahan pula, lebih 15 orang penduduk Palestin di daerah berkenaan ditangkap.

Sewaktu dihubungi, SAFA melaporkan bahawa pihak rejim penjajah mengetatkan kawalan keselamatannya di beberapa buah kawasan di Khalil, selatan Tebing Barat.

Kejadian di kampung Attabaqah, selatan Dura, seperti yang dilaporkan, tentera rejim merempuh masuk ke beberapa buah kawasan perumahan serta membuat rondaan sehingga beberapa jam.

Sementara di persimpangan Al-Fawwar, selatan Khalil, tentera rejim membuat sekatan(road-block) tentera serta menutup pintu utama yang terletak di hadapan jalan masuk ke Mukhayyam berkenaan. Malahan, tentera rejim tidak membenarkan lalu-lintas kereta penduduk Palestin mengikut masa tertentu.

Sebagaimana dinyatakan, pada dua hari yang lepas, tentera rejim mengadakan kawalan yang ketat di seluruh pelusuk wilayah Khalil. Operasi berkenaan tertumpu sekitar lewat malam sehinggalah waktu Subuh. Sumber 11/11/2011, web berita Safa.ps dan web berita Maannews.net

Read more...

Serbu Nablus dan Jenin, tangkap 5 Palestin di Khalil

10 Ogos 2011

Laporan jam 10:27 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 09:27 pagi, waktu Mesir

TEBING BARAT - Tentera rejim penjajah menyerbu masuk ke beberapa buah wilayah Palestin di Tebing Barat awal pagi tadi.

Rempuhan rejim di Nablus tertumpu di perumahan sebelah timur bandar Nablus.

Saksi kejadian berkata, tentera rejim merempuh masuk ke perumahan-perumahan As-Sha'biah dan Rujib di timur Nablus. Berikutan itu, beberapa buah rumah digeledah atas alasan mencari individu yang dikehendaki.

Tambahan dari saksi, tentera rejim beredar ketika menjelang masuk waktu subuh. Bagaimanapun tiada penangkapan berlaku.

Di sudut lain, tentera rejim memasang sekatan tentera di jalan masuk daerah 'Asirah Utara yang terletak di utara Nablus serta memeriksa mana-mana kenderaan yang lalu-lalang dari dua arah.

Rempuhan di Jenin

Pada waktu yang sama, tentera rejim merempuh masuk ke dua buah daerah di selatan Jenin, 'Arabba dan 'Anza.

Sumber tempatan berkata kepada agensi berita Safa, sebanyak 5 buah jip tentera yang menceroboh masuk ke daerah 'Arabba telah membuat sekatan jalan secara mengejut di pintu masuk kampung dan meronda-ronda mengelilingi di sekitar kawasan berhampiran.

Nyata sumber, sebuah lagi pasukan tentera rejim yang lain menceroboh ke kampung 'Anza yang berjiran dengan 'Arabba. Kemudian, tentera rejim mendirikan sekatan tentera di jalan masuk utama kampung serta memeriksa kenderaan yang keluar masuk.

Penduduk-penduduk kampung memberitahu bahawa sebuah unit tentera pejalan kaki(infantri) dilihat meronda-ronda di ladang pertanian As-Sahliah yang terletak di pertengahan antara dua buah kampung, 'Anzah dah 'Ajjah.

Tangkap 5 Palestin

Safa melaporkan, kejadian awal pagi tadi, tentera rejim penjajah telah menangkap 5 penduduk Palestin setelah menggeledah rumah mereka di wilayah Khalil, selatan Tebing Barat.

Sumber keselamatan memberitahu kepada agensi berita Safa, tentera rejim telah menangkap dua pemuda dari Mukhayyam Al-'Aroub di utara bandar Khalil, iaitu Ahmad Husin At-Taiti dan Barik 'Aid Al-Jawabirah.

Tambahan lagi, tentera rejim menangkap pemuda seorang penduduk, Ghalib Farajallah dari daerah Izna yang terletak di sebelah barat Khalil, dan seorang lagi penduduk yang ditangkap berasal dari bandar Khalil, Yahya Badar.

Menurut laporan Safa, seorang lagi penduduk Palestin yang ditangkap rejim iaitu Sulaiman Arif Shalalah dari daerah Sa'er, timur Khalil. Mangsa ditangkap ketika melalui sekatan tentera di utara Khalil.

Kejadian lain yang dilaporkan awal pagi tadi bahawa pasukan peronda rejim juga menyerbu masuk ke beberapa buah daerah, Izna, Yataa, dan Sa'er, diikuti jalan Shalalah di bandar Khalil. Tambahan pula, tentera rejim mengadakan sekatan-sekatan di jalan masuk daerah Izna serta persimpangan jalan masuk ke Mukhayyam Al-Fawwar di selatan Khalil. Sumber 10/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Jalan Yitsahar ditutup kepada kenderaan Palestin

25 April 2011

Laporan asal jam 09.20 pagi, Palestin/Mekah
Jam 08.20 pagi, Mesir

NABLUS - Tentera rejim penjajah telah menutup sebatang jalan dikenali dengan nama 'Yitsahar' pagi ini yang terletak di barat daya Nablus, utara Tebing Barat.

Menurut saksi yang memberitahu kepada agensi berita 'Safa', bahawa dua arah dari jalan itu telah ditutup tentera rejim dengan sekatan jalan dan kenderaan Palestin tidak dibenarkan menyusuri jalan berkenaan dengan alasan bimbang diserang warga haram Yahudi.

Tambah saksi, tentera rejim hanya membenarkan kenderaan-kenderaan warga haram menggunakan jalan berkenaan.

Semalam, warga haram menyerang sebuah kenderaan dan merosakkan beberapa hak milik penduduk Palestin selepas seorang warga haram terbunuh dikatakan terkena tembakan polis Palestin berhampiran pusara Yusuf di Nablus.

Lapor sumber, hampir 20 ribu orang warga haram mendiami 39 buah penempatan-penempatan Israel berhampiran Nablus.

Sementara itu, kejadian lain dilaporkan bahawa tentera rejim penjajah melakukan pemeriksaan ke atas beberapa buah rumah Palestin di kediaman Abu Suneinah yang terletak di bandar Khalil, selatan Tebing Barat pagi ini.

Sumber dari keselamatan menyebut, beberapa buah jentera perang tentera rejim menyerbu masuk ke kawasan kediaman berkenaan di selatan bandar Khalil. Sebelum beredar, tentera rejim memeriksa rumah-rumah Palestin. Tiada tangkapan dilakukan.

Lapor lagi, awal pagi tadi, tentera rejim yang menaiki beberapa buah kereta peronda melakukan serbuan ke daerah Izna, barat Khalil.

Dilaporkan lagi, tentera rejim mengadakan sekatan jalan di atas jambatan Halhul serta mengarahkan penduduk-penduduk Palestin yang dalam perjalanan ke tempat kerja agar berhenti. Setelah tentera rejim memeriksa kereta mereka dan meneliti kad pengenalan, mereka ditahan untuk sementara waktu.

Kejadian di bandar Khalil, warga haram Yahudi menyerang penduduk Palestin, Abdul Karim Musawwadi dan ibunya dengan gas. Ibu kepada Abdul Karim tidak sedarkan diri, lalu dibawa ke hospital untuk rawatan. Sumber 25/04/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS