Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

23 Jun 2010

Artikel ini telah diterbitkan pada 17 Jun 2010. MAP tidak dapat menerbitkannya pada masa yang sebegitu awal berikutan beberapa teknikal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Bekas Perdana Menteri Spain, José María Alfredo Aznar López(gambar) menyebutkan satu peringatan dari keruntuhan Israel akan membawa kepada keruntuhan barat.

Artikel yang ditulis oleh bekas perdana menteri Spain yang diterbitkan dalam akhbar times hari ini menukilkan tajuk, "Sokonglah Israel: Jika ia runtuh, kami juga turut runtuh"(Support Israel: if it goes down, we all go down).

Aznar berkata, bahawa Israel adalah barisan pertahanan kami(barat) yang pertama di kawasan tidak stabil yang seringkali bergolak dalam kancah pergelutan, juga kawasan penting untuk menjaga keselamatan tenaga kerana pergantungan kepada sumber petrol di Timur Tengah, malah kawasan yang membentuk pertahanan perang menentang pelampau(golongan ekstremis). Maka, apabila Israel jatuh, kami juga akan jatuh bersamanya.

Aznar yang memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Spain dari tahun 1996 sehingga tahun 2004 menambah lagi bahawa, "pengunduran barat dari menyokong Israel dan meninggalkan ia berseorangan menghadapi nasibnya dalam keadaan ini menunjukkan dengan jelas sejauhmana kelemahan barat."

Dalam tulisannya itu, Aznar mengungkapkan penulisannya apa yang disebut mempertahankan hak Israel agar dapat hidup dengan damai serta jaminan keamanan di persempadan itu menuntut kepada tahap yang jelas dari moral dan strategi, namun ia seakan hilang dari Eropah. Begitu juga, Amerika Syarikat menunjukkan tanda-tanda membimbangkan yang berkaitan dalam lingkungan arah tuju dirinya.

Bekas Perdana Menteri Spain memperbetulkan kata-katanya, iaitu, "Bukanlah niat kami untuk mempertahankan dasar politik tertentu atau mana-mana Kerajaan Israel, namun tujuan kami mempertahankan kecenderungan ini kerana yakin bahawa kadang-kadang mereka(Eropah) berselisihan pendapat dengan ketetapan-ketetapan yang diputuskan oleh Israel kerana ia adalah natijah dari keputusan demokrasi yang kami percaya dengan kepelbagaian itu."

Tetapi Aznar ingin katakan bahawa, "Ada sesuatu ikatan yang mengikat kami supaya memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kewujudan Israel dan mempertahankan ia. Yang sedemikian itu, seandainya Negara-negara barat berdiri di pihak yang menimbulkan kecurigaan di atas kewujudan Israel dan memainkan peranan di peringkat-peringkat antarabangsa terhadap isu-isu keselamatan bagi memuaskan hati pihak yang menentang nilai-nilai kebaratan dari berdiri dengan teguh mempertahankan Israel, maka ia tidak sahaja melakukan kesilapan dari sudut keruntuhan moral yang keji tetapi juga melakukan kesilapan dari sudut perencanaan strategi."

Aznar membuat kesimpulan dari tulisannya, "sesungguhnya Israel adalah sebahagian asas dari barat, tambahan pula ia adalah asal-usul Yahudi/Masihi. Jika sesuatu keadaan yang menghilangkan unsur Yahudi dari akarnya, maka hilanglah juga Israel, lalu kami juga rebah. Sudah tentu, nasib kami yang terjalin dengan bentuk yang tidak menentu meskipun kami suka hal itu terjadi atau tidak." Sumber 17/06/2010, web berita Al-Jazeerah

Pautan lain:

> Memetik dari sebuah buku yang ditulis oleh Saudara Mohd Hanif Ismail, bertajuk 'Zionisme: Orde Barat Menghancurkan Islam', cetakan pertama September 2003 di Mesir.

Isi kandungannya, kami tidak melakukan saringan dalam artikel di atas. Namun, kami bawakan ia adalah untuk mengukuhkan alasan dari artikel bekas Perdana Menteri Spain mengenai tajuk di atas.

Lihat muka surat 10 >> Sebenarnya kewujudan Negara Israel adalah idea Eropah yang berkembang dengan imperialisme Eropah untuk mencapai 2 matlamat:

Pertama: Membersihkan Eropah daripada bangsa Yahudi yang dianggap sebagai sampah manusia.

Kedua: Merosakkan ketamadunan Arab dan Islam, mendirikan pengawas imperialis tentera pada masa akan datang, dan juga menyemai barah untuk mencegah kesatuan dan kebangkitan Arab dan umat Islam dan memastikan mereka sentiasa tunduk kepada Eropah.

Manakala bangsa Yahudi pula menerima idea Zionisme dan bersegera hendak mencapai matlamat negara Israel yang ingin mendirikan tanah air yang aman bagi bangsa Yahudi, selepas mereka ditindas berterusan khususnya di Eropah akibat perangai buruk mereka sendiri. Justeru, bertemulah dua cita-cita untuk mendirikan Negara Israel.

> Support Israel: if it goes down, we all go down

Sisipan ini kami sertakan nombor terbitan artikel(rujukan) tetapi jika pembaca ingin melihat dengan menggunakan URL tersebut tanpa mendaftar terlebih dahulu, maka sememangnya tidak boleh untuk menemui artikel itu, apatah lagi untuk membacanya dalam salinan yang penuh sebagaimana di bawah.

Sumber asal yang merupakan artikel dari bekas Perdana Menteri Spain:
____________________________________________

José María Aznar
Last updated June 17 2010 12:01 AM

Anger over Gaza is a distraction. We cannot forget that Israel is the West’s best ally in a turbulent region

For far too long now it has been unfashionable in Europe to speak up for Israel. In the wake of the recent incident on board a ship full of anti-Israeli activists in the Mediterranean, it is hard to think of a more unpopular cause to champion.

In an ideal world, the assault by Israeli commandos on the Mavi Marmara would not have ended up with nine dead and a score wounded. In an ideal world, the soldiers would have been peacefully welcomed on to the ship. In an ideal world, no state, let alone a recent ally of Israel such as Turkey, would have sponsored and organised a flotilla whose sole purpose was to create an impossible situation for Israel: making it choose between giving up its security policy and the naval blockade, or risking the wrath of the world.

In our dealings with Israel, we must blow away the red mists of anger that too often cloud our judgment. A reasonable and balanced approach should encapsulate the following realities: first, the state of Israel was created by a decision of the UN. Its legitimacy, therefore, should not be in question. Israel is a nation with deeply rooted democratic institutions. It is a dynamic and open society that has repeatedly excelled in culture, science and technology.

Second, owing to its roots, history, and values, Israel is a fully fledged Western nation. Indeed, it is a normal Western nation, but one confronted by abnormal circumstances.

Uniquely in the West, it is the only democracy whose very existence has been questioned since its inception. In the first instance, it was attacked by its neighbours using the conventional weapons of war. Then it faced terrorism culminating in wave after wave of suicide attacks. Now, at the behest of radical Islamists and their sympathisers, it faces a campaign of delegitimisation through international law and diplomacy.

Sixty-two years after its creation, Israel is still fighting for its very survival. Punished with missiles raining from north and south, threatened with destruction by an Iran aiming to acquire nuclear weapons and pressed upon by friend and foe, Israel, it seems, is never to have a moment’s peace.

For years, the focus of Western attention has understandably been on the peace process between Israelis and Palestinians. But if Israel is in danger today and the whole region is slipping towards a worryingly problematic future, it is not due to the lack of understanding between the parties on how to solve this conflict. The parameters of any prospective peace agreement are clear, however difficult it may seem for the two sides to make the final push for a settlement.

The real threats to regional stability, however, are to be found in the rise of a radical Islamism which sees Israel’s destruction as the fulfilment of its religious destiny and, simultaneously in the case of Iran, as an expression of its ambitions for regional hegemony. Both phenomena are threats that affect not only Israel, but also the wider West and the world at large.

The core of the problem lies in the ambiguous and often erroneous manner in which too many Western countries are now reacting to this situation. It is easy to blame Israel for all the evils in the Middle East. Some even act and talk as if a new understanding with the Muslim world could be achieved if only we were prepared to sacrifice the Jewish state on the altar. This would be folly.

Israel is our first line of defence in a turbulent region that is constantly at risk of descending into chaos; a region vital to our energy security owing to our overdependence on Middle Eastern oil; a region that forms the front line in the fight against extremism. If Israel goes down, we all go down.

To defend Israel’s right to exist in peace, within secure borders, requires a degree of moral and strategic clarity that too often seems to have disappeared in Europe. The United States shows worrying signs of heading in the same direction.

The West is going through a period of confusion over the shape of the world’s future. To a great extent, this confusion is caused by a kind of masochistic self-doubt over our own identity; by the rule of political correctness; by a multiculturalism that forces us to our knees before others; and by a secularism which, irony of ironies, blinds us even when we are confronted by jihadis promoting the most fanatical incarnation of their faith. To abandon Israel to its fate, at this moment of all moments, would merely serve to illustrate how far we have sunk and how inexorable our decline now appears.

This cannot be allowed to happen. Motivated by the need to rebuild our own Western values, expressing deep concern about the wave of aggression against Israel, and mindful that Israel’s strength is our strength and Israel’s weakness is our weakness, I have decided to promote a new Friends of Israel initiative with the help of some prominent people, including David Trimble, Andrew Roberts, John Bolton, Alejandro Toledo (the former President of Peru), Marcello Pera (philosopher and former President of the Italian Senate), Fiamma Nirenstein (the Italian author and politician), the financier Robert Agostinelli and the Catholic intellectual George Weigel.

It is not our intention to defend any specific policy or any particular Israeli government. The sponsors of this initiative are certain to disagree at times with decisions taken by Jerusalem. We are democrats, and we believe in diversity.

What binds us, however, is our unyielding support for Israel’s right to exist and to defend itself. For Western countries to side with those who question Israel’s legitimacy, for them to play games in international bodies with Israel’s vital security issues, for them to appease those who oppose Western values rather than robustly to stand up in defence of those values, is not only a grave moral mistake, but a strategic error of the first magnitude.

Israel is a fundamental part of the West. The West is what it is thanks to its Judeo-Christian roots. If the Jewish element of those roots is upturned and Israel is lost, then we are lost too. Whether we like it or not, our fate is inextricably intertwined.

José María Aznar was Prime Minister of Spain, 1996-2004

Rujukan: http://www.thetimes.co.uk/tto/opinion/columnists/article2559280.ece

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS