Seorang pejuang syahid diserang pesawat pengintip
10 Oktober 2011
Jam 01:51 petang, waktu Mesir
GAZA - Seorang pemuda Palestin berusia 22 tahun telah syahid sebelum menjelang waktu tengahari tadi. Saksi kejadian berkata, mangsa yang syahid menjadi sasaran pengeboman rejim zionis berhampiran tembok pemisah di sempadan Bet Hanoun, utara Semenanjung Gaza.
Jelas saksi lagi, pemuda terbabit berasal dari daerah Bet Hanoun sedang berjalan dalam jarak 300 meter dari tembok pemisah, kemudian mangsa diserang, lantas syahid di tempat kejadian.
Menurut sumber dari web berita Palestin, MAAN dan SAFA bahawa pada mula kejadian, pasukan perubatan dan bantuan tidak dapat tiba di lokasi berkenaan sehinggalah terpaksa menghubungi pihak Palang Merah untuk penyelarasan agar dapat memasuki ke kawasan tersebut.
Sedemikian itu, SAFA melaporkan pasukan perubatan dan bantuan telah dapat membawa keluar jasad yang syahid ekoran menjadi sasaran pengeboman zionis.
Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, pasukan perubatan dan bantuan berusaha tiba di lokasi kejadian yang berdekatan dengan sekatan di sempadan Erez sebelah utara Gaza melalui penyelarasan dengan Pertubuhan Palang Merah.
Berhubung mangsa yang syahid, sayap tentera kepada BARISAN DEMOKRASI iaitu KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH berkata, si syahid, Ahmad Saleem Al-Ezayezah adalah salah seorang pejuangnya. Pejuang terbabit menjadi sasaran serangan pesawat pengintip zionis tanpa pemandu ketikamana sedang menjalankan misi jihad, menanam peledak berdekatan dengan laluan jip peronda tentera zionis. Sumber 10/10/2011, web berita Maannews.net dan Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan