الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Israel ceroboh utara Gaza

20 Disember 2009

Sumber dari sebuah kumpulan pejuang Palestin, KATAIB ALWIYAH NASER SALAHUDDIN mengumumkan bahawa kumpulan pejuangnya bertempur dengan sepasukan tentera Israel yang menceroboh kawasan di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Laporan akhbar kumpulan tersebut berkata, pejuang-pejuang dari kumpulannyaa menyergah(metod bahasa) tentera Israel dengan tembakan dari senjata berat dan ringan. Pertempuran itu berlangsung selama 15 minit, malah mengesahkan pihak pejuang Palestin di Gaza bersedia setiap masa menghadapi sebarang tentangan dan pencerobohan tentera Israel.

Menurut sumber, Israel belum mengeluarkan lagi apa-apa kenyataan berhubung pihaknya menceroboh Gaza.

Dinyatakan, Israel melancarkan operasi ketenteraan di kawasan persempadanan antara Gaza-Israel yang mengambil tempoh masa hampir sehari. Tentera Israel melakukan operasi hendapan dan kewujudan buldozer yang meratakan tanah pertaniah Palestin.

Sementara itu, di Tebing Barat pula sekumpulan pelampau Yahudi menyerang sebuah rumah penduduk Palestin di Hayyu Syeikh Jarah, timur al-Quds. Dalam kejadian itu, 2 kanak-kanak Palestin dan seorang jurugambar parah akibat serangan pihak pelampau. Sumber 20/12/09, suratkhabar Misril-Youm

Read more...

Tembok 'keluli' Mesir bawah tanah

Masyarakat Palestin di Semenanjung Gaza masih belum bebas dari sekatan Israel. Penderitaan mereka di sana yang dicengkam tembok pemisah Gaza-Israel turut mengancam aktiviti perekonomian dan perhubungan dengan dunia luar. Bagaimanapun, Negara Islam yang paling rapat dengan Gaza, iaitu Mesir dilaporkan juga akan membina tembok pemisah antara Mesir-Semenanjung Gaza.

Gambar : Seorang anggota keselamatan Palestin, Kerajaan Palestin Gaza memantau sebahagian kawasan yang bersempadan antara Gaza-Mesir (al-jazeerah)

Sebagaimana sumber dari sebuah web berita Israel(Haaretz) menyatakan, Mesir akan membina tembok pemisah yang diperbuat dari keluli. Dijelaskan, tembok tersebut dibina sepanjang sempadan yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir. Dianggarkan, kepanjangan tembok itu 10 kilometer dan kedalaman bawah tanah pula sedalam 20-30 meter. (berita al-jazeerah, 11/12/09)

Haaretz menjelaskan, pembinaan tembok itu adalah bagi menghalang 'penyeludupan'. Wakil Mesir(bukan suara rasmi kerajaan) yang memberi respon berhubung laporan Haaretz itu menafikan tindakan Mesir yang membina tembok tersebut.

Ternyata, pembinaan tembok pemisah ini telah menjadi topik perbualan dan perdebatan yang boleh meningkatkan ketegangan antara pihak yang menyokong dan membangkang pembinaan tersebut.

Sumber(16/12/09) dari wakil Amerika, iaitu Jeffrey Filtman, salah seorang Pembantu Menteri Luar Amerika Syarikat dalam satu ruangan khas di al-jazeerah berkata, Mesir yang membuat keputusan membina tembok pemisah antara Gaza-Mesir.

Perdebatan sengit

Perdebatan berhubung pembinaan tembok tersebut turut menjadi isu penting di kalangan ahli-ahli parlimen Mesir. Ahli-ahli Parlimen Mesir mengkritik dan mengecam tindakan Kerajaan Mesir dan menuntut penjelasan berhubung pembinaan tembok itu. Di samping itu, ahli-ahli Parlimen yang beraliran islamik mendesak supaya Kerajaan menjelaskan pendiriannya berhubung pembinaan tembok keluli yang dibina di bawah tanah. (al-jazeerah, 17/12/09)

Di pihak Media Kerajaan pula mempertahankan pembinaan tembok tersebut yang disifatkan, pembinaan tembok ini adalah 'ketetapan yang rasmi'(tidak boleh dipertikai).

Pun begitu, seperti yang dilaporkan, Kerajaan Mesir masih tidak mengesahkan pembinaan tembok dan tidak menafikan setiap laporan yang menghebahkan tentang pembinaan tembok itu.

Kontraktor Mesir ditembak

Sumber melaporkan sekumpulan yang dipercayai Palestin yang bersenjata melepaskan tembakan ke arah kontraktor Mesir yang sedang melaksanakan projek pembinaan tembok keluli di sempadan Mesir-Gaza.

Dinyatakan, sebab serangan itu kerana kawasan yang digali untuk tembok keluli adalah kawasan utama bagi terowong bawah tanah. (berita al-jazeerah, 19/12/09)

Pendirian HAMAS dan FATAH

Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(telah tamat tempoh menurut HAMAS, dan telah dilanjutkan penggal presidennya dalam Mesyuarat Jawankuasa Pusat PLO 15-16/12/09, Ramallah) dalam kenyataannya menyokong tindakan Mesir bagi menjaga sempadan yang menghubungkan antara Mesir-Gaza.

Bagaimanapun, di pihak HAMAS meminta Mesir agar tidak mengambil pendekatan yang sedemikian kerana menambahkan lagi sekatan ke atas Gaza. HAMAS turut mengkritik Mesir yang membina tembok keluli itu. Jelas HAMAS, Semenanjung Gaza tidak menimbulkan bahaya kepada Mesir.

Sumber rujukan 11-20/12/09, berita al-jazeerah, web berita al-jazeerah dan suratkhabar Misril-Youm

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS