Tembok 'keluli' Mesir bawah tanah
20 Disember 2009
Sebagaimana sumber dari sebuah web berita Israel(Haaretz) menyatakan, Mesir akan membina tembok pemisah yang diperbuat dari keluli. Dijelaskan, tembok tersebut dibina sepanjang sempadan yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir. Dianggarkan, kepanjangan tembok itu 10 kilometer dan kedalaman bawah tanah pula sedalam 20-30 meter. (berita al-jazeerah, 11/12/09)
Haaretz menjelaskan, pembinaan tembok itu adalah bagi menghalang 'penyeludupan'. Wakil Mesir(bukan suara rasmi kerajaan) yang memberi respon berhubung laporan Haaretz itu menafikan tindakan Mesir yang membina tembok tersebut.
Ternyata, pembinaan tembok pemisah ini telah menjadi topik perbualan dan perdebatan yang boleh meningkatkan ketegangan antara pihak yang menyokong dan membangkang pembinaan tersebut.
Sumber(16/12/09) dari wakil Amerika, iaitu Jeffrey Filtman, salah seorang Pembantu Menteri Luar Amerika Syarikat dalam satu ruangan khas di al-jazeerah berkata, Mesir yang membuat keputusan membina tembok pemisah antara Gaza-Mesir.
Perdebatan sengit
Perdebatan berhubung pembinaan tembok tersebut turut menjadi isu penting di kalangan ahli-ahli parlimen Mesir. Ahli-ahli Parlimen Mesir mengkritik dan mengecam tindakan Kerajaan Mesir dan menuntut penjelasan berhubung pembinaan tembok itu. Di samping itu, ahli-ahli Parlimen yang beraliran islamik mendesak supaya Kerajaan menjelaskan pendiriannya berhubung pembinaan tembok keluli yang dibina di bawah tanah. (al-jazeerah, 17/12/09)
Di pihak Media Kerajaan pula mempertahankan pembinaan tembok tersebut yang disifatkan, pembinaan tembok ini adalah 'ketetapan yang rasmi'(tidak boleh dipertikai).
Pun begitu, seperti yang dilaporkan, Kerajaan Mesir masih tidak mengesahkan pembinaan tembok dan tidak menafikan setiap laporan yang menghebahkan tentang pembinaan tembok itu.
Kontraktor Mesir ditembak
Sumber melaporkan sekumpulan yang dipercayai Palestin yang bersenjata melepaskan tembakan ke arah kontraktor Mesir yang sedang melaksanakan projek pembinaan tembok keluli di sempadan Mesir-Gaza.
Dinyatakan, sebab serangan itu kerana kawasan yang digali untuk tembok keluli adalah kawasan utama bagi terowong bawah tanah. (berita al-jazeerah, 19/12/09)
Pendirian HAMAS dan FATAH
Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(telah tamat tempoh menurut HAMAS, dan telah dilanjutkan penggal presidennya dalam Mesyuarat Jawankuasa Pusat PLO 15-16/12/09, Ramallah) dalam kenyataannya menyokong tindakan Mesir bagi menjaga sempadan yang menghubungkan antara Mesir-Gaza.
Bagaimanapun, di pihak HAMAS meminta Mesir agar tidak mengambil pendekatan yang sedemikian kerana menambahkan lagi sekatan ke atas Gaza. HAMAS turut mengkritik Mesir yang membina tembok keluli itu. Jelas HAMAS, Semenanjung Gaza tidak menimbulkan bahaya kepada Mesir.
Sumber rujukan 11-20/12/09, berita al-jazeerah, web berita al-jazeerah dan suratkhabar Misril-Youm
1 comments:
Salam..Mabruk pd MAP ats artikel yg dipaparkan.Umat Islam perlu bersatu melawan musuh Allah.
Catat Ulasan