الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Berita Pameran 20/03/2012

20 Mac 2012



Laporan berita yang diterbitkan ini adalah gabungan dari MAP dan Crew3P sempena pameran program EMINENT EVO'12.

Semasa Palestin

Tangkap 6 penduduk Palestin

Radio Kerajaan rejim penjajah melaporkan bahawa tentera Israel telah menangkap enam penduduk Palestin semalam dari daerah Qabatiya, Jenin, Nablus, Ramallah dan Khalil.

Penangkapan ke atas penduduk Palestin itu disifatkan 'dikehendaki' dan telahpun dibawa untuk soal-siasat.

Tentera Israel turut merempuh masuk ke daerah Qabatiya awal pagini serta melaksanakan operasi serbuan dan geledah . Dua pemuda Palestin dari Qabatiya telah ditangkap dan dibawa ke arah yang tidak dimaklumi.

Sumber tempatan berkata, tentera Israel yang terdiri dari puluhan anggotanya merempuh masuk ke daerah Qabatiya pada jam 3 pagi tadi serta menangkap Ra'fat Yahya AbulRab, 25 dan Mohammad Fauzi AbulRab, 25. Sebelum dibawa pergi, rumah-rumah mereka telah digeledah.

Kejadian di bandar Nablus, tentera Israel menangkap seorang wanita Palestin, Amani Al-Khandakji.

Menurut saksi, tentera Israel merempuh masuk ke rumah seorang tahanan yang bernama Khandakji, salah seorang anggota Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat yang dihukum penjara selama-lamanya(sekali penjara menyamai 25 tahun). Rumahnya turut digeledah, kemudian tentera Israel menangkap saudaranya sebelum beredar pergi.

Tambahan dari saksi, peralatan rumah juga telah dirosakkan atas alasan mencari senjata.

Abbas nyatakan kandungan surat kepada Obama

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden FATAH) telah menunjukkan kandungan surat kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang surat itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu beberapa hari lagi.

Abbas menyatakan sedemikian dalam panggilan telefon yang diterima dari Presiden Amerika pada tengahari Isnin(semalam) dan menyebut pihak Palestin bersedia kembali ke meja rundingan bilamana Israel menyahut tuntutan dari Kuartet Timur Tengah berhubung dua isu, keselamatan dan garisan sempadan.

Ketika dihubungi, Abbas menjelaskan gambaran Deklarasi Doha dan jalan pembentukan kerajaan Palestin sementara pada masa akan datang. Tambahan lagi, kedua-dua Presiden ini bersepakat sentiasa menghubungi dan berhubung antara dua pihak.

Sementara itu, Presiden Amerika turut memberikan gambaran pertemuan pada hari Jumaat lalu antara beliau dengan Perdana Menteri Israel sambil menegaskan bahawa isu rundingan damai termasuklah pertemuan-pertemuan di Amman menjadi jadual kerja.

Menurut laporan dari agensi berita rasmi Palestin, WAFA, Obama menyatakan semenjak hari pertama memikul jawatan Presiden, rundingan damai adalah prioriti utama baginya.

Semasa Syria

Berita AL-JAZEERAH melaporkan pada jam 09:20 pagi hari ini yang menukil dari Jawatankuasa Umum Revolusi Syria bahawa wujud mangsa yang terbunuh dan cedera dalam serangan dan pengeboman yang dilakukan oleh tentera rejim Asad di Hama.

Terkini, seramai 26 orang telah maut di Syria pagi ini. Kebanyakannya serangan yang berlaku di Hama dan Hims(Homs).

Berhubung kejadian semalam(Isnin), aktivis-aktivis Syria berkata, seramai 52 orang terbunuh di Syria dan 23 orang yang maut dari jumlah tersebut adalah dari kalangan orang awam. Sedemikian itu, demontrasi dan tunjuk perasaan mendesak jatuhkan pemerintahan Asad terus berjalan.

Kawasan tumpuan yang menyaksikan pembunuhan meliputi wilayah Daraa, Halab, Der Al-Zour, Hims(Homs), Hama, Idlib, dan Rif Dimashq.

Jawatankuasa Umum Revolusi Syria turut menyebut, tentera dan pihak keamanan pemerintah Syria melancarkan operasi serbuan dan penangkapan di bandar Idlib. Jelas lagi, pengeboman sengit telah menyasarkan rumah-rumah penduduk di daerah, Mariyyan dan Ibdeta mengakibatkan lebih 50 buah rumah terbakar.

Sementara itu, tentera pemerintah Syria yang berada di Daraa telah menyerbu masuk ke daerah Kafr Shams dan Nuaimah sambil melepaskan bertubi-tubi tembakan serta mengepung daerah Al-Hirak yang telah memasuki hari ke-20 berturut-turut.

Tambahan lagi, serangan-serangan dan pengeboman sengit seperti yang dilaporkan tadi selepas tentera-tentera bebas melancarkan serangan ke atas pos-pos keselamatan pemerintah Syria di Hayyu Al-Muzza, pertengahan Damshiq. Menurut aktivis revolusi, serangan terbabit mengakibatkan hampir 80 tentera pemerintah maut dan 200 lagi cedera.

Dari sudut lain, siaran berita Syria menyebut bahawa pertempuran-pertempuran telah meletus dengan kumpulan yang dinamakan 'mafia pengganas bersenjata' menyebabkan seorang anggota pihak keamanan pemerintah Syria dan tiga penyerang maut.

Diplomasi antarabangsa

Berhubung krisis yang berlaku di Syria, Perancis telah mengagihkan keterangan rasmi kepada anggota Majlis Keselamatan Antarabangsa bagi menyokong misi utusan bersekutu PBB dan Liga Arab, Kofi Anan ke Syria. Pada waktu yang sama, Rusia dan Palang Merah Antarabangsa menggesa pemerintah Syria dan barisan pembangkang agar bersetuju hentikan berbalas serangan selama dua hari bagi tujuan bantuan kemanusiaan.

Manakala, reaksi dari pihak Arab, Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliki berkata, isu krisis Syria tidak tersenarai dalam jadual perbincangan Persidangan Kemuncak Arab yang akan berlangsung di Baghdad.

Tambah Al-Maliki ketika diwawancara siaran televisyen Iraq, beliau akan kemukakan pandangannya bagi menyelesaikan konflik ini apabila diminta berbuat demikian.

Dari sudut lain, Timbalan Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmad Bin Halli berkata, kedudukan terkini yang berlaku di Syria mesti juga disentuh dalam Persidangan Kemuncak Arab akan datang.

Sumber:
20/03/2012, berita dan web berita AL-JAZEERAH

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS