الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Mesir buka sempadan Rafah

11 Jun 2011

Pihak berkuasa Mesir membuka semula sempadan Rafah Mesir yang menghubungi dengan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza) hari ini mengikut prosedur baru yang dipersetujui kedua-dua belah pihak, Palestin dan Mesir baru-baru ini.

Gambar(Al-Jazeerah): Pembukaan sempadan Rafah Mesir mendapat sanjungan masyarakat Palestin dan Mesir.

Sumber keselamatan Mesir berkata, pihak berkuasa Mesir telah membuka sempadan sejak jam 9 pagi, waktu Mesir meskipun kerja baik pulih pintu gerbang masih dijalankan. Berikutan itu, Mesir telah memaklumkan hal sedemikian kepada pihak Palestin supaya kejadian protes yang berlaku pada hari Sabtu minggu lepas tidak lagi berulang.

Sumber tersebut turut mengesahkan kepada agensi berita United Press bahawa sempadan memang telah beroperasi hari ini dengan penduduk Palestin yang dapat melalui dari dua arah(keluar/masuk).

Sedemikian itu, sumber memaklumkan bahawa persetujuan yang dicapai dua pihak, sempadan Rafah Mesir hanya menerima seramai 550 penduduk Palestin melintasi ke sempadan Rafah Mesir. Di samping itu, penghalang-penghalang khususnya yang berkaitan dengan kerja baik pulih akan dibuang pada hari esok, Ahad.

HAMAS tutup sempadan

Sebelum ini, disebabkan proses baik pulih pintu gerbang, pihak berkuasa Mesir tidak mengizinkan bas-bas yang membawa penduduk Palestin memasuki sempadan Rafah Mesir, lantas mendorong Kerajaan Palestin di Gaza yang ditadbir gerakan HAMAS menutup sempadan Rafah Palestin selama beberapa hari.

Berhubung baik pulih yang mengganggu operasi sempadan, HAMAS telah berkata bahawa pihaknya tidak menerima apa-apa notis dari wakil Mesir berhubung kerja baik pulih malah para pemimpin HAMAS mengungkapkan rasa bimbang sekiranya keputusan Kaherah kembali kepada prosedur(mekanisme) pembukaan sempadan pada tahun 2007. Sumber 11/06/2011, web berita Al-Jazeerah

Read more...

[Makluman] Perubahan akaun e-mel MAP

Assalamualaikum kepada semua pengungjung yang sentiasa berkunjung mesra ke blog rasmi MAP. Untuk makluman, akaun e-mel MAP atau id yahoo messenger yang asal map_palestine@yahoo.com.my telah mengalami masalah sejak hampir seminggu yang lalu. Kini, akaun tersebut telah berpindah ke id yang baru, iaitu map2palestine@yahoo.com.

Dengan id yang baru ini, mudahan dapat mempermudahkan penyampaian sebarang maklumat terkini sekiranya ada, dan pihak kami berharap sahabat serta sahabiah add semula id yang baru. Terima kasih kepada semua pengunjung.

Salam imtihan(peperiksaan) dan maju jaya untuk semua.

Yang benar,
Komiti MAP

Read more...

Penjajah rempuh masuk ke Iraq Burin

Laporan jam 03:41 petang, Palestin/Mekah
Jam 02:41 petang, Mesir

NABLUS - Sebentar tadi, sepasukan tentera rejim penjajah merempuh masuk ke kampung Iraq Burin yang terletak di Nablus, Tebing Barat.

Rempuhan tersebut disertai dengan bertubi-tubi tembakan peluru hidup dan bom gas pemedih mata dari tentera penjah.

Menurut saksi kejadian, tentera rejim penjajah telah merempuh ke kampung tersebut secara mengejut dan melepaskan tembakan serta bom gas pemedih mata.

Tambah lagi dari saksi, tentera penjajah melepaskan sejumlah besar bom gas pemedih mata ke atas rumah-rumah penduduk dan pertengahan jalan yang mengakibatkan sebilangan besar dari penduduk mengalami sesak nafas. Berikutan itu, rawatan secara langsung terus diberikan kepada penduduk.

Sebagaimana dijelaskan saksi, rempuhan ke kampung tersebut adalah bertujuan menghalang penduduk keluar berarak sempena perarakan mingguan penentangan ke atas penempatan zionis di kampung berkenaan.

Gambar(arkib Safa): Tentera rejim penjajah ketika merempuh ke kampung Iraq Burin sebelum ini.

Iraq Buren telah dikawal rapi sejak awal pagi tadi malah tentera penjajah turut tidak membenarkan pasukan ambulan dan sukarelawan-sukarelawan asing masuk ke kampung ini. Sumber 11/06/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS