Mofaz gesa bunuh ketua kumpulan pejuang
03 Mei 2011
BAITULMAQDIS - Ketua Panitia Hubungan Luar dan Keselamatan rejim zioni(Foreign Affairs and Defense Committee), Shaul Mofaz menggesa kerajaan rejim zionis menyasarkan ketua-ketua kumpulan pejuang Palestin selepas misi menghapuskan ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama Ben Laden di Pakistan.
Haniyeh kecam pembunuhan Ben Laden
Pautan lain:
Shaul Mofaz
Foreign Affairs and Defense Committee
Kenyataan Mofaz yang disiarkan radio penjajah hari ini, berkata, "misi Amerika Syarikat yang menghapuskan Ben Laden menunjukkan ia dari adaptasi strategi yang dilakukan Israel bertujuan menyasarkan ketua-ketua kumpulan pengganas, hal sedemikian dilancarkan setelahmana pembunuhan ke atas para atlet Israel semasa Sukan Olimpik berlangsung pada tahun 1972 di Munich, Jerman."
Gambar(wikipedia): Shaul Mofaz, kelahiran Iran dan menganggotai Parti Kadima yang berhaluan kiri di Israel. Parti tersebut diketuai Tsipi Livni(bekas Menteri Luar rejim zionis semasa perang Gaza), ketua pembangkang dalam parlimen Knesset menggantikan Ehud Olmert, bekas Pengerusi Parti Kadima(mantan Perdana Menteri rejim zionis semasa perang Gaza) yang didakwa terpalit dengan rasuah.
Sumber menyebut, rejim zionis tidak pernah menghentikan dasar pembunuhan ini yang tertumpu ke atas ketua-ketua sayap tentera pejuang Palestin dan pemimpinnya, sama ada dari dalam tanah jajahan atau luar. Sumber 03/05/2011, web berita safa.ps dan web berita Al-Ahram