الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Haniyeh kecam pembunuhan Ben Laden

02 Mei 2011

Laporan jam 01.48 petang, Palestin/Mekah
Jam 12.48 petang, Mesir
(kemaskini jam 8.00 malam, Mesir)

GAZA - Ketua Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza mengecam pembunuhan ke atas pemimpin kumpulan Al-Qaeda, Osama Ben Laden selepas diumumkan pentadbiran Amerika Syarikat awal pagi ini(Isnin), waktu tempatan.

Gambar(Safa): Ismail Haniyeh

Ketika menemui wartawan-wartawan di pejabatnya di bandar Gaza tengahari tadi, Ismail Haniyeh berkata, "jika berita ini benar, maka hal sedemikian memang telah terangkum dalam dasar-dasar Amerika yang menindas dan menumpahkan darah orang-orang Arab dan Islam."

Beliau mengungkapkan kecaman keras ke atas serangan atau pembunuhan politik terhadap mana-mana individu atau pejuang Islam. Pemimpin HAMAS itu turut mendoakan agar Allah merahmati dan menerima kerja-kerja baik Ben Laden.

Berita Al-Jazeerah melaporkan awal pagi ini bahawa Osama Ben Laden yang mengetuai kumpulan Al-Qaeda telah terbunuh dalam satu misi sulit yang dilancarkan unit khas tentera Amerika Syarikat di Abbottabad, Pakistan.

Menurut Pakistan, misi tersebut tidak dimaklumkan sebelum ini kepada Pakistan.

Beberapa Ketua kerajaan dan negara-negara lain, seperti Israel, Jepun, Palestin Ramallah, Turki, Itali, dan lain-lain lagi memberikan kenyataan yang positif berhubung pembunuhan ke atas Ben Laden.

Gambar kiri (Al-Jazeerah): Agensi berita Perancis menyebut gambar Osama yang disiarkan televisyen Pakistan selepas pembunuhan itu adalah gambar yang direkacipta. Gambar tersebut banyak tersebar di stesen-stesen penyiaran berita dan media-media elektronik di seluruh dunia.

Perdana Menteri Britain berkata, kematian Ben Laden memberikan ketenangan yang besar kepada semua negara di seluruh dunia.

Sebaliknya, Iran melalui Ala'uddin Brujardi, Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan Parlimen Iran, berkata, pengumuman mengenai kematian Ben Laden, keseluruhannya adalah bermotifkan politik dan ia bukannya satu kemenangan yang besar mahupun tugas yang penting bagi Amerika.

Pemerhati-pemerhati politik melihat pembunuhan ke atas Ben Laden memberikan lonjakan dalam kempen Presiden Obama untuk pencalonan Presiden Amerika penggal kedua, tahun 2012.

Tenangkan keadaan

Berbalik kepada kecaman Haniyeh ke atas pembunuhan Ben Laden, pemberita Al-Jazeerah menjawab soalan dari penyampai berita Al-Jazeerah mengenai perselisihan HAMAS dengan kumpulan jihad yang cenderung kepada Al-Qaeda, kata pemberita, memang wujud perselisihan kumpulan terbabit dengan pendirian HAMAS seperti kumpulan Salafi Al-Jihadi yang membunuh relawan Itali, Vittorio Arrigoni dan kumpulan yang menculik wartawan-wartawan tetapi kecaman Haniyeh adalah titik tolak bagi menenangkan keadaan dan suasana di Semenanjung Gaza.

Turut mengecam pembunuhan Ben Laden, gerakan Islam dalam tanah jajahan 1948.

Kenyataan gerakan itu menyebut, "sekiranya operasi bunuh ini benar, telah sah bahawa ada persekongkolan dari pihak yang diupah menjual prinsip mereka kepada syaitan yang direjam."

Tambah lagi, darah-darah umat Islam mahupun Arab bukannya untuk mengangkat pencalonan dalam pilihanraya Amerika dan operasi bunuh Syeikh Ben Laden sekalipun benar, ia tidak akan mengakhiri kebencian orang Islam terhadap segala kejahatan dan kezaliman Amerika.

Senarai calon-calon Kerajaan akan datang

Dari sudut dalaman Palestin, Ismail Haniyeh berkata, delegasi gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) yang beredar dari Gaza menuju Kaherah membawa bersama senarai nama-nama calon kepimpinan dan Menteri-menteri Kerajaan akan datang.

Sementara itu, Ketua Biro Politik gerakan HAMAS, Khaled Meshaal telah tiba di Kaherah petang semalam. Beliau dilaporkan akan bertemu dengan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin yang juga Presiden gerakan FATAH pada hari esok, Selasa di Kaherah. Sumber 02/05/2011, berita Al-Jazeerah, web berita safa.ps, web berita Al-Jazeerah dan web berita Palestin 1948

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS