الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Lebih 85% tanah Palestin di tangan penjajah

29 Mac 2010

Sebuah badan analisis Palestin telah mengeluarkan laporannya hari ini berhubung kepesatan perluasan yang dilakukan Israel. Usaha Israel tidak pernah terhenti, bahkan ia telah mengancam Al-Quds masa ini, melalui perobohan, pengyahudian, penyitaan(rampasan) tanah dan pembangunan.

Gambar: tentera penjajah yang berada di sebelah tembok pemisah.

Dengan mekanisme yang dinyatakan juga mengancam faktor-faktor asas bagi penubuhan Negara Palestin yang bebas dari penaklukan.

Laporan tersebut menerangkan dasar pengyahudian yang mengubah kedudukan demografi ke atas tanah-tanah Palestin. Dasar tersebut dilakukan dengan cara membangunkan penempatan Yahudi dan perobohan rumah-rumah Palestin. Lebih dari itu, rumah-rumah Palestin yang diroboh didakwa dibangunkan tanpa kebenaran(geran).

Berhubung dengan itu, beratus-ratus ribu hektar tanah yang dimiliki penduduk Palestin di Tebing barat telah disita oleh penjajah bagi pembinaan tembok pemisah.

Dijelaskan, jumlah keluasan tanah Palestin yang terpisah dan terkepung antara tembok pemisah serta garisan hijau(tidak termasuk bahagian tanah di Al-Quds yang telah digabungkan Israel sebagai mercu penaklukan ke atas Tebing Barat pada tahun 1967) berjumlah 555 kilometer persegi yang menyamai 9.8% dari keluasan Tebing Barat.

Jumlah kedudukan keluasan yang berkedudukan di timur tembok dan kawasan yang sebahagian wujud tembok pemisah atau secara keseluruhannya menyamai 191.0 kilometer persegi. Nisbah dari keluasan tersebut menyamai 3.4% dari keluasan tanah Palesin di Tebing barat.

Tambahan pula, 29% dari keluasan tanah di Tebing Barat wujud kawasan yang tidak dapat diukur berikutan 3.5% dari keluasannya telah digazet menjadi hak Israel dengan cara pengawalan tanah dan pembangunan di tengah-tengah kawasan tanah terbabit.

Zon asing di Gaza

Di semenanjung Gaza pula, penjajah turut mendirikan zon asing di sepanjang sempadan Israel(tanah Palestin yang dirampas) dengan Gaza. Zon tersebut mempunyai jalur lebar lebih dari 1.5 meter dan panjang sejauh 55 kilometer menyamai 87 kilometer persegi bidang tanah di Semenanjung Gaza.

Dalam laporan itu dijelaskan dengan wujud zon asing maka penjajah telah menguasai 24% tanah dari keluasan Semenanjung Gaza(365 kilometer persegi). Sumber 29/03/2010, web berita al-Jazeerah(melalui Quds Press)

Read more...

Kesabaran yang memuncak dan perdebatan pada hari kedua


Amru Mousa, Pengerusi Liga Arab dalam sidang akhbar menyatakan kesabaran telah sampai ke kemuncak terhadap usaha perdamaian Palestin-Israel. Beliau turut mengingatkan, sekiranya tidak ada sebarang kemajuan dalam waktu terdekat, maka Liga Arab akan menumpukan kepada cadangan(inisiatif lain) bagi menyelesaikan konflik yang berlaku.

Sokongan Arab kepada Palestin

Pemimpin-pemimpin Arab dalam persidangan tersebut telah memutuskan satu rancangan bagi menyokong Al-Quds secara berterusan. Rancangan itu memperuntukkan USD500 juta bagi tabung Al-Quds dan Al-Aqsa.

Pada hari kedua(28/03/2010, hari akhir), Persidangan Kemuncak menyaksikan perdebatan ucapan yang berlaku antara Presiden Syria, Bashar Asad dengan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(jawatan Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) mengenai hubungan Negara-negara Arab terhadap gerakan-gerakan perjuangan Palestin(المقاومة الفلسطينية).

Sumber menjelaskan, Asad bertegas bahawa akan memberi sokongan sepenuhnya kepada gerakan pejuang Palestin.

Beliau mengiktibarkan bahawa gerakan pejuang Palestin adalah satu strategi bagi Arab dan Palestin.

Sementara itu, Mahmoud Abbas menyatakan secara pasti bahawa terlalu penting berpegang dengan usaha damai. Sumber 29/03/2010, web berita al-Jazeerah

(Berita penuh mengenai penutup Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab semalam belum dapat disiapkan secara sempurna. Berikutnya, di atas adalah sebahagian dari perbincangan dalam persidangan).

Read more...

Suasana tenang di Al-Aqsa

Menurut sumber (2.10 petang/waktu Mesir), berikutan pengumuman dan ancaman puak-puak pelampau Yahudi yang bertekad merempuh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa hari ini disifatkan tindakan tersebut adalah di peringkat masyarakat Israel. Bagaimanapun, di peringkat kerajaan penjajah tidak mengumumkan sedemikian tetapi mengetatkan lagi kawalan di sekitar bandar Al-Quds bagi mengekang pergerakan penduduk Palestin.

Sebagaimana dilaporkan, beribu-ribu tentera, polis penjajah bertebaran di seluruh bandar Al-Quds, dalam masa yang sama wujud pos-pos kawalan.

Laporan yang dinyatakan setakat ini, suasana di Masjid Al-Aqsa tenang berikutan kawalan ketat penjajah yang menghadkan kemasukan penduduk Palestin ke Masjid Al-Aqsa. Penjajah hanya membenarkan penduduk Palestin yang berusia 50 tahun ke atas memasuki Masjid Al-Aqsa.

Sementara itu, penjajah menghalang beratus-ratus pelajar-pelajar Palestin menuju ke sekolah mereka.

4 Palestin ditangkap

Dalam suasana sedemikian, sumber melaporkan penjajah menangkap 4 penduduk palestin di Tebing Barat. Sumber 29/03/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Belum terlambat tetapi masih tidak sempat

Mampukah Liga Arab di usia begini menyelamatkan Palestin? Wajarkah setiap kali Persidangan Kemuncak diadakan baru sedar dari mimpi yang terlalu panjang sedang zionis sedang meratah dan menggigit tanah-tanah suci Palestin. Sumber karikatur (al-Jazeerah)

Kebiasaannya sebuah meriam apabila berdentum pasti menandakan satu tembakan yang dapat memusnahkan sasaran. Namun, Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab ke-22 masih dinanti peluru seumpama itu..adakah peluru persidangan kali ini mampu membidas tindakan melampau zionis? Sumber karikatur (al-Jazeerah)

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS