الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Pesawat zionis bedil 2 terowong bawah tanah

19 November 2010

Kemaskini jam 3.00 pagi(20/11/2010), Mesir

GAZA - Menjelang lewat tengah malam(jam 11.04 malam, waktu Palestin), pesawat tempur zionis telah melancarkan serangan ke atas dua buah terowong bawah tanah yang berdekatan dengan Mukhayyam Yubna. Terowong bawah tanah yang diserang itu terletak di sempadan antara Rafah Gaza dengan Mesir di selatan Semenanjung Gaza.

Jelas pemberita 'Safa' bahawa serangan yang dilancarkan oleh pesawat F-16 zionis ke atas 2 terowong bawah tanah tidak mengakibatkan sebarang luka parah.

Seiring serangan pesawat zionis, tentera rejim zionis yang berada di pengkalan menara kawalan tentera dari arah timur bandar Rafah turut menghujani tembakan yang menghala ke arah beberapa buah rumah penduduk Palestin dan tanah-tanah pertanian.

Sebelum kejadian, pesawat-pesawat tempur zionis dilihat berterbangan rendah meninjau di sekitar ruang udara Gaza. Sumber 19/11/2010, web berita safa.ps

Read more...

Anggota FATAH bertempur dengan anak kabilah fawakhiriah

EL-ARISH, - Dua hari yang lalu, beberapa anggota pegawai Palestin dari gerakan FATAH yang menetap di El-Arish, Mesir telah bertempur dengan penduduk Mesir dari kabilah Fawakhiriah di utara Sinai.

Pertempuran bersenjata itu mengakibatkan jalan antarabangsa El-Arish - Rafah terpaksa ditutup selama dua jam, malah beberapa buah kereta musnah serta seorang dari penduduk mengalami pecah kepala sebelum keadaan dikawal Pasukan Keamanan Mesir.

Situasi kejadian, seorang pegawai Palestin yang berpangkat mejar dikenali Muhammad Matariyah menyewa sebuah apartmen(shaqqah) dari salah seorang anak kabilah "Fawakhiriah" di El-Arish. Kedua-dua pihak bertelagah setelahmana keluarga mejar tersebut diancam dan dipaksa keluar dari apartmen yang disewa meskipun akad perjanjian(akad sewa) belum tamat tempoh. Lalu pertelagahan membawa kepada berbalas tembakan malah beberapa buah kereta musnah. Lebih dahsyat lagi, pertempuran itu mengakibatkan salah seorang anak dari kabilah pecah kepala dan telahpun dibawa ke hospital besar El-Arish untuk rawatan.

Berikutan itu, Jabatan Keamanan mengerahkan sekumpulan pegawai yang diketuai Kolonel Ali Abu Zaid, Ketua Special Branch(SB) utara Sinai, dan Mejar Jeneral, Redha Suweilem selaku Pengarah Jabatan Penyiasatan ke lokasi berlakunya pertempuran. Jalan antarabangsa dapat dibuka semula setelahmana pegawai yang tiba mengawal keadaan. Kedua-dua pihak yang bertelagah turut diberkas dan dibawa ke Jabatan Keamanan untuk siasatan segera.

Sumber menjelaskan, semenjak Semenanjung Gaza dikuasai gerakan HAMAS, hampir 150 penduduk Palestin yang menganggotai gerakan FATAH melepaskan diri ke Mesir melalui sempadan dan menetap di El-Arish. Pemerintah Palestin(Ramallah) memberi perlindungan kepada mereka di El-Arish dengan peruntukan undang-undang, serta gaji bulanan turut disalurkan melalui kedutaan Palestin di Kaherah. Sumber 19/11/2010, suratkhabar Misril-Youm[Mesir]

Read more...

ALWIYAH letupkan sebuah pos tentera zionis

[Terkini: 05.49 malam, Palestin] GAZA - ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH) mengakui pihaknya meletupkan sebuah pos kawalan tentera rejim zionis dengan melakukan serangan pengeboman 3 peluru roket jenis 'hawn' 120mm di timur Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Kumpulan pejuang itu dalam kenyataan media yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menyebut, bahawa operasi yang dilaksanakan pejuangnya berupaya memaksa tentera rejim zionis berundur, malah mengesahkan lagi serangan ALWIYAH adalah serang balas ke atas pembunuhan dua pejuang JAISH ISLAM oleh rejim zionis.[Berita Ringkas]

Sumber 19/11/2010, web berita safa.ps

Read more...

Zionis bedil Gaza, 6 cedera

Kemaskini berita jam 5.00 malam, Mesir
Kemaskini berita jam 9.58 malam, Mesir

GAZA - 6 penduduk Palestin di Gaza mengalami kecederaan dalam pengeboman rejim zionis yang mensasarkan dua buah bandar, Der Balah di pertengahan Gaza dan Khan Yunus di selatan Semenanjung Gaza.

Gambar(AlJazeerah): Kesan pengeboman zionis di Der Balah.

Agensi berita 'Safa' menukilkan laporan dari Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Tentera, Adham Abu Salmiah berkata, empat mangsa, dua darinya wanita yang mengalami kecederaan telah tiba di hospital Syuhada Al-Aqsa akibat pengeboman zionis ke atas sebuah rumah lama dua tingkat di timur bandar Der Balah.

Jelas Abu Salmiah lagi, 2 lagi mangsa, salah seorang darinya kanak-kanak dilaporkan mengalami kecederaan akibat serangan kedua zionis yang mensasarkan kawasan 'الزنة' di timur Khan Yunus. Kedua-dua mangsa tersebut telah tiba di hospital Naseer.

Sehingga kini, sumber menyatakan kecederaan yang dialami semua mangsa serangan zionis disifatkan 'ringan'.

Dalam serangan ketiga, zionis menyerang sebuah tanah lapang di kawasan yang telah dibebaskan terletak di barat Khan Yunus. Tiada laporan mengenai kecederaan di situ. Sumber 19/11/2010, [laporan jam 03.48 petang, waktu Palestin] web berita safa.ps

Read more...

Serangan roket sengit, seorang cedera ditembak zionis

3 peluru mortar jatuh di Naqab - Penjajah


AL-QUDS, - Ushkul terus diserang dengan roket. Tentera rejim zionis mengumumkan pada tenghari tadi bahawa 3 serangan roket mortar gugur di kawasan penempatan haram zionis 'Ushkul', barat Naqab, di selatan tanah jajahan 1948.

Web berita 'Yediot Ahronout' menyebut pejuang bersenjata Palestin yang melancarkan 3 serangan roket mortar jenis 'hawn' dari Semenanjung Gaza telah gugur di Ushkul.

Sumber Israel itu mendakwa letupan dari serangan roket tersebut tidak mengakibatkan sebarang kerosakan dan luka parah.

Sehingga kini, tiada lagi kumpulan pejuang Palestin mengakui melancarkan serangan tersebut. [laporan jam 01.33 petang, waktu Palestin]

Seorang pekerja cedera ditembak

Sumber agensi berita 'Safa' melaporkan seorang penduduk Gaza yang bekerja sebagai mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan telah ditembak tentera rejim zionis di utara Gaza.

Gambar(safa): Beberapa dari penduduk Palestin di Gaza yang bekerja mengumpula kepingan besi dan sisa runtuhan bangunan di utara Semenanjung Gaza.

Mengulas kejadian, jurucakap Perkhidmatan Perubatan Tentera, Adham Abu Salmiah berkata, "tentera zionis telah melepaskan tembakan machine-gun ke atas seorang pekerja yang mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan bangunan berhampiran perlintasan(pintu sempadan) Beit Hanoun."

Tambah Abu Salmiah, pekerja yang berusia 22 tahun (dikenali م، ع)telah dibawa hospital Kamal Udhwan. Keadaan mangsa yang ditembak disifatkan 'pertengahan'.

Sumber peta, google map. No.56 berwarna biru adalah kedudukan Kibbutz Zikim dalam daerah Askalan yang menjadi sasaran serangan roket Palestin seperti yang didakwa web berita Israel.

Kebelakangan ini, mangsa dari penduduk Palestin di utara Gaza yang ditembak tentera rejim zionis semasa mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan bangunan mencapai angka puluhan. [laporan jam 01.14 petang, waktu Palestin]

4 lagi roket 'hawn' gugur

Menurut web berita Israel 'Yediot Ahronout', 4 lagi serangan roket 'hawn' gugur di Kibbutz Zikim, 'Askalan. [laporan jam 02.19 petang, waktu Palestin] Sumber 19/11/2010, web berita safa.ps

Read more...

Roket 'grad' sasar Ofakim

AL-QUDS, - Tentera rejim zionis membuat pengumuman mengenai satu serangan roket jenis 'grad' yang gugur pada awal pagi Jumaat(hari ini) di zon Ofakim, barat Naqab. Jelas lagi, tiada laporan mengenai kecederaan mahupun kemusnahan harta benda akibat Serangan roket jarak jauh itu ke selatan tanah jajahan.

Radio Am Israel menjelaskan pada pagi Jumaat, serangan roket jenis 'grad' ini adalah kali pertama dari Gaza sejak perang di Gaza tahun lalu.

Sumber gambar: Hasil kajian Courtesy Of Jewish Agency for Israel menunjukkan zon Ofakim diserang roket jarak jauh.

Sumber agensi 'Safa' menerangkan bahawa zon Ofakim zionis kerap menjadi sasaran serangan roket 'grad' yang dilancarkan oleh pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) semasa perang di Gaza pada 23 bulan yang lepas.

Berikutan serangan roket 'grad', belum lagi ada mana-mana kumpulan pejuang yang mengakui bertanggungjawab melancarkan serangan ini. Sumber 19/11/2010, web berita safa.ps

Read more...

[Berita semalam] Serang balas pejuang, tentera zionis di Gaza

3 roket sasar Ushkul

AL-QUDS, Serangan dari 3 roket buatan tempatan hari ini telah mensasarkan sebuah kawasan di penempatan haram zionis 'Ushkul', barat Naqab, selatan tanah Palestin yang dijajah.

Radio Am Israel versi Ibrani(hebrew) berkata, pejuang bersenjata Palestin melancarkan serangan roket ke selatan tanah jajahan selepas tengahari semalam tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda.

Dari pihak pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH) mengesahkan serangan roket yang dilancarkan oleh pejuangnya adalah bagi membalas jenayah pembunuhan zionis ke atas dua pejuang JAISH AL-ISLAM, Muhammad dan Islam Muhammad Yasin serta sebagai hadangan ke atas penentangan berterusan yang dilakukan oleh rejim zionis.

Jelas ALWIYAH dalam salinan kenyataan rasminya kepada agensi 'Safa' bahawa pejuang-pejuang yang melancarkan serangan roket berjaya pulang ke pengkalan dengan selamat meskipun pesawat-pesawat pengintip zionis kerap mengadakan tinjauan di ruang udara Gaza waktu itu.

Lagi sasaran roket ke selatan tanah jajahan

AL-QUDS, - Laporan berita semalam menyebut satu serangan roket buatan tempatan telah gugur di sebuah penempatan haram zionis 'Ushkul'. Penempatan tersebut terletak di kawasan barat Naqab, selatan tanah Palestin yang dijajah.

Radio Am Israel melalui web beritanya berkata, serangan roket itu tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda.

Sehingga laporan diterbitkan, tidak ada lagi mana-mana kumpulan pejuang Palestin yang mengakui melancarkan roket.

Pejuang serang jip tentera zionis

GAZA - KATAIB MUQAWAMAH WATANIAH(sayap tentera JABHAH DEMOKRATIAH LI TAHRIR FALESTIN) telah mengumumkan semalam bahawa pejuangnya menyerang sebuah jip tentera zionis di utara Semenanjung Gaza.

Kumpulan pejuang tersebut dalam kenyataan rasmi yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, unit SYAHID JIHAD menyerang jip tentera zionis dengan menembak pelancar roket RPG yang mengenainya secara langsung di zon utara kawasan yang telah dibebaskan 'Doget'.

Saksi kejadian menyatakan jip tentera zionis terjejas teruk, lalu kereta kebal zionis membalas dengan melancarkan serangan, manakala tentera rejim zionis turut menghujani tembakan ke arah unit SYAHID JIHAD. Berikutan serang balas, seorang pejuang mengalami kecederaan yang disifatkan 'pertengahan'.

Pejuang Palestin ini dalam kenyataanya mengesahkan bahawa operasi serangan ini adalah balasan terhadap pembunuhan yang dilancarkan pesawat zionis ke atas 2 saudara pejuang Palestin pada petang rabu, 17/11/2010.

Sumber laporan berita dipetik dari web berita safa.ps pada 18/11/2010

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS