الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label 'Askalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 'Askalan. Papar semua catatan

Ynet: 2 serangan roket gugur di Ashkelon

10 Julai 2011

Laporan asal pada jam 12:15 pagi, Palestin/Mekah
Jam 11:15 malam(09/07/2011), Mesir

GAZA - Sumber dari web berita Israel 'Yedioth Ahronoth'(Ynet) versi english melaporkan bahawa 3 serangan roket telah dilancarkan dari Gaza menyerang selatan Israel(Tanah jajahan 1948) malam tadi.

Laporan tersebut menjelaskan 2 serangan roket telah gugur di kawasan persisiran pantai Ashkelon berhampiran Majlis Daerah, sementara roket ketiga meletup di Gaza sebelum ia dilancarkan.

Berhubung serangan roket, sumber dari Ynet menyebut tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Tambah Ynet lagi, sandaran dari sumber Palestin di Gaza bahawa serangan roket dilancarkan oleh sebuah kumpulan 'Tauhid Wal-Jihad', iaitu kumpulan salafi yang mempunyai hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda. Dakwa Ynet, kumpulan ini tidak menerima autoriti pemerintahan HAMAS di Gaza.

Berbalik kepada laporan berita pada jam 01:20 pagi(waktu Mesir) telah menyiarkan mengenai serangan zionis yang menggegarkan bandar Gaza. Bagaimanapun, situasi serangan roket dan pengeboman zionis tidak dinyatakan mana pihak yang menyerang terlebih dahulu. Pun begitu, agensi berita 'Safa' Palestin menyiarkan laporan yang terlebih awal dari kedua-dua serangan di atas, iaitu pada jam 10:04 malam(waktu Mesir, 09/07/2011) mengenai kecederaan seorang remaja perempuan Palestin akibat terkena dua das tembakan tentera zionis. Sumber 10/07/2011, web berita Safa.ps dan web berita Ynetnews.com

Read more...

Roket serang selatan Askalan

31 Mac 2011

Laporan jam 08.09 malam, Palestin/Mesir
Jam 02.09 pagi(01/04/2011), waktu Malaysia

GAZA - Media Israel 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew melaporkan bahawa satu serangan roket yang dilancarkan malam ini dari Gaza menyerang selatan bandar Askalan(tanah jajahan 1948).

Lapor media itu lagi, letupan dari serangan roket itu tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda.

Sumber juga menyebut, awal pagi semalam, seorang pejuang dari kumpulan SARAYA AL-QUDS syahid dan seorang lagi cedera dalam serangan udara yang dilancarkan pesawat pengintip di Rafah. Serangan tersebut beberapa jam selepas sebuah terowong bawah tanah dibom pesawat tempur zionis. Sumber 31/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

Serangan roket terus sasar Israel

08 Disember 2010

AN-NASIRAH, - Lagi serangan roket mortar gugur di sebuah kawasan terbuka di barat Naqab tengahari tadi.

Menurut rangkaian 10 Israel, sepasukan besar dari unit polis rejim zionis bergegas ke lokasi yang diserang dengan serangan roket. Lokasi tersebut berhampiran dengan sebuah perkampungan At-Taawuniah.

Sumber peta, google map.

Sumber menyebut lagi, siren kecemasan yang menandakan gugurnya serangan roket berbunyi di 'Askalan pagi tadi. Walaubagaimanapun, tentera rejim zionis mengumumkan bahawa tiada berlaku serangan roket di situ.

ABU ALI lancar roket ke tanah jajahan

Dari Gaza, KATAIB ABU ALI MUSTAFA yang merupakan sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN memaklumkan bahawa pihaknya telah mengebom sebuah pos kawalan tentera zionis yang terletak di kawasan perhimpunan penempatan haram Keffar 'Azza.

ABU ALI melancarkan roket Katyusha jenis BADAR 107 ke kawasan tersebut yang bertentangan dengan tanah perkuburan Syuhada.

Sumber peta, google map.

Pejuang ABU ALI MUSTAFA dalam laporan ketenteraan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menjelaskan beberapa pejuangnya dari unit roket telah mengebom secara langsung pos kawalan tentera zionis. Pejuang ABU ALI juga terselamat dari dikesan pesawat pengintip rejim zionis.

ABU ALI menyatakan, pengeboman itu sempena ulang tahun ke-43 penubuhan JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN, dan merupakan serang balas biasa ke atas jenayah yang dilakukan zionis terhadap penduduk Palestin. Sambil itu, kumpulan pejuang mengesahkan pihaknya tetap berpegang dengan jalan penentangan(المقاومة) ke atas penjajahan rejim zionis. Sumber 08/12/2010, web berita safa.ps

Read more...

Serangan roket sengit, seorang cedera ditembak zionis

19 November 2010

3 peluru mortar jatuh di Naqab - Penjajah


AL-QUDS, - Ushkul terus diserang dengan roket. Tentera rejim zionis mengumumkan pada tenghari tadi bahawa 3 serangan roket mortar gugur di kawasan penempatan haram zionis 'Ushkul', barat Naqab, di selatan tanah jajahan 1948.

Web berita 'Yediot Ahronout' menyebut pejuang bersenjata Palestin yang melancarkan 3 serangan roket mortar jenis 'hawn' dari Semenanjung Gaza telah gugur di Ushkul.

Sumber Israel itu mendakwa letupan dari serangan roket tersebut tidak mengakibatkan sebarang kerosakan dan luka parah.

Sehingga kini, tiada lagi kumpulan pejuang Palestin mengakui melancarkan serangan tersebut. [laporan jam 01.33 petang, waktu Palestin]

Seorang pekerja cedera ditembak

Sumber agensi berita 'Safa' melaporkan seorang penduduk Gaza yang bekerja sebagai mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan telah ditembak tentera rejim zionis di utara Gaza.

Gambar(safa): Beberapa dari penduduk Palestin di Gaza yang bekerja mengumpula kepingan besi dan sisa runtuhan bangunan di utara Semenanjung Gaza.

Mengulas kejadian, jurucakap Perkhidmatan Perubatan Tentera, Adham Abu Salmiah berkata, "tentera zionis telah melepaskan tembakan machine-gun ke atas seorang pekerja yang mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan bangunan berhampiran perlintasan(pintu sempadan) Beit Hanoun."

Tambah Abu Salmiah, pekerja yang berusia 22 tahun (dikenali م، ع)telah dibawa hospital Kamal Udhwan. Keadaan mangsa yang ditembak disifatkan 'pertengahan'.

Sumber peta, google map. No.56 berwarna biru adalah kedudukan Kibbutz Zikim dalam daerah Askalan yang menjadi sasaran serangan roket Palestin seperti yang didakwa web berita Israel.

Kebelakangan ini, mangsa dari penduduk Palestin di utara Gaza yang ditembak tentera rejim zionis semasa mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan bangunan mencapai angka puluhan. [laporan jam 01.14 petang, waktu Palestin]

4 lagi roket 'hawn' gugur

Menurut web berita Israel 'Yediot Ahronout', 4 lagi serangan roket 'hawn' gugur di Kibbutz Zikim, 'Askalan. [laporan jam 02.19 petang, waktu Palestin] Sumber 19/11/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS