الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

1000 telah ditutup, baki hanya menanti

06 April 2010

ARISH - Kedudukan terowong bawah tanah yang menghubungkan antara sempada Mesir-Gaza(Palestin) terancam apabila aktiviti perekonomian yang semakin merudum disebabkan langkah keselamatan di pihak Mesir yang telah diketatkan bertujuan menghalang penyeludupan.

Gambar: Seorang tentera Mesir sedang mengawal di sempadan Mesir-Gaza ketika projek pemasangan keluli dijalankan.

Terowong-terowong bawah tanah itu dibina sejak 4 tahun yang lalu berikutan sekatan Israel ke atas Gaza yang masih berterusan hingga sekarang.

Gambar: Awal 2008, beratus-ratus ribu penduduk Palestin Gaza merempuh(setelah tembok diletupkan) sempadan Rafah Mesir-Gaza untuk mendapatkan keperluan makanan akibat sekatan Israel di Gaza waktu itu.

Menurut sumber dari agensi melaporkan Pihak Berkuasa Mesir telah selesaikan melaksanakan peringkat kedua bagi mengekang sebarang penyeludupan melalui terowong bawah tanah. Peringkat tersebut adalah meliputi pemasangan tembok keluli di sepanjang sempadan antara Mesir dengan Semenanjung Gaza di Rafah Mesir. Dinyatakan, pemasangan tembok keluli mengambil jarak 13.5 kilometer. Tambahan pula, turut dibina menara kawalan dan pengawasan.

Sebagaimana dilaporkan, projek sebegini merangkumi 4 peringkat.

Peringkat pertama: projek pemasangan bermula

Pada peringkat pertama, telah diluluskan untuk pemasangan kamera awasan dan alat pengesan kewujudan terowong bawah tanah di sepanjang sempadan terbabit. Pemasangan itu di bawah seliaan Amerika Syarikat(US) malah kewujudan sekumpulan jurutera tentera US semenjak 2 tahun yang lalu sehingga sekarang. Kesannya, lebih dari 1000 terowong bawah tanah telah ditutup.

Operasi pada masa ini menumpukan aktiviti penyeludupan melalui terowong bawah di kawasan Salahuddin sahaja.

Sumber(agensi berita) menjelaskan, projek pertama ini diuruskan oleh jurutera Amerika yang mampu mengesan sebarang suara atau pergerakan di bawah tanah serta dapat mengetahui kedudukan secara tepat menggunakan alat geologi sensitif. Kemudian maklumat tersebut akan disampaikan kepada Israel mengenai kedudukan terowong bawah tanah, dengan seberapa segera pesawat tempur Israel akan menyerang di sepanjang sempadan dan mengebom dengan tepat kedudukan terowong bawah tanah.

Peringkat kedua: Mendirikan pagar kawalan

Projek pencegahan dari peringkat kedua pula mendirikan pagar keselamatan(pagar duri kawat) yang mengelilingi bandar Rafah malah di luar bandar Rafah turut didirikan pagar keselamatan, iaitu di sebuah kawasan ( باب سدوت) yang terletak dalam bandar Rafah Mesir. Pagar keselamatan itu didirikan sepanjang sempadan(seperti gambar peta di atas, search melalui google map, kiri: garisan warna merah, dan kanan: garisan berwarna kuning) di sebelah kiri sehingga menemui perairan laut di kampung Yamit, di sebelah kanan pula sehingga sempadan Karem Abu Salem yang melangkaui beberapa buah kampung yang menjadi pintu masuk ke bandar Rafah Mesir melalui pagar elektronik yang dikhususkan untuk kawalan keselamatan yang ketat bagi mengesan senjata dan bahan letupan.

Berhubung pagar keselamatan yang dibina mengelilingi bandar Rafah akan dikawal anggota keselamatan Mesir dan pemilihan dari kalangan penduduk Arab badawi Sinai. Tujuannya adalah untuk menghalang trak-trak yang menjalankan penyeludupan dari luar bandar Rafah Mesir sehingga dapat masuk ke kawasan sempadan.

Gambar: tembok keluli yang dibina(dipahat ke bawah tanah)

Dengan demikian, projek Amerika yang dijalankan oleh Mesir akan berjaya bagi mengekang segala bentuk penyeludupan dengan segala apa taktikal sekalipun.


Peringkat keempat: Belum pasti sehingga sekarang


Sumber turut melaporkan berkenaan peringkat keempat bagi perlaksanaan projek Amerika yang belum jelas kedudukannya hingga sekarang. Kemungkinan akan dilaksanakan selepas 3 tahun dari sekarang untuk penyempurnaan. Susulan dari projek tersebut, delegasi tentera Amerika kerap mengadakan kunjungan bagi meninjau setiap peringkat dari perlaksanaan malah kunjungan delegasi tentera dari Perancis dan Jerman juga membuat tinjauan.

Kedudukan terowong bawah tanah terancam

Berhubung kedudukan terowong bawah tanah, seorang pemilik terowong bawah tanah yang dikenali Abu Ahmad menceritakan kepada agensi berita bahawa keadaan menjadi lebih buruk setelah kemerosotan barang dan permintaan di Gaza cukup tinggi, dalam masa yang sama kawalan ketat yang diadakan oleh pihak Mesir.

Salah seorang pemilik terowong bawah tanah yang lain turut menyatakan bahawa jumlah terowong sebelum ini menjangkau 2000 buah di sepanjang sempadan antara Gaza-Mesir. Namun, pada masa ini, jumlah terowong yang ada sekitar 100 hingga 200 buah. Faktor berikut menyebabkan pekerja-pekerja diberhentikan kerana kemerosotan barang-barang dan kekurangan akitiviti kerja.

Bayaran pekerja terowong

Gambar: Keadaan di dalam terowong bawah tanah. Seorang pekerja sedang berehat.

Abu Ahmad menyatakan jumlah bayaran kepada setiap pekerja dalam terowong bawah tanah mengikut kepada keadaan; kadar permintaan dan prestasi. Jangkauan yang disebut sekitar 20-100 Shekel(matawang Israel) dalam sehari.

Sekiranya berlaku kematian di pihak pekerja, pemilik terowong akan membayar gantirugi kepada keluarga pekerja yang berjumlah hampir USD10 ribu. Bagaimanapun, sekarang ini pemilik terowong bawah tanah tidak mampu untuk membayar dengan jumlah sedemikian.

Kekangan sentiasa berterusan

Pihak Berkuasa Mesir dari semasa ke semasa terus menggiatkan operasi keselamatannya bagi menghalang sebarang bentuk penyeludupan.

Menurut laporan, Pihak Berkuasa Mesir tidak teragak-agak untuk menahan trak pengangkut barang yang menuju ke kawasan sempadan dengan barang-barang yang bakal diseludup ke Gaza melalui terowong bawah tanah.

Usaha kekangan(checkpoint) itu juga dilaksanakan sejauh 250 kilometer dari garisan sempadan antara Mesir dengan Semenanjung Gaza. Langkah yang dilakukan terlalu ketat sebagaimana yang diadakan di kawasan jambatan Salam, yang menghubungkan antara dua buah terusan di bandar Qantarah, Ismailiah.

Di utara Sinai menuju ke Rafah, Pihak Berkuasa Mesir tidak membenarkan trak-trak yang membawa barang melalui jalan terbabit kecuali pemilik barangan membawa resit-resit pasaran(mengikut undang-undang) dalam Mesir di Arish, dan bukannya bertujuan untuk penyeludupan. Tindakan tegas ke atas pemilik barang yang didapati berkait dengan penyeludupan akan ditangkap. Sumber 06/04/2010, web berita maan.net

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS