الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Haniyeh: Kami tidak berhutang

14 Mei 2011

Laporan jam 07.39 malam, Palestin/Mekah
Jam 06.39 malam, Mesir

GAZA - Ketua Kerajaan Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh menyatakan bahawa kerajaannya tidak berhutang dengan mana-mana pihak.

Gambar(arkib Safa): Ismail Haniyeh mengetuai Kerajaan Palestin selepas pilihanraya 2006 meskipun dikenakan sekatan.

Beliau menjelaskan dalam kenyataannya hari ini, sejak beberapa tahun, Kerajaan Palestin di Gaza menguruskan hal kewangannya dengan telus dan jujur.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Negara-negara dan Kerajaan yang memberi sokongan sepanjang tahun kepada Kerajaan Palestin di Gaza.

Berhubung persetujuan baik pulih hubungan dalaman Palestin, gerakan HAMAS dan FATAH akan memulakan siri dialog di Kaherah pada hari Isnin ini untuk membentuk Kerajaan Perpaduan menggabungkan semua pihak dan tenaga, iaitu bersifat 'teknokrat'. Jelas Safa, tugas Kerajaan ini adalah untuk mengakhiri sekatan rejim zionis, membangunkan semula Gaza serta mengadakan pilihanraya Presiden, Legislatif(Parlimen) dan Dewan Undangan.

Menukil dari berita Al-Jazeerah, delegasi HAMAS dan FATAH akan tiba esok hari di Kaherah. Sumber 14/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

Sejarah: Israel mengumumkan Negaranya

Gambar: David Ben Gurion berdiri ketika mengumumkan Negara Israel di tanah Palestin.

Pada hari ini(14 Mei 1948), Suruhanjaya Tinggi Britain(British) beredar meninggalkan BaitulMaqdis. Sedemikian itu, sebagai pendahuluan bagi mengumumkan tertegaknya Negara Israel di tanah Palestin pada hari berikutnya tetapi Yahudi tidak menunggu 15 Mei 1948. Sebaik sahaja Suruhanjaya Tinggi Britain keluar dari BaitulMaqdis pada 14 Mei 1948, jam 4 selepas waktu zohor, David Ben Gurion mengumumkan penubuhan Negara Israel di Tel-Aviv. Selepas 11 minit dari pengumuman tersebut, Presiden Amerika, Harry S. Truman dalam kenyataannya mengumumkan Amerika mengiktiraf penubuhan Negara Israel.

Jelasnya, wujud satu perancangan yang teratur sebelum berlakunya detik tragedi ini.

"I had faith in Israel before it was established, I have faith in it now, I believe it has a glorious future before it-not just another sovereign nation, but as an embodiment of the great ideals of our civilization" - Harry S. Truman

Rujukan dan sumber:

1. Palestin..catatan sejarah dan rakaman gambar m/s 274, Dr. Tariq Suweidan, cetakan pertama 2004.
2. David Ben-Gurion
3. Harry S. Truman

4. America's Presidents Speak, Saleh Al-Hudaidi, cetakan 2001, buku متى نصر الله

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS