Gambar: David Ben Gurion berdiri ketika mengumumkan Negara Israel di tanah Palestin. Pada hari ini
(14 Mei 1948), Suruhanjaya Tinggi Britain
(British) beredar meninggalkan BaitulMaqdis. Sedemikian itu, sebagai pendahuluan bagi mengumumkan tertegaknya Negara Israel di tanah Palestin pada hari berikutnya tetapi Yahudi tidak menunggu 15 Mei 1948. Sebaik sahaja Suruhanjaya Tinggi Britain keluar dari BaitulMaqdis pada 14 Mei 1948, jam 4 selepas waktu zohor, David Ben Gurion mengumumkan penubuhan Negara Israel di Tel-Aviv. Selepas 11 minit dari pengumuman tersebut, Presiden Amerika, Harry S. Truman dalam kenyataannya mengumumkan Amerika mengiktiraf penubuhan Negara Israel.
Jelasnya, wujud satu perancangan yang teratur sebelum berlakunya detik tragedi ini.
"I had faith in Israel before it was established, I have faith in it now, I believe it has a glorious future before it-not just another sovereign nation, but as an embodiment of the great ideals of our civilization" -
Harry S. TrumanRujukan dan sumber:
1. Palestin..catatan sejarah dan rakaman gambar m/s 274, Dr. Tariq Suweidan, cetakan pertama 2004.
2. David Ben-Gurion
3. Harry S. Truman4. America's Presidents Speak, Saleh Al-Hudaidi, cetakan 2001, buku متى نصر الله
0 comments:
Catat Ulasan