الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Netanyahu setuju bebaskan 1000 tahanan Palestin

01 Julai 2010

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerima persetujuan yang ditawarkan oleh perantara Jerman dalam permasalahan rundingan penukaran tawanan-tahanan dengan HAMAS. Persetujuan yang dinyatakan oleh Netanyahu meliputi 1000 tahanan Palestin dengan tentera Israel, Gilad Shalit. Tetapi Netanyahu menegaskan tahanan Palestin yang disifatkan seumpama 'orang yang menimbulkan bahaya dan kerosakan' tidak boleh kembali ke Tebing Barat setelah dibebaskan dari penjara Israel. Malah Netanyahu turut membantah membebaskan tahanan Palestin yang disifatkan telah melakukan bahaya yang cukup besar.

Berikutan itu, Netanyahu berkata pihaknya tidak menerima lagi jawab balas dari HAMAS.

"Saya memutuskan bahawa saya menerima cadangan baru dari pihak perantara Jerman yang meliputi 450 nama yang membuat kerosakan sepertimana senarai nama yang disiarkan oleh HAMAS", ujar Netanyahu.

Netanyahu berkata, "cadangan yang kami persetujui kepada perantara Jerman bahawa kami akan membebaskan 1000 orang pembuat kerosakan dan jumlah ini adalah bagi menjamin Gilad Shalit pulang ke rumah."

Tambah Netanyahu lagi, "saya nyatakan setuju kepada rundingan ini dan sedia dilaksanakan sekarang tetapi ada harga yang kami tidak boleh terima kerana tidak sesuai sebagaimana yang dicadangkan."

Berikutan itu, Netanyahu berkata, "saya amat berharap dokumen rundingan ini berjaya, tetapi dengan dua asas."

Netanyahu menyebut asas pertama, iaitu mereka-mereka yang bahaya tidak akan kembali lagi ke Tebing Barat setelah dibebaskan.

HAMAS jawab kenyataan Netanyahu

Berikutan itu, Aiman Taha, jurucakap gerakan HAMAS menjawab kenyataan Netanyahu yang disifatkan telah menyingkap krisis dalaman yang dilalui oleh Netanyahu dan rundingan penukaran Shalit masih tidak berubah dan pihak utama yang menggagalkan rundingan adalah Kerajaan Israel.

"Kenyataan Netanyahu hanyalah untuk memperdaya pandangan umum Israel yang sedang marah dan mendesak supaya rundingan penukaran ini berjaya", tambah Aiman lagi, "dari sudut lain, Netanyahu memperdaya masyarakat Israel dengan melepaskan dirinya dan menuduh HAMAS yang bertanggungjawab."

"Saya mahu katakan bahawa melalui kenyataan Netanyahu, beliau telah bersetuju dengan jumlah 1000 tahanan Palestin yang akan dibebaskan", jelas Aiman lagi, "sebenarnya, masalah yang berlaku bukannya di sudut jumlah bilangan tetapi nama-nama tahanan yang berhadapan dengan pengusiran."

Beliau menjelaskan, HAMAS telah mengemukakan 450 nama tahanan Palestin supaya dibebaskan tetapi sebahagian besar dari nama-nama tersebut telah dibantah oleh zionis. Sumber 01/07/2010(9.00 malam, Mesir/Palestin), berita Al-Jazeerah

Read more...

Ahli parlimen Al-Quds berlindung di ibu pejabat Palang Merah

Ahlip-ahli parlimen gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) yang diancam dibuang dari Al-Quds berlindung di ibu pejabat Palang Merah(gambar). Mereka membuat keputusan mengadakan mogok dalam ibu pejabat itu bagi mendesak Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon campur tangan dan memaksa Israel menarik ketetapan pengusiran ahli-ahli parlimen itu dari Al-Quds.

Dua orang ahli parlimen berkenaan, Muhammad Tutah dan Ahmad Atuan serta bekas Menteri Hal-Ehwal Al-Quds, Khaled Abu Arfah mendapatkan perlindungan di dalam ibu pejabat Palang Merah di Hayyu Syeikh Jarrah, Al-Quds sehinggalah dapat menghadang dan membatalkan ketetapan Israel yang menghalau mereka dari Al-Quds.

Dalam temu bual dengan wartawan Al-Jazeerah di dalam ibu pejabat Palang Merah, Abu Arfah berkata, mogok yang mereka lakukan ini berikutan wakil PBB yang membantah menerima kunjungan mereka bagi menyampaikan surat kepada Setiausaha Agung PBB dan juga tanda protes tindakan Kerajaan Penjajah yang menangkap salah seorang dari mereka, Muhammad Abu Teir.

Mogok terbuka

Menurut Abu Arfah(gambar), "mogok akan terus berlanjutan pada hari ini sehingga esok atau selepasnya setelah kami mengumumkan mogok terbuka."

Ahli-ahli parlimen tersebut turut menyampaikan surat kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama melalui konsul Amerika di Al-Quds yang mendesak supaya Obama campur tangan dengan segera bagi menyelesaikan masalah mereka.

Hal tersebut menanti perbincangan mengenai pengusiran penduduk asal Al-Quds(ahli parlimen tersebut) dan permasalahan lain dalam pertemuan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dengan George Mitchell, Utusan Damai Amerika Syarikat di Timur Tengah di Ramallah hari ini.

Selain itu, Abu Arfah melahirkan rasa pesimis dari hasil pertemuan Abbas-Mitchell yang membincangkan masalah mereka secara khusus kerana Israel tidak akan dengar dari sesiapapun malah Mitchell yang kerap kali berkunjung ke rantau ini tidak memberikan apa-apa yang baik kepada masyarakat kami.

Semalam, polis Israel telah menangkap seorang ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin dari gerakan HAMAS, Muhammad Abu Teir dan membawanya ke tempat tahanan. Beliau ditangkap atas dakwaan tempoh masa beliau berada di bandar Al-Quds telah berakhir.

Buru Abu Teir

Dalam kenyataan yang sebelum ini kepada agensi berita Al-Jazeerah, isteri kepada Abu Teir berkata polis Israel telah menangkap Muhammad Abu Teir setelah memburunya ketika Abu Teir menerima pelawaan jemputan makan tengahari di desa Suur yang berhampiran dengan kampungnya Ummu Tuba yang terletak di selatan bandar Al-Quds.

Isteri Abu Teir menjelaskan, sejak akhir-akhir ini, suaminya menerima amaran dari polis Israel yang mendesaknya supaya keluar dari Al-Quds setelah identiti pengenalan penduduk asal Al-Quds dilucutkan tetapi Abu Teir membantah dari menurut arahan itu meskipun tempoh yang ditetapkan supaya keluar dari Al-Quds pada hari Jumaat lalu.

Israel telah melucutkan identiti pengenalan penduduk asal Al-Quds dari ahli-ahli parlimen HAMAS, Muhammad Abu Teir, Muhammad Tutah, Ahmad Atuan dan Khalid Abu Arfah yang merupakan bekas Menteri Hal-Ehwal Al-Quds dalam Kerajaan HAMAS yang telah dibentuk selepas HAMAS memenangi pilihanraya Majlis Legislatif Palestin pada tahun 2006.

Israel telah membebaskan Abu Teir pada 20 Mei bulan lalu setelah beliau ditahan selama empat tahun dalam penjara Israel. Israel turut menangkap sebahagian besar ahli-ahli parlimen HAMAS di Tebing Barat pada Jun 2006 sebaik saja seorang tentera Israel, Gilad Shalit di tawan. Sumber 01/07/2010, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Delegasi Mesir tiba di Gaza

GAZA - Delegasi Mesir tiba di Gaza pada waktu tengahari tadi melalui sempadan Rafah Mesir dalam kunjungannya yang bersimpati dengan penduduk Palestin. Malah, kunjungan tersebut dalam ruang lingkup usaha bagi mematahkan sekatan Israel ke atas Gaza.

Kunjungan delegasi Mesir yang menggabungkan 30 anggota, 9 darinya adalah ahli parlimen dan beberapa ahli politik dari parti Al-Wafdu yang diketuai Said Badawi, Presiden Parti Al-Wafdu.

Speaker Majlis Legislatif Palestin, Dr. Ahmad Bahr mengalu-alukan kunjungan delegasi tersebut yang jelas menunjukkan hubungan yang kuat antara saudaranya Mesir dengan penduduk Palestin.

Sumber melaporkan, kunjungan tersebut mengambil masa selama sehari dan turut mengadakan persidangan bersama dalam Majlis Legislatif Palestin dan juga bertemu dengan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniah.

Sebagaimana dijadualkan, delegasi Mesir turut mengadakan tinjauan ke beberapa kawasan yang musnah teruk kesan dari perang lalu dan sekatan Israel ke atas Gaza. Sumber 01/07/2010, web berita shehab.ps

Read more...

Penjajah tangkap 12 penduduk Palestin, serah notis roboh rumah

TEBING BARAT - Sepasukan tentera penjajah telah menangkap empat penduduk Palestin dalam satu operasi memecah masuk ke bandar kecil Bayt Umar pagi tadi di Khalil(Hebron) yang terletak di selatan Tebing Barat.

Jurucakap Sukarelawan Palestin di bandar kecil berkenaan, Muhammad Audh menjelaskan, sepasukan tentera penjajah memecah masuk beberapa buah rumah di kawasan terbabit dan menangkap Nadir Ahmad Khalil Abu Hashim, 22, Usam Jamal Khalil Abu Maria, 21, Khaled Sami Muhammad Sabarinah, 16, dan Tamer Ismail Muhammad Audh, 23.

Audh dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita menyatakan, tentera penjajah bertindak memecah pintu luar rumah Abu Hashim dan memeriksa rumahnya dengan cara membabi-buta malah beberapa perkakas rumah Abu Hashim dipecahkan.

Beliau menjelaskan tentera penjajah yang merempuh masuk ke bangunan rumah bertingkat milik Khalil Hassan Jabar Al-Alami mengarahkan tujuh keluarga termasuk kanak-kanak keluar dari bangunan tersebut. Setelah itu, tentera penjajah melakukan pemeriksaan yang memakan selama dua jam.

Sementara itu, sekeluarga Ahmad Muhammad Abu Maria yang terdiri dari lima anggota keluarga mengalami kecederaan kesan dari tembakan bom gas Israel yang dilepaskan ke dalam rumah mereka malam kelmarin. Kesemua mereka dibawa ke Pusat Perubatan untuk menjalani rawatan.

Muhammad Audh berkata lagi, operasi penjajah serentak dengan ceroboh dan menjalankan tangkapan di waktu akhir tengah malam semalam dan pagi tadi. Lantas mengakibatkan berlakunya pertempuran dengan pemuda-pemuda Palestin yang melontar batu dan botol kaca kosong ke arah tentera penjajah yang membalas dengan tembakan peluru getah serta gas pemedih mata.

Lapan lagi ditangkap

Dalam kejadian yang lain, sepasukan tentera penjajah menangkap lapan penduduk Palestin ketika operasi merempuh masuk ke beberapa wilayah di Tebing Barat.

Sumber dari polis Palestin dalam kenyataan bertulis mengesahkan sepasukan unit dari tentera penjajah merempuh masuk ke bandar Nablus dan bertebaran di jalan Az-Zuyut, jalan Al-Quds dan jalan Faisal. Sementara, pasukan tentera penjajah yang lain merempuh masuk bandar kecil Asirah.

Dinyatakan lagi, tentera penjajah merempuh masuk juga ke Mukhayyam Askar lama dan menembak sound bom. Tentera penjajah berundur dari kawasan-kawasan terbabit tanpa berlaku sebarang penangkapan.

Sumber melaporkan, seorang penduduk Palestin ditangkap oleh tentera penjajah di perlintasan Al-Karamah ketika pulang dari Jordan.

Sewaktu unit tentera penjajah yang lain merempuh masuk ke Qalqilia, operasi pemeriksaan telah dijalankan ke atas sebuah rumah penduduk Palestin dan sebuah gedung. Malah, tentera penjajah merampas kesemua alat perkakasan. Dalam operasi itu, seramai tujuh penduduk Palestin ditangkap.

Menurut sumber lagi, tentera penjajah turut menyerahkan notis roboh rumah kepada dua penduduk Palestin di bandar kecil Haris, Wilayah Sulfit dengan alasan pembinaan rumah mereka di tapak berkenaan tidak mendapat kebenaran(geran). Sumber 01/07/2010, web berita safa.ps

Read more...

Ikhtiar Mitchell, Netanyahu sedia bertemu Abbas

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengajak Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) mengadakan pertemuan dua hala di Al-Quds malah Netanyahu mengungkapkan bersedia untuk pergi ke Ramallah bagi membincangkan tentang perdamaian.

Gambar: Mitchell, kiri dan Netanyahu di kanan.

Pada waktu yang sama, Utusan Damai Amerika Syarikat(US) di Timur Tengah, George Mitchell turut menyeru sekali lagi menggerakkan usaha perdamaian meskipun beberapa halangan yang timbul.

Netanyahu yang menggunakan gelaran keluarga menyeru kepada Mahmoud Abbas, "Saya harap kepada Abu Mazen(Mahmoud Abbas) supaya datang ke Al-Quds", tambahnya lagi, "saya bersedia pergi ke Ramallah."

Jelas Netanyahu lagi, "Saya harap dengan yakin satu-satunya pihak yang penting dalam perbicaraan dengan Presiden Amerika Syarikat di Washing pada minggu hadapan akan menumpukan cara-cara permulaan dalam perbincangan secara langsung antara Israel dengan Palestin."

Netanyahu mengungkapkan yang sedemikian itu adalah satu-satunya jalan bagi menyamakan isu yang masih tergantung.

Netanyahu mengeluarkan kenyataan itu di akhir pertemuan dengan George Mitchell semalam. Kenyataan ini juga seminggu sebelum Netanyahu mengadakan kunjungan ke Washington untuk bertemu dengan Barrack Obama, Presiden Amerika.

Giatkan lagi usaha

Sementara itu, George Mitchell berkata, "Negaranya sedang berusaha menggiatkan lagi usaha bagi menjayakan rundingan Palestin-Israel meskipun timbulnya beberapa halangan dan kesulitan yang berlaku."

Mitchell yang tiba di rantau Timur Tengah pada hari Selasa lalu dalam rangka mengikuti pusingan yang ke seterusnya berhubung rundingan secara tidak langsung antara Palestin-Israel yang dimulakan. Walaupun Palestin(Ramallah) membantah tindakan Israel yang meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di Al-Quds, namun rundingan tersebut sedang diusahakan.

Berikutan dari pertemuan Mitchell dengan Netanyahu, Utusan US itu juga bertemu dengan wakil Kerajaan Israel seperti Menteri Pertahanan(perang), Ehud Barak sebelum bertemu dengan Mahmoud Abbas yang dijangkakan berlangsung pada hari ini di Ramallah.

Sekatan Gaza

Dari sudut lain, Mitchell menyambut baik perlonggaran sekatan Israel yang dikenakan ke atas Gaza.

Secara khusus, Mitchell menyatakan, "kita mampu membuat perubahan sebagaimana yang telah berlaku iaitu anjakan yang berkaitan dengan membenarkan kemasukan barang-barang tambahan ke Gaza."

Mitchell berkata ketika mengakan tinjauan ke lintasan Karem Abu Salem(sempadan) yang dikawal sepenuhnya Israel, merupakan laluan khas bagi kemasukan barang makanan.

Gambar: Mitchell ketika meninjau lintasan Karem Abu Salem.

"Ini adalah sebahagian usaha yang dilakukan dengan bertukar pandangan dan menyempitkan jurang antara dua pihak berhubung dengan permasalahan-permasalahan utama. Yang demikian itu adalah bertujuan bergerak ke arah rundingan secara langsung(Palestin-Israel) dengan seberapa segera yang boleh."

Melihat kepada peranan lain, Washington memuji tindakan yang membenarkan peningkatan kemasukan komoditi barangan ke Semenanjung Gaza.

"Kelihatan antara 130 dan 140 buah trak pengangkutan yang membawa barang-barang memasuki perlintasan Karem Abu Salem menuju ke Gaza", ujar Philip Crowly selaku jurucakap Kementerian Luar Amerika Syarikat.

Sudut lain pula, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak ketika berbicara dengan Mitchell berazam untuk mengadakan pertemuan dengan Salam Fayyad, Perdana Menteri Palestin Ramallah(Ketua Kerajaan Pentadbiran Palestin) dalam beberapa hari akan datang. Perjumpaan tersebut untuk mendorong Palestin bagi mengadakan semula rundingan damai secara langsung.

Eropah beri peringatan

Sumber menyebutkan sebelum ini, Kesatuan Eropah(EU) memberi peringatan bahawa pembinaan penempatan Yahudi 'Israel' telah menjadikan usaha penyelesaian dengan penubuhan dua buah Negara(Israel-Palestin) adalah satu perkara yang mustahil. Malah, EU turut memberi peringatan yang tidak mengiktiraf perancangan Israel meroboh rumah penduduk Palestin dan menggabungkan kawasannya dengan timur Al-Quds.

EU menggesa agar Israel memadai dengan apa yang dilakukannya kerana akan meranapkan ruang rundingan secara tidak langsung dengan Israel.

Catherine Margaret Ashton(Suruhanjaya Tertinggi EU bagi Perhubungan Luar dan Polisi Keselamatan) menyatakan, "Undang-undang Antarabangsa menyebut pembinaan penempatan dan merobohkan rumah-rumah adalah perkara yang tidak mengikut undang-undang, dan mencetuskan penghalang kepada perdamaian malah penyelesaian dengan penubuhan dua buah Negara merupakan satu perkara yang mustahil."

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon mengungkapkan rasa yang terlampau bimbang berikutan tindakan Israel yang meroboh rumah penduduk Palestin menyalahi undang-undang antarabangsa dan kemahuan penduduk Palestin. Sumber 01/07/2010, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Israel ceroboh Khan Yunus

KHAN YUNUS - Sumber melaporkan, beberapa buah jentera perang Israel telah menceroboh dengan berskala terhad ke dalam tanah Palestin di Abbasan baru, timur Khan yunus, di selatan Gaza.

Saksi menjelaskan, 'empat buah kereta kebal mengiringi dua buah jentolak telah menceroboh dengan sekala terhad dari pintu masuk Al-Farahain dan bergerak menuju ke arah utara.'

Ketika operasi pencerobohan Israel pagi tadi, jentera perang Israel melepaskan peluru asap bagi meninjau jika ada sebarang pergerakan yang dikhuatiri menjadi sasaran serangan dari pihak pejuang-pejuang Palestin. Sumber 01/07/2010(09.46 pagi, Palestin/Mesir), web berita safa.ps

Read more...

Israel lancar beberapa serangan di Gaza

GAZA - Pesawat tempur Israel telah menyerang beberapa buah tempat di pertengahan dan selatan Gaza awal pagi tadi, menurut laporan Al-Jazeerah dan laman rasmi Palestine 48. Salah satu dari serangan tersebut mensasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang terletak di timur Rafah, dan satu serangan lain mensasarkan sebuah kawasan keselamatan yang berada di selatan bandar Gaza.

Agensi berita melaporkan, 'pesawat tempur penjajah menggugurkan satu serangan peluru ke atas bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang mengakibatkan kemusnahan lagi teruk setelah kerap kali diserang sebelum ini, bagaimanapun tiada laporan mengenai kecederaan.'

Jelas dari saksi kejadian bahawa, 'pesawat tempur Israel melancarkan tiga serangan berturut-turut ke atas sebuah tempat khas KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS, antaranya sebuah terowong bawah tanah yang digunakan oleh pejuang bersenjata gerakan HAMAS.'

Sementara itu, sebuah kawasan "فايز جراد" yang terletak di selatan Hayyu Zaitun, selatan bandar Gaza turut dibom pesawat tempur Israel. Sebelum ini, kawasan ini menjadi sasaran setiap kali Israel menyerang Gaza.

Kejadian tersebut turut disahkan oleh penduduk yang mendengar beberapa letupan di beberapa kawasan yang berlainan di Gaza.

Di Khan Yunus(selatan Gaza), penduduk tempatan berkata, pesawat tempur Israel mengebom sebuah kawasan terbuka di Hayyu An-Najjar, Khuza'ah yang terletak di timur Khan Yunus. Serangan penjajah ini mengakibatkan beberapa buah penduduk Palestin yang hampir dengan kawasan yang diserang mengalami kerosakan, bagaimanapun tiada laporan mengenai kecederaan.

Dari penjuru lain, bot-bot laju Israel yang melakukan rondaan di selatan perairan laut Gaza telah melepaskan tembakan machine-gun ke arah beberapa bot nelayan Palestin. Sumber melaporkan tiada sebarang kecederaan mahupun luka parah dikalangan nelayan Palestin.

Serangan-serangan tersebut diakui oleh tentera Israel.

Jurucakap tentera Israel menjelaskan, serangan-serangan ini adalah bagi membalas serangan roket yang dilancarkan ke barat Naqab malam yang lalu.

Tambah lagi dari jurucakap tentera Israel bahawa kawasan-kawasan yang menjadi sasaran serangannya adalah kerana menghasilkan logistik peperangan; di utara Gaza dan juga sebuah terowong bawah tanah untuk penyeludupan. Israel menyifatkan mereka itu sebagai 'golongan yang membuat kerosakan' di selatan Israel. Sumber 01/07/2010, web berita safa.ps, web berita Palestine 48(Pls48) dan web berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS