HAMAS, FATAH ke Kaherah Sabtu ini bentuk Kerajaan
11 Mei 2011
Jam 11.06 pagi, Mesir
GAZA - Salah Bardawil, anggota Biro Politik HAMAS menyatakan gerakan HAMAS dan FATAH akan beredar ke Republik Arab Mesir pada hari Sabtu ini untuk membentuk Kerajaan baru yang dipimpin golongan teknokrat.
Ketika pertemuan dengan mahasiswa-mahasiswi Universiti Islam Gaza cawangan selatan, beliau menjelaskan bahawa sebuah Jawatankuasa Arab terdiri dari Negara Mesir, Qatar dan beberapa lagi buah Negara Arab telah dibentuk untuk memantau perlaksanaan hasil dari persetujuan yang telah ditandatangani HAMAS dan FATAH di Kaherah. Berikutan itu, beliau memuji peranan Negara-negara Arab dan Mesir yang menjayakan usaha baik pulih.
Pemimpin HAMAS itu turut mengatakan bahawa peranan besar revolusi Mesir telah menyempurnakan usaha baik pulih hubungan dalaman Palestin, sambil menjelaskan bekas pemerintah Mesir, Muhammad Housni Mubarak meletakkan penghalang ke atas usaha baik pulih Palestin demi keuntungan kepentingan peribadi dengan menolak pemerhatian(cadangan dan seumpamanya) HAMAS ke atas cadangan Mesir.
Secara tidak langsung, beliau menyebut bahawa kajian membentuk badan keselamatan Palestin akan dijalankan semula sebelum pilihanraya akan datang. Jelas lagi, badan keselamatan Palestin yang ada sekarang di Tebing Barat dan Semenanjung kekal sepertimana biasa.
Tambahan lagi, sebuah Jawatankuasa Kerjasama HAMAS-FATAH akan ditubuhkan bagi mengembalikan tugas kepada mereka yang kehilangan kerja tanpa mengganggu-gugat tenaga kerja yang ada sekarang serta menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa naik taraf sosio-masyarakat dan Jawatankuasa-jawatankuasa yang memantau permasalahan dan kesan pergolakan konflik(perpecahan).
Berhubung pengawasan Kerajaan baru, Kata Salah Bardawil, "sebaik sahaja Kerajaan baru terbentuk, Majlis Legislatif Palestin akan bertindak dan mengawasi Kerajaan kerana itulah peranannya, diikuti dengan kaji selidik keadaan ahli-ahli parlimen Palestin yang berada dalam tahanan rejim penjajah." Sumber 11/05/2011, web berita safa.ps