الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(5)

29 Disember 2010

31 Disember 2008
HARI KE-5 SERANGAN ISRAEL KEATAS GAZA

kronologi sebelum ini, sila klik

Saat ini,

Mereka yang syahid: 394 orang
Cedera, kritikal: 2000 orang


- Serangan Israel awal pagi tadi mengakibatkan seorang dari pemandu ambulan syahid dan seorang lagi parah.

Tindakan pejuang Palestin

- Pejuang Palestin Gaza turut melancarkan serang balas. Roket jenis grad telah dilepaskan ke beberapa bandar dan permukiman Israel.

- Menurut sumber, 3 penduduk Israel terbunuh akibat serangan roket itu.

- Sumber tentera Israel: Semenjak dari awal pagi, sebanyak 20 roket telah dilancarkan ke beberapa tempat di Israel. KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM menyatakan pihaknya telah melancarkan serangan roket ke beberapa lokasi di Israel(tanah jajahan 1948).

- Menurut sumber dua dari lokasi di Israel yang diserang, iaitu Beer Sabie' dan Sderot menjadi sasaran serangan roket pejuang Palestin, akibatnya Israel terpaksa menutup beberapa buah Yayasan pendidikan.

Rundingan

- Muammar Gaddafi, Presiden Libya dalam pertemuannya kelmarin bersama Menteri Luar Maghribi katanya, Arab ada hak untuk mempertahankan Palestin dengan persepakatan bersama.

- Pertemuan antara Ehud Olmert(Perdana Menteri Israel), Tsipi Livni(Menteri Luar Israel) dan Ehud Barak(Menteri Pertahanan Israel) bagi membincangkan cadangan menghentikan serangan dalam masa 48 jam.

- Pertemuan Menteri-menteri Luar Arab hari ini di Kaherah. Menurut sumber, pertemuan ini adalah bagi membincangkan serangan Israel yang berterusan di Gaza. Amr Mousa, selaku Setiausaha Agung Liga Arab menyampaikan ucapan pembukaan pertemuan tersebut.

- Dalam ucapan pembukaan, Amr Mousa menegaskan bahawa sebab utama berlakunya serangan Israel adalah kerana penaklukan/penjajahan Israel di Palestin. Juga, sekatan ke atas Gaza(Gaza under siege) juga merupakan sebab utama. Adapun masalah-masalah selain dari yang disebutkan adalah masalah-masalah yang berkait. Antaranya :

1. Ketetapan Negara-negara arab dan pertelingkahan sesama Palestin memberi kesan.
2. Tambah Amr Mousa, di sini perlunya ketetapan dan persepakatan arab yang kuat.
3. Inisiatif perdamaian semenjak 2002.
4. Perselisihan sesama arab.
5. Menyatukan Palestin sesama Palestin, juga satu kerajaan Palestin dan enam lagi masalah berkait yang disebutkan oleh Amr Mousa.

- Kesatuan Eropah(EU), Majlis kuartet 4 @ Kuartet Timur Tengah dan juga PBB melalui Setiausaha Agungnya telah menggesa dan meminta Israel supaya menghentikan serangan di Gaza berikutan masyarakat awam menjadi mangsa serangan, malah kerosakan juga amat teruk, namun Israel menolak cadangan dan gesaan tersebut.

Bantahan penduduk dunia

- Demonstrasi membantah kekejaman Israel dan menyatakan simpati untuk Gaza di Syria.

- Demonstrasi di Beirut, Lubnan masih berterusan dengan para penunjuk perasaan membawa lilin. Sempena tahun baru, para penunjuk perasaan berhimpun di hadapan bangunan PBB bagi mengutuk kekejaman Israel. Menurut sumber, parti berhaluan kiri dan parti-parti politik yang sebelum ini sukar bersama tetapi kerana Gaza..mereka bersama di hadapan bangunan PBB. Salah satu kain rentang tertera, "Mesir..ummuddunya, Gaza? bukankah di dunia juga?

Serangan Israel

- Israel menyerang sebuah kawasan yang di dakwa menjadi tempat serangan roket dilancarkan ke Israel.

- Menurut sumber, sebuah masjid musnah akibat serangan Israel. Imam Masjid tersebut menyatakan, di Masjid ini adalah tempat kanak-kanak mempelajari dan menghafaz Al-Quran, tidak ada kaitan dengan aktiviti keganasan yang didakwa Israel.

- Israel mengbom dua buah rumah di timur Khan Yunus. Menurut sumber, rumah yang dibom di dakwa milik pejuang KATAIB IZZUDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS). 3 palestin parah dalam kejadian tersebut. Menurut saksi, sebelum itu ada lagi serangan Israel di Hayyu Tufah, Beit Lahiya yang menyebabkan beberapa penduduk Palestin parah. Beberapa serangan Israel seperti dilaporkan tertumpu ke kawasan-kawasan yang dipercayai dilancarkan serangan roket ke Israel.

- Dari sebuah hospital di Gaza: 3 anggota pasukan perubatan, salah seorang darinya adalah doktor syahid dalam serangan Israel yang boleh disifatkan serangan membabi buta ke atas sebuah ambulan. Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku semalam di Jabaliya. Israel juga menyerang beberapa ambulan dan trak bomba. kesemua kenderaan(ambulan dan trak bomba) yang diserang mencapai bilangan 12 buah.

- UNRWA: 25% daripada mangsa serangan-serangan udara Israel adalah masyarakat awam.

- Kapal perang Israel melepaskan beberapa tembakan ke arah bandar Gaza dari perairan laut Gaza. Sementara itu, pesawat pengintip tanpa juruterbang berlegar-legar di ruang udara Gaza. Menurut sumber, Israel menyerang sebuah rumah yang dipercayai milik seorang pejuang Palestin dari kumpulan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN. Bekalan elektrik terputus lagi di Gaza.

- Israel juga melakukan serangan ke atas garisan sempadan Rafah Mesir hari ini.

- Pejabat Ismail Haniah, Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza diserang jet Israel beberapa kali hari ini mengakibatkan kerosakan teruk berlaku. Di Nusairat, Israel mengebom kawasan latihan ketenteraan bagi pejuang KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS).

Bantuan kemanusiaan

- Menurut sumber, bantuan-bantuan makanan dan ubat-ubatan yang diberikan oleh Qatar, Libya dan Jordan akan dihantar ke Gaza melalui sempadan Rafah.

Politik dan diplomasi

- Washington: Sebelum untuk menghentikan apa jua bentuk serangan, HAMAS terlebih dahulu hentikan serangan roket kerana itu adalah langkah pertama untuk menghentikan perang.

- HAMAS melalui jurucakapnya Sami Abu Zuhri menyatakan pihaknya akan mengkaji cadangan-cadangan bagi menghentikan serangan roket seandainya boleh diberi jaminan supaya hentikan serangan Israel di Gaza dan bebaskan Gaza dari sekatan Israel.

- Hassan Nasrallah(HIZBULLAH): Kekalahan Israel akan bermula bilamana melaku serangan darat ketika berhadapan dengan pejuang-pejuang Palestin(KATAIB IZZUDDIN Al-QASSAM, SARAYA AL-QUDS, KATAIB ABU ALI MUSTAFA, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN) dan beberapa lagi sayap tentera.

- Beliau berkata sedemikian kerana taktikal HAMAS berupaya menggagalkan Israel dalam setiap serangan darat.

- Menurut sumber, KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) telah melancarkan serangan roket jenis grad ke Beer Sabie' sejauh 40km. Manakala serangan ke Afakeem, Bee'ri, Zekem dan Askalan menggunakan roket jenis Al-Qassam dan peluru mortar.

Read more...

ALWIYAH, ABU ALI serang tentera zionis

Laposan asal jam 05.24 malam, Palestin

GAZA - Sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN telah menyerang sebuah perkumpulan jip tentera zionis di timur Jabaliya, utara Semenanjung Gaza petang tadi.

ALWIYAH dalam kenyataan rasminya yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, unit pertahanannya mengebom jip-jip tentera zionis yang menceroboh di sekitar kawasan perkuburan timur, di timur Jabaliya dengan dua serangan peluru mortar 100mm.

Gambar(arkib Safa): Pejuang Palestin Gaza sedang bersiap untuk melancarkan serangan peluru mortar.

Jelas ALWIYAH lagi, pejuang-pejuangnya berjaya melaksanakan misi tersebut dan pulang dengan selamat ke pos tentera ALWIYAH.

Sementara itu, dalam laporan berita pada jam 12.51 petang, waktu Palestin, sebuah lagi sayap senjata dari kumpulan JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN berkata, pejuangnya telah menembak tentera zionis.

Laporan ketenteraan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa', KATAIB ABU ALI MUSTAFA menjelaskan, pejuang-pejuang kumpulannya telah melepaskan tembakan ke atas tentera-tentera zionis yang sedang menjalankan kerja penyelenggaran tugu peringatan utara di utara Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Gambar(arkib safa): Salah seorang dari pejuang KATAIB ABU ALI MUSTAFA di Gaza.

Kedua-dua sayap tentera pejuang Palestin menyatakan operasi tersebut adalah serangan biasa bagi membalas jenayah yang dilakukan penjajah terhadap penduduk Palestin dan pejuang Palestin, malah mengesahkan lagi pejuang-pejuang Palestin sentiasa bersedia sepanjang masa di barisan hadapan bagi melindungi tanah-tanah Palestin dan menghadapi sebarang tentangan mahupun serangan zionis. Sumber 29/12/2010, web berita safa.ps

Read more...

Syeikh Al-Azhar desak hentikan penangkapan di Tebing Barat

KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Ahmad Tayyib(gambar) mendesak Presiden Palestin Mahmoud Abbas(ada sumber menyebut Presiden yang telah tamat tempoh) agar menghentikan penangkapan dan penyiksaan terhadap penduduk Palestin serta menjaga hak-hak tanahair, malah bergabung suara bagi membersihkan keseluruhan tanah-tanah Palestin dari segala bentuk penjajahan; pengyahudian dan jenayah pengusiran.
__________________

Desakan tersebut ketikamana pertemuan khas antara Al-fadhilah Syeikh Al-Azhar dengan delegasi dari Kementerian Waqaf Palestin(Ramallah) semalam.

Ketika pertemuan tersebut berlangsung, Syeikh Al-Azhar berharap kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(kumpulan pemisah) menandatangani dokumen pembaikan untuk menghimpunkan suara-suara Palestin serta menyatukan saf umat Islam di Palestin agar dapat melipatgandakan usaha melenyapkan sekatan yang zalim dengan segala perantaraan yang boleh, malah dapat mengikis jurang perselisihan politik kepartian yang jelas menimbulkan ancaman bahaya kepada tanahair. Beliau berkata sedemikian bersandarkan kepada Sabda Rasulullah دعوها فإنها منتنة" ,صلى الله عليه وسلم".

Lapor web rasmi Al-Ikhwan Al-Muslimin Mesir menyebut bahawa Syeikh Al-Azhar merayu kepada seluruh dunia agar tegas menentang perlanggaran yang dilakukan zionis ke atas hak-hak suci umat Islam dan masehi di tanah Palestin.

Desak beliau lagi kepada Kerajaan-kerajaan dan seluruh umat Islam berdiri kukuh di sebalik permasalahan Palestin demi pembebasannya dan penubuhan Negara Palestin yang beribunegara Al-Quds, selain itu mematahkan sekatan zalim zionis ke atas saudara seagama yang tabah hidup dalam sekatan di Semenanjung Gaza.
________________________________________________
Kami mengingatkan agar pembaca yang berada di Mesir berhati-hati ketika mengakses laman web ikhwan yang disifatkan pihak pembangkang.
________________________________________________
Beliau menyatakan lagi amat perlu kepada usaha Arab menekan pihak antarabangsa untuk mengeluarkan ketetapan membekukan projek penempatan zionis di Baitul Maqdis, tanah Palestin dengan apa segala perantaraan yang ada bagi menyokong keutuhan penduduk-penduduk Palestin yang bersungguh-sungguh mempertahankan Al-Quds. Sambil itu, Syeikh Al-Azhar mengecam Pemerintah Palestin Ramallah yang mengeluarkan ketetapan menutup stesen-stesen radio Al-Quran di Nablus(Tebing Barat) kerana jelas menyakiti perasaan umat Islam. Sumber 29/12/2010, web berita safa.ps
________________________________________________

Minda MAP


Isu penangkapan dan dokumen pembaikan yang disentuh Syeikh Al-Azhar mempunyai kaitan rapat yang tidak boleh dipisahkan. Untuk menjayakan dialog Palestin, maka penangkapan perlu dihentikan. Jika penangkapan berterusan, maka tiada apa-apa makna ke atas menandatangani dokumen pembaikan dalaman Palestin, sebaliknya akan menggagalkan usaha pembaikan dalaman Palestin.

Sebagaimana termaktub, Mesir adalah 'orang tengah' memperbaiki dalaman Palestin. Sebelum ini, Mesir telah menyediakan sebuah draf sebagai dokumen pembaikan dan kesemua kumpulan-kumpulan pembebasan dan parti-parti di Palestin mesti menandatangani dokumen tersebut sebagai bukti persetujuan bersama.

Kumpulan dan parti terbesar adalah gerakan HAMAS dan FATAH. Kedua-duanya telah menunjukkan potensi melakar halatuju Palestin. Masing-masing ada agenda dan ideologi yang tersendiri. Tidak dinafikan, pada suatu masa dahulu, gerakan FATAH memainkan peranan selaku pihak yang serius untuk membebaskan tanah Palestin dari cengkaman pihak penjajah, iaitu rejim zionis/Israel/perampas/kerajaan haram.

Penentangan bersenjata FATAH ke atas penjajahan menjadi dasar, namun waktu ini ia telah berubah kepada berpegang teguh kepada perdamaian, atau rundingan damai sedangkan gerakan HAMAS sejak kemunculannya hingga sekarang terus mempertahankan agenda al-muqawamah(penentangan), tidak sahaja dari sayap tenteranya, malah ke pentadbiran politiknya. Di samping itu, gerakan HAMAs menjadikan Islam sebagai gagasan penerapan dalam setiap aspek politiknya. Di bawah, kami sertakan fakta isu dan penjelasan mengenai perkara yang berkaitan.


1. Penangkapan di Tebing Barat

Merujuk kepada laporan berita yang terkini, seramai 5 orang anggota gerakan HAMAS ditangkap oleh Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat.[link]


Gambar(Al-Jazeerah): Para pendokong HAMAS mengadakan tunjuk perasaan di Gaza beberapa hari yang lalu sebagai tanda menunjukkan kebersamaan dengan tahanan-tahanan dari anggota HAMAS yang berada dalam penjara Pihak Keamanan Palestin Tebing Barat.

Berikutan isu penangkapan, sebuah laporan dari pusat maklumat di Gaza(
مركز المعلومات ودعم اتخاذ القرار في وزارة التخطيط) menyebut, Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat masih menahan hampir 1200 tahanan dari anggota gerakan HAMAS dan gerakan JIHAD ISLAMI dalam penjaranya. 500 dari jumlah tahanan tersebut adalah mereka yang telah dibebaskan, kemudian ditangkap semula sama ada dari penjara zionis mahupun penjara Pemerintah Palestin.[link] Pusat maklumat tersebut turut menjelaskan dalam laporannya bahawa dalam tahun ini sahaja, Pihak Keamanan Palestin telah menangkap hampir 2822 penduduk Palestin dari berbagai wilayah di Tebing Barat yang dikategorikan 'tahanan politik'.[link]

2. Dialog palestin dan dokumen pembaikan

Merujuk kepada laporan berita yang dikeluarkan web berita Al-Jazeerah pada 23/12/2010, bahawa HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) mengumumkan bagi menghentikan dialog Palestin dengan gerakan FATAH(حركة التحرير الوطني الفلسطيني).

Gambar(Al-Jazeerah): Kanan, pemimpin HAMAS dan kiri FATAH ketika perjumpaan sebelum ini.

Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Musa Abu Marzouq mengaitkan untuk kembali kepada dialog Palestin antara kedua-dua belah pihak adalah dengan menyelesaikan terlebih dahulu isu tahanan yang terpenjara dalam penjara Pemerintah Palestin di Tebing Barat.[link], namun dari FATAH menyatakan HAMAS menjadikan alasan isu tangkapan untuk mengelakkan diri dari pembaikan dalaman Palestin.


Sebelum ini, HAMAS dan FATAH rancak memperbincangkan agenda-agendi demi mencapai persetujuan, antaranya tiada penangkapan dilakukan ke atas mana-mana anggota gerakan tetapi hal tersebut menjadi sebaliknya, ramai anggota HAMAS di Tebing Barat telah ditangkap Pihak Keamanan Palestin. Maka, HAMAS mempersoalkan tindakna tersebut dan membangkitkan tentang 'penyelarasan keselamatan' antara Palestin Ramallah dengan rejim zionis.


Menyentuh kepada dokumen pembaikan yang didrafkan oleh Mesir, HAMAS turut membantah dari menandatanganinya kerana agenda yang terkandung di dalam dokumen tersebut adalah dari Mesir, sepatutnya agenda tersebut adalah dari Palestin, termasuk pemerhatian dari HAMAS sendiri perlu dimasukkan dalam agenda dokumen.

Sehingga kini, gerakan FATAH telah menandatangani dokumen pembaikan tersebut, manakala gerakan HAMAS terus bertegas tidak akan menurunkan tandatangan kerana diyakini persetujuan tersebut tidak akan berjalan dengan adil selagimana permintaan dan tuntutannya tidak diambil kira.

Read more...

Zionis bedil timur Gaza

Laporan asal jam 01.27 pagi, Palestin

GAZA - Awal pagi tadi, rejim zionis telah membedil satu serangan artileri ke kawasan Jabal Reis yang terletak di timur bandar Gaza.

Menurut saksi, jentera-jentera perang zionis yang berpengkalan sementara di dalam garisan sempadan melepaskan satu serangan peluru ke atas kawasan berkenaan.

Gambar(arkib safa): Tentera zionis ketika melancarkan serangan artileri.

Berikutan kejadian, tiada laporan mengenai luka parah di kalangan penduduk Palestin.

Sehingga laporan ini diterbitkan, kedudukan sempadan Gaza dari arah timur dan utara seringkali menyaksikan pergerakan jentera perang zionis yang mara melepasi sempadan Gaza, meskipun terbatas, namun jentolak-jentolak zionis kerap mengadakan operasi 'menyamaratakan' tanah-tanah penduduk Gaza yang berdekatan dengan garisan sempadan. Sumber 29/12/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS