الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minda. Papar semua catatan

[Minda MAP] Wajar simpati terhadap penempatan haram?

04 Mac 2012

Sumber karikatur, JPOST(Jerusalem Post)

Mungkin gambaran dari karikatur ini boleh menimbulkan rasa simpati bagi meraih sokongan terhadap warga-warga haram Israel yang menduduki tanah-tanah Palestin secara zalim khususnya di Tebing Barat, jajahan tahun 1967.


Kartunis ini cuba membayangkan kepada pembaca bahawa sekiranya kerajaan rejim penjajah/zionis masih mahu menutup lubuk-lubuk penempatan(perumahan kecil bakal menjadi penempatan haram Israel), maka apakah pula nasib yang diterima oleh generasi warga haram Israel pada masa akan datang?. Lebih-lebih lagi, sinopsis karikatur ini menunjukkan seorang ibu(Israel) bersama tiga anaknya yang mana pada tahun-tahun tersebut, anak-anaknya bakal menjawat profesion penembak tepat, doktor perubatan tentera, dan juruterbang pesawat tempur F-35.

Realitinya, penempatan-penempatan haram Israel yang membiak aktif menjadi penghalang utama perdamaian antara PLO(Palestin) dengan perunding damai Israel, bahkan penempatan haram ini juga merupakan permasalahan asas yang tidak akan dapat diselesaikan dengan jalan rundingan semata-mata. Selagi rundingan damai berjalan, maka lebih bertambah lagi tanah-tanah Palestin tergadai.

Semoga tidak tersimpang dari isu sebenar, maka ini adalah hak Palestin dan sewajibnya dikembalikan kepada mereka yang lebih berhak(Palestin) bukannya menutup dengan isu yang lain.

Read more...

Syeikh Al-Azhar desak hentikan penangkapan di Tebing Barat

29 Disember 2010

KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Ahmad Tayyib(gambar) mendesak Presiden Palestin Mahmoud Abbas(ada sumber menyebut Presiden yang telah tamat tempoh) agar menghentikan penangkapan dan penyiksaan terhadap penduduk Palestin serta menjaga hak-hak tanahair, malah bergabung suara bagi membersihkan keseluruhan tanah-tanah Palestin dari segala bentuk penjajahan; pengyahudian dan jenayah pengusiran.
__________________

Desakan tersebut ketikamana pertemuan khas antara Al-fadhilah Syeikh Al-Azhar dengan delegasi dari Kementerian Waqaf Palestin(Ramallah) semalam.

Ketika pertemuan tersebut berlangsung, Syeikh Al-Azhar berharap kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(kumpulan pemisah) menandatangani dokumen pembaikan untuk menghimpunkan suara-suara Palestin serta menyatukan saf umat Islam di Palestin agar dapat melipatgandakan usaha melenyapkan sekatan yang zalim dengan segala perantaraan yang boleh, malah dapat mengikis jurang perselisihan politik kepartian yang jelas menimbulkan ancaman bahaya kepada tanahair. Beliau berkata sedemikian bersandarkan kepada Sabda Rasulullah دعوها فإنها منتنة" ,صلى الله عليه وسلم".

Lapor web rasmi Al-Ikhwan Al-Muslimin Mesir menyebut bahawa Syeikh Al-Azhar merayu kepada seluruh dunia agar tegas menentang perlanggaran yang dilakukan zionis ke atas hak-hak suci umat Islam dan masehi di tanah Palestin.

Desak beliau lagi kepada Kerajaan-kerajaan dan seluruh umat Islam berdiri kukuh di sebalik permasalahan Palestin demi pembebasannya dan penubuhan Negara Palestin yang beribunegara Al-Quds, selain itu mematahkan sekatan zalim zionis ke atas saudara seagama yang tabah hidup dalam sekatan di Semenanjung Gaza.
________________________________________________
Kami mengingatkan agar pembaca yang berada di Mesir berhati-hati ketika mengakses laman web ikhwan yang disifatkan pihak pembangkang.
________________________________________________
Beliau menyatakan lagi amat perlu kepada usaha Arab menekan pihak antarabangsa untuk mengeluarkan ketetapan membekukan projek penempatan zionis di Baitul Maqdis, tanah Palestin dengan apa segala perantaraan yang ada bagi menyokong keutuhan penduduk-penduduk Palestin yang bersungguh-sungguh mempertahankan Al-Quds. Sambil itu, Syeikh Al-Azhar mengecam Pemerintah Palestin Ramallah yang mengeluarkan ketetapan menutup stesen-stesen radio Al-Quran di Nablus(Tebing Barat) kerana jelas menyakiti perasaan umat Islam. Sumber 29/12/2010, web berita safa.ps
________________________________________________

Minda MAP


Isu penangkapan dan dokumen pembaikan yang disentuh Syeikh Al-Azhar mempunyai kaitan rapat yang tidak boleh dipisahkan. Untuk menjayakan dialog Palestin, maka penangkapan perlu dihentikan. Jika penangkapan berterusan, maka tiada apa-apa makna ke atas menandatangani dokumen pembaikan dalaman Palestin, sebaliknya akan menggagalkan usaha pembaikan dalaman Palestin.

Sebagaimana termaktub, Mesir adalah 'orang tengah' memperbaiki dalaman Palestin. Sebelum ini, Mesir telah menyediakan sebuah draf sebagai dokumen pembaikan dan kesemua kumpulan-kumpulan pembebasan dan parti-parti di Palestin mesti menandatangani dokumen tersebut sebagai bukti persetujuan bersama.

Kumpulan dan parti terbesar adalah gerakan HAMAS dan FATAH. Kedua-duanya telah menunjukkan potensi melakar halatuju Palestin. Masing-masing ada agenda dan ideologi yang tersendiri. Tidak dinafikan, pada suatu masa dahulu, gerakan FATAH memainkan peranan selaku pihak yang serius untuk membebaskan tanah Palestin dari cengkaman pihak penjajah, iaitu rejim zionis/Israel/perampas/kerajaan haram.

Penentangan bersenjata FATAH ke atas penjajahan menjadi dasar, namun waktu ini ia telah berubah kepada berpegang teguh kepada perdamaian, atau rundingan damai sedangkan gerakan HAMAS sejak kemunculannya hingga sekarang terus mempertahankan agenda al-muqawamah(penentangan), tidak sahaja dari sayap tenteranya, malah ke pentadbiran politiknya. Di samping itu, gerakan HAMAs menjadikan Islam sebagai gagasan penerapan dalam setiap aspek politiknya. Di bawah, kami sertakan fakta isu dan penjelasan mengenai perkara yang berkaitan.


1. Penangkapan di Tebing Barat

Merujuk kepada laporan berita yang terkini, seramai 5 orang anggota gerakan HAMAS ditangkap oleh Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat.[link]


Gambar(Al-Jazeerah): Para pendokong HAMAS mengadakan tunjuk perasaan di Gaza beberapa hari yang lalu sebagai tanda menunjukkan kebersamaan dengan tahanan-tahanan dari anggota HAMAS yang berada dalam penjara Pihak Keamanan Palestin Tebing Barat.

Berikutan isu penangkapan, sebuah laporan dari pusat maklumat di Gaza(
مركز المعلومات ودعم اتخاذ القرار في وزارة التخطيط) menyebut, Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat masih menahan hampir 1200 tahanan dari anggota gerakan HAMAS dan gerakan JIHAD ISLAMI dalam penjaranya. 500 dari jumlah tahanan tersebut adalah mereka yang telah dibebaskan, kemudian ditangkap semula sama ada dari penjara zionis mahupun penjara Pemerintah Palestin.[link] Pusat maklumat tersebut turut menjelaskan dalam laporannya bahawa dalam tahun ini sahaja, Pihak Keamanan Palestin telah menangkap hampir 2822 penduduk Palestin dari berbagai wilayah di Tebing Barat yang dikategorikan 'tahanan politik'.[link]

2. Dialog palestin dan dokumen pembaikan

Merujuk kepada laporan berita yang dikeluarkan web berita Al-Jazeerah pada 23/12/2010, bahawa HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) mengumumkan bagi menghentikan dialog Palestin dengan gerakan FATAH(حركة التحرير الوطني الفلسطيني).

Gambar(Al-Jazeerah): Kanan, pemimpin HAMAS dan kiri FATAH ketika perjumpaan sebelum ini.

Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Musa Abu Marzouq mengaitkan untuk kembali kepada dialog Palestin antara kedua-dua belah pihak adalah dengan menyelesaikan terlebih dahulu isu tahanan yang terpenjara dalam penjara Pemerintah Palestin di Tebing Barat.[link], namun dari FATAH menyatakan HAMAS menjadikan alasan isu tangkapan untuk mengelakkan diri dari pembaikan dalaman Palestin.


Sebelum ini, HAMAS dan FATAH rancak memperbincangkan agenda-agendi demi mencapai persetujuan, antaranya tiada penangkapan dilakukan ke atas mana-mana anggota gerakan tetapi hal tersebut menjadi sebaliknya, ramai anggota HAMAS di Tebing Barat telah ditangkap Pihak Keamanan Palestin. Maka, HAMAS mempersoalkan tindakna tersebut dan membangkitkan tentang 'penyelarasan keselamatan' antara Palestin Ramallah dengan rejim zionis.


Menyentuh kepada dokumen pembaikan yang didrafkan oleh Mesir, HAMAS turut membantah dari menandatanganinya kerana agenda yang terkandung di dalam dokumen tersebut adalah dari Mesir, sepatutnya agenda tersebut adalah dari Palestin, termasuk pemerhatian dari HAMAS sendiri perlu dimasukkan dalam agenda dokumen.

Sehingga kini, gerakan FATAH telah menandatangani dokumen pembaikan tersebut, manakala gerakan HAMAS terus bertegas tidak akan menurunkan tandatangan kerana diyakini persetujuan tersebut tidak akan berjalan dengan adil selagimana permintaan dan tuntutannya tidak diambil kira.

Read more...

Minda MAP: usaha HAMAS meskipun dalam 'tekanan'

11 Januari 2010

Sumber menyatakan, delegasi HAMAS yang diketuai Ketua Biro Politiknya, Khaled Mashal bertemu dengan Presiden Emirate, Syeikh Khalifah Bin Zaed di Emirate(sumber 11/01/2010, berita al-Jazeerah)

Walaupun HAMAS dalam 'tekanan' akibat beberapa insiden yang berlaku di sempadan Rafah Mesir-Gaza beberapa hari yang lalu, HAMAS tetap positif membawa agenda untuk kepentingan Palestin dan Arab. Tambahan pula, keberadaan George Galloway di Gaza juga menjadi isu serta dituduh menjadi 'punca' ketegangan di Mesir. Berikutan insiden yang dikatakan menimbulkan ketegangan, Galloway tidak akan dibenarkan lagi memasuki Mesir pada masa akan datang.

Galloway dalam kenyataannya tetap mempertahankan diri bahawa dia bukan pihak yang membangkitkan ketegangan. Selain itu, beliau tetap berpendirian dengan pihak yang mendapat majoriti suara dalam pilihanraya Palestin yang disifatkan 'bersih' dalam beberapa tahun yang lalu, sambil mengisyaratkan beliau bersama 'HAMAS'.

Di Mesir, beberapa akhbar harian Mesir memainkan isu bagi menarik pandangan umum betapa kejinya tindakan HAMAS yang diumpamakan seperti 'jenayah' ekoran seorang tentera Mesir yang mati akibat tembakan dari penembak tepat Palestin beberapa yang lalu.

Ismail Haniah dalam ucapannya telah memohon maaf dan kesal dengan kematian seorang tentera Mesir dalam kejadian tunjuk perasaan di kalangan penduduk Palestin yang berang kerana konvoi Viva Palestin 3 menghadapi kesulitan memasuki Gaza melalui sempadan Rafah-Mesir.

Beliau turut meminta kepada pemimpin Mesir untuk mengadakan pertemuan di Kaherah bagi menyelesaikan isu yang timbul namun tidak ada suara rasmi yang menerima permintaan Haniah. Sebaliknya, media Mesir menyatakan bahawa HAMAS faham apa yang Mesir mahukan, 'serahkan penembak tersebut untuk dihukum'.

Media Mesir mungkin seakan lupa satu insiden yang menimpa kepada seorang adik-beradik Sami Abu Zuhri, jurucakap rasmi HAMAS yang mati dalam penjara Mesir akibat seksaan.

Isu lain yang turut terkesan, iaitu dokumen tukaran tahanan antara Palestin-Israel juga bertambah sulit. Lantaran itu, didakwa Amerika dan Arab menekan Israel agar tidak menyetujui beberapa nama tahanan Palestin yang sinonim dengan 'penentangan' terhadap Israel, di antaranya Ahmad Sa'dat dan Marwan Al-Barghousi.

Kedua-dua individu ini bukan daripada anggota HAMAS tetapi dengan pembebasan mereka akan mengukuhkan lagi agenda dan kedudukan HAMAS sebagaimana yang didakwa oleh Israel.

Rujukan: Berita Al-Jazeerah, web berita Al-Jazeerah(11/01/2010), akhbar harian Mesir(Al-Masaai, Misril-Youm, Al-Akhbar, Al-Ahram)

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS