الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kamu tiada hak bertindak sewenang-wenangnya di atas tanah yang bukan kamu miliki - Thomas

23 Disember 2011

Laporan jam 07:16 malam, waktu Palestin(BaitulMaqdis)

BAITULMAQDIS - Web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) telah menemu bual seorang penulis wanita Amerika, Helen Thomas untuk edisi mingguan beritanya.

Menukil kata Thomas, saya telah mengemukakan kritikan-kritikan keras kepada beberapa Presiden Amerika Syarikat, namun mereka hanya menjawab apabila bicara mereka menentang Israel, mereka akan kehilangan tempat kerja dan memang sukar melalui kehidupan dan melayani pelobi Yahudi yang mahu berkuasa tanpa sempadan di sini.

Photobucket
Gambar(wikipedia): Helen Thomas

Tambah beliau, "saya tidak anti Yahudi tetapi saya anti zionis. Pada hari ini juga ingin saya katakan kepada mereka bahawa Yahudi mesti menimbang semula sesuatu perkara yang mereka rampas dari orang lain dan ia bukannya hak milik mereka, malahan dalam apa jua keadaan sekalipun tidak boleh memberikan sewenang-wenangnya hak untuk berada(kewujudan) di atas tanah yang bukan hak mereka."

Berhubung beberapa topik yang menjadi isu dunia tetapi tidak mendapat liputan meluas dari media-media, beliau menimbulkan bahawa pada akhir 40-an iaitu ketika perang dunia kedua tamat, Yahudi boleh pulang semula ke rumah-rumah mereka dari mana-mana negara yang terlibat, padahal perang telahpun selesai dan mereka tidak perlu bertindak sewenang-wenangnya merampas negara bangsa lain.

Celah wartawan YNET bahawa keadaan sedemikian adalah kerana mereka terlebih dahulu menduduki tanah berkenaan(Palestin) sebelum orang-orang Palestin, namun Thomas menjawab, kata beliau, ungkapan itu bohong, orang-orang Palestin telah lama lama hidup di tanahair mereka dan sesiapapun tidak berhak mengetuk pintu-pintu rumah mereka, kemudian halau mereka keluar, maka, apakah lagi yang mahu dikatakan kepada kamu ketikamana mereka sengsara dengan tragedi ini, kamu halau bangsa lain dari rumah mereka yang pada waktu itu, mereka tidak mampu berbuat apapun kepada kamu.

Wartawan YNET menjawab pula, Amerika pun melakukan sedemikian terhadap kaum Red Indian. Jawab Thomas, memang apa yang mereka lakukan kepada Red Indian tidak betul sedangkan saya tidak berada di sana pada waktu itu dan saya tidak hubungkait dengan apa yang telah berlaku, untuk pengetahuan, apa yang berlaku di negara saya waktu ini ada hubungkait dengan saya. Tambah Thomas, saya percaya Amerika telah melakukan perkara yang tidak betul yang mana menyokong satu peperangan secara tidak adil sepertimana yang diperlakukan oleh Israel terhadap rakyat-rakyat Palestin.

Berhubung pendirian Thomas terhadap gerakan HAMAS, beliau berkata, HAMAS telah dipilih secara demokrasi dan saya tidak tahu pula kenapa Israel susah sangat mempercayai bahawa penduduk Palestin telah memilih HAMAS.

HAMAS sebuah gerakan pengganas, kata wartawan YNET, namun Thomas membidas, 'ya saya bantah keganasan tetapi apa yang saya faham tujuan mereka adalah untuk ambil kembali hak mereka yang dirampas'.

Sebagaimana yang disebutkan, temubual ini antara wartawan YNET dengan Helen Thomas, wartawan wanita veteran yang bertugas di White House selama 50 tahun dan telah melalui sepuluh Presiden mengetuai pentadbiran Amerika Syarikat, terakhir adalah Barrack Obama. Thomas bersara pada 07 Jun 2010 ekoran daripada reaksi kenyataan-kenyataannya yang negatif terhadap Israel. Sumber 23/12/2011, web berita Maannews.net

Read more...

Pejuang Palestin terselamat dari pengeboman zionis

Laporan jam 07:57 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 07:57 pagi, waktu Mesir

KHAN YOUNIS - Serangan awal pagi Jumaat, kereta kebal rejim zionis mengebom sebuah kawasan 'الزنة' di daerah Bani Suheila, timur Khan Younis, Selatan Semenanjung Gaza. Berikutan kejadian, sekumpulan pejuang Palestin terselamat dari pengeboman.

Menurut pemberita SAFA, hanya dua pejuang yang mengalami kecederaan ringan akibat letupan yang kuat. Bagaimanapun, salah seorang darinya telah dibawa ke hospital kerajaan(Naseer) di bandar Khan Younis.

Seiring pada waktu kejadian, tentera-tentera rejim zionis yang berada di menara-menara kawalan turut melepaskan bertubi-tubi tembakan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin di daerah Qararah, timur Khan Younis.

Tambahan lagi di sebelah utara Gaza, kereta kebal zionis menembak peluru meriam ke atas sebuah kawasan lapang yang terletak di sebelah timur Bayt Hanoun.

Sepanjang malam, pesawat-pesawat pengintip tanpa juruterbang/pemandu kerap berlegar-legar di ruang udara Gaza pada tahap yang rendah.

Berhubung dari dua kejadian tembakan, sumber dari agensi berita tidak mendapat sebarang laporan mengenai kecederaan di kalangan penduduk Palestin.

Jelas lagi, sejak dari semalam, kelihatan pergerakan jentera-jentera perang zionis tidak sebagaimana pada waktu biasa di kawasan-kawasan sempadan Gaza dari sebelah timur Khan Younis malahan dari masa ke semasa, pencerobohan zionis juga berlaku, di samping melepakan tembakan-tembakan. Sumber 23/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS