Kamu tiada hak bertindak sewenang-wenangnya di atas tanah yang bukan kamu miliki - Thomas
23 Disember 2011
BAITULMAQDIS - Web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) telah menemu bual seorang penulis wanita Amerika, Helen Thomas untuk edisi mingguan beritanya.
Menukil kata Thomas, saya telah mengemukakan kritikan-kritikan keras kepada beberapa Presiden Amerika Syarikat, namun mereka hanya menjawab apabila bicara mereka menentang Israel, mereka akan kehilangan tempat kerja dan memang sukar melalui kehidupan dan melayani pelobi Yahudi yang mahu berkuasa tanpa sempadan di sini.
Gambar(wikipedia): Helen Thomas
Tambah beliau, "saya tidak anti Yahudi tetapi saya anti zionis. Pada hari ini juga ingin saya katakan kepada mereka bahawa Yahudi mesti menimbang semula sesuatu perkara yang mereka rampas dari orang lain dan ia bukannya hak milik mereka, malahan dalam apa jua keadaan sekalipun tidak boleh memberikan sewenang-wenangnya hak untuk berada(kewujudan) di atas tanah yang bukan hak mereka."
Berhubung beberapa topik yang menjadi isu dunia tetapi tidak mendapat liputan meluas dari media-media, beliau menimbulkan bahawa pada akhir 40-an iaitu ketika perang dunia kedua tamat, Yahudi boleh pulang semula ke rumah-rumah mereka dari mana-mana negara yang terlibat, padahal perang telahpun selesai dan mereka tidak perlu bertindak sewenang-wenangnya merampas negara bangsa lain.
Celah wartawan YNET bahawa keadaan sedemikian adalah kerana mereka terlebih dahulu menduduki tanah berkenaan(Palestin) sebelum orang-orang Palestin, namun Thomas menjawab, kata beliau, ungkapan itu bohong, orang-orang Palestin telah lama lama hidup di tanahair mereka dan sesiapapun tidak berhak mengetuk pintu-pintu rumah mereka, kemudian halau mereka keluar, maka, apakah lagi yang mahu dikatakan kepada kamu ketikamana mereka sengsara dengan tragedi ini, kamu halau bangsa lain dari rumah mereka yang pada waktu itu, mereka tidak mampu berbuat apapun kepada kamu.
Wartawan YNET menjawab pula, Amerika pun melakukan sedemikian terhadap kaum Red Indian. Jawab Thomas, memang apa yang mereka lakukan kepada Red Indian tidak betul sedangkan saya tidak berada di sana pada waktu itu dan saya tidak hubungkait dengan apa yang telah berlaku, untuk pengetahuan, apa yang berlaku di negara saya waktu ini ada hubungkait dengan saya. Tambah Thomas, saya percaya Amerika telah melakukan perkara yang tidak betul yang mana menyokong satu peperangan secara tidak adil sepertimana yang diperlakukan oleh Israel terhadap rakyat-rakyat Palestin.
Berhubung pendirian Thomas terhadap gerakan HAMAS, beliau berkata, HAMAS telah dipilih secara demokrasi dan saya tidak tahu pula kenapa Israel susah sangat mempercayai bahawa penduduk Palestin telah memilih HAMAS.
HAMAS sebuah gerakan pengganas, kata wartawan YNET, namun Thomas membidas, 'ya saya bantah keganasan tetapi apa yang saya faham tujuan mereka adalah untuk ambil kembali hak mereka yang dirampas'.
Sebagaimana yang disebutkan, temubual ini antara wartawan YNET dengan Helen Thomas, wartawan wanita veteran yang bertugas di White House selama 50 tahun dan telah melalui sepuluh Presiden mengetuai pentadbiran Amerika Syarikat, terakhir adalah Barrack Obama. Thomas bersara pada 07 Jun 2010 ekoran daripada reaksi kenyataan-kenyataannya yang negatif terhadap Israel. Sumber 23/12/2011, web berita Maannews.net
0 comments:
Catat Ulasan