Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

5 parah, seorang kanak-kanak Palestin syahid

31 Mac 2010

Menurut sumber, seorang kanak-kanak Palestin syahid berikutan tembakan dari tentera Israel. Kejadian tersebut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza, selatan Semenanjung Gaza.

Sementara itu, 5 penduduk Palestin parah akibat tembakan dari tentera Israel. Sumber menyatakan, kejadian tersebut ketika berlangsungnya dua buah perarakan yang diadakan di pertengahan Semenanjung Gaza. Sumber 30/03/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Di sebalik cerita mendokong Al-Quds

Sokongan material kepada penempatan Israel sentiasa berlipat ganda.

Peruntukan bagi pengyahudian Al-Quds sentiasa mencurah. Cukupkah setitik sahaja sokongan dan bantuan bagi mempertahankan Al-Quds.


Sekadar pandangan. Karikatur di atas menggambarkan sokongan dan dokongan kepada perjuangan antara hak dan batil berhubung penempatan Israel dan usaha mempertahankan Al-Quds(bandar terbesar Palestin). Biarpun sokongan kepada yang hak, namun inisiatif yang diambil hanyalah memberikan keselesaan kepada kuasa penjajah untuk meneruskan kegiatannya. Ada pendapat yang mengatakan, sokongan kepada yang hak tetap ada tetapi tiada strategi yang betul-betul berkesan sedangkan sokongan kepada yang batil berterusan dengan cara dan strategi yang berbagai-bagai. Kesannya, Al-Quds sebagaimana sekarang ini. Sumber karikatur (al-Jazeerah)

Read more...

Lebih 85% tanah Palestin di tangan penjajah

29 Mac 2010

Sebuah badan analisis Palestin telah mengeluarkan laporannya hari ini berhubung kepesatan perluasan yang dilakukan Israel. Usaha Israel tidak pernah terhenti, bahkan ia telah mengancam Al-Quds masa ini, melalui perobohan, pengyahudian, penyitaan(rampasan) tanah dan pembangunan.

Gambar: tentera penjajah yang berada di sebelah tembok pemisah.

Dengan mekanisme yang dinyatakan juga mengancam faktor-faktor asas bagi penubuhan Negara Palestin yang bebas dari penaklukan.

Laporan tersebut menerangkan dasar pengyahudian yang mengubah kedudukan demografi ke atas tanah-tanah Palestin. Dasar tersebut dilakukan dengan cara membangunkan penempatan Yahudi dan perobohan rumah-rumah Palestin. Lebih dari itu, rumah-rumah Palestin yang diroboh didakwa dibangunkan tanpa kebenaran(geran).

Berhubung dengan itu, beratus-ratus ribu hektar tanah yang dimiliki penduduk Palestin di Tebing barat telah disita oleh penjajah bagi pembinaan tembok pemisah.

Dijelaskan, jumlah keluasan tanah Palestin yang terpisah dan terkepung antara tembok pemisah serta garisan hijau(tidak termasuk bahagian tanah di Al-Quds yang telah digabungkan Israel sebagai mercu penaklukan ke atas Tebing Barat pada tahun 1967) berjumlah 555 kilometer persegi yang menyamai 9.8% dari keluasan Tebing Barat.

Jumlah kedudukan keluasan yang berkedudukan di timur tembok dan kawasan yang sebahagian wujud tembok pemisah atau secara keseluruhannya menyamai 191.0 kilometer persegi. Nisbah dari keluasan tersebut menyamai 3.4% dari keluasan tanah Palesin di Tebing barat.

Tambahan pula, 29% dari keluasan tanah di Tebing Barat wujud kawasan yang tidak dapat diukur berikutan 3.5% dari keluasannya telah digazet menjadi hak Israel dengan cara pengawalan tanah dan pembangunan di tengah-tengah kawasan tanah terbabit.

Zon asing di Gaza

Di semenanjung Gaza pula, penjajah turut mendirikan zon asing di sepanjang sempadan Israel(tanah Palestin yang dirampas) dengan Gaza. Zon tersebut mempunyai jalur lebar lebih dari 1.5 meter dan panjang sejauh 55 kilometer menyamai 87 kilometer persegi bidang tanah di Semenanjung Gaza.

Dalam laporan itu dijelaskan dengan wujud zon asing maka penjajah telah menguasai 24% tanah dari keluasan Semenanjung Gaza(365 kilometer persegi). Sumber 29/03/2010, web berita al-Jazeerah(melalui Quds Press)

Read more...

Kesabaran yang memuncak dan perdebatan pada hari kedua


Amru Mousa, Pengerusi Liga Arab dalam sidang akhbar menyatakan kesabaran telah sampai ke kemuncak terhadap usaha perdamaian Palestin-Israel. Beliau turut mengingatkan, sekiranya tidak ada sebarang kemajuan dalam waktu terdekat, maka Liga Arab akan menumpukan kepada cadangan(inisiatif lain) bagi menyelesaikan konflik yang berlaku.

Sokongan Arab kepada Palestin

Pemimpin-pemimpin Arab dalam persidangan tersebut telah memutuskan satu rancangan bagi menyokong Al-Quds secara berterusan. Rancangan itu memperuntukkan USD500 juta bagi tabung Al-Quds dan Al-Aqsa.

Pada hari kedua(28/03/2010, hari akhir), Persidangan Kemuncak menyaksikan perdebatan ucapan yang berlaku antara Presiden Syria, Bashar Asad dengan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(jawatan Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) mengenai hubungan Negara-negara Arab terhadap gerakan-gerakan perjuangan Palestin(المقاومة الفلسطينية).

Sumber menjelaskan, Asad bertegas bahawa akan memberi sokongan sepenuhnya kepada gerakan pejuang Palestin.

Beliau mengiktibarkan bahawa gerakan pejuang Palestin adalah satu strategi bagi Arab dan Palestin.

Sementara itu, Mahmoud Abbas menyatakan secara pasti bahawa terlalu penting berpegang dengan usaha damai. Sumber 29/03/2010, web berita al-Jazeerah

(Berita penuh mengenai penutup Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab semalam belum dapat disiapkan secara sempurna. Berikutnya, di atas adalah sebahagian dari perbincangan dalam persidangan).

Read more...

Suasana tenang di Al-Aqsa

Menurut sumber (2.10 petang/waktu Mesir), berikutan pengumuman dan ancaman puak-puak pelampau Yahudi yang bertekad merempuh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa hari ini disifatkan tindakan tersebut adalah di peringkat masyarakat Israel. Bagaimanapun, di peringkat kerajaan penjajah tidak mengumumkan sedemikian tetapi mengetatkan lagi kawalan di sekitar bandar Al-Quds bagi mengekang pergerakan penduduk Palestin.

Sebagaimana dilaporkan, beribu-ribu tentera, polis penjajah bertebaran di seluruh bandar Al-Quds, dalam masa yang sama wujud pos-pos kawalan.

Laporan yang dinyatakan setakat ini, suasana di Masjid Al-Aqsa tenang berikutan kawalan ketat penjajah yang menghadkan kemasukan penduduk Palestin ke Masjid Al-Aqsa. Penjajah hanya membenarkan penduduk Palestin yang berusia 50 tahun ke atas memasuki Masjid Al-Aqsa.

Sementara itu, penjajah menghalang beratus-ratus pelajar-pelajar Palestin menuju ke sekolah mereka.

4 Palestin ditangkap

Dalam suasana sedemikian, sumber melaporkan penjajah menangkap 4 penduduk palestin di Tebing Barat. Sumber 29/03/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Belum terlambat tetapi masih tidak sempat

Mampukah Liga Arab di usia begini menyelamatkan Palestin? Wajarkah setiap kali Persidangan Kemuncak diadakan baru sedar dari mimpi yang terlalu panjang sedang zionis sedang meratah dan menggigit tanah-tanah suci Palestin. Sumber karikatur (al-Jazeerah)

Kebiasaannya sebuah meriam apabila berdentum pasti menandakan satu tembakan yang dapat memusnahkan sasaran. Namun, Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab ke-22 masih dinanti peluru seumpama itu..adakah peluru persidangan kali ini mampu membidas tindakan melampau zionis? Sumber karikatur (al-Jazeerah)

Read more...

Pihak Keselamatan dalam Negeri berkas ejen Israel

28 Mac 2010

Seorang ejen(Palestin) kepada penjajah(Israel) telah berjaya diberkas pihak keselamatan Palestin di Semenanjung Gaza berdekatan pagar keselamatan yang memisahkan antara Gaza dengan Israel(tanah Palestin yang dirampas).

Pegawai keselamatan dalam Negeri yang dikenali Abul 'Abd berkata, 'pihak kami telah memberkas seorang ejen Israel setelah berusaha keras melakukan risikan, intipan dan mendapat maklum balas sehinggalah suspek mengakui telah memberikan maklumat mengenai keadaan di sepanjang garis sempadan Gaza. Tambahan pula, sebelum dan semasa penceroboh(Israel) melakukan operasi di dalam tanah Palestin menjadi bukti bahawa suspek menggunakan teknologi terkini yang dibekalkan oleh perisik zionis.'

Pegawai tersebut menjelaskan, ejen(suspek) itu berhubung dengan pegawai perisik zionis secara langsung sebelum dan semasa menjalankan operasi pencerobohan sehingga zionis mendapat maklumat secara jelas mengenai sesuatu tempat, jumlah individu yang mengawal serta bilangan senjata malah penduduk-penduduk Palestin yang memberi kerjasama kepada pejuang-pejuang. Hasil tersebut dapat dilihat ketika zionis berjaya melakukan pembunuhan dan menawan sebilangan dari penduduk Palestin.

Rentetan penangkapan ejen terbabit, pegawai keselamatan meminta kepada penduduk Palestin yang menjadi ejen Israel supaya menyerah diri sebelum terlambat. Sumber 28/03/2010, web berita aqsatv.ps

Read more...

Desak hadang rempuhan pelampau Yahudi ke Al-Aqsa

Berhubung pengumuman puak-puak pelampau Yahudi yang mahu menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa esok hari, Syeikh Akramah Sabri, Ketua Badan Tertinggi Islam-Masehi yang juga khatib(pengkhutbah) Masjid Al-Aqsa serta Syeikh Dr. Taisir Rejab At-Tamimi, Qadhi Qudhah Palestin menyeru kepada penduduk Palestin supaya pergi ke Masjid Al-Aqsa bagi menghadang sebarang rempuhan ke Masjid Al-Aqsa.

Sehubungan dengan itu, kedua-dua agamawan tersebut menyeru kepada penduduk Palestin agar mengukuhkan pertahanan dalaman serta menyelesaikan persengketaan sesama sendiri.

Desakan dari agamawan itu adalah sebagai tindak balas kepada beberapa puak pelampau Yahudi yang telah mengumumkan bahawa mereka bertekad untuk merempuh dan menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Rempuhan tersebut dinyatakan untuk persediaan bagi mengadakan perayaan Yahudi. Sumber menjelaskan, lokasi perayaan itu di antara Qubbah Sukhra(Kubah Batu) dan Qubbah Silsilah. Tambahan pula, gerakan amanah haikal yang juga merupakan puak pelampau Yahudi telah membuat pengumuman untuk mengadakan perarakan Yahudi menuju ke Masjid Al-Aqsa pada khamis akan datang untuk meruntuh masjid dan membina kuil seberapa segera, menurut dakwaan Yahudi.

Syeikh Sabri berkata kepada Pusat Media Palestin hari ini bahawa zionis telah berusaha tanpa henti bagi menceroboh Masjid Al-Aqsa malah percubaan mereka memang terjadi. Sehubungan itu, mereka mengambil kesempatan dengan perayaan Yahudi untuk mencampuri hal-ehwal Al-Aqsa.

Beliau berkata, usaha tersebut adalah untuk menguasai Masjid Al-Aqsa.

Syeikh Akramah Sabri menuduh zionis bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang tidak diingini esok hari. Beliau turut mendesak supaya ada tindakan bagi menghalau pelampau Yahudi dari perkarang Masjid Al-Aqsa.

Beliau turut merayu kepada Persidangan Kemuncak Arab yang sedang berlangsung supaya sentiasa menyebelahi Al-Quds bagi melindungi kesuciannya dari pengyahudian zionis.

Beliau turut bertegas bahawa amanah ini berada di leher mereka dan Allah Ta'ala akan mempersoalkan di akhirat nanti kepada sesiapa yang tidak berusaha menyelamatkan Al-Aqsa.

Rempuhan di pintu El-Magharibah

Sumber menyatakan, kumpulan pelampau Yahudi telah melakukan rempuhan di pintu pagar Masjid Al-Aqsa dari pintu El-Magharibah yang turut dikawal ketat polis zionis.

Risau rempuhan akan lebih meluas

Penduduk-penduduk Palestin di Al-Quds turut melahirkan kerisauan dengan rempuhan puak pelampau Yahudi ke Masjid Al-Aqsa yang disifatkan sebagai tindakan pertama dan disusuli rempuhan yang lebih dahsyat dari semasa ke semasa.

Dalam masa yang sama, kumpulan-kumpulan pelampau Yahudi menyeru kepada pengikut-pengikutnya agar menyertai perayaan yang dinamakan "korban" sempena hari di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Pengawal Masjid Al-Aqsa turut mengadu bahawa jemaah solat di Masjid Al-Aqsa dari kalangan penduduk Palestin semakin berkurangan dalam masa ini. Pastinya menjadi tumpuan dari kelompok, kumpulan dan puak pelampau Yahudi untuk menceroboh dan merempuh Masjid Al-Aqsa. Sumber 28/03/2010, web berita islamtoday.net

Read more...

Penjajah kawal ketat(tutup) Tebing Barat

Kementerian Pertahanan Israel hari ini telah mengenakan kawalan ketat(tutup) ke atas Tebing Barat selama 9 hari. Sebagaimana dinyatakan, penguatkuasaan itu sempena perayaan Yahudi(عيد الفصح اليهودي).

Menurut keterangan yang bersumberkan dari tentera Israel, pihaknya hanya membenarkan keluar/masuk bagi bantuan kemanusiaan dari sudut perubatan dan beberapa pengecualian ke Israel atau timur Al-Quds.

Bagaimanapun untuk mendapatkan kebenaran keluar-masuk terlebih dahulu perlu mendapatkan kebenaran dari pejabat kemasyarakatan di Tebing Barat yang berada di bawah seliaan tentera Israel.

عيد الفصح اليهودي yang merupakan perayaan tahunan Yahudi bagi memperingati hari penduduk Yahudi keluar dari tanah Mesir. Disebutkan perayaan tersebut bermula pada tahun ini, dari hari isnin(esok hari) sehingga 6 april akan datang.

Sementara itu, penjajah terus melancarkan operasi rempuhan dan penangkapan di Nablus, Ramallah dan Khalil di Tebing Barat. Dalam operasi tersebut, penjajah telah menangkap 5 penduduk Palestin dengan alasan 'dikehendaki'.

Ketika menceroboh beberapa buah rumah Palestin, tentera penjajah mengarahkan penghuni-penghuni rumah Palestin mengosongkan rumah dan pergi ke sebuah kawasan terbuka.

Penjajah tangkap 15 penunjuk perasaan

Dari sudut lain, tentera penjajah juga menangkap 15 penunjuk perasaan yang terdiri dari penduduk Palestin dan Israel sebaik sahaja mereka(penunjuk perasaan) tiba di Masjid Bilal Bin Rabah di Bet Lehem. Sumber 28/03/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah.

Read more...

Ketika jentera perdamaian menunggang F-16

27 Mac 2010

Pandangan yang berbeza berhubung perdamaian.
Sumber karikatur 27/03/2010, web berita islamtoday.net

Read more...

Erdogan di Persidangan Sirt, Libya

Agensi berita melaporkan bahawa Perdana Menteri Turki, Receip Tayyip Erdogan(gambar) ketika menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab telah mengungkapkan tindakan Israel yang menyatakan Al-Quds adalah ibu Negara Israel sebagai 'tidak waras'.

Beliau berkata, pengumuman yang dibuat oleh menteri-menteri Israel mengenai Al-Quds ibu Negara Israel tidak perlu diikut kerana pengumuman seumpama itu seperti tidak waras(gila).

Jelas Erdogan, 'Al-Quds adalah jantung kepada dunia Islam dan penentangan Israel ke atasnya tempat-tempat suci tidak boleh dibiarkan'.

Berikutan pembinaan 1600 unit perumahan di Al-Quds amat tidak wajar kerana perlanggaran Israel ke atas hak-hak Palestin di Al-Quds kerana tidak mengikut undang-undang antarabangsa malah undang-undang kemanusiaan bahkan Israel juga melanggar hak sejarah, menurut Perdana Menteri Turki. Sumber 27/03/2010, web berita maannews.net

Read more...

Israel berundur dari Gaza


Klip berita di atas memaparkan tentang kejadian pertempuran antara pejuang Palestin dengan tentera Israel yang menceroboh timur Khan Yunus, Gaza pada 26-03-2010, hari jumaat. Sumber klip berita (youtube al-Jazeerah)

Menurut sumber(jumaat), tentera Israel telah berundur dari timur Khan Yunus, Gaza setelah terjebak dalam pertempuran dengan pejuang-pejuang Palestin yang membawa kepada kematian 2 tenteranya.

Saksi(penduduk tempatan) berkata, kereta kebal Israel turut berundur dari Gaza sebaik sahaja bertempur dengan pihak pejuang Palestin. Sebelum itu, buldozer Israel meranapkan sebuah rumah penduduk Palestin malah beberapa jentera Israel yang lain meratakan tanah pertanian Palestin.

Sumber media pula melaporkan, satu serangan roket juga dilancarkan ke Israel. Dinyatakan, serangan roket itu gugur di sebuah kawasan tanpa penghuni di Israel tanpa ada sebarang luka parah atau seumpamanya di pihak Israel. Dalam masa yang sama, bot-bot perang Israel mengebom beberapa bot nelayan Palestin yang berada di perairan laut di utara Gaza.

Pasukan bantuan dan perubatan Palestin bergegas ke tempat berlakunya pertempuran di timur Khan Yunus setelah Israel berundur bagi mencari mangsa.

Berikutan pertempuran itu, Menteri Pertahanan Israel,Ehud Barak memberi ancaman kepada HAMAS dengan hukuman dan serang balas.

Bagaimanapun, Ehud Barak menyatakan Israel tidak ada kepentingan jika menyerang semula Gaza seperti perang sebelum ini.

HAMAS jawab ancaman Barak

Berhubung ancaman Barak kepada HAMAS, Ismail Ridhwan, salah seorang pemimpin HAMAS dalam kenyataannya(3.40 petang/Mesir) berkata, apapun ancaman Israel tidak akan mematahkan semangat pejuang Palestin yang bangkit mempertahankan haknya.

"Apabila berlaku seperti pertempuran semalam, musuh akan memberi ancaman, tetapi ancaman itu tidak menggetarkan HAMAS dan pejuang-pejuang", ujar beliau.

Beliau meminta kepada Israel supaya menjadikan iktibar dari setiap pencerobohan dan perang lalu bahawa matlamat musuh tidak akan tercapai.

"Sewajarnya Israel berfikir seribu kali sebelum mengambil tindakan sedemikian kerana pencerobohan musuh ke Gaza bukannya peluang untuk bersiar-siar", tegas Ismail.

Beliau juga meminta kepada Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab yang berlangsung hari ini agar memberikan sokongan sepenuhnya kepada Palestin sama ada dari material, politik juga menyokong kepada penyatuan Palestin.
Sumber 27/03/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah serta youtube.com/aljazeerah

Read more...

Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab bermula hari ini tanpa Mubarak dan Abdullah

Sebagaimana dijadualkan, Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab ke-22 akan berlangsung hari ini di bandar Sirt, Libya. Bagaimanapun persidangan kali ini berlangsung tanpa dihadiri 10 pemimpin utama Negara Arab, antaranya Presiden Mesir, Husni Mubarak serta Raja Abdullah Bin Abd Aziz dan Syeikh Khalifah Bin Zaid An-Nahyan.

Menurut sumber, 13 pemimpin utama Negara Arab yang lain dilaporkan secara pasti menyertai persidangan, antaranya dari 13 pemimpin utama Arab, Raja Abdullah II, Raja Jordan, Ketua Negara Qatar, Syeikh Hamad Bin Khalifah II, Presiden Sudan, Omar Bashir, Presiden Algeria, Abdul Aziz Butfaliqah dan Raja Maghribi, Raja Mohammad IV.

Sementara itu, turut hadir ketika pembukaan persidangan adalah Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB, Silvio Berlusconi, Perdana Menteri Itali, Receip Tayyib Erdogan, Perdana Menteri Turki dan Timbalan Menteri Luar Rusia, Alexander Sultanov yang merupakan utusan khas kepada Presiden Rusia. Sumber 27/03/2010, suratkhabar Misril-Youm(Mesir)

Read more...

Al-Qassam bunuh 2 tentera zionis, Al-Aqsa kepung unit khas Israel

26 Mac 2010

Terkini: Al-Qassam dapat membunuh 2 tentera Israel, timur Khan Yunus, selatan Gaza.

Menurut sumber(4.55 petang/Mesir) bahawa sebuah pertempuran sengit meletus antara pejuang Palestin dengan tentera zionis(Israel/penjajah) di timur laut Khan Yunus, berhampiran sempadan Kissufim.(gambar: ketika pertempuran)
______________________________________
Ketika berita yang disiarkan secara langsung, bunyi tembakan masih lagi kedengaran
______________________________________


Dimaklumkan setakat ini menurut saksi, punca pertempuran meletus setelah pihak zionis menceroboh timur laut Khan Yunus dan diserang hendap oleh pejuang Palestin.

Sebagaimana laporan dari penjajah menyatakan sekumpulan Palestin yang bersenjata menghampiri kawasan sempadan.

Gambar: Tentera Israel yang berada di sempadan antara Gaza-Israel. Sebaik sahaja pertempuran meletus, tentera-tentera Israel yang berada menara kawalan terus bergegas ke garisan sempadan.

Sumber berita menyatakan, pejuang Palestin dari sayap tentera HAMAS melakukan serangan ke kawasan rondaan tentera penjajah.

Setelah kejadian tersebut, zionis terus meningkatkan bilangan jenteranya ke Gaza. Dilaporkan, pesawat tempur Israel F-16 mengebom sebuah kawasan terbuka di timur Khan Yunus. Sementara, helikopter apache Israel mengawasi dari ruang udara Gaza.

Al-Qassam bunuh 2 tentera Israel

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan, Abu Ubaidah menceritakan secara terperinci berhubung pertempuran yang berlaku pada waktu asar, petang jumaat.

Sebagaimana dilaporkan, KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengakui pihaknya yang membunuh 2 tentera Israel, manakala beberapa lagi tentera zionis parah ketika bertempur di timur Khan Yunus.

Abu Ubaidah, jurucakap Al-Qassam(gambar di bawah, sebelah kiri) berkata, "pejuang al-Qassam telah bertempur dengan tentera zionis yang menceroboh sejauh 500 meter(0.5 kilometer) ke dalam garisan sempadan Gaza."

Sebelum kejadian, beliau menjelaskan bahawa tentera Al-Qassam melakukan intipan ke atas sebuah pasukan tentera pejalan kaki Israel yang menceroboh timur Khan Yunus dalam lingkungan jarak 300-500 meter yang cuba mengepung sekumpulan dari pejuang Palestin dan penduduk.

Kemudian, satu unit penembak tepat dari Al-Qassam yang disokong satu unit bantuan Al-Qassam bertindak melakukan serangan ke atas tentera pejalan kaki Israel serta melepaskan tembakan secara bertubi-tubi mengakibatkan kekeliruan di pihak tentera Israel.

Tentera Israel terpaksa berundur kerana gagal dalam operasi tersebut. Kemudian tiba helikopter Israel mendarat di kawasan terbabit dan kelihatan pemindahan mangsa serangan Al-Qassam.

Sebagaimana dijelaskan, Kewujudan tentera Al-Qassam di kawasan berkenaan telah membebaskan kepungan yang cuba dilakukan Israel.

"Sebaik sahaja zionis ceroboh, tentera Al-Qassam terus menyerang tentera zionis dengan senjata berat yang mengakibatkan beberapa tentera penceroboh mengalami luka parah", ujar Abu Ubaidah.

Abu Ubaidah turut menyatakan bahawa dengan pencerobohan zionis itu, pihak pejuang Palestin telah bersedia bagi menghadapi tentangan dari musuh.

Jurucakap rasmi Al-Qassam juga menyatakan zionis berniat untuk menggugat kestabilan di Gaza.

Beliau berkata lagi, bahawa pihaknya tidak akan memeluk tubuh dengan jenayah yang sedang berlaku. Tegas Abu Ubaidah, pencerobohan ke atas sempadan Gaza tidak akan dibiarkan dengan laluan yang penuh kehormatan.

Abu Ubaidah tidak menafikan kewujudan kumpulan pejuang Palestin yang lain kerana pejuang-pejuang Al-Qassam memang menghadang operasi kepungan dari tentera Israel ke atas pejuang-pejuang Palestin di situ.

Al-Aqsa kepung tentera khas Israel

Sementara itu, KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) turut menyatakan kepada agensi berita bahawa pejuang-pejuangnya turut bertempur dengan tentera zionis di Khan Yunus.

Dalam pertempuran sengit itu, Al-Aqsa telah melancarkan 7 roket jenis 'hawn' ke arah beberapa buah jentera perang Israel yang mengakibatkan rosak teruk.

Al-Aqsa mengakui pihaknya mengepung satu pasukan khas tentera Israel di pertengahan kawasan 2 buah rumah; Abu asfour dan Abu Taiemah di Khan Yunus serta meletupkan peledak yang amat kuat di antara dua buah rumah.

Al-Quds juga bertempur dengan tentera Israel

SARAYA AL-QUDS(sayap tentera Jihad Islami) dalam kenyataannya berkata, satu kumpulan dari pejuangnya turut mendekati sebuah pasukan tentera Israel di bandar kecil Abbasan, timur Khan Yunus dan berlaku pertempuran sengit dengan letupan dari peledak. Dalam kejadian itu, helikopter Israel turut mengawasi dari udara sehingga tentera Israel berundur.

Jurucakap kumpulan tersebut menjelaskan, beberapa dari pejuangnya mengalami kecederaan malah ada yang tidak dapat dihubungi di kawasan berlakunya pertempuran.

Parah di pihak Palestin

Sumber(al-Jazeerah) menyatakan ada penduduk Palestin yang syahid serta parah akibat tembakan artileri Israel ke atas sebuah rumah di kawasan berkenaan. Tetapi, pasukan penyelamat tidak dapat sampai ke kawasan berkenaan berikutan keadaan masih tegang.

Laporan yang dikeluarkan pada jam 10.19 malam/Mekah(9.19 malam/Mesir) mengenai luka parah di kalangan penduduk Palestin dalam kejadian tersebut bahawa 2 penduduk Palestin parah, salah seorang darinya kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun(gambar) akibat pengeboman Israel ke atas sebuah rumah.

Memetik agensi berita Jerman dari Pengerusi Am Bantuan dan Kecemasan di Gaza berkata, tentera Israel menghalang pasukan bantuan dari memindahkan penduduk yang syahid dan cedera dari tempat yang berlakunya pertempuran. Namun maklumat tersebut menyatakan 2-3 penduduk Palestin syahid, manakala 5 lagi penduduk Palestin parah. Beberapa daripadanya di tahap kritikal.

Analisis semasa berhubung pertempuran sengit ini

Berikutan pertempuran yang meletus, sumber menyifatkan keadaan ini adalah gempa yang pertama setelah Israel mengumumkan perang berakhir pada 18 Januari 2009.

Sumber turut membuat tafsiran berhubung keadaan yang agak mengejut sebagaimana yang ditunjukkan oleh sayap tentera HAMAS apabila menghadang tentangan dan membunuh tentera zionis secara berdepan.

Israel mengakui tenteranya terbunuh

Tentera Israel mengakui 2 tenteranya terbunuh dan beberapa lagi mengalami luka parah yang kritikal serta cedera akibat letupan dari peledak yang dipasang di kawasan berlakunya pertempuran.

Sumber dari tentera Israel juga mengungkapkan pejuang-pejuang Palestin cuba berusaha untuk menculik tentera-tentera Israel.

Cerita saksi dan penduduk Palestin

Penduduk Palestin di kawasan terbabit menjelaskan bahawa berlaku pertempuran dahsyat antara tentera penjajah dengan sekumpulan pejuang Palestin.

Gambar: Satu keluarga Palestin terpaksa mengosongkan rumah berikutan pertempuran sengit yang berlaku.

Pertempuran sengit dengan berbalas tembakan dan serangan roket jenis RPG telah meningkatkan kewujudan jentera perang Israel. Jelas penduduk lagi beberapa buah terpaksa dikosongkan berikutan luka parah dikalangan penduduk malah kereta kebal Israel juga melepaskan tembakan yang gugur berdekatan rumah penduduk Palestin.

Menuruk saksi(penduduk Palestin), sebuah helikopter Israel telah memindahkan 3 tentera zionis yang parah dari kawasan berlakunya pertempuran itu.

Respon Kerajaan Palestin Gaza dan kumpulan pejuang

Sementara itu di pihak Kerajaan Palestin Gaza, Tahir Nunu berkata penentangan dari pihak Israel berhubung kejadian ini berlaku dengan mengejut.

Beliau menjelaskan tujuan Israel menceroboh adalah untuk menggugat kestabilan di Gaza. Sehubungan dengan itu, dari sudut politik Israel telah gagal kerana realiti menjadi sebaliknya.

Sebagaimana zionis melanggar hak Palestin di Al-Quds, penduduk Palestin juga berhak untuk mempertahankan diri dan menentang penjajahan Israel.

Abu Jamal Mustafa, jurucakap rasmi KATAIB ABU ALI MUSTAFA(sayap tentera Jabhah Sya'biah) turut menyatakan pejuang Palestin berhak membalas sebarang 'tentangan zionis' dengan setiap kekuatan yang ada. Sumber 26/03/2010, berita al-Jazeerah, web berita al-Jazeerah, web berita maannews.net dan web rasmi al-Qassam

[MAP] Kami melihat apa yang berlaku hari ini di Semenanjung Gaza adalah satu-satunya jawapan(muqawamah) yang wajar dijadikan inisiatif untuk mempertahankan hak-hak Palestin dalam Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab yang dijadualkan berlangsung pada esok hari di bandar Sirt, Libya(27-03-2010, Sabtu).

Mungkin hikmah apa yang berlaku hari ini merupakan noktah penyelesaian permasalahan yang berlaku di Palestin..Wallahua'lam.

Read more...

Laporan Palestin: Masjid Al-Aqsa tergantung di awangan

Sebuah laporan yang disediakan oleh Hal-Ehwal Luar Palestin telah dibentangkan dalam perjumpaan awal(persediaan) bagi peringkat Menteri-menteri luar Arab semalam di bandar Sirt, Libya sebelum berlangsung Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab pada esok hari, 27-03-2010 di Sirt, Libya.

Laporan tersebut memperincikan tentang penggalian Israel di bawah Masjid Al-Aqsa serta perancangan Israel bagi meyahudikan bandar Al-Quds.

Rentetan beberapa kajian khusus yang telah dibuat menjelaskan bahawa Masjid Al-Aqsa seolah-olah tergantung di awangan jika binaan asas itu menjadi reput kesan penggalian yang dilakukan Israel. Tambahan pula, wujud terowong-terowong bawah tanah di bawah Al-Aqsa sehingga menemui di bawah bandar kecil Silwan yang terletak berdekatan tembok di sebelah barat Masjid al-Aqsa.

Berikutan itu, kejadian runtuh pasti berlaku di jalan-jalan utama yang meliputi kawasan penggalian.

Menurut laporan itu, bahawa pendedahan terbaru mengenai terowong bawah tanah yang baru dibina bersambungan dari kawasan El-Magharibah ke Ain Silwan sekaligus mengikat bandar Silwan Palestin dengan tembok buraq. Maka, penyambungan terowong bawah tanah dari bawah bandar Ain Silwan turut bersambungan dengan terowong bawah tanah yang lain sehingga merangkumi sekeliling bandar Al-Quds. Jelas laporan itu,usaha Israel adalah untuk menguasai bandar Al-Quds kerana mendakwa ia adalah bandar Nabi Daud A.S.

Selain itu dijelaskan, bahawa kumpulan-kumpulan Yahudi telah menguasai hampir 70 hartanah di bandar Al-Quds, di antaranya rumah-rumah dan tanah-tanah.

Berhubung dengan penjelasan tersebut, Israel telah melakukan penggalian terbaru dalam beberapa minggu yang lalu berhampiran pintu El-Magharibah. Tujuan usaha giat itu adalah untuk membina sebuah kawasan yang luas bagi letak kereta, trak-trak dan bas-bas.

Demikian itu, Israel juga sedang berusaha bagi membina hotel-hotel dan taman-taman di bawah pintu El-Magharibah sehingga mencapai tembok Al-Quds. Tidak lain adalah untuk mengubah kawasan tersebut menjadi tempat perkumpulan Yahudi yang terbesar. Kesan usaha tersebut, jumlah penduduk Israel akan meningkat lebih tinggi berbanding jumlah penduduk Arab Palestin yang sedia ada. Sumber 26/03/2010, suratkhabar Shourouk(Mesir)

Read more...

Israel sedang mengganas

Tiada komen kerana memang sedang berlaku. Sumber karikatur (al-Jazeerah)

Read more...

2 Palestin parah di Gaza, 4 Palestin ditangkap di Tebing Barat

25 Mac 2010

Menurut sumber, seorang pekerja Palestin parah dalam satu kejadian tembakan dari pihak tentera penjajah yang sedang mengawal di sempadan Sufa, timur Rafah, Gaza. Dimaklumkan kejadian tersebut berlaku awal pagi tadi ketika sekumpulan pekerja Palestin yang berada di kawasan terbabit sedang mengumpul kepingan besi dan batu kecil yang dijadikan sebagai sumber rezeki.

Dr.Muawiyah Husnain, Pengerusi Bantuan Kecemasan di hospital-hospital Gaza menjelaskan kepada agensi berita bahawa seorang penduduk Palestin, iaitu Naji Abu Redah, 32 mengalami luka parah di bahagian belakang akibat ditembak tentera penjajah. Berikutan itu, serta-merta Naji dibawa ke hospital Gaza-Eropah.

Dr.Muawiyah menyifatkan keadaan Naji kritikal.

Sementara itu, kejadian lain pula dimaklumkan bahawa bot perang Israel melepaskan tembakan machine-gun dan senjata berat ke arah nelayan di utara Semenanjung Gaza.

Sumber perubatan, Dr.Muawiyah mengesahkan kejadian tersebut berkata, 'seorang dari nelayan Palestin parah dalam kejadian itu dan keadaannya agak ringan.'

Kejadian tersebut berlaku di barat Beit Lahiya yang berada di utara Semenanjung Gaza.

Di Tebing Barat pula sebagaimana dilaporkan, sepasukan tentera penjajah telah menangkap 4 penduduk Palestin awal pagi tadi. Di antara yang ditangkap adalah 3 Palestin yang mempunyai ikatan kekeluargaan.

Menurut sumber, operasi penangkapan itu berlaku di selatan Khalil dan mereka yang ditangkap telah dibawa ke kawasan yang tidak diketahui.

Sebagaimana dijelaskan, sebelum penangkapan, pihak penjajah menceroboh sebuah bandar kecil awal pagi tadi. Berikutan pencerobohan itu, pihak penjajah turut memecah masuk ke beberapa buah rumah dan melakukan pemeriksaan.

4 penduduk Palestin yang ditangkap, Hassan Muhammad Hassan Nasr, 32, dan 3 adik-beradik, Muhammad Yusof Abu Arqub, 18, Usamah, 31 dan Sami, 28. Sumber 25/03/2010, web berita maannews.net

Read more...

Perarakan bendera Arab seru bebaskan Gaza dari sekatan Israel

GAZA - Panitia Penentangan Masyarakat Terhadap Sekatan telah bersiap-sedia mengadakan perarakan pada pagi ini(khamis, 25-03-2010) berdekatan tanda peringatan mangsa sekatan di sebuah dataran yang terletak di barat bandar Gaza. Dijelaskan, tindakan seumpama ini adalah meminta Persidangan Kemuncak Arab bertindak bagi menyelesaikan sekatan yang dihadapi Semenanjung Gaza.

Sebagaimana dijadualkan, Jamal Khudhari yang merupakan pengerusi panitia tersebut akan mengadakan sidang akhbar di akhir perarakan bagi membuat tuntutan kepada Persidangan Kemuncak Arab yang bakal berlangsung pada 27-03-2010 di Libya.

Tuntutan itu adalah desakan kepada Negara-negara Arab agar dapat membuat keputusan dan tindakan yang bersungguh-sungguh demi membebaskan Gaza dari sekatan Israel.

Menurut sumber, teknikal perarakan sebagaimana dinyatakan, para penunjuk perasaan dalam perarakan itu akan membawa bendera Negara-negara Arab yang menyertai Persidangan Kemuncak Arab bersebelahan dengan bendera Palestin. Lebih dari itu, gambar-gambar mangsa sekatan, poster-poster dan sepanduk(banting) yang menyeru agar memberi sokongan kepada 1.5 juta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Berikutan sekatan Israel di Gaza, Panitia Penentangan Masyarakat Terhadap Sekatan telah menggunakan berbagai-bagai saluran bagi mempamerkan kesengsaraan dan kepahitan yang dilalui penduduk Palestin Gaza kepada Arab. Lebih mendukacitakan, sekatan Israel di Gaza telah menjangkau 1,000 hari. Sumber 25/03/2010, web berita maannews.net

Read more...

Di sebalik hubungan US-Israel

24 Mac 2010

Benarkah hubungan Amerika Syarikat(US)-Israel renggang berikutan ketetapan Israel yang tidak mengendahkan seruan US bagi membekukan projek pembinaan perumahan Israel di Al-Quds. Sumber karikatur (al-basheer)

Read more...

Tentera penjajah ceroboh sekolah di Khalil

Menurut sumber, sepasukan tentera penjajah menceroboh sebuah sekolah menengah Rihiyyah(lelaki) di selatan Khalil.

Dalam pencerobohan itu, tentera penjajah melepaskan gas pemedih mata ke arah para pelajar serta memaksa mereka meninggalkan sekolah.

Saksi kejadian berkata, seorang pelajar mengalami sesak nafas akibat gas pemedih mata dalam waktu yang sama pelajar-pelajar sekolah dipaksa meninggalkan sekolah berikutan tentera penjajah mengancam mereka dengan senjata, sekaligus pelajar-pelajar tidak dapat meneruskan pengajian.

Saksi dari penduduk tempatan turut menafikan berlakunya pertempuran di kawasan sekolah tersebut antara pelajar dengan tentera penjajah.

Sementara itu, penduduk Palestin di Rihiyyah menjelaskan satu kejadian kemalangan yang membabitkan sebuah jip tentera Israel terbalik ketika melakukan rondaan di kawasan terbabit pada jam 5.00 pagi. Tidak diketahui sama ada tentera penjajah mengalami luka parah atau sebaliknya. Sumber 24/03/2010, web berita maannews.net

Read more...

Israel rancang bina lagi perumahan di Al-Quds

Kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Amerika Syarikat turut diiringi perancangan pembinaan perumahan Israel yang terus meningkat secara mendadak.

Menurut media massa Israel, Majlis Perbandaran Al-Quds telah memberikan kelulusan(green light) bagi pembinaan 20 buah lagi unit perumahan yang baru. Kawasan yang bakal dibina perumahan tersebut adalah bekas runtuhan hotel Palestin di timur Al-Quds.

Radio Israel dan web berita Yediot Ahronout melaporkan bahawa Majlis Perbandaran Al-Quds telah memberikan persetujuan kepada seorang jutawan Yahudi-Amerika, Irving Moskovitch bagi membina 20 unit perumahan di kawasan runtuhan sebuah hotel Palestin di Hayyu Syeikh Jarrah.

Pengumuman tersebut dibuat ketika pertemuan antara Netanyahu dan Barak Obama, Presiden Amerika Syarikat di White House.

Sebelum ini, pentadbiran Amerika Syarikat mengkritik keras tindakan Israel yang mahu membangunkan 1600 buah tempat tinggal bagi penduduk Israel di bandar Al-Quds. Pengumuman Israel mengenai pembinaan itu ketika kunjungan Joseph Baiden, Naib Presiden Amerika Syarikat ke Israel.

Berhubung dengan pengumuman bagi menambahkan lagi unit perumahan Israel, Majlis Perbandaran Al-Quds turut melancarkan perancangan kemajuan bagi kawasan perumahan di timur Al-Quds.

Perancangan tersebut telah mendapat bantahan dari Palestin kerana beberapa buah rumah Palestin yang lama akan diroboh malah perancangan tersebut adalah bagi meluaskan lagi projek perumahan Yahudi di bandar Al-Quds.

Perancangan kemajuan tersebut meliputi sebuah kawasan yang luas yang membentuk seakan segitiga. Perancangan itu bermula dengan pembinaan 1000 buah unit perumahan yang baru dari tembok Kota Lama.

Majlis Perbandaran Al-Quds Israel berkata, perancangan(proposal) berhubung pembinaan telah dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang bagi pungutan suara. Jelas Majlis tersebut, tindakan itu merupakan langkah pertama sebelum perlaksanaan.

Berhubung dengan perancangan Israel dan langkah meningkatkan lagi pembinaan perumahan Israel di bandar Al-Quds, Hatim Abdul Qadir, anggota FATAH yang mengendalikan portfolio Al-Quds berkata, 'Majlis Perbandaran Al-Quds(Israel) berusaha memberi sogokan kepada penduduk Palestin supaya menerima agar dapat membina beberapa buah rumah yang baru di kawasan Yahudi.

Usaha giat bina perumahan Israel

Pengerusi Majlis Perumahan Israel, Navtali Benet mengakui bahawa pembinaan perumahan Israel akan dibangunkan berlipatkali ganda di Tebing Barat(3 kali ganda) sehingga jumlah bilangan Yahudi di Tebing Barat mencapai sejuta orang.

Benet menjelaskan ketika ditemuramah agensi berita REUTERS, bahawa mereka(Israel) sedang berusaha bagi membatalkan ketetapan pembekuan pembinaan buat sementara waktu.

"Boleh untuk menempatkan sejuta Yahudi di Yahuda dan Samarra", ujar Benet yang menyifatkan Yahuda dan Samarra adalah Tebing Barat yang diduduki 2.5 juta penduduk Palestin masa ini.

Benet yang pernah menjadi pembantu tertinggi kepada Netanyahu sebelum pilihanraya tahun lalu menyatakan 'usaha membekukan pembinaan' adalah satu kesilapan yang amat besar.

Sebagaimana Benet mendakwa, pembekuan tersebut boleh dikatakan seperti 'gila' kerana Yahudi tidak dibenarkan membina rumah di tanah mereka sendiri. Sumber 24/03/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

Read more...

Lagi serangan udara Israel di Gaza

Israel terus melancarkan siri serangan udara di Gaza. Menurut sumber, pesawat tempur Israel telah menyerang Beit Lahiya yang terletak di utara Semenanjung Gaza awal pagi tadi.

Sumber Palestin yang memaklumkan kepada agensi berita bahawa sebuah pesawat tempur Israel melepaskan satu serangan peluru berpandu ke arah sekumpulan pejuang Palestin di Beit Lahiya.

Berhubung kejadian tersebut, Dr.Muawiyah Husnain, Pengerusi bantuan dan kecemasan di hospital-hospital Gaza menyatakan 'tiada kecederaan atau luka parah dalam serangan tersebut.'

Dari pihak Israel pula berkata, serangan-serangan Israel ke atas Gaza adalah sebagai tindak balas dari serangan roket ke bandar-bandar kecil yang bertentangan dengan Semenanjung Gaza. Sumber 24/03/2010, berita al-Jazeerah dan web berita maannews.net

Read more...

Al-Quds adalah ibu Negara Israel - Netanyahu

23 Mac 2010


Benjamin Netanyahu(gambar), Perdana Menteri Israel dalam ucapannya ketika persidangan AIPAC (Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel-/American Israel Public Affairs Committee) berlangsung di Amerika Syarikat menyatakan bahawa Al-Quds bukan sebuah kawasan untuk perumahan Israel sahaja malah Al-Quds adalah satu-satunya ibu Negara Israel.

Netanyahu turut membantah sebarang desakan bagi menghentikan pembinaan perumahan Israel di Al-Quds.

"Sesungguhnya masyarakat Yahudi telah membina Al-Quds sejak 3 ribu tahun yang lalu, dan sekarang masyarakat Yahudi juga sedang membina Al-Quds", ujar Netanyahu ketika menyampaikan ucapannya di hadapan para hadirin dalam persidangan AIPAC.

Dalam ucapannya itu, Netanyahu turut menuduh Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah tidak mengemukakan apa-apa konsesi demi tercapainya 'perdamaian'. Netanyahu berharap Pihak Berkuasa Palestin dapat mengadakan rundingan damai dengan Israel. Sumber 23/03/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah(petikan ucapan Netanyahu)

Pautan lain:
1. AIPAC
2. Yahoo News
3. Prime Minister Headlines Gala Banquet
4. NETUREI KARTA
5. Konsesi: MAP hanya menukilkan no.2 dari maksud tersebut, iaitu 'tolak ansur'(dalam tuntuan, perundingan, dll). Rujuk kamus dewan, Edisi Ketiga Cetakan Ketujuh 2007, muka surat 702

Read more...

Seorang tentera Israel mati ditembak kawan sendiri

22 Mac 2010

Jurucakap tentera Israel berkata, salah seorang tenteranya terbunuh akibat terkena tembakan dari tentera Israel yang lain. Jelas jurucakap tersebut, ketika kejadian, sekumpulan Palestin bersenjata berada di kawasan pos kawalan yang terletak di sempadan antara Israel-Gaza.

Agensi berita, United Press yang dimaklumkan berhubung kejadian tersebut melaporkan seorang tentera Israel terbunuh ketika melepaskan tembakan ke arah sekumpulan Palestin bersenjata yang cuba melepasi pagar keselamatan(Israel) berdekatan pos kawalan tentera Kissufim.

Sumber menyatakan, ketika itu sepasukan tentera Israel sedang mengawasi sekumpulan Palestin bersenjata yang berusaha melepasi pagar keselamatan. Dalam masa yang sama, tentera Israel turut melepaskan tembakan ke arah mereka, ketika itulah salah seorang tentera Israel terkena tembakan dari kawannya sendiri.

Penduduk menyaksikan helikopter Israel berlegar-legar di ruang udara kawasan terbabit, malah turut kedengaran siren ambulan Israel yang tiba di kawasan berkenaan. Bagaimanapun tiada sebarang laporan mengenai serangan di pihak Palestin.

Di sudut yang lain, polis Israel mengumumkan penangkapan 3 penduduk Palestin yang dikatakan cuba melepasi pagar keselamatan dari Gaza setelah melancarkan 2 serangan roket ke bandar Sderot.

Menurut web berita Yediot Ahronout(Israel), sebaik sahaja dikesan tindakan Palestin tersebut dengan serta-merta bantuan ketenteraan tiba sehinggalah operasi tersebut selesai dengan penangkapan 3 Palestin. Sumber 22/03/2010, web berita al-Jazeerah

Read more...

Serangan ke atas Gaza berterusan

Menurut sumber, awal pagi tadi, sebuah pesawat tempur Israel melancarkan serangan udara ke atas sebuah kawasan di Rafah Gaza yang mensasarkan terowong bawah tanah.

Saksi kejadian yang menghubungi agensi berita berkata, sebuah pesawat tempur Israel model F-16 mengebom kawasan terbabit tepat pada jam 1.00 pagi tadi. Serangan tersebut mengakibatkan kerugian harta benda.

Dari pihak perubatan Gaza, Dr.Muawiyah Husnain, Ketua Am kecemasan dan bantuan di hospital Gaza menyatakan tiada sebarang luka parah atau cedera dalam serangan Israel itu.

Dr.Husnain turut memaklumkan bahawa sepasukan tentera penjajah yang mengawal di kawasan Kissufim melancarkan peluru berpandu ke arah sebuah kawasan terbuka di bandar kecil Beit Lahiya yang berkedudukan di utara Gaza. Bagaimanapun, tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Jelasnya, tentera penjajah terus melancarkan serangan dan mengebom kawasan terowong bawah tanah sejak beberapa hari yang lalu.

Sebagaimana yang didakwa, serangan Israel adalah tindak balas dari serangan roket yang dilancarkan dari Gaza ke Israel. Sumber 22/03/2010, web berita maannews.net

Read more...

Pertempuran sengit di Khalil

19 Mac 2010

Menurut sumber(siaran langsung dari Khalil), pertempuran sengit telah meletus antara pemuda Palestin dengan tentera penjajah di pertengahan kawasan Masjid Nabi Ibrahim A.S di bandar Khalil, Tebing Barat.

Tentera penjajah bersiap-sedia bagi menghalang penduduk Palestin mengadakan perarakan ke bandar Al-Quds.

Sebagaimana dinyatakan, ketika pertempuran meletus, pihak penjajah telah meningkatkan kawalan dan pertambahan jumlah anggota tentera penjajah di Khalil. Langkah tersebut bertujuan mengekang usaha perarakan Palestin.

Sumber 19/03/2010, berita al-Jazeerah, jam 1.20 petang(waktu Mesir)

Timur Al-Quds

Sumber dari bandar Al-quds menyatakan, penduduk Palestin yang berusia 5o tahun ke bawah tidak dibenarkan memasuki Masjid Al-Aqsa. Larangan tersebut adalah perintah dari polis Israel.

Rentetan dari larangan itu, penduduk Palestin yang tidak dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa menunaikan solat jumaat di jalan-jalan dan kaki lima bangunan.

Keadaan di Masjid Al-Aqsa dilaporkan tenang.

Ramallah

Sebaik sahaja selesai solat jumaat, pemuda Palestin bangkit melawan tentera penjajah yang mengadakan kawalan di Qalandia, utara Ramallah.

Sumber menjelaskan, pemuda Palestin melontar batu ke arah tentera penjajah serta-merta dibalas dengan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata. Belum ada laporan mengenai luka parah di kalangan penduduk Palestin. Bagaimanapun, keadaan di Ramallah agak tegang.

Bi'lin dan Ni'lin

Sebelum ini, pihak penjajah telah mengumumkan bahawa dua bandar Palestin, Bi'lin dan Ni'lin berada di bawah kawalan tentera Israel.

Sumber 19/03/2010, berita al-Jazeerah


Read more...

Israel bom Gaza

Sumber melaporkan bahawa 2 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza parah dalam serangan udara Israel semalam.

Jurucakap tentera Israel mengesahkan serangan tersebut mensasarkan sebuah terowong bawah tanah yang terletak di antara sempadan Gaza-Mesir.

Sementara itu, satu lagi serangan udara Israel(F-16) telah menggugurkan peluru berpandu di kawasan terbuka, Hayyu Zaitun, Gaza. Sumber 19/03/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Pemuda Palestin bertempur dengan penjajah di timur Khalil

18 Mac 2010

Awal pagi tadi, satu pertempuran telah meletus antara pemuda Palestin dengan tentera penjajah di kawasan Wadi Jouz berdekatan bandar kecil, Bani Na'im yang berkedudukan di timur bandar Khalil.

Dalam pertempuran itu, pemuda Palestin bertindak melontar batu kepada tentera penjajah yang membalas dengan tembakan gas pemedih mata, bom bunyi dan peluru getah. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan luka parah dilaporkan.

Malam semalam, Pihak Berkuasa Israel telah membuka pagar kawalan tentera yang telah dibina merentangi laluan masuk bandar Khalil. Juga kawasan di barat dan selatan bandar Khalil.

Sementara itu di Nablus, sumber tempatan berkata kepada agensi berita, satu pasukan tentera penjajah merempuh masuk ke kampung Beita, malah bertindak menceroboh beberapa buah rumah dan menangkap 3 pemuda Palestin; Ahmad Arif Hamail, 16, Laith Salleh Hamail, 16 dan Maher Fauzi Ahmad Hamail, 17.

Pihak penjajah juga merempuh kampung Qiblan, selatan Nablus. Sumber penduduk tempatan dari kampung itu berkata, pasukan penjajah telah menangkap seorang guru yang dikenali Mahmud Az'ar, 39 setelah rumah diceroboh penjajah.

Kesemua yang ditangkap di bawa ke arah yang tidak diketahui.Sumber 18/03/2010, web berita maannews.net Sumber 18/03/2010, web berita maannews.net

Read more...

Delegasi Amerika tinjau tembok keluli

17 Mac 2010

Sumber dari Mesir hari ini melaporkan bahawa sebuah delegasi keselamatan Amerika meninjau kawasan tembok keluli di Rafah yang dikawal rapi. Sebagaimana dinyatakan, delegasi tersebut disertai beberapa pakar yang diketuai seorang penjawat tinggi ketenteraan Amerika di kedutaan Amerika, Kaherah.

Menurut sumber, delegasi tersebut tiba di Lapangan Terbang 'Arish tengahari tadi. Sebaik tiba, delegasi Amerika mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai keamanan di sempadan Rafah.

Pertemuan itu tertumpu kepada kerja penyempurnaan tembok keluli dan mengekang aktiviti terowong bawah tanah Mesir-Gaza.

Sumber turut menjelaskan delegasi tersebut mengikuti penjelasan mengenai pembinaan tembok keluli yang dibina bawah tanah secara berperingkat.

Delegasi Amerika juga mengadakan tinjauan ke sempadan Karem Abu Salim, Mesir-Israel serta bertemu dengan pasukan tentera perdamaian antarabangsa di sebuah Lapangan Terbang, di utara Sinai. Sumber, 17/03/2010, web berita islamtoday.net

Read more...

Pertempuran meletus lagi

Sumber melaporkan, pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera penjajah meletus lagi hari ini di pos kawalan penjajah Qalandia, Ramallah, Tebing Barat. Sementara itu, di pihak penjajah melalui jurucakap polis Israel bahawa persediaan dari sudut kawalan keselamatan ditingkatkan. Dinyatakan, hampir 3 ribu tentera/polis Israel dikerahkan mengawal keselamatan di seluruh Tebing Barat. Sumber 17/03/2010, berita dan web berita al-Jazeerah, web berita maannews.com

Read more...

Karikatur dan peristiwa




Read more...

Palestin bersendirian pertahankan Al-Quds

16 Mac 2010

Menurut sumber, tindakan Israel yang membuka gereja Kharrab berdekatan Masjid Al-Aqsa telah menimbulkan kemarahan penduduk Palestin. Sebagaimana dinyatakan, tujuan pembukaan gereja ini adalah salah satu usaha Israel bagi me'yahudi'kan Al-Quds dan mahu mengubah kedudukan Al-Aqsa, malah lebih dahsyat 'haikal' yang didakwa Israel akan dibina setelah keruntuhan Al-Aqsa. Ketika ini, pertempuran masih berterusan di beberapa kawasan di Tebing Barat.

Sumber klip berita 16/03/2010

Utara Ramallah
Pemuda-pemuda Palestin bertempur dengan tentera penjajah berdekatan pos kawalan tentera Israel.
Isawiyya berhampiran Al-Quds
Bulan Sabit Merah: 38 penduduk Palestin parah dalam pertempuran dengan tentera penjajah.

Selatan Ramallah
Pertempuran antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera penjajah berhampiran pos kawalan Qalandia.

Kawasan jajahan 1948(garisan hijau)
Penjajah menghalang beberapa buah bas(Palestin) dari kota-kota kecil yang terletak dalam garisan hijau menuju ke bandar Al-Quds.

Mukhayyam Sha'fat
Pertempuran juga merebak di kawasan ini antara penduduk Palestin dengan tentera penjajah.
Sumber melaporkan di kawasan pertempuran(tidak dinyatakan tempat), beberapa lagi penduduk Palestin parah dan cedera malah ada yang ditangkap. Dianggarkan setakat ini, jumlah penduduk Palestin yang parah dan cedera seramai 45 orang.

Tebing Barat masa ini dikawal ketat tentera penjajah.


Ismail Haniah, Perdana Menteri, Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza dalam kenyataannya beberapa minit yang lalu mendesak umat Islam dan kuasa-kuasa Arab supaya sebaris dalam menentang kejahatan Israel kerana Allah Ta'ala dan demi Al-Quds.

Beliau turut meminta Pihak Berkuasa Palestin Ramallah agar tidak mengekang penduduk Palestin yang mahu menentang penjajah berikutan perlanggaran ke atas hak-hak suci umat Islam.

Hatim Abdul Qadir, anggota FATAH yang mengendalikan dokumen Al-Quds menuduh Pihak Berkuasa Palestin Ramallah sengaja menghalang penduduk Palestin yang mahu menyertai tunjuk perasaan yang menuju ke kawasan pertempuran.

Sementara itu di Gaza, golongan penuntut universiti dan sekolah turut mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Majlis Legislatif Palestin sebagai tanda protes perlanggaran Israel di bandar Al-Quds.

Amerika Syarikat(US)
Di sudut rundingan, George Mitchell, utusan Amerika Syarikat di Timur Tengah yang dijadualkan tiba hari ini di rantau Timur Tengah telah menunda kunjungan tersebut.

Sumber 16/03/2010, web berita al-Jazeerah (Laporan sehingga jam 2.30 petang, waktu Mesir)

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS