[Karikatur] : Sindir boikot
15 Julai 2011
Sumber karikatur, Jerusalem Post
Sindir boikot
Kempen boikot yang digerakkan oleh beberapa NGO antarabangsa, sama ada dalam atau luar tanah Palestin bertujuan untuk menentang dasar kezaliman dan penjajahan rejim zionis ke atas tanah-tanah Palestin malah taklukan ini meliputi setiap aspek hidup rakyat Palestin. Tambahan pula, sekatan zionis di Gaza terus mewajarkan kempen boikot ini dilakukan dan disertai oleh semua pihak yang mengambil berat tentang hak asasi manusia. Kempen tersebut walaupun disindir secara sinis oleh media zionis, namun ia mampu membuatkan rejim zionis tergamam dan terus memikirkan tindakan bagi menghalang kempen boikot mendapat sambutan.
Lebih menyakitkan zionis, apabila kempen ini bukan sahaja disuarakan oleh umat Islam bahkan ia dipopularitikan oleh mereka-mereka bukan muslim, khususnya aktivis-aktivis Eropah yang bersimpati terhadap Palestin. Sejauhmana ia berkesan? Tanya diri kita, jika kita menerima sepenuh hati, maka itulah kesannya. Mungkin dari sudut politik agak sukar mengajar zionis, apa itu boikot, lagi menyakitkan apabila melihat kapal-kapal 'flotila 2' terperangkap di pelabuhan-pelabuhan Greece, namun medium yang ada boleh digerakkan dengan lancar melalui NGO dan insan ke insan. Jika bukan muslim pun tidak redha tindakan jahat zionis ke atas hak penduduk Palestin, apatahlagi kita yang mempunyai tautan akidah, sejarah di tanah Palestin.
Boikot tetap ada kesannya, bahkan zionis juga mempelajari dari kempen boikot. Baru-baru ini, rejim penjajah terpaksa mengusulkan dalam parlimen berhubung gesaan pemulauan atau boikot ke atas mana-mana Badan-badan atau Yayasan-yayasan di Israel yang menyambut hari Nakbah Palestin.
Tuntasnya, zionis mengambil pengajaran dari kempen boikot meskipun mereka menutup mata sambil memberikan sindiran sinis terhadap usaha-usaha ini. Lagi mereka berterusan melakukan keganasan ke atas penduduk Palestin, boikot akan terus menghantui mereka. Maka, kerja kita bukan sahaja melihat sindiran, namun yang penting..adakah kita menerima kempen boikot sebagai tugas dan kerja kita meskipun tidak mendapat apa-apa imbuhan ?
......................
semaklah ia
......................
Boycott, Divestment and Sanctions
Big Campaign
Check the Label - Boycott Israeli Dates Campaign
BOYCOTT ISRAELI DATES
PSC
Read more...