Cedera ditembak, US penuhi keperluan zionis
09 Ogos 2011
Jam 12:29 petang, waktu Mesir
GAZA - Seorang wanita Palestin yang berusia tercedera pada waktu tengahari tadi akibat terkena tembakan dari tentera rejim zionis yang berada dalam menara kawalan di timur Jahr El-Deik, pertengahan Semenanjung Gaza.
Wartawan Safa menukil dari jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menyatakan, seorang wanita berusia 75 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki kirinya ekoran terkena tembakan yang dilepaskan oleh tentera zionis ke arah rumah-rumah dan ladang pertanian di timur Jahr El-Deik.
Jelas Adham, mangsa telah dibawa ke hospital Syuhada Al-Aqsa di Der Balah, pertengahan Gaza untuk rawatan lanjut. Kecederaan mangsa disifatkan sederhana.
Kawasan yang sama diceroboh rejim zionis menjelang awal pagi hari ini, pada waktu yang sama dimaklumkan bahawa pejuang-pejuang Palestin menghadang pencerobohan skuad khas zionis.
Baca lagi:
Pejuang hadang skuad khas zionis
________________________________________________
Sementara dalam laporan lain, duta baru Amerika Syarikat(US) ke Israel(rejim zionis), Daniel B. Shapiro mengungkapkan keyakinan bahawa US akan sentiasa memenuhi keperluan keselamatan terhadap 'Israel' meskipun mengalami krisis kewangan.
Gambar(wikipedia): Daniel B. Shapiro, duta AS ke Israel menjawat Anggota Majlis Keselamatan Negara sebelum ini. Daniel juga aktif dalam komuniti Yahudi Washington serta fasih bertutur bahasa hebrew, juga dapat bertutur bahasa arab.
Shapiro yang baru seminggu menyandang jawatan duta AS ke Israel berkata sedemikian ketika mengadakan tinjauan ke tapak perletakkan sistem penangkis roket jarak dekat atau dikenali Iron Dome berhampiran bandar Ashkelon(tanah jajahan di sebelah utara Gaza).
Kaitan laporan Iron Dome:
1. Kali pertama Israel berjaya melancarkan anti-roket ‘Iron Dome’
2. Barak: Iron Dome tidak sempurna
3. [Kemaskini] Selama 3 hari, iron dome hanya dapat tangkis 8 serangan roket Palestin
AS merupakan satu-satunya sekutu terpenting rejim zionis di rantau Timur Tengah bagi menjamin keamanan kepada rejim zionis malahan AS bertegas tanpa berbelah bahagi berhubung komitmennya terhadap rejim ini. Sumber 09/08/2011, web berita Safa.ps dan web berita Maannews.net
0 comments:
Catat Ulasan