Misi tangkap anggota dan penyokong-penyokong HAMAS di Khalil
09 Ogos 2011
Jam 07:45 pagi, waktu Mesir
KHALIL(Selatan Tebing Barat) - Tentera rejim penjajah melancarkan misi penangkapan ke atas anggota dan penyokong gerakan HAMAS awal pagi tadi di bandar Khalil dan beberapa buah daerah berhampiran. Berikutan misi itu, beberapa dari kalangan anggota HAMAS yang merupakan bekas tahanan dari penjara penjajah telah ditangkap, terutamanya salah seorang pemimpin HAMAS, Ayed Dudain yang berasal dari kampung Al-Alqah di selatan bandar Dura. Tentera penjajah turut memeriksa beberapa buah rumah keluarga para syuhada' di bandar berkenaan, kemudian menangkap pula beberapa orang adik-beradik dari satu keluarga.
Sumber keselamatan menyampaikan kepada agensi berita Safa bahawa tentera penjajah menangkap Dudain setelah rumahnya digeledah serta peralatan dirosakkan. Sementara itu, misi yang sama, tentera penjajah menangkap Ramy Basem Qawasimah, Ahmad Mazen Kalbouni, Muhammad Khalil Yaghmur.
Kejadian yang sama di daerah Sa'ier yang terletak di timur bandar Khalil, tentera rejim memeriksa rumah seorang penduduk, Akram Jabran Khalil Jabbarain. Seperti yang dialami Dudain, peralatan rumah Akram turut dirosakkan.
Sumber tempatan di bandar Khalil menyatakan, tentera rejim menangkap beberapa orang dari kalangan penyokong HAMAS, antaranya lima bersaudara dari satu keluarga di bandar Khalil, iaitu Hassan Ali Al-Qawasimah, Husin, Husam, Muhammad dan Hijazi yang merupakan adi-beradik kepada dua tahanan Palestin yang syahid dalam penjara zionis.
Tambahan lagi, tentera rejim menangkap pula Izzat Abdul Aziz An-Natshah bersama saudaranya. Kedua-dua mereka adalah adik-beradik kepada Shihab An-Natshah yang telah syahid, diikuti penangkapan seterusnya ke atas 'Isam dan 'Usam Al-Qawasimi serta Jalal Yaghmur, saudara kepada Muhammad Yaghmur yang juga telah syahid.
Antara lain yang ditangkap, Kamal dan Husin Yaghmur serta Ja'far Al-Qawasimah yang mempunyai hubungan adik-beradik dengan as-syahid Ibrahim Al-Qawasimah.
Tentera rejim juga memeriksa rumah-rumah keluarga syuhada'(nisbah kepada mereka yang telah syahid) di bandar berkenaan, antaranya rumah as-syahid Makmun An-Natshah, Al-Qawasimah, Jamal Yaghmur dan Jamal Karamah.
Misi penangkapan ini tertumpu di sebahagian besar kawasan bandar, iaitu Hayyu Wadi Abu Katilah, Habayel Ar-riyah, Fursh Al-Hawa, jalan As-Salam dan daerah Sier.
Kejadian lain, tentera rejim menangkap dua pemuda Palestin di bandar yang sama, bagaimanapun identiti kedua-duanya tidak diketahui. Sumber 09/08/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan