Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':
24 Jun 2012
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya
- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16
- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera
- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin
- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah
Misi tangkap anggota dan penyokong-penyokong HAMAS di Khalil
09 Ogos 2011
Jam 07:45 pagi, waktu Mesir
KHALIL(Selatan Tebing Barat) - Tentera rejim penjajah melancarkan misi penangkapan ke atas anggota dan penyokong gerakan HAMAS awal pagi tadi di bandar Khalil dan beberapa buah daerah berhampiran. Berikutan misi itu, beberapa dari kalangan anggota HAMAS yang merupakan bekas tahanan dari penjara penjajah telah ditangkap, terutamanya salah seorang pemimpin HAMAS, Ayed Dudain yang berasal dari kampung Al-Alqah di selatan bandar Dura. Tentera penjajah turut memeriksa beberapa buah rumah keluarga para syuhada' di bandar berkenaan, kemudian menangkap pula beberapa orang adik-beradik dari satu keluarga.
Sumber keselamatan menyampaikan kepada agensi berita Safa bahawa tentera penjajah menangkap Dudain setelah rumahnya digeledah serta peralatan dirosakkan. Sementara itu, misi yang sama, tentera penjajah menangkap Ramy Basem Qawasimah, Ahmad Mazen Kalbouni, Muhammad Khalil Yaghmur.
Kejadian yang sama di daerah Sa'ier yang terletak di timur bandar Khalil, tentera rejim memeriksa rumah seorang penduduk, Akram Jabran Khalil Jabbarain. Seperti yang dialami Dudain, peralatan rumah Akram turut dirosakkan.
Sumber tempatan di bandar Khalil menyatakan, tentera rejim menangkap beberapa orang dari kalangan penyokong HAMAS, antaranya lima bersaudara dari satu keluarga di bandar Khalil, iaitu Hassan Ali Al-Qawasimah, Husin, Husam, Muhammad dan Hijazi yang merupakan adi-beradik kepada dua tahanan Palestin yang syahid dalam penjara zionis.
Tambahan lagi, tentera rejim menangkap pula Izzat Abdul Aziz An-Natshah bersama saudaranya. Kedua-dua mereka adalah adik-beradik kepada Shihab An-Natshah yang telah syahid, diikuti penangkapan seterusnya ke atas 'Isam dan 'Usam Al-Qawasimi serta Jalal Yaghmur, saudara kepada Muhammad Yaghmur yang juga telah syahid.
Antara lain yang ditangkap, Kamal dan Husin Yaghmur serta Ja'far Al-Qawasimah yang mempunyai hubungan adik-beradik dengan as-syahid Ibrahim Al-Qawasimah.
Tentera rejim juga memeriksa rumah-rumah keluarga syuhada'(nisbah kepada mereka yang telah syahid) di bandar berkenaan, antaranya rumah as-syahid Makmun An-Natshah, Al-Qawasimah, Jamal Yaghmur dan Jamal Karamah.
Misi penangkapan ini tertumpu di sebahagian besar kawasan bandar, iaitu Hayyu Wadi Abu Katilah, Habayel Ar-riyah, Fursh Al-Hawa, jalan As-Salam dan daerah Sier.
Kejadian lain, tentera rejim menangkap dua pemuda Palestin di bandar yang sama, bagaimanapun identiti kedua-duanya tidak diketahui. Sumber 09/08/2011, web berita Safa.ps
Tentera rejim zionis bunuh dua pejuang AL-QASSAM
08 Oktober 2010
Unit khas dari tentera rejim zionis telah melakukan pembunuhan ke atas dua pejuang Palestin, Nasha'at Al-Kurmi dan Makmun An-Natshah dari KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS). Kedua-dua pejuang syahid apabila rumah yang mereka duduki di bandar Khalil telah dibom.Gambar(Al-Jazeerah): Jasad seorang pejuang AL-QASSAM yang terdampat di tanah setelah zionis mengebom rumah yang diduduki pejuang AL-QASSAM di Khalil.
Menurut wartawan berita Al-Jazeerah, Shereen Abu Aqilah berkata, gerakan HAMAS mengutuk keras operasi rejim zionis yang mengakui membunuh dua pejuangnya. HAMAS mengungkapkan bahawa operasi tersebut adalah kesan dari pemusatan keselamatan yang terjalin antara Pemerintah Palestin Ramallah dengan Kerajaan Penjajah(zionis). Sementara itu, Pemerintah Palestin Ramallah turut mengutuk pembunuhan yang dilakukan tentera rejim zionis.
Wartawan Al-Jazeerah menjelaskan lagi, tentera rejim zionis turut menangkap beberapa penduduk Palestin. Antaranya adalah tuan pemilik bangunan rumah tiga tingkat itu.Gambar(Al-Jazeerah): Keadaan rumah tiga tingkat yang rosak teruk akibat dibom zionis.
Menurut saksi, sejumlah besar tentera rejim zionis yang diiringi beberapa buah jentolak telah mengepung rumah tersebut yang terletak di kawasan Jabal Jauhar di Khalil. Kemudian, rumah tersebut dibom dengan peluru misil. Rejim zionis mendakwa Al-Kurmi bertanggungjawab ke atas operasi 'banjir api' yang membunuh emmpat pendatang haram Israel bulan lalu.
Saksi kejadian menceritakan kepada Al-Jazeerah bahawa dia telah mendengar tentera rejim zionis memanggil seorang individu iaitu Nasha'at Al-Kurmi (as-syahid, gambar)agar turun ke bawah dan menyerahkan diri, tetapi Nasha'at membantah. Berikutan itu, seorang lagi mangsa pembunuhan zionis, as-syahid Makmun An-Natshah terdampar di atas tanah di sebelah bangunan rumah yang musnah akibat dibom.Radio Israel lapor
Menurut radio tentera Israel, tentera rejim zionis telah menjalankan operasi menyingkir golongan pembuat kerosakan(istilah yang digunakan Israel ke atas Palestin).
Jelas radio itu lagi, salah seorang darinya berpakat dengan kawan-kawannya melakukan beberapa aktiviti keganasan di Tebing barat.
Operasi zionis bermula asar semalam
Sumber menukilkan dari saksi, operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh rejim zionis bermula sejak pada awaktu asar semalam. Ketika itu, pesawat pengintip tanpa pemandu kelihatan membuat tinjauan kerap di ruang udara Jabal Jauhar, timur bandar Khalil diikuti kemasukan trak pengangkut tentera pada pertengahan malam semalam.
Saksi yang enggan namanya didedahkan berkata, sebaik sahaja tentera rejim turun dari trak, mereka terus melepaskan tembakan ke arah rumah berkenaan meskipun rumah tersebut berpenghuni. Seiring dengan tembakan, sejumlah besar dari tentera rejim zionis memasuki ke kawasan berkenaan.
Menurut sumber dari agensi 'Safa', 40 buah jentera perang rejim zionis termasuk jentolak serta diikuti 600 tentera rejim mengepung kawasan rumah yang diduduki dua pejuang AL-QASSAM.Lebih sebulan yang lalu, rejim zionis menyenaraikan Al-Kurmi adalah sasaran utama yang dikehendaki malah zionis menyifatkan Al-Kurmi perancang operasi 'banjir api' di Khalil, menurut akhbar Ma'an sebelum ini.
Gambar(safa): Salah seorang penduduk Palestin yang ditangkap ketika operasi tentera zionis.
Akhbar Ma'an menyebut bahawa Al-Kurmi, 34 telah berkali-kali ditahan dalam penjara rejim zionis ketika masih belajar di sebuah universiti di Khalil. Dan Al-Kurmi juga tergolong dalam pemimpin gerakan HAMAS. Kemudian as-syahid mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Palestin dari bandar Khalil.
Selepas beberapa hari dari operasi 'banjir api', Pihak Berkuasa Palestin Ramallah mengumumkan bahawa pihaknya telah menangkap seorang individu yang mempunyai kaitan dengan operasi, salah seorang darinya adalah bapa mertua Al-Kurmi.
1. Operasi 'banjir api' bunuh empat warga zionis
2. Operasi Ramallah siri dari 'banjir api'
3. Serangan ketiga 'banjir api' AL-QASSAM
4. 13 sayap tentera Palestin padu kerjasama
5. تحذير للسلطة من ملاحقة المقاومة
Berbalik kepada operasi rejim zionis, tentera rejim mengenakan sekatan keselamatan di lokasi Jabal Jauhar setelah rumah yang diduduki Al-Kurmi telah rosak teruk, malah beberapa buah rumah yang lain turut mengalami kesan yang sama.
Pada pertengahan malam semalam, setelah rejim zionis mengumumkan operasi tenteranya, lalu tercetua pertempuran sengit antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera rejim di dua buah kawasan, Jabal Jauhar dan persimpangan ke sekolah Tareq.
HAMAS desak hentikan kerjasama
Dari gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية), pihaknya telah mendesak supaya Pemerintah Palestin Ramallah membebaskan tahanan dari kalangan pejuang-pejuang Palestin dan anggotanya dari penjara Palestin serta turut mendesak agar hentikan pemusatan keselamatan dengan penjajah(zionis), juga lepaskan pejuang Palestin untuk menjalankan peranannya bagi melindungi penduduk Palestin.
Sami Abu Zuhri, jurucakap rasmi HAMAS dalam kenyataan rasminya mengungkapkan operasi ketenteraan zionis di Khalil berikutan dari peningkatan mendadak penjenayahan dan penindasan yang dilakukan rejim zionis.
Beliau menyatakan, penindasan ini seiring dengan rundingan damai yang digunakan oleh penjajah bagi melindungi kegiatan jenayah yang berterusan seperti ini.Gambar(Al-Jazeerah): 12 sayap tentera pejuang Palestin yang diketuai AL-QASSAM ketika memberikan kenyataan akhbar.
Abu Zuhri turut menuduh Pihak Keselaman Palestin Ramallah yang dipertanggungjawabkan kerana usahanya yang telah melucutkan senjata pejuang Palestin. Malah, Pihak Keselamatan Palestin berundur ketikamana tentera rejim zionis melakukan pencerobohan ke kawasan-kawasan berkenaan.
Beberapa hari yang lalu(06/10/2010), 12 sayap tentera Palestin di Gaza, terutamanya KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM telah berjanji bahawa pihaknya tidak akan mendiamkan diri ketikamana penangkapan dan tahanan politik yang menentang pejuang-pejuang Palestin masih berterusan di Tebing barat. Sumber 08/10/2010, web berita Al-Jazeerah, web berita safa.ps
Penjajah lancar operasi besar-besaran di Khalil
Pemberita dari agensi 'Safa' menukil dari saksi kejadian berkata, berpuluh-puluh buah jentera perang rejim zionis termasuk jentolak telah mengepung dua buah rumah Palestin milik keluarga Ar-Rajbi dan Barqan. Di samping itu, helikopter zionis turut mengadakan tinjauan dari udara.
Sumber menyatakan, rejim zionis melalui pembesar suara mendesak penghuni rumah berkenaan supaya keluar dari rumah. Berikutan itu, kedengaran bunyi tembakan di sekeliling kawasan terbabit.
Seperti yang dilaporkan, sebuah unit khas rejim zionis yang menaiki trak tentera jenis Mercedes 608 telah menangkap empat penduduk Palestin dari sebuah apartmen, Abu Sunainah.
Dalam kejadian berasingan, sepasukan lagi dari tentera rejim zionis merempuh beberapa buah rumah Palestin di kawasan yang berbeza di bandar Khalil. Sumber menjelaskan, zionis merempuh rumah Abdul Razeq Ar-Rajbi, rumah Sharif Abu Tareki, dan rumah Helmi Az-Zarw.
Laporan berita yang tersebar waktu ini menyatakan tentera rejim zionis melancarkan operasi tentera besar-besaran di tiga kawasan dalam bandar Khalil.
Menurut sumber, operasi ketenteraan yang dilancarkan rejim zionis masih diteruskan sehingga jam 06.30 pagi, waktu Mesir.

















