الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Operasi Ramallah siri dari 'banjir api'

02 September 2010


RAMALLAH - Sayap tentera gerakan HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM mengesahkan bahawa operasi serangan yang telah berlaku malam tadi(01/09/2010) berhampiran Ramallah adalah siri-siri episod operasi yang telah dijanjikan kepada penduduk Palestin bagi
membalas sikap bongkak penjajah.

Gambar(arkib): Pejuang-pejuang AL-QASSAM.

AL-QASSAM dalam keterangan yang disampaikan kepada agensi 'Safa' awal pagi tadi menjelaskan pejuangnya telah menyerang sebuah kereta yang dinaiki warga Yahudi dengan tembakan machine-gun berhampiran persimpangan jalan 'Remunim', timur Ramallah.

Serangan AL-QASSAM itu telah mengakibatkan 2 warga zionis mengalami kecederaan, salah seorang darinya disifatkan luka parah menurut pengakuan rejim zionis.

Gambar: Kereta warga zionis yang diserang dalam operasi Ramallah.

Radio tentera zionis menyebut kereta yang dinaiki warga zionis yang melalui sebatang jalan telah dipotong oleh sebuah kereta yang dinaiki orang bersenjata serta melepaskan tembakan ke arah kereta warga zionis.

Semalam, jurucakap rasmi AL-QASSAM, Abu Ubaidah berkata sebaik sahaja operasi 'banjir api' di Khalil, pejuang AL-QASSAM akan melancarkan lagi operasi-operasi serangan bagi membalas jenayah yang dilakukan oleh rejim zionis.

Baca lagi, operasi 'banjir api' di Khalil

Mesej serangan

AL-QASSAM dalam keterangan menyatakan, "operasi kali ini adalah rentetan daripada beberapa episod serangan yang telah dijanjikan kepada masyarakat Palestin, ia membawa mesej kepada penjajah(rejim zionis) dan perampas(warga zionis) bahawa jenayah dan kerosakan yang mereka lakukan tidak mungkin akan berlalu tanpa hukuman, malah kepada pihak yang melampaui batas dan tunduk lemah kepada persepakatan penjajah sanggup menjejaki para mujahidin serta menyiksa terutama setelah operasi banjir api bahawa kemaraan pejuang AL-QASSAM tidak akan dapat dihalang dengan tebing atau pagar-pagar kawalan serta pengesan dari zionis dan sekutunya untuk menuju ke sasaran dan membinasakan benteng anak-beranak zionis."

Jelas AL-QASSAM, "operasi hari ini adalah jawab balas kepada peniup-peniup trompet yang berkata semalam, operasi Khalil itu tidak akan berulang lagi, tetapi kami janjikan kepada kamu semua..wahai saudara kami di Al-quds, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, saudara kami yang dalam tawanan, hidup terbuang dan yang berada berselerak di luar tanah Palestin bahawa operasi ini bukanlah yang terakhir, maka para zionis akan terus berada dalam dentuman serangan kami yang menggelisahkan hidup mereka, maka kami juga akan keluarkan mereka dengan tidak sangka, dan beringatlah dengan apa yang kami umumkan mulai hari ini." Sumber 01/09/2010, berita Al-Jazeerah, web berita safa.ps dan 02/09/2010, laman rasmi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, web berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Nota: MAP mohon maaf kerana beberapa istilah yang digunakan tidak ada penstrukturan dan house-style secara tetap, juga tidak diselaraskan semenjak dari awal MAP menjalankan pengumpulan maklumat sehingga sekarang. Istilah yang kerap kami gunakan secara tidak tetap adalah:

1. Israel

Ada media yang menyebut rejim zionis, dan kami kerap membawakan istilah-istilah yang tidak tetap seperti penjajah, rejim zionis, zionis Israel, kerajaan penjajah dan seumpamanya.

2. Penduduk Israel

Kebiasaannya kami menggunakan istilah penduduk Israel, tetapi sejak kebelakangan ini kami kerap menyebut warga Yahudi dan warga zionis. Namun, seandainya kami menggunakan istilah masyarakat awam Israel atau rakyat awam Israel mungkin pasti ditegur oleh saudara-saudara di Palestin. Jika melihat media Palestin seperti laman rasmi AL-QASSAM dan laman rasmi HIZBULLAH, Al-Manar, Lubnan, istilah yang digunakan kepada penduduk Israel ini adalah 'perampas'.

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS