الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Hubungi semua pihak supaya tetap bertenang - Duta Mesir

08 Disember 2011

Laporan jam 11:12 malam, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 10:12 malam, waktu Mesir
Jam 04:12 pagi(09/12/2011), waktu Malaysia

BETHLEHEM - Duta Mesir ke Pemerintah Palestin Ramallah, Yaseer Osman(gambar) mendedahkan pada hari ini berhubung usaha Mesir yang digerakkan demi mengembalikan keadaan tenang di Semenanjung Gaza.

Kata beliau ketika dihubungi wartawan MAAN, Mesir telah berusaha bagi menghentikan perlanggaran gencatan dan serangan-serangan Israel(rejim zionis) serta mengembalikan kepada keadaan tenang setelahmana Israel melanggar gencatan hari ini dengan membunuh Usam Al-Battash dan Sobhi Al-Battash.
______________________________________________
Baca lagi:

2 pejuang syahid, 2 penduduk cedera

______________________________________________

Jelas beliau, Mesir kerap menghubungi semua pihak agar keadaan tidak bertambah runcing malah untuk melindungi penduduk Palestin dan mempertahankan hak-haknya.

Berhubung usaha, Duta Mesir ini menunjukkan bahawa sehingga sekarang masih belum ada kata sepakat bagi menetapkan tempoh dan waktu gencatan, sambil menegaskan yang penting adalah tidak melanggar gencatan dan bukannya menentukan tempoh masa.

Beliau menyatakan, pihaknya masih menghubungi bagi meredakan suasana dan meminta semua pihak memberi kerjasama, khususnya dari pihak Israel.

Duta Mesir ke Palestin bertegas bahawa Mesir mengecam keras dan membantah sepenuhnya perlanggaran dan tindakan Israel ke atas Semenanjung Gaza. Sumber 08/12/2011, web berita Maannews.net

Read more...

Lancar roket grad ke Beersheba dan Ofakim

Laporan jam 08:38 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 08:38 malam, waktu Mesir
Jam 02:38 pagi(09/12/2011), waktu Malaysia

BAITULMAQDIS - "Dengan izin Allah yang berkuasa ke atas sekalian alam, kami akan balas serangan ini ke dalam pelusuk tanah jajahan Israel mengikut sejauhmana jenayah yang dilakukan, lebih-lebih lagi serangan ini tanpa ada sebarang peningkatan serangan ke Israel dari Gaza," kata Abu Saif.
_________________________________________
Baca lagi:

2 pejuang syahid, 2 penduduk cedera
Zionis mengebom timur zaitun, Al-Aqsa balas ke Naqab


Serangan balas pejuang:

08:21 - Siren kecemasan rejim zionis yang menandakan roket menghujani kawasan jajahannya telah berbunyi. Rejim zionis mengakui roket-roket grad gugur berhampiran Beer Sheeba dan serangan lain gugur di Sdot Negev.

20:17 - Pejuang-pejuang Palestin melepaskan lagi beberapa serangan roket dan peluru mortar ke selatan tanah jajahan.

06:40 - Rejim zionis meminta warga-warga zionis di kawasan penempatan yang berada di kedudukan setentang dengan sempadan Gaza agar berada dekat dengan tempat perlindungan. Hal sedemikian sebagai berjaga-jaga serang balas dari pejuang Palestin.

_________________________________________

Demikian itu, setelah serangan udara zionis pada waktu tengahari tadi yang mengakibatkan dua pejuang Palestin syahid, Abu Saif, jurucakap KATAIB SYUHADA' AL-AQSA berkata, pihaknya akan membalas serangan ini.

Selepas serangan roket model 'Aqsa' ke sebelah barat Naqab, selatan tanah jajahan. Rejim zionis mengakui lagi bahawa roket jenis 'grad' gugur di bandar Beersheba(بئر السبع‎/Sebelum ini map menggunakan ejaan Beer Sheeba), selatan tanah jajahan.

Web berita Israel 'HAARETZ' versi hebrew menyebut satu serangan roket jenis grad yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza gugur di kawasan bandar Beersheba. Laporan HAARETZ mendakwa serangan roket grad tidak mengakibatkan kecederaan atau kerosakan harta benda.

Serangan roket grad yang kedua pula gugur di Ofakim, menurut radio Israel versi hebrew, serangan ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Sumber dari media Israel yang lain 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) menyatakan bahawa ada lagi satu serangan roket buatan tempatan telah gugur di kawasan penempatan Sdot Negev, barat Naqab. Serangan ini juga tidak mengakibatkan kecederaan. Sumber 08/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Zionis mengebom timur zaitun, Al-Aqsa balas ke Naqab

Laporan jam 07:18 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 07:18 malam, waktu Mesir
Jam 01:18 pagi(09/12/2011), waktu Malaysia

SEMENANJUNG GAZA - Kereta kebal rejim zionis mengebom pula sebuah rumah tanpa penghuni malam ini yang terletak di sebelah timur Hayyu Zaitun, tenggara bandar Gaza.

Jelas pemberita SAFA, kereta kebal zionis yang berkumpul di sempadan telah melepaskan dua peluru meriam ke arah sebuah rumah tanpa penghuni berhampiran sekolah Tunis di timur Hayyu Zaitun. Berikutan itu, serangan terbabit tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Serangan peluru meriam zionis malam ini selang beberapa jam dari operasi zionis yang membunuh pejuang Palestin dari KATAIB SYUHADA' AL-AQSA, Usam Al-Battash dan anak saudaranya, Sobhi Al-Battash, salah seorang anggota tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.
__________________________________________
Baca lagi:
2 pejuang syahid, 2 penduduk cedera

Serangan zionis yang lalu:
Syahid, 5 cedera dalam dua serangan zionis

__________________________________________

Sementara itu, unit tentera AIMAN JUDAH, sebuah unit KATAIB SYUHADA' AL-AQSA telah mengumumkan pihaknya mengebom penempatan zionis, She'er Henegev, barat Naqab dengan satu serangan roket model 'Aqsa 3'.

Salinan laporan KATAIB yang disampaikan kepada agensi berita SAFA malam ini menjelaskan serangan roket yang dihalakan ke penempatan zionis adalah serang balas ke atas pembunuhan Usam Al-Battash dan anak saudaranya, Sobhi Al-Battash. Sumber 08/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

2 pejuang syahid, 2 penduduk cedera

Laporan jam 03:02 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 03:02 petang, waktu Mesir
Jam 09:02 malam, waktu Malaysia

SEMENANJUNG GAZA - Serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat tempur rejim zionis ke atas sebuah kereta awam mengakibatkan dua penduduk syahid(SAFA bersendirian melaporkan enam yang cedera), manakakala dua lagi ditimpa kecederaan. Kejadian itu berlaku waktu tengahari tadi yang menyasarkan sebuah kereta berdekatan tempat rekreasi negeri di jalan Umar Al-Mukhtar bandar Gaza.

Menurut sumber berita Palestin, pesawat tempur zionis menyasarkan satu serangan misil ke atas sebuah kereta jenis peugeot yang sedang meluncur di kawasan berkenaan, lantas terbakar serta ditenggelami api malah dua penduduk syahid serta dua lagi cedera.
__________________________________________
Kesan serangan udara di Gaza

Sumber 08/12/2011, klip berita AL-JAZEERAH
__________________________________________

Saksi kejadian berkata, letupan kuat mengakibatkan salah satu jasad yang syahid ditemui dalam kawasan rekreasi dan satu lagi jasad berada di luar kawasan taman rekreasi. Di lokasi sasaran turut berada tiga buah bas yang membawa pelajar-pelajar sekolah rendah ke taman rekreasi. Letupan berkenaan telah menyebabkan pelajar-pelajar sekolah ditimpa kepanikan dan ketakuan. Tiga buah sekolah turut terjejas setelah terkena serpihan letupan.

Serangan yang berlaku seiring tindak-tanduk pesawat pengintip tanpa pemandu atau dikenali 'si dengung' dilihat kerap berlegar-legar di ruang udara Semenanjung Gaza.

Jelas sumber perubatan, Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza mengesahkan dua penduduk yang syahid tiba ke hospital dalam keadaan tubuh berkecai. Mangsa yang cedera pula disifatkan cedera ringan dan pertengahan.

Tambahan lagi, dua penduduk yang syahid adalah Usam Sobhi Al-Battash dan anak saudaranya, Sobhi 'Ala Al-Battash.

Pejuang AL-QASSAM dan AIMAN JUDAH

Berhubung mangsa pengeboman yang syahid, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) mengumumkan Sobhi 'Ala Al-Battash adalah salah seorang dari anggotanya.

Sumber lain menyebut, Usam Sobhi Al-Battash pula anggota pejuang dari kumpulan AIMAN JUDAH, sebuah unit dari KATAIB SYUHADA' AL-AQSA(sayap tentera gerakan FATAH).

Keterangan ketenteraan dari KATAIB AL-QASSAM yang bertarikh 08/12/2011 mengucapkan takziah ke atas pejuangnya yang syahid, Sobhi 'Ala Al-Battash berusia 21 tahun dari Masjid Al-Haramin, Hayyu Tufah, Gaza. AL-QASSAM menyebut pejuangnya syahid di sisi bapa saudaranya, Usam Al-Battash pada waktu tengahari ekoran pengeboman dari pesawat zionis .

Zionis mengaku

Berikutan serangan udara, tentera rejim zionis mengakui melancarkan serangan terbabit. Dakwa zionis, pihaknya menyasarkan sekumpulan pejuang yang berada dalam sebuah kereta di Gaza.

Sumber dari tentera zionis berkata, operasi pengeboman ini hasil kerjasama tentera dan badan keselamatan zionis yang berjaya membunuh salah seorang pemimpin besar KATAIB SYUHADA' AL-AQSA. Demikian itu, serangan dari pesawat ke atas sebuah kereta berdasarkan maklumat keselamatan yang memaklumkan kewujudan Usam Sobhi Al-Battash, 43 dalam kereta berkenaan.

Tambahan dari sumber, operasi berkenaan ditujukan khas kepada Al-Battash yang dituduh oleh zionis, mangsa adalah dalang di sebalik beberapa operasi ketenteraan. Begitu juga, operasi tembakan roket dan menanam peledak di garisan sempadan tanah jajahan. Israel juga menuduh Al-Battash menghantar seorang pengebom berani mati pada tahun 2007 di bandar Ilat yang membunuh 3 warga zionis.

Palestin kecam serangan zionis

Berhubung kejadian, Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza mengecam keras pengeboman ke atas kereta awam di pertengahan bandar Gaza.

Jurucakap Kerajaan, Tahir An-Nunu mengingatkan bahaya dari peningkatan serangan zionis bahkan zionis menghentam Semenanjung Gaza dengan ugutan-ugutan diikuti serangan yang berlaku pada hari ini.

An-Nunu menggesa supaya tentangan dan jenayah terhadap penduduk Palestin dihentikan. Beliau berharap Mesir serta PBB(UN) segera campur tangan bagi menghentikan kekejaman zionis ke atas masyarakat Palestin.

Al-Aqsa ancam balas

Demikian itu, jurucakap KATAIB SYUHADA' AL-AQSA, Abu Saif (gambar kanan)berkata serangan balas akan ditujukan kepada zionis.

"Dengan izin Allah yang berkuasa ke atas sekalian alam, kami akan balas serangan ini ke dalam pelusuk tanah jajahan Israel mengikut sejauhmana jenayah yang dilakukan, lebih-lebih lagi serangan ini tanpa ada sebarang peningkatan serangan ke Israel dari Gaza," kata Abu Saif.

Serang balas wajib - ALWIYAH

Abu Ataya, jurucakap kumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH)berkata, rejim zionis mesti bertanggungjawab atas setiap titisan darah yang menitis di Palestin, jelas beliau, serangan bunuh pada hari ini telah mendedahkan niat jahat zionis.

Dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita Palestin, Abu Ataya menekankan bahawa serang balas di atas kesyahidan(korban) dua orang mujahid, Sobhi Al-Battash dan Usam 'Ala Al-Battash adalah wajib ke atas setiap orang Islam, jika berlengah-lengah membalas pasti pejuang akan dibebani lagi pembunuhan yang baru, maka pejuang digesa mengekang tindakan musuh dengan setiap apa yang dimiliki.

Jelas beliau, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN bersama-sama dengan kesemua sayap tentera Palestin sentiasa menjaga penjuru-penjuru Palestin dari dicerobohi dan bersedia mempertahankan masyarakat yang merupakan kerja wajib tidak boleh dilengah-lengahkan.
__________________________________________
Baca lagi:

Syahid, 5 cedera dalam dua serangan zionis

__________________________________________
Serangan zionis di Gaza hari ini selang sehari dari serangan yang mengakibatkan pejuang SARAYA AL-QUDS syahid dan 5 lagi cedera. Sayap-sayap tentera Palestin menilai serangan yang dilakukan zionis hari ini dan pagi lalu ketikamana berada dalam tempoh gencatan senjata yang tercapai pada 30 Oktober 2011. Sumber 08/12/2011, web berita Safa.ps, web berita maannews.net, web rasmi KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM dan berita AL-JAZEERAH

Rakaman-rakaman gambar dari web-web berita Palestin
berhubung serangan udara zionis di Gaza tengahari tadi.








Read more...

Pegawai tentera Israel: Mesti kena kukuhkan kedudukan Pemerintah Palestin

Laporan 07:51 pagi, waktu Palestin
Jam 07:51 pagi, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - "Israel mesti ada tindakan untuk mengukuhkan kedudukan serta menguatkan Pemerintah Palestin(Ramallah) dengan cara memberikan mekanisme(urusan atau biroraksi) yang memudahkan kepada penduduk-penduduk Palestin," demikian itu kata-kata dari pegawai-pegawai tertinggi tentera Israel yang dipetik dari sebuah akhbar tabloid MAARIV versi hebrew dalam edisinya hari ini.

Pegawai-pegawai tertinggi tentera Israel menjelaskan bahawa demi kepentingan Israel wajar menyokong pihak-pihak moderat(berfahaman sederhana tidak keterlaluan) dalam Pemerintah Palestin dan menguatkan kedudukannya sebagai langkah awal menghadapi pilihanraya yang akan dijalankan di kawasan-kawasan Palestin pada bulan Mei tahun hadapan.

Gambar(arkib SAFA): Kiri, Benny Gantz dan tengah Ehud Barak, Menteri Perang(pertahanan) Israel dan kanan Pegawai tentera zon selatan.

Pegawai-pegawai ini menerangkan bahawa pada waktu sekarang tidak jelas kelihatan kekuatan dari sudut kedudukan Pemerintah Palestin dan Badan Keselamatannya sebaik sahaja terbebasnya beberapa tahanan Palestin dari kalangan orang-orang HAMAS melalui ruang perjanjian pembebasan Shalit(perjanjian penukaran tahanan-tawanan). Berikutan itu, pemusatan keselamatan antara Israel dengan Pemerintah Palestin yang berterusan hanyalah sekadar dapat memuaskan hati. Sumber 08/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

14 buah unit perumahan baru di BaitulMaqdis

Laporan jam 12:27 pagi, waktu Palestin(BaitulMaqdis)

BAITULMAQDIS - Semalam, Majlis Perbandaran Israel(penjajah) di bandar BaitulMaqdis(Al-Quds)telah meluluskan pembinaan 14 buah unit perumahan baru zionis di kawasan perumahan Ras Al-Amoud di BaitulMaqdis Timur(sebelah timur BaitulMaqdis).

Siaran berita TV 1 Israel menjelaskan bahawa Majlis Perbandarannya di BaitulMaqdis telah meluluskan pembinaan jantung yang baru bagi Yahudi di penjuru timur BaitulMaqdis. Kawasan perumahan tersebut akan diletakkan nama 'Yang Mulia Daud'.

Operasi besar-besaran di Bayt Rima

Sementara itu, menjelang pertengahan malam, sejumlah hampir 20 buah jip peronda tentera penjajah merempuh masuk ke daerah Bayt Rima yang terletak di sebelah barat laut bandar Ramallah, Tebing Barat. Tentera penjajah melancarkan operasi mengesan besar-besaran di rumah-rumah penduduk Palestin.

Logo PFLP

Sumber tempat menjelaskan kepada agensi berita SAFA bahawa sekurang-kurangnya dua buah jentolak turut mengiringi sebahagian besar tentera pejalan kaki. Puluhan dari tentera penjajah merempuh masuk ke dalam Masjid Umar Bin Al-Khattab di pertengahan daerah malah berkumpul di dalamnya.

Sebahagian dari tentera penjajah menggeledah beberapa buah rumah penduduk serta memeriksa, pada waktu yang sama, tentera penjajah naik ke bumbung rumah-rumah Palestin.

Pertempuran antara puluhan pemuda Palestin dengan tentera penjajah turut tercetus di kawasan-kawasan perumahan yang lain. Sehingga berita ini ditulis, tiada lagi sebarang laporan mengenai penangkapan.

Penduduk daerah berkenaan menerangkan bahawa operasi besar-besaran di daerah itu bertujuan untuk menangkap anggota-anggota JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN(Barisan Pembebasan Popular Palestin: PFLP), lantas mendorong tentera penjajah menggeledah rumah-rumah penduduk yang disyaki milik anggota JABHAH.

Mutakhir ini, tentera penjajah menggiatkan operasi menangkap anggota-anggota JABHAH dari beberapa wilayah yang berlainan di Tebing barat. Sedemikian itu, beberapa hari setelah JABHAH SHA'BIAH mengadakan sambutan ulangtahun ke-44 penubuhannya. Sumber 08/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS