Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Harapan kami untuk Mesir
Kami mendoakan semoga pilihanraya Presiden Mesir yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 Mei 2012 berjalan dengan baik serta bebas dari sebarang usaha untuk mengharu-birukan keadaan di Mesir. Juga, keputusan yang bakal diketahui mudah-mudahan turut memberi kemenangan kepada seluruh umat Islam..dengan izin Allah, khususnya Mesir dan tanah Palestin, begitu juga di seluruh tanah-tanah Arab yang berada dalam keadaan begitu sulit. Apa yang amat diharapkan, Mesir pada hari ini dan akan datang berada dalam tangan pemimpin yang mengikut jejak langkah para sahabat radhiallahuanhum, demikian itu bagi meneruskan perjuangan yang diwarisi daripada baginda Nabi Muhammad SAW.
Katakan tidak pada 'kezaliman', 'penyelewengan kuasa', 'khianat pada ummah', 'rasuah', 'tunduk kepada pihak luar', 'konspirasi antarabangsa membunuh ummah', 'dasar penjauhan dari agama Islam', dan seumapamanya.
الله أكبر ولله الحمد
Berita Mesir
Pilihanraya Presiden Mesir
Penduduk Mesir mula membuang undi pagi ini bagi memilih calon Presiden. Pihak tentera dan keselamatan mengambil langkah kawalan keselamatan yang ketat bagi menjamin proses pembuangan undi yang diadakan pada hari ini dan esok berjalan dengan lancar.
Berhubung proses pembuangan undi, Liga Arab mengerahkan pemerhati dari pihaknya yang bermula selepas waktu zohor semalam untuk mengikuti perkembangan pilihanraya Presiden Mesir di beberapa negeri yang berlainan. Sedemikian itu pemerhati Liga Arab mengikut serta delegasi-delegasi Arab dan antarabangsa yang memantau perjalanan pembuangan undi sehingga hari esok.
Seramai 52 orang anggota pemerhati Liga Arab, empat di antaranya Palestin memantau proses pembuangan undi.
Sumber:
1) Berita Al-Jazeerah, 23/05/2012
2) Web berita Safa.ps, 22/05/2012
Keputusan pilihanraya Presiden
Jawatankuasa Tertinggi Suruhanjaya Pilihanraya Presiden Mesir akan mengadakan sidang media pada tengahari ini bagi mengumumkan keputusan akhir pusingan pertama pilihanraya serta keputusan hasil dari bantahan yang dikemukakan oleh calon-calon Presiden.
Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps
Berita ringkas Palestin
Gaza solat hajat semalam
Penduduk Palestin di kebanyakan masjid di Semenanjung Gaza menunaikan solat sunat hajat semalam bagi memohon kepada Allah Ta'ala agar memberikan kemenangan kepada calon Presiden Mesir yang betul-betul layak.
Menurut PALTIMES, masjid-masjid di Gaza mengumumkan melalui pembesar menyeru penduduk-penduduk Palestin turut serta menunaikan solat sunat hajat dan mendoakan kemenangan kepada calon yang amat layak menggalas amanah melindungi umat Islam dan Arab serta menjalankan tanggungjawab membebaskan Palestin dan ibunegaranya Al-Quds dari cengkaman penjajah.
Sumber:
23/05/2012, web berita Paltimes.net
Pertemuan HAMAS - FATAH hari ini
Delegasi HAMAS akan bertemu dengan FATAH hari ini bagi membincangkan mekanisme pembentukan kerajaan perpaduan yang disepaki peringkat nasional.
Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps
Laporan jam 06:20 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 05:20 pagi, waktu Mesir
KHAN YOUNIS - Tentera rejim zionis(penjajah/Israel) telah menceroboh Gaza pada jam awal pagi Selasa, 29/05/2012.
Demikian laporan yang diterbitkan agensi berita SAFA, pencerobohan ini tertumpu di daerah Al-Qararah yang terletak di sebelah timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.
Kata penyampai berita SAFA, pencerobohan yang dilakukan oleh tentera zionis bermula dari pintu gerbang Kissufim. Di samping itu, rejim zionis turut melepaskan bertubi-tubi tembakan serta diikuti empat das tembakan peluru meriam.
Menurut penyampai berita SAFA, hasil liputan dari pihaknya mendapati 10 buah jentolak dan 3 buah kereta kebal tentera zionis terlibat dalam pencerobohan.
Seperti yang dinyatakan oleh penyampai berita SAFA, 'tentera zionis meratakan tanah-tanah di setiap kawasan yang diceroboh'. Sumber 29/05/2012, web berita Safa.ps
Penjajah tangkap 4 remaja Palestin semalam
28 Mei 2012
Laporan jam 04:47 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 03:47 pagi, waktu Mesir
BAITULMAQDIS - Tentera penjajah(zionis/Israel) telah menangkap empat remaja Palestin bawah umur di Hayyu Al-Sheikh Jarrah pertengahan bandar BaitulMaqdis semalam dan membawa ke pusat tahanan di jalan Salahuddin untuk soal siasat.
Sumber-sumber tempatan menyebut remaja Palestin bawah umur yang ditangkap, Amir Maher Hajij, 15, Ahmad Ghalib As-Sibag, 15, Najaati Qawwas, 14, dan Firas Maher Hajij, 16.
Sementara itu dalam kejadian lain yang berlaku pada siang semalam, tentera penjajah melepaskan tembakan ke atas seorang penduduk perempuan Palestin, kemudian mangsa ditangkap serta dibawa pergi.
Kata sumber tempatan, tentera penjajah yang berkumpul berhampiran penempatan 'Nahal Najhout' di sebelah barat bandar Dura, Khalil telah menembak seorang penduduk perempuan Palestin, Saerah Salamah Jaber As-Sayuti, 22 kerana dikatakan enggan menurut arahan tentera yang meminta supaya berhenti, kemudian Saerah ditangkap dan dibawa ke tempat yang tidak dimaklumi.
Menurut lagi sumber yang sama, Saerah sedang menghadapi tekanan dan keadaan dirinya tidak diketahui, begitu juga tempat mangsa dibawa pergi. Sumber 28/05/2012, web berita Safa.ps dan 27/05/2012, web berita Paltimes.net
AIMAN JUDAH lancar roket ke menara kawalan zionis
Laporan jam 04:32 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 03:32 pagi, waktu Mesir
GAZA - Sebuah unit pejuang Palestin, AIMAN JUDAH pecahan dari kumpulan pejuang KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera gerakan FATAH yang telah dibubarkan) telah mengumumkan bahawa pejuangnya telah melancarkan satu serangan peluru roket jenis 'BM' buatan Rusia ke atas menara kawalan rejim zionis(penjajah/Israel) di sebelah timur kawasan Jahr El-Deik, tenggara bandar Gaza.
Kenyataan rasmi AIMAN JUDAH yang diterima agensi berita SAFA menyebut bahawa serangan roket itu dilancarkan pada waktu awal pagi Isnin mengenai tepat menara kawalan terbabit.
Jelas kenyataan tersebut, "sasaran serangan roket ini adalah hak kami yang biasa bagi membalas perlanggaran yang dilakukan rejim zionis secara terus-menerus terhadap perwira-perwira dari kalangan tahanan(banduan) Palestin." Sumber 28/05/2012, web berita Safa.ps
Meshaal jumpa Carter di Kaherah
26 Mei 2012
Laporan jam 06:21 pagi, waktu Mekah
Jam 05:21 pagi, waktu Mesir
![]() |
| Carter kanan, dan Meshaal sebelah kiri |
Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal telah membincangkan perkembangan terkini permasalahan Palestin dengan bekas Presiden Amerika Syarikat(AS), Jimmy Carter lewat malam semalam di salah sebuah hotel di Kaherah. Turut hadir bersama Meshaal, Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Musa Abu Marzouq, dan dua lagi pemimpin HAMAS, Ezzat Al-Reshq dan Muhammad Nasr.
Meshaal tiba di Kaherah petang semalam untuk berjumpa dengan Carter yang berada di Kaherah pada waktu ini mengetuai Pusat Carter memerhati perjalanan pilihanraya Presiden Mesir yang berlangsung pada 23 dan 24 Mei baru-baru ini.
Sebelum perjumpaan antara Meshaal dan Carter, gerakan HAMAS dalam kenyataan rasminya menyatakan bahawa Meshaal akan membentangkan beberapa isu yang penting, antaranya berhubung tahanan(banduan) Palestin yang meringkuk dalam penjara-penjara Israel(penjajah/zionis), isu baik pulih dalaman Palestin(perpaduan Palestin). Lebih-lebih lagi mengenai persetujuan baru-baru ini yang telah dipersepakati antara gerakan HAMAS dan FATAH bawah seliaan Mesir yang diadakan di Kaherah pada hari Ahad yang lalu.
Salah seorang pemimpin gerakan HAMAS, Ismail Ridhuan mengesahkan kepada agensi berita FRANCE PRESS bahawa pertemuan terbabit membincangkan mengenai hal politik Palestin secara umumnya tentangan Israel serta sekatan zalim yang masih lagi dikenakan ke atas Semenanjung Gaza serta isu perpaduan Palestin malah menegaskan bahawa tidak sepatutnya pentadbiran AS meletakkan rintangan dan penghalang kepada perpaduan Palestin.
Selesai perjumpaan
![]() |
| Logo Pusat Carter |
Sebaik sahaja selesai perjumpaan Meshaal dan Carter, Pengerusi Pusat Penyelidikan Palestin di Kaherah, Ibrahim Al-Darawi berkata dalam kenyataan kepada agensi berita 'اليوم السابع'(YOUM7), kedua-dua pihak telah menyentuh isu konflik Arab-Israel. Begitu juga, Meshaal membangkitkan tentang isu tahanan Palestin dan kedudukan terkini berhubung tuntutan-tuntutan tahanan Palestin serta ancaman jenayah terhadap hak kemanusiaan mereka.
Jelas Al-Darawi, Meshaal membangkitkan juga tentang polemik isu bandar BaitulMaqdis serta ancaman yang dilalui hasil dari peyahudian dan pemusnahan kedudukan Al-Quds dari tangan-tangan penjajahan Israel. Tambahan lagi, mengenai isu penempatan dan pengusiran penduduk Palestin dari tanah-tanah serta dihalau keluar dari rumah-rumah mereka.
Perpaduan Palestin
Berhubung perpaduan Palestin, gerakan HAMAS dan FATAH pada hari Ahad yang lalu telah mengumumkan tercapainya persetujuan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya Pusat akan memulakan tanggungjawabnya di Semenanjung Gaza bermula pada 27 Mei 2012. Pada hari yang sama, turut akan bermula perbincangan-perbincangan pembentukan kerajaan peralihan yang baru diketuai Presiden Palestin, Mahmoud Abbas selepas 10 hari mesyuarat ini selesai. Sedemikian itu, sebelum diadakan pertemuan pada dua minggu akan datang yang akan menemukan Khaled Meshaal dengan Mahmoud Abbas bagi perbincangan dalaman Palestin.
Mengulas perjumpaan Meshaal dan Carter
![]() |
| Peta Semenanjung Gaza |
Penganalisis politik Palestin, Akram 'Atallah mengulas berhubung perjumpaan Meshaal dengan Carter, kata beliau, "perjumpaan Carter dengan pemimpin HAMAS ini bukanlah kali pertama," rentetan ini, Carter pernah mengadakan lawatan ke Gaza pada tiga tahun yang lalu dan bertemu dengan Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza(media rasmi Arab menyebut kerajaan Palestin yang telah dibubarkan).
Tambah 'Atallah, melalui perjumpaan-perjumpaan ini, HAMAS berusaha untuk mengembangkan hubungan antarabangsanya serta menjalinkan jaringan-jaringan luar setelahmana pemerintahannya berdiri kukuh di Gaza, sambil menjelaskan bahawa "Carter bukan lagi individu yang berpengaruh dalam pentadbiran AS," dan apa yang diyakini, perjumpaan-perjumpaan seperti ini tidak akan memberi kesan kepada sikap dan pendirian pentadbiran AS terhadap gerakan HAMAS. Sumber 26/05/2012, web berita Al-Jazeerah dan berita YOUM7 melalui Yahoo, dan 25/05/2012, web berita Al-'Alam
Read more...
Kereta kebal zionis menyasarkan Hayyu An-Nahdhah
25 Mei 2012
Laporan jam 12:29 pagi(26/05/2012), waktu BaitulMaqdis
Jam 11:29 malam, waktu Mesir
RAFAH - Kejadian tembakan zionis masih berterusan. Sebentar tadi, SAFA melaporkan bahawa kereta kebal zionis menyasarkan rumah-rumah penduduk Palestin di Hayyu Nahdhah dengan tembakan mesingan.
Kaitan berita:
Berhubung kejadian di Hayyu An-Nahdhah, timur bandar Rafah yang terletak sebelah selatan Semenanjung Gaza, penyampai berita SAFA berkata, tiada sebarang kecederaan dari kalangan penduduk Palestin selepas tembakan dari zionis. Sumber 25/05/2012, web berita Safa.ps
Read more...
Zionis hala tembakan di timur Gaza
Laporan jam 08:06 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 07:06 malam, waktu Mesir
KHAN YOUNIS - Jentera-jentera perang rejim zionis telah menghalakan tembakan mesingan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin di timur daerah Al-Qararah, tenggara bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.
Berhubung kejadian yang berlaku pada malam ini, penyampai berita SAFA menyebut bahawa salah sebuah jentera perang zionis mara ke timur Al-Qararah dan melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah dan menyasarkan penduduk Palestin yang menetap di kawasan terbabit.
Jelas lagi, beberapa buah jip tentera zionis yang berkumpul di sekitar pintu gerbang 'شراب العسل' di Hayyu Al-Fukhara, bandar Khan Younis turut menghalakan tembakan secara rambang ke arah kawasan-kawasan di perumahan tersebut.
Penyampai berita SAFA memaklumkan bahawa tembakan-tembakan dari rejim zionis tidak mengakibatkan berlaku sebarang kecederaan di kalangan penduduk Palestin. Sumber 25/05/2012, web berita Safa.ps
Read more...
Langgan:
Catatan (Atom)


















