Satu keluarga terselamat dari pengeboman zionis
28 Januari 2012
Jam 06:53 pagi, waktu Mesir
GAZA - Rumah jurulatih pasukan Persatuan Bola Sepak Shujaieyah, Haitham Hujjaj telah menjadi sasaran peluru meriam tentera zionis semalam, lantas mengakibatkan bahagian dapurnya musnah teruk.
Hujjaj ketika dihubungi agensi berita SAFA berkata, 'hanya perlindungan dari Ilahi sajalah yang menyelamatkan keluarganya dari menjadi mangsa pembunuhan setelahmana peluru meriam gugur ke atas rumahnya'. Pengeboman itu sejurus selepas ahli keluarganya selesai makan malam di dapur. Tambah Hujjaj, tembakan meriam secara rambang itu gugur di bahagian bumbung dapur, kemudian meletup.
Sebagaimana disebutkan, rumah Hujjaj terletak di sebelah timur Hayyu Shujaieyah berhampiran garisan sempadan bandar Gaza dari arah timur dengan tanah jajahan 1948. Jelas lagi, kawasan tersebut seringkali diancam peluru meriam kereta kebal zionis yang berkumpul di garisan sempadan.
Berhubung kejadian, Jawatankuasa Penerangan Kelab Persatuan Shujaieyah mengucapkan selamat kepada Hujjaj dan sekeluarga kerana terselamat dari pengeboman zionis ke atas rumahnya.
ABU ALI mengebom Nehal Auz
Dari sudut lain, KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA, sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN mengumumkan bahawa pejuangnya telah menyasarkan empat tembakan peluru mortar jenis 'hawn 90 mm' ke kawasan Nehal Auz(Nahal Oz), tanah jajahan 1948.
Keterangan ABU ALI yang disampaikan kepada agensi berita SAFA awal pagi ini(Sabtu, 28/01/2012) menjelaskan tentera rejim zionis turut dilihat mara ke kawasan berkenaan pada jam 10:50 malam semalam, lalu pejuang ABU ALI menyasarkan serangan peluru mortar ke atas tentera zionis.
ABU ALI MUSTAFA mengesahkan bahawa serangan ini respon balas biasa ke atas jenayah yang dilakukan rejim zionis terhadap penduduk Palestin malah juga sebagai mempertahankan tanah-tanah Palestin, Sambil itu, ABU ALI menegaskan penentangan tetap berterusan bagi menghadang serangan-serangan zionis yang menjadikan penduduk Palestin sebagai sasaran. Sumber 28/01/2012, web berita Safa.ps